Mama kau masih marah aku kan
Melebar senyuman Hani dibuatnya. Tak tahu apa patut dia jawab. Kalau dia kata ya, agaknya lagi kelat muka Ryan tu.
Habis tak kan dia nak senyum kut bila nampak muka awak Tak ingat macam mana sikap awak pertama kali jumpa Mama saya Memang wajib la dia boikot awak. senda Hani selamba hingga menambah kelat dan pahit di wajah Ryan.
Siapa suruh dia kurang ajar dulu. Sekarang, diri sendiri yang terpaksa menanggung. Tu dulu. Sekarang aku baik!. Ye la tu baik. Hani mencebik.
Mestilah. Dulu aku tak tangkap cintan dengan kau. Sekarang kau goda aku sampai tangkap cintan dengan kau.
Mencerun biji mata Hani mendengar jawapan Ryan. Amboi! Tahun bila pula dia goda Ryan. Huh! Pandai-pandai je. Dah tu tak habis dengan cinta. Kau ingat maggi cintan
Tolong sikit ye. Saya tak ada masa nak goda awak. Cuba awak kenangkan balik dulu-dulu. Ada ke masa saya nak menggoda awak dan awak rasa saya berkesempatan ke nak goda awak kalau mulut awak tu hanya bom-bam-bom-bam kening Hani terangkat seakan mencabar.
Terdiam Ryan dibuatnya. Amboi, bukan main Hani mengutuk. Nasib sayang kalau tak, dah lama humban ke Selayang. Ryan mengeluh memikirkan Puan Maizurah tadi. Memang muka masam habis tengok dia sampai dia tak senang duduk. Ye la, orang cakap kalau nak bahagia, cinta anak mesti hati ibunya kena jaga juga. Baru la hidup aman dan damai. Tapi, salah dia juga, tak reti jaga adab sampai Mama Hani pandang negatif padanya. Sekarang padanlah mukanya. Bak kata orang, siapa tanam padi, dia la dapat hasilnya. Eh Betul ke peribahasa tu
Kenapa diam Sentap ke. ejek Hani.
Ejekan dibalas dengan mulut muncung dari Ryan. Dia nak sentap Memang tak la! Dia pandang kiri kanan sebelum memandang Hani. Tanpa menunggu, laju dia bangun dari sofa single kepada sofa berangkai dua yang sedang diduduki Hani. Melabuhkan punggung di situ dengan sengihan gatal.
Apa menyempit ni Duduk la sana. bahu Ryan ditolak dengan satu tangannya.
Tapi, Ryan peduli apa. Tadi dia duduk jauhjauh sebab Mama Hani ada, tapi sekarang line dah clear. Lagi Hani tolak badannya, lagi dia menyempit dengan sengihan gatal.
Tak baik tau tolak suami sendiri. bisiknya perlahan hingga tangan Hani terhenti sendiri. Alamak! Bulu roma halus di telinganya dah mula naik.
Suami Bukan rakan pasukan ke Hani cuba menutup kegugupannya.
Tak sampai sehari dah lupa ke sayang Kan tadi kau dah setuju nak terima aku sebagai suami. Kau dah lupa ke Ke kau buat-buat lupa Ryan panjangkan lehernya ke arah wajah Hani sampai Hani terpaksa undurkan wajahnya.
Buang tebiat dah mamat ni!
Kalau..kalau saya nak tarik balik boleh tak nakal Hani menduga.
Jangan harap! bulat mata Ryan sampai tercetus ketawa kecil dari bibir nipis milik Hani.
Tawa Hani buat nafas gadis itu melekat betulbetul di tepi dagu Ryan. Ryan telan air liur. Terasa otaknya memberi amaran bahaya. Ingat Ryan! Ni rumah orang ni bukan rumah sendiri. Ruang tamu pula tu!
Ehemm...ehemm...
Ryan dan Hani terpanar. Melihat Puan Maizurah sedang memandang mereka, laju badan mereka dijauhkan. Hani tayang gigi manakala Ryan tersenyum malu. Alamak! Mak mertua dah ternampak la.
Dulu seorang setapak ke depan, seorang bertapak-tapak ke belakang. Tak sangka tiba-tiba jadi macam belangkas pula. Dunia...dunia... Perli Puan Maizurah sebelum meletakkan pinggan berisi kuih seri muka dia meja hadapan sofa.
Macam kena panahan bulu tangkis Ryan dan Hani rasa. Terpinga-pinga mereka diperli depan biji mata. Aduh! Mama ni memang sengaja la.
Makan la dulu. Nak jadi belangkas, esok-esok pun boleh. Mama pergi belakang sekejap. Ada kerja sikit. Sempat lagi Puan Maizurah memerli sebelum berlalu dengan senyuman. Memang la dia tak berapa berkenan dengan Ryan, tapi bila Hani nampak gembira, perlahan-lahan kekhilafan menantunya itu dimaafkan.
Siapa suruh awak duduk dekat sini hah Kan dah kena perli. marah Hani dengan muncung sedepa ke depan.
Tersentap Ryan dibuatnya. Dia pula yang kena.
