Kalaulah... kedua orang tuanya masih hidup, di manakah dirinya kini Bukan jalan ini yang dipinta tetapi inilah yang telah ditentukan oleh Allah SWT untuknya. Dia harus redha.
Matanya yang sudah berair dikesat dengan belakang tangan.
Walid:
Hari ni nak makan ubat apa Kimi tak tahu. Payahnya Arissa tak ada. Merajuk jangan lama-lama ya, nak. Susah hati Walid kat sini.
Itulah antara mesej yang dihantar oleh Encik Razali di ruang Whatsapp yang membuat air matanya sukar untuk ditahan. Perlukah dia membalasnya Atau membiarkan sahaja mesej itu. Tidakkah itu namanya kurang ajar
Lelaki itu kena biasa-biasakan diri selepas dia tiada kelak. Tentu Puan Hanim boleh menjaga suaminya dengan baik. Lebih baik dan elok daripada dia menjaga lelaki itu.
Walid:
Mak Cik tak tahu diet Walid. Macam mana ni Arissa Takkan Walid nak minum air sejuk dan roti je.
Semakin lebar senyumnya membaca mesej yang baru masuk ke dalam ruang whatsappnya. Lelaki itu seperti anak-anak kecil yang mahu dia pulang. Dia tahu lelaki itu sedang memujuknya agar pulang ke rumah Hakimi.
Dia memandang ke pintu sebaik mendengar bunyi ketukan dari luar. Dia pasti sangat Shima di luar sana. Temannya itu sudah berjanji hendak datang dan membawa sarapan memandangkan hari itu adalah hari Sabtu.
Assalammualaikum! Sengih Shima sebaik pintu di buka.
Waalaikumussalam, jawab Arissa sambil melebarkan pintu rumahnya selepas membuka pintu besi. Masuklah, pelawanya.
Aku bawa breakfast dan lunch sekali. Mak aku masak Nasi Dagang bila dia tahu aku nak jumpa kau. Kau dah masak ke soal Shima sambil menjinjing plastik di tangan dan diletaknya di atas meja makan empat tempat duduk.
Tak. Tak ada benda nak masak. Peti sejuk tu aku dah kosongkan sebelum ke rumah Hakimi dulu. Sebiji telur pun aku tak simpan. Takut jadi telur tembelang. Busuk pula rumah aku, jelas Arissa.
Habis semalam macam mana kau makan Shima sudah melabuhkan punggungnya di atas sofa milik merah Arissa. Selesa sangat apabila duduk di situ menghadap balkoni yang terbuka.
Aku menapaklah ke depan sana. Beli siap-siap untuk makan malam sekali, cerita Arissa tentang kisah semalam. Hendak beli barang-barang dapur dia tidak pasti sampai bila dia akan berada di situ. Bimbang barang-barang itu akan busuk kelak.
Laa... kenapa tak beritahu aku
Tak apalah. Lama aku tak berjalan. Asyik naik kereta mewah dia orang je. Lupa pula yang aku ni cuma menumpang je. Ya dia terlupa yang dirinya hanya menumpang di rumah mewah Hakimi.
Apa begitu pula. Encik Kimi tu suami kau, tau! Arissa senyap.
Pedulikan Umi dia. Apa yang penting Encik Kimi dan Encik Razali percaya kau, nasihat Shima lagi. Dia benar-benar gembira apabila Hakimi betul-betul mahu menjadikan temannya itu seorang isteri yang sebenar-benarnya dan bukan olok-olok lagi.
Arissa tidak bersuara.
Aku rasa elok kau balik. Mesti Encik Kimi rindukan kau, usiknya bernada serius.
Kau ni memandai je. Tak adanya dia nak rindurindu aku! Marahnya namun bernada perlahan.
Mana kau tahu Shima memandang Arissa dengan ekor matanya bersama senyuman.
Kau pula, mana tahu jeling Arissa.
Kan kau juga yang cerita hari tu. Dia serius nak jadikan kau isteri zahir dan batin! Kuat ketawa Shima dengan kata-katanya.
Merepeklahlah kau ni! Rasa malu pula Shima berkata begitu.
Bila dah mengaku mestilah ada rindu di hati. Nak mengaku berdepan, masing-masing malu, usik Shima lagi.
Arissa menggeleng beberapa kali. Sewel punya kawan, kutuknya sendiri.
Dahlah... jangan fikir sangat pasal Mak mentua kau tu. Kau terima je offer Encik Razali. Tak adalah kau duduk di rumah dan memerap tengok muka Puan Hanim tu! Shima memberi pendapatnya.
Betul juga dengan cadangan Shima, akui Arissa.
Tak baik tinggal suami lama-lama. Merajuk sekejap sudahlah. Aku tahu Encik Kimi tu sayang dengan kau. Kalau tak, memang dah lama dia lepaskan kau, tau tak. Setiap kali kau ingatkan dia... banyak alasan dia. Kau nampak tak perasaan dia sebenar Kau ni dah macam Nujum Pak Belalang tau! Shima ketawa.
Dah jom makan. Apa-apa kita borak lepas makan. Aku lapar ni.
Shima bangun dari duduknya dan melangkah ke meja makan yang hanya beberapa tapak dari tempatnya duduk tadi.
HARI Sabtu yang membosankan. Rasa serba tak kena je. Rasa malas hendak bangun dari tempat tidurnya. Tiba-tiba dia bangun dan memandang ke katil tetapi kosong. Masih sama seperti semalam. Hakimi menghela nafasnya dan kembali berbaring di sofabed.
Walaupun Arissa tiada, katil itu dibiarkan kosong. Sebenarnya dia berharap Arissa kembali dan mengejutkannya seperti selalu setiap pagi. Namun ia tinggal angan-angan yang tidak mungkin berlaku.
Telefon bimbit di bawah bantal dirabanya.
Kenapa dia tak nak mesej apa-apa Dia tak rindu ke soalnya sendiri dengan suara sedikit garau dan serak-serak.
Kembali dia membaca mesej terakhir yang dihantar oleh Arissa kepadanya. Bagai putus nyawanya dengan permintaan Arissa.
Nak lepaskan dia, sehari dia tak ada pun dah rasa macam putus nyawa, keluhnya sendiri sambil terus menatap mesej itu. Kenapa nilah yang kau minta Arissa. Mintalah beg Gucci ke, LV ke Kereta audi ke
Jangan X6 sudah. Aku tak mampu, keluhnya lagi. Hakimi!
Terkejut dia sebaik namanya dipanggil disebalik pintu dengan ketukan yang agak kuat, Mujurlah pintu itu daripada kayu jati, yang kalis bunyi dan tegap.
Apa hal pula ni Untuk kali yang entah ke berapa dia mengeluh. Hari ini terlalu banyak dia mengeluh.
Kimi! Sekali lagi suara Encik Razali kedengaran bersama ketukan di pintu yang agak kuat.
Hakimi senyap dan terus kaku di tempat tidurnya.
Kimi! tempik Encik Razali dengan ketukan yang lebih kuat seperti hendak ditumbuk pintu biliknya.
Hendak tak hendak dia memaksa dirinya bangun dan melangkah ke pintu.
Dah solat ke belum ni soal Encik Razali sebaik pintu bilik itu dibuka.
Dah... Hakimi kembali semula ke sofabed dan kembali berbaring.
Encik Razali mengekori anak itu ke sofa dan duduk di salah sebuah sofa yang ada sambil memandang Hakimi yang seperti kehilangan cintanya. Dia senyum. Teruk sungguhlah, keluhnya.
Kenapa tidur sini Dia beralih memandang rak buku yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku.
Arissa tak ada. Perlahan Hakimi bersuara dan sebagai tidak mahu lelaki itu mensyaki apa-apa.
Kuat ketawa Encik Razali mendengar jawapan Hakimi.
Teruk betullah Kimi ni.
Hakimi memandang Walidnya.
Pergilah jemput dia balik kalau dah teruk macam ni. Pandai-pandailah pujuk, suruh Encik Razali.
Hakimi senyap.
Dia cakap apa pada Kimi Tiba-tiba dia rasa risau dengan situasi yang dijadikan oleh Hakimi dan Arissa sekarang.
Tak ada apa. Masakan dia hendak cerita apa sebenarnya yang berlaku. Gila. kalau Encik Razali tahu mahu runtuh rumahnya nanti.
Kalau tak ada apa-apa masakan sampai macam ni. Dia macam merajuk.
Hakimi bangun perlahan-lahan dan duduk bersila.
Dia tak yakin dapat hidup dengan Kimi sebab Umi tak suka dia. Adakah dia mengadu kepada Walidnya.
Encik Razali pula senyap.
Hakimi memandang Encik Razali seperti mengharap lelaki itu memberi pendapatnya.
Pujuk dia elok-elok, kata Encik Razali.
Nak pujuk macam mana soal Hakimi. Dia memang tidak tahu bagaimana hendak memujuk perempuan. Sudah berapa tahun dia tidak punya sesiapa di dalam hatinya.
Ya Allah, takkanlah itu pun Walid nak ajar! Pandai-pandailah sendiri! bengang sungguh dia dengar soalan Hakimi. Macam budak belum akil baligh, dengusnya.
Hakimi menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Dah, jangan dok tergaru sana sini. Bangun... kita nak makan apa ni Walid dah lapar. Tadi teguk air masak dengan roti gandum tu je. Uminya entah apaapa... tiba-tiba mogok pula! Encik Razali bangun dari duduknya lalu melangkah ke rak buku.
Walid nak makan apa soal Hakimi lalu bangun dan melipat selimutnya.
Apa-apalah... Arissa tak ada, jadi tak pantang. Dia balik nanti Walid pantanglah. Encik Razali ketawa.
Hakimi senyum. Lucu mendengar kata-kata Walidnya. Macam budak-budak pula.
Walid keluar dulu. Cepat sikit! dia mengingatkan anak itu.
Ya, jawab Hakimi lemah.
Matanya menghantar langkah Encik Razali singgah ke pintu. Katil di hadapannya ditenung seketika. Mengharap adalah Arissa di situ. Ya Allah, terasa dia seperti sudah gila bayang kini.
MEMANG dia nak tipu Kimi. Saya selongkar baju-baju dia, tak ada satu pun dokumen peribadi, sijil-sijil dia. Sekurang-
kurangnya tentu dia ada salinan sijil semua tu! tegas Puan Hanim menceritakan dengan apa yang dijumpa dua hari lepas. Geram dia apabila ceritanya tidak mahu didengari oleh suami dan anaknya.
Eh, dengar sini Cik Hanim... sebelum Arissa tu bernikah dengan Hakimi, dia tinggal di apartment tau tak. Semua barang-barang dia ada di sana. Mana nak bawa segala-galanya ke rumah Kimi. Mana dia nak letak! balas Encik Razali.
Terkedu Puan Hanim mendengar cerita suaminya. Dia membetulkan duduknya. Rasa panas je punggungnya. Pandangannya beralih kepada Badrul yang keluar masuk ke dapur dan masuk ke ruang tamu menghantar sarapan mereka.
Boleh tak sebelum apa-apa, siasat dulu betulbetul. Jangan main terjah orang tak tentu pasal. Tengok anak awak tu macam mana Runtuh masjid yang dia orang bina... semuanya punca dari mulut awak tau. Jangan sekali-kali buat fitnah. Segala amalan awak selama ini langsung tak berkat tau tak! nasihat Encik Razali kepada isterinya. Ini bersolat tetapi bila mengata orang bukan main. Solat tu sepatutnya mencegah dari perbuatan keji dan mungkar tau tak! Nampaknya memang solat awak tu tak dapat nak mencegah perbuatan-perbuatan tu. Tengok balik macam mana awak bersolat! keluh Encik Razali dengan gelangan kepala.
Puan Hanim senyap. Rasa tebal mukanya ditegur di hadapan Badrul walaupun pemuda itu sekejap muncul dan sekejap lagi hilang ke dapur.
Mana saya tahu.
Tak tahu jangan cakap. Tak tahu bertanya. Jangan memandai-mandai! selar Encik Razali geram.
Tapi pasal Kak Talha dan Abang Amar tu memang betul tau! tingkahnya tidak mahu mengalah dengan cerita tentang orang tua Wafa pula.
Apa yang betul Soal Encik Razali memandang kepada Badrul yang meletak dulang berisi air teh di atas meja. Terima kasih Bad. Dah susahkan Bad je. Selalu Arissa yang buatkan untuk Walid.
Sama-sama Walid. Tak apa... kami bekerjasama. Badrul sengih sambil mengerling kepada Puan Hanim.
Kimi mana tanya lelaki itu lagi.
Bos dah naik.
Tak nak makan soal Encik Razali memandang ke tangga.
Tak tahulah Walid, keluh Badrul. Dia pun tak tahu nak cakap apa. Nampaknya Bosnya sudah jatuh rindu dan cinta pada Arissa. Tiba-tiba dia rasa nak gelak.
Tengah hari macam mana soal Encik Razali ingin tahu apakah menu untuk tengah hari mereka. Bos dah call Chef Shakir minta dia sediakan menu yang Arissa minta dia sediakan semalam. Boleh ke Walid soal Badrul tidak pasti. Sepatutnya Hakimi bertanya dahulu kepada Walidnya.
Tak apa, tak apa... Kasihan pula dia sudah menyusahkan pemandu Hakimi. Payah tak ada Arissa ni ya. Sekali lagi dia mengeluh.
Ya, Walid. Saya ke belakang dulu.
Yalah. Encik Razali mengangguk-anggukkan kepalanya.
Mati semua orang tak ada Arissa ya sindir Puan Hanim menjeling suaminya.
Dah awak tak mahu buat semua. Tolong masak untuk diet saya pun awak tak nak. Yang tahu duduk gosip sana sini. Tak rasa usia tu dah tua ke Tak rasa zikir tu lebih baik dari bergosip tak tentu hala ke selar Encik Razali mula meradang disindir-sindir begitu.
Saya cakap yang betul bang. Orang tua Wafa tu dah menipu kita! tegasnya lagi. Asyik terhenti cerita yang hendak diceritakan kepada suaminya.
Tengok, satu, satu Allah tunjukkan pada awak. Awak tak sedar ke apa makna semua tu Orang menipu awak Sekali lagi Encik Razali menyuruh isterinya sedar dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka.
Puan Hanim senyap. Tunduk.
Awak pernah toleh ke belakang tak Pernah fikir tak silap, salah, dosa yang awak dah buat pada orang lain dan sekarang terkena pada awak pula!
Apa abang ni!
Awak jangan ingat semua yang kita ada ni milik kita. Semua ni... Encik Razali menuding sekitar mereka. Ini Allah yang punya. Dia nak ambil balik sekejap je. Termasuklah diri awak tu. Awak tu bukan hak mutlak saya tau. Allah yang punya. Bila-bila masa Allah boleh ambil awak dari saya!
Abang! gerun dia mendengar ceramah Encik Razali yang tiba-tiba.
Sedarlah sikit Hanim... kita hidup tak lama. Biarlah anak-anak cari bahagia mereka dengan cara mereka sendiri selagi berlandaskan Islam. Awak tak susah hati ke tengok Kimi tu monyok aje dua tiga hari ni
Puan Hanim menjeling.
Mungkin awak tak pernah rasa bagaimana berpisah dengan orang yang disayangi! tegak matanya memandang isterinya.
Tak sudah-sudah lagi!
Tiba-tiba Puan Hanim bangun dan melangkah ke tangga. Sakit hatinya mendengar bebelan Encik Razali. Hilang seleranya untuk bersarapan maggi goreng mamak yang dibeli oleh Hakimi dan Badrul tadi.
Encik Razali menghela nafasnya. Lama dia memandang maggi goreng di dalam piring yang dihidangkan oleh Badrul tadi. Diangkat pinggan itu lalu disuap ke dalam mulutnya walaupun terasa amat kelat secara tiba-tiba ruang-ruang rindu timbul kembali menerpa hatinya.