CARTA HATI - 33
ZAIRIS merenung hadiah yang masih berbungkus rapi itu. Dia tidak membuka pun hadiah yang diberikan oleh Syakila. Hadiah daripada Zainura sudah dibuka. Akan tetapi, hadiah daripada gadis itu saja yang masih tidak berusik. Entah kenapa, hatinya menghalang dari berbuat demikian.

Fikirannya begitu berserabut ketika ini. Dia langsung tidak mengerti kenapa sikap Syakila berubah. Sudah berkali-kali dia memohon penjelasan, namun yang dibalas hanyalah sebaliknya. Makin membuatkan dia tertanya-tanya sendiri.

Ris, sekejap lagi kau ada shooting untuk satu drama. Jangan lambat, okey Irsyad Hakimi mengingatkan lelaki itu.

Setelah beberapa lama menyepi, kini Zairis mempunyai pelbagai tawaran. Tetapi tidak semua lelaki itu ambil. Hanya beberapa tawaran saja yang menarik perhatian.

Zairis sekadar mengangguk. Tumpuannya tidak difokuskan pada pembantu peribadinya itu. Malah, dia tidak mengambil kisah berkenaan perkara itu.

Sekarang, dia mempunyai masalah yang lebih penting.

Kau kenapa, Ris soal Irsyad Hakimi.

Tak ada apa-apa, balas Zairis bersama keluhan yang cukup panjang. Bagaikan menyimpan beban yang berat dalam dirinya.

Kau gaduh dengan Syak ke

Tak adalah gaduh

Habis, kalau kau tak gaduh dengan Syak kenapa kau macam ni

Zairis terdiam seketika. Beberapa saat berlalu, dia kembali bersuara. Aku cuma ada salah faham saja dengan dia

Pasal apa

Aku pun tak tahu pasal apa. Semalam, perangai dia pelik.

Pelik macam mana Eh, kau jumpa Syak ke semalam Bukan kau pergi kenduri kahwin kawan kau ke

Entahlah. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Kami terserempak dekat majlis kahwin kawan aku tu. Tak sangka pula yang pengantin perempuan tu kawan Syak. Kiranya kami terjumpa tanpa sengaja, beritahu Zairis. Terlayar semula di ingatannya apa yang berlaku pada malam tadi.

Ohh kau cubalah, tanya dia. Kenapa dia jadi macam tu

Dah banyak kali aku tanya. Tapi, jawapan dia menyakitkan hati aku!

Tak apalah. Nanti baru kau tahu kut sebab apa dia macam tu. Cuba kau fikir, sebelum kau jumpa dengan dia semalam. Kau ada jumpa dia sebelum tu ke

Ayat daripada Irsyad Hakimi membuatkan fikiran Zairis jauh menerawang mengingati pertemuan sebelum itu. Ya, dia tidak sengaja terlihat gadis itu ketika dia bersama Batrisya!

Ada. Masa tu, aku temankan Batrisya pergi cari hadiah.

Aku rasa, sebab perkara tu kut perangai dia pelik. Mungkin, dia cemburu

Kening Zairis sedikit terjongket mendengarnya. Cemburu Kenapa pula dia nak cemburu

Aduh, kau ni! Takkan kau tak faham kut Dia cemburu, sebab dia suka kaulah!

Kau biar betul Dia sukakan aku

Manalah tahu Hati orang kita tak dapat ramal, kan

Mengarutlah! Kalau dia cemburu, kenapa dia tak terus terang aje Kenapa perlu berkias-kias dan menafikan Hah, yang itu aku tak faham!

Sebab dia ego! Kau pun faham kan, Syak tu macam mana Takkan dia nak buang ego dia tu, semata-mata nak luahkan perasaan dia pada kau

Hmm

Fikirkan baik-baik, Ris. Takkan kau nak biarkan hubungan ni berakhir Aku tahu, bagi kau hubungan ini amat bermakna. Sempat Irsyad Hakimi memberi nasihat sebelum suasana kembali sepi antara mereka berdua. Sengaja dia memberi ruang untuk Zairis berfikir hala tuju hubungannya itu.

Hbaiki telefon aku! omel Zainura bersama ESY... kenapalah lambat sangat pekerja tu

wajah yang masam.

Dia langsung tidak berselera untuk mengambil sarapan pagi hari ini. Semuanya gara-gara hal semalamlah ni.

Ini, kedai telefon ni pula buat pasal! Ingatkan dah hantar ke kedai, telefonnya terus dibaiki. Rupanya belum buat apa-apa pun. Huh! Sengaja betul buat dia bengang. Kalau ikutkan hati, nak je dia bakar kedai telefon ni.

Menyusahkan orang betul!

Kau ni kenapa, Nura Pagi-pagi dah berangin tanya Syakila seraya menghampiri meja makan. Mata terarah pada wajah Zainura yang lain berbanding sebelum ini. Muka langsung tak senyum. Mesti ada yang tak kena tu.

Telefon aku tu. Aku pun tak tahu bila nak siap. Geram aku dengan pekerja tu.

Alah, nanti siaplah tu. Yang kau risau sangat kenapa

Mahu tak risau Aku dah terlepas pasal gosipgosip artis. Nak tengok dekat tv, selalu tak sempat. Nak tanya dekat staf-staf pejabat, dia orang memang tak layan semua ni.

Apa yang penting sangat pasal gosip-gosip tu

Bukan mendatangkan faedah pun!

Memanglah tak mendatangkan faedah. Tapi, aku nak tahu pasal Zairis. Aku nak tahu perkembangan lelaki itu.

Apabila nama Zairis disebut, berubah terus riak wajah Syakila. Dia meneguk liur. Janganlah sampai Nura baca gosip tu. Bukannya dia bertunang dengan lelaki itu.

Cepatlah makan. Nanti lambat pula masuk pejabat.

Ha, yalah.

SUASANA di set penggambaran mula bertukar riuh apabila hadirnya beberapa orang wartawan.

Terhenti seketika kerjanya tatkala dirinya ditemu ramah. Bukan calang-calang wartawan, dari pihak stesen televisyen yang terkenal.

Betul ke berkenaan gosip bahawa you difitnah itu dah selesai Siapa dalang di sebalik semua itu Wartawan lelaki berkaca mata memulakan soalannya.

Baru dia hendak menjawab, ada wartawan perempuan bertudung oren pula meneruskan soalannya.

Zairis, boleh berikan penjelasan kenapa orang tersebut dengki dengan awak Adakah kerana nama Zairis yang semakin dikenali di seluruh industri hiburan

Kemudian disambung oleh wartawan ketiga yang berkulit hitam manis, Kenapa you tidak mahu memanjangkan kes tersebut Bagaimana hubungan you dengan orang itu Sudah berbaik ke

Bertalu-talu soalan dilontarkan kepadanya. Zairis menghela nafas. Cuba untuk bertenang, biarpun dia tidak mampu untuk berbuat seperti itu.

Sebenarnya, kes ini dah lama selesai cuma saya tidak memberitahu kepada umum. Terima kasih juga kepada Irsyad Hakimi, pembantu peribadi saya dan adik saya yang menyiasat perkara ini. Perkara ini dapat dikenal pasti melalui rakaman cctv di hotel tersebut. Kami dah dapat tahu siapa dalangnya melalui rakaman tersebut. Tapi, saya minta maaf kerana tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut mengenainya. Panjang lebar Zairis memberi penerangan.

Acah-acah je kut Kalau betul kenapa tak ambil tindakan undang-undang Wartawan berbaju biru gelap bertanya dengan mulut diherotkan.

Kami dah bersemuka dengan dalang tersebut dan dia pun sudah mengaku salah dan berjanji tidak akan mengganggu saya. Jadi, saya anggap perkara itu telah selesai. Lagipun, tujuan saya cuma mahu membersihkan nama saya sahaja bukan untuk

memburukkan imej orang lain pula.

Oh, jadinya someone from the industry also

Dia hanya tersenyum dan mengangkat tangan memberi signal tidak mahu meneruskan sesi temuramah yang berlangsung. Baginya, dia sudah menceritakan perkara yang sebenar.

Maaf, saya perlu meneruskan kerja saya. Terima kasih atas keprihatinan semua... ujarnya dan terus berlalu.

Pengambarannya disambung semula sebaik wartawan-wartawan yang mengerumuninya sebentar tadi mulai beredar dan meninggalkan lokasi. Fuhhh... dia lepaskan nafas lega.