Habis dekat mana saya nak duduk. Kan tempat seorang suami di sisi isterinya sekali lagi Ryan bersuara perlahan sampai Hani terasa seakan melayang.
Ni yang susah bila dicintai. Nak marah, tak jadi. Dari marah terasa nak beromantik pula. Kau memang dah kritikal jatuh hati ni Hani.
Salah la. Tempat seorang isteri di sisi suaminya. Hani seret punggungnya menghampiri Ryan hingga lengan mereka bersentuhan.
Ingat Ryan je boleh menggoda Dia pun boleh la. Cuma tak nak tunjuk bakat sebab takut Ryan tergoda kuasa dua.
Kau tengah goda aku ke sekarang Ryan hadapkan mukanya betul-betul di depan wajah Hani. Kasi test, siapa lebih tergoda.
Nope. Saya tengah renung awak. balas Hani dengan suara sengaja dilunakkan.
Bagus la sekarang ni. Dua-dua ada genetik gatal terlampau. Boleh pula goda menggoda di atas sofa tu. Dingin menyapa jiwa Ryan saat mendengar suara lembut dan renungan menusuk itu. Dia tak suka kalah, tapi sekarang ya! Dia mengaku kalah! Kalah dengan godaan Hani. Ingat Hani ni jenis malu-malu padahal, boleh tahan juga.
Sebelum apa-apa jadi, Ryan terus jarakkan wajah dan tubuh mereka. Ada perasaan yang dahsyat tengah bergelumang dalam hatinya. Lantas kepala Hani ditolak kuat ke belakang bagi menutup wajah gugupnya. Pertama kali dia rasa gugup sebab Perempuan Mulut Wisel ni. Nasib Hani terima dia kalau tak, terluka la dia sekali lagi.
Sakitlah! Hani sentuh dahi dengan muka menyeringai. Baru nak tengok muka Ryan merona merah, kepala dah kena tampar.
Siapa suruh kau renung aku macam tu. Dari kau renung aku, baik kau cerita apa kau nak cerita dekat aku. Kau kata tadi ada benda kau nak cakap. Ryan ubah topik saat teringat kembali bicara Hani di dalam kereta tadi.
Spontan Hani teringat balik apa yang dia mahu sangat beritahu pada Ryan. Cuma... Ryan akan percaya ke
Saya tak tahu nak cakap macam mana, tapi ni ada kena mengena dengan arwah Riana. perlahan-lahan Hani menuturkan kata-katanya.
Ryang terpegun sesaat sebelum dahinya berkeriut seribu. Riana
Apa dia
Hani gigit bibir sebelum menarik beg tangan yang diletak di tepi sofa. Isi beg itu diselongkar sebelum dia membawa keluar satu foto dan suakan kepada Ryan. Ryan menyambut dengan rasa aneh. Gambar arwah Riana sedang tersenyum gembira. Spontan ada rasa rindu menyusup tangkai hatinya, tapi bila melihat wajah Hani yang tampak gelisah, rasa rindu itu menghilang diganti dengan rasa kasih pada isteri di depannya.
Riana adalah masa lalu dan Hani adalah masa depannya.
Kasut tu... ujar Hani saat mata Ryan terhala tepat pada anak matanya.
Kenapa dengan kasut ni mata Ryan bermain ke arah kasut yang dipakai Riana. Kasut pink itu! Hadiah terakhir darinya buat Riana. Kasut yang direka khas oleh ibunya sendiri.
Saya tak tahu nak cakap macam mana, tapi... Hani berjeda sekejap bila dia tak tahu ayat apa yang sesuai untuk dituturkan saat ini.
Ibu awak cakap kasut tu hanya ada dua dalam dunia ni. Satu ada pada arwah Riana dan satu lagi ada pada adik tiri Riana. Dia perempuan yang datang ke pejabat awak hari tu kan
Ryan mengangguk. Ya! Dia yang hadiahkan kasut itu pada pasangan adik beradik itu.
Ryan, apa yang saya nak cakap ni mungkin pelik, tapi saya rasa ada sesuatu yang tak kena dengan kemalangan arwah Riana. beritahu Hani akan kesangsian yang mula hadir di dalam dirinya sejak dua menjak ini.
What! Ryan jelas terkejut. Mula la Hani tak senang duduk. Tengok muka Ryan yang ketat buat dia takut.
Sedar Hani memandangnya takut, Ryan kendurkan wajahnya yang tegang.
Look, aku tak faham apa kau cakap sekarang ni Arwah Riana meninggal dalam kejadian langgar lari. Apa yang tak kenanya
Saya tahu. Saya ada di situ masa tu, tapi saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Awak tak pelik ke Sampai sekarang pemandu tu masih tak dijumpai dan kes Riana ditutup macam tu saja
Apa nak peliknya Bedebah tu bernasib baik sebab dapat lari kalau tidak... Ryan genggam tangannya.
Sejak dari kes kemalangan Riana ditutup, hatinya tak tenang. Ada juga dia mengupah penyiasat, tapi semuanya gagal! Kalau dia jumpa bedebah tu, memang dia pukul sampai separuh mati. Kalau la pemandu tu tak pentingkan diri sendiri dan bawa Riana ke Hospital pada saat itu, mungkin Riana masih hidup!
Ryan, ada sesuatu yang saya nak cakap pada awak ni cuma saya tak tahu sama ada awak boleh percaya ke tak.
Ryan mengeluh memandang Hani. Sebolehnya dia tak mahu Hani bersoal jawab mengenai Riana.
Dia tak mahu Hani terluka kalau asyik berbicara tentang arwah kekasihnya itu. Perempuan mana tak cemburu bila mengenang cinta lalu si suami kan
Sebelum saya lari ke arah Riana hari tu, saya nampak pemandu tu keluar dari kereta. Dia macam.. macam cakap sesuatu dengan Riana, tapi...
Tapi, apa
Tapi, saya tak nampak wajahnya.
Ryan mengeluh. Yang itu dia tahu. Dia tahu saksi yang menjumpai Riana saat itu menyatakan pemandu kereta tak guna tu keluar dari kereta cuma dia tak dapat mengecam wajah pemandu itu dek kelam malam yang menyembunyikan wajah si penjahat. Tapi, sekarang baru dia tahu, saksi itu tidak lain tidak bukan, dia adalah Hani.
Perempuan yang dia cintai saat ini.
Ya aku tahu. Aku dengar dari pihak polis.
Memang saya tak nampak pemandu tu, tapi kasut pemandu tu. Saya rasa saya cam kasut pemandu tu.
Terangkat ke atas wajah Ryan. Bicara Hani menarik perhatiannya. Bila Hani arahkan bebola matanya ke arah gambar dalam pegangannya tangannya, Ryan turut memandang gambar itu dengan muka pelik.
Kasut tu... saya yakin kasut yang pemandu tu pakai sama seperti kasut yang arwah Riana pakai dalam gambar tu. Hani membongkar apa yang bermain di dalam kepalanya sejak akhir-akhir ini.
Apa Kasut ni mulut Ryan ternganga sebelum dia tergeleng tak percaya. Tak mungkin! Kasut ni hanya ada dua dalam dunia ni. Kalau kau cakap pemandu tu pakai kasut yang sama macam dalam gambar ni, itu maknanya pemandu tu adalah... Ryan terhenti dari berkata saat wajahnya tiba-tiba berubah seakan terkejut.
Nisa... sebut Hani melengkapkan ayat Ryan.
Tak! Tak mungkin Nisa. Kau dah gila ke Nisa tu adik Riana. Kau silap ni Hani. Mungkin kasut lain cuma warnanya yang sama. Nisa tak kan buat macam tu. Dia sayangkan Riana. tolak Ryan mentah-mentah. Rasa kelakar pula saat ni.
Dia nampak macam mana sedihnya Nisa saat arwah Riana meninggal. Menyatakan Nisa yang membunuh, sangat melampau!
Tapi...
Sudah la tu. Nisa tak mungkin pemandu tu. Kau ingat dia dah gila ke nak langgar kakak sendiri dan tinggalkan Riana Hani, perkara ni dah lama, jadi aku rasa mungkin kau silap. Cukup! Jangan syak Nisa. tenang, tapi ada nada amarah dalam suara milik Ryan hingga membuatkan hati Hani terasa bagai diherdik bertubi-tubi.
Tapi, mungkin betul juga kata Ryan. Mungkin warna saja yang sama. tapi kenapa hatinya kuat menyatakan itu adalah Nisa. Walaupun dalam cahaya yang suram, tubuh pemandu itu betulbetul seperti Nisa.
Mungkin saya yang silap. akui Hani akhirnya walaupun hatinya berat. Dia pandang Ryan yang menyentuh perlahan tangannya.
Ryan... panggil Hani saat matanya memandang tangan Ryan yang mengelus lembut tangannya. Bila Ryan menyahut, dia tunakkan pandangannya pada lelaki yang dia cintai itu.
Awak tahu siapa Lili tanya Hani tiba-tiba.
Soalan itu menyentak perasaan Ryan. Terlepas sentuhannya dari tangan Hani.
Kenapa kau tiba-tiba cakap pasal Lili Kenapa dengan Lili. tanya Ryan binggung namun jelas degupan jantungnya mengganas tiba-tiba.
Pelik! Macam mana Hani tahu pasal Lili Lili itu adalah...
Kereta-bunuh-kasut-dia-bunuh sebab- rantai-Lili. ujar Hani satu persatu perkataan yang asyik muncul ditelinganya.
Itu kata-kat arwah terakhir Riana pada saya sebelum dia tutup mata.
Ya! Dia mula mengingati perkataan terakhir arwah Lili yang dia lupakan selama ini. Lili! Dia yakin nama yang disebut adalah Lili.
Seperti mengalami kejutan, Ryan berdiri. Dia pandang Hani dengan pandangan berbalambalam. Tak mungkin! Kata-kata yang diucap oleh Hani buat wajahnya seakan mengalami tamparan yang besar. Lili, Lili dan Lili. Hanya itu bermain di kepalanya. Adakah Lili yang melanggar Riana