SAAT AKU BERPALING - 33
SETELAH hampir dua minggu Tan Sri Malik meninggal dunia, akhirnya ruang untuk

Nadhirah membalas dendam luas terbuka. Dia akan berdepan dengan ahli keluarga Papanya bagi menghadiri sesi pembacaan wasiat Tan Sri Malik.

Banyak yang berputar difikiran Nadhirah ketika dia di dalam perjalanan ke pejabat Mulia Trustee ini. Terlalu banyak namun yang paling penting bagi Nadhirah kini, dia mahu menuntut bela. Keadilan buat Mamanya, keadilan buat dirinya juga.

Kenapa dia dijemput sekali, Dato Majid Soal Aidid serius. Dia tidak menjangkakan yang Nadhirah juga perlu ada di sini pada hari ini.

Permintaan Tan Sri Malik. Dia mahukan ke semua anak-anaknya ada ketika wasiat yang dibuatnya dibaca. Dato Majid menjawab dengan tenang.

Excuse me. Perempuan ini tak berbinkan Papa saya. Terang-terang dia ni tak diiktiraf. Dia tak sepatutnya berada di sini. Adelia dengan bongkak sekali memberikan pendapatnya.

Tenang dulu semua, kehadiran anda semua di sini adalah kerana nama-nama anda tersenarai sebagai penama di dalam wasiat yang telah dibuat oleh Tan Sri Malik Bin Marzuki. Sebarang bantahan, persoalan dan perkara berbangkit akan kita bincangkan selepas dokumen wasiat ini dibaca. Dato Majid cuba meredakan suasana sebelum beliau keluar sebentar meninggalkan mereka anak beranak di dalam biliknya.

Huh, masa orang tua tu mati, tak ada pula aku nampak muka kau dekat tanah perkuburan. Tup-tup bila nak baca wasiat, kau boleh pula datang. Kalau dah keturunan pisau cukur tu, memang mengikis aje kerjanya, kan Sindir Puan Sri Munirah sebaik sahaja Nadhirah dijemput duduk oleh Dato Majid.

Tan Sri Malik kan ada tiga orang anak yang taat dan seorang isteri yang solehah untuk sedekahkan dan bacakan apa yang patut untuk dia di sana. Setakat saya ni, apalah sangat yang saya boleh buat. Nadhirah sengaja memerli.

Lagi satu Puan Sri, tolong jaga sikit mulut tu. Puan Sri tak layak nak bercakap pasal Mama saya. Sekali lagi Puan Sri sebut pasal Mama saya, Ill make sure you regret it! Nadhirah menjawab. Dia amat marah saat Puan Sri Munirah menyebut tentang keturunannya.

Tercengang Puan Sri Munirah seketika, Ooo, kau dah pandai menjawab sekarang, kan

Memang dah pandai. Kenapa Puan Sri tak puas hati dengan saya ke Nadhirah sengaja menaikkan kemarahan Puan Sri Munirah.

Eh, perempuan! Kau siapa nak ugut-ugut Mama aku ni hah Adelia cuba membela Mamanya.

Aku anak Tan Sri Malik. Hari ni, aku nak kau orang semua sedar yang taraf kau orang sama je dengan aku. Walaupun aku ni kononnya berasal dari keturunan tak baik, aku dapat sama yang kau orang dapat. Taraf kita, sama! Nadhirah tersenyum sinis.

Puan Sri Munirah, Aidid, Ammar dan Adelia melemparkan pandangan sinis kepadanya. Namun Nadhirah hanya memilih untuk tidak menghiraukan mereka. Bukan dia yang minta untuk datang ke sini, tapi dia dijemput.

Sejak bila pula aku ada dua adik perempuan ni Ammar tiba-tiba mencelah. Dia masih kelihatan lalok seperti biasa.

Kau diamlah! Dah bertahun duduk dekat pusat pemulihan pun tak juga baiknya. Mama pun kenapalah keluarkan dia dari sana tu Aidid berang.

Ammar dihumban kembali ke pusat pemulihan oleh Tan Sri Malik beberapa minggu lepas setelah dijumpai di sebuah hotel di Lembah Klang. Tindakan mamanya mengeluarkan Ammar dari pusat pemulihan semakin merosakkan adiknya. Ammar kembali menggunakan bahan terlarang malah keadaannya lebih teruk berbanding dahulu.

Habis tu Aidid nak suruh Mama buat macam mana lagi Puan Sri Munirah menyoal Aidid yang menyalahkannya.

Tinggalkan aja dia di sana. Adelia lantas menjawab kasar. Dia turut bersetuju dengan pendapat abang sulungnya.

Dia orang dah tak dapat nak bantu dia di sana. Mama terpaksalah ambil dia balik. Lagipun dia kena ada di sini hari ni. Jangan nak salahkan Mama seorang sebab sepatutnya Aidid yang uruskan semua ni, bukan Mama! Puan Sri Munirah turut naik angin. Sebaik sahaja kelibat Nadhirah muncul, mood mereka satu keluarga berantakan.

Malaslah Aidid. Dia nak sangat rosakkan diri sendiri, biar dia rasakan sendiri. Aidid mengambil pendekatan lepas tangan.

Rilekslah. Buat apa nak kecoh-kecoh. Ammar ambil sikit je pun benda tu. Nanti Ammar taubatlah balik Ma. Dalam keadaan khayal Ammar tersenyum tersengih sendiri.

Diamlah Abang Ngah! Abang