MY DARLING ANGEL - 33
MAK LONG dengan Pak Long ada dekat rumah tak Lisa ingat nak datang

rumah hari ni. Ada benda yang Lisa nak

bincangkan dengan Mak Long dan Pak Long.

Kedengaran suara Lisa serius memecah gegendang telinga Puan Rahayu.

Mak Long ada je dekat rumah ni tak ke manamana pun hari ni tapi Pak Long kamu ada meeting dekat sekolah pagi ni. Mungkin dalam tengah hari nanti Pak Long balik. Kenapa Lisa Bunyi macam penting je.

Serius je nada kamu ni. Risau pula Mak Long dengar.

Tak ada Mak Long, sebenarnya macam ni. Ada orang nak datang masuk meminang Elzaara, Mak Long.

Hah! Meminang Elzaara Siapa Mak Long tak tahu apa-apa pun.

Puan Rahayu sangat terkejut apabila mendapat perkhabaran daripada anak saudaranya mengatakan bahawa ada orang yang nak datang masuk meminang anak dara bongsunya itu. Hatinya tertanya-tanya siapakah gerangannya pula yang hendak datang masuk meminang anak daranya yang seorang tu.

Ha, itulah yang Lisa nak bincangkan dengan Mak Long dan Pak Long ni. Tapi, tak apalah, kejap lagi Lisa ceritakan semuanya pada Mak Long dan Pak Long. Eh, Lisa datang dengan Mak je sebab ayah tak dapat datang.

Yelah-yelah datanglah. Mak Long tunggu dekat rumah.

Eh, Mak Long kejap-kejap. Mak Long jangan bagi tahu Elzaara lagi yang ada orang nak masuk meminang dia ya Takut dia akan tolak pinangan tu mentah-mentah pula. Kita bincang sesama kita dulu ye Mak Long

Yelah. Pukul berapa Lisa nak datang ni Soal Puan Rahayu.

Dalam tengah hari sikit macam tulah Mak Long. Balas Lisa.

Okey. Nanti Mak Long cakap dengan Pak Long kamu pasal hal ni.

Okey, Mak Long. Assalamualaikum! Waalaikumussalam! Talian diputuskan.

Puan Rahayu sudah merasa sedikit curiga. Dia amat terperanjat kerana perkara itu tiba-tiba sahaja berlaku tanpa mereka mengetahui apa-apa. Lantas dengan itu dengan segera Puan Rahayu mendial handphone Encik Yusuf dan mengkhabarkan berita yang baru dia terima sebentar tadi kepada suaminya yang berjanji akan pulang awal.

Ibu!

Oiii... Hesy budak bertuah ni! Ha, nak ke mana pula ni dah siap-siap

Elzaara sengih, Ini ha, cucu kesayangan ibu sibuk nak pergi Kidzania sebab tengok iklan kat TV. Dari minggu lepas dah merengek. Tapi, minggu lepas kan El kena buat kelas tambahan. Baru minggu ni tak sibuk sikit.

Nenek, jomlah kita pergi Kidzania...

Tempat budak-budak tu tak sesuai untuk nenek. Haziq pergilah dengan Acu. nenek tunggu atuk balik aje dekat rumah ni.

Okey nenek! Haziq nak makan aiskrim tau, sedap...

Puan Rahayu tertawa kecil melihat telatah lucu Haziq, Pergilah El. Kesian pula dia duduk memerap aje dekat rumah ni.

Terima kasih, ibu.

Eh, El berdua aje ke dengan Haziq

Taklah. Lyn ikut sekali.

Oooo... hati-hati!

Kedengaran bunyi hon didepan pintu pagar. Elzaara berlari membuka pintu rumah dan Lyn segera masuk ke dalam untuk bertemu dengan Puan Rahayu. Bersalam dan kemudian meminta diri untuk keluar bersama Elzaara dan Haziq.

Puan Rahayu melepaskan nafas lega. Elok juga kalau Elzaara tak ada waktu Lisa sampai nanti. Bimbang juga kalau tiba-tiba Elzaara dapat tahu dan mengamuk sakan.

HAH, APA yang kamu nak bincangkan dengan Pak Long dan Mak Long ni Lisa

Mak Long kamu cakap ada orang nak datang merisik Elzaara Betul ke Encik Yusuf membuka bicara sebaik sahaja mereka bersantai di ruang tamu setelah habis menjamu makan tengah hari.

Aah, Pak Long, Mak Long, macam ni. Sebenarnya memang ada orang nak datang masuk meminang Elzaara. Orang tu minta tolong Lisa bagitahu niat baik mereka nak masuk meminang Elzaara dekat Pak Long dan Mak Long dulu. Mereka risau kalau tak bagi tahu, takut Pak Long dan Mak Long terkejut pula sebab tiba-tiba je ada rombongan nak datang masuk meminang El. Jadi, tu yang Lisa datang ke sini nak bincang dengan Pak Long dan Mak Long dulu. Kalau Pak Long dan Mak Long kata ok, orang tu nak hantar rombongan meminang dalam masa terdekat ni juga, Lisa berterus-terang.

Orang tu siapa Lisa Mak Long dan Pak Long kenal ke Tiba-tiba je dia nak hantar rombongan merisik Macam tergesa-gesa pula rasanya sebab tibatiba je. Mak Long dengan Pak Long jadi terkejut bila kamu bagi tahu hal ni. soal Puan Rahayu.

Dia ni sebenarnya kawan Lisa masa dekat London dulu Mak Long. Nama dia Ahmad Bunyamin. Dialah yang nak datang masuk meminang Elzaara. Memang nampak macam tiba-tiba je Mak Long, tapi sebenarnya memang dia dah lama nak masuk merisik El, cuma masa belum sesuai. Kebetulan keluarga dia balik sini tu yang dia nak masuk merisik Elzaara sekarang. Elzaara pun kenal kawan Lisa ni.

Kawan kamu Keluarga dia tak ada dekat ini Habis selama ni keluarga dia duduk mana Puan Rahayu sekali lagi terkejut kerana tidak menyangka bahawa anaknya berkenalan dengan kawan Lisa dan Elzaara tidak pernah menyebut apa-apa kepada mereka suami isteri sebelum ni.

Kawan kamu ni duduk mana Lisa Dia kerja apa Macam mana kawan kamu boleh kenal dengan Elzaara tu Elzaara tak ada cakap pun yang dia berkenalan dengan kawan kamu tu dengan Pak Long Ada El bagi tahu Ayu ke

Encik Yusuf yang sedari tadi diam tiba-tiba bersuara. Encik Yusuf menoleh ke arah isterinya sambil menagih jawapan. Puan Rahayu hanya menggeleng. Ligat kepala Encik Yusuf memerah otaknya menyelongkar tentang kawan-kawan anak dara bongsunya itu.

Dia duduk dekat Setapak, tapi dia ada kafe dekat Danau Kota. Keluarga dia bermastautin di London. Dia kenal Elzaara pun masa Haziq hilang dekat taman dulu tu. Brian yang jumpa Haziq. Kali kedua mereka jumpa masa El keluar dengan Lisa. Kami terserempak dengan Brian dekat kafe dia secara tak sengaja. Lisa pun tak tahu sebenarnya yang masa tu El dengan Brian dah kenal antara satu sama lain. Lepas tu adalah dua tiga kali kami jumpa beramai-ramai dekat luar sekali dengan Lyn, dengan Haziq.

Haziq pun kenal dia ke soal Encik Yusuf terkejut.

Lisa angguk.

Eh, Lisa... berbelit pula Mak Long rasa ni. Kafe di Danau Kota tu kafe makan atau Cyber Cafe Kalau keluarga dia dekat London, habis tu dekat Setapak tu dia duduk dengan siapa Kawan kamu ni mat saleh ke apa Kejap Brian, kejap Ahmad Bunyamin, yang mana satu sebenarnya Kalau dah kenal El, kenapa pula nak rahsiakan hal-hal macam ni Bertalu-talu soalan diajukan oleh Puan Rahayu kepada Lisa seperti polis pencen yang sedang menyoal pesalah.

Sebenarnya El tak tahu pun yang Brian tu nak masuk meminang dia sebab El tak tahu yang Brian ada hati dekat dia.

Pula! Lelaki tu suka dekat El tapi El tak tahu pun pasal lelaki tu suka dekat dia. Yang si El ni memang suka dengan lelaki tu ke tak Apa sebenarnya ni Lisa Pak Long tak faham. Cuba cerita betul-betul dengan Pak Long. Elzaara dengan budak tu berkawan ke tak Tiba-tiba je dia nak datang masuk merisik Elzaara.

Aahlah Lisa. Mak Long pun tak faham. Cuba Lisa ceritakan daripada mula.

Betul tu Lisa. Mak pun tak faham juga macam Mak Long kamu. Sekejap kamu sebut Brian, sekejap Ahmad Bunyamin. Puan Rahimah pula mencelah.

Lisa sudah menggarukan kepalanya tanda buntu. Dia sebenarnya pun pening dengan apa yang diucapkan. Wajah keliru, terkejut, Pak Long, Mak Long dan emaknya di pandang satu persatu. Tiba-tiba dia teringat bahawa Brian ada memberitahunya malam tadi bahawa dia, Mummy dan Daddynya ingin ke rumah Pak Longnya untuk berkenalan dengan mereka. Err... macam inilah, Mak, Mak Long, Pak Long... kita tunggu ajelah orangnya sampai sekejap lagi. Biar dia yang terangkan hasrat hati dia. Lisa ni cuma tolong sampaikan hasrat dia je. Kejap ya Mak, Pak Long, Mak Long. Lisa bangun dan menuju ke pintu hadapan dan handphonenya dilekapkan ke telinganya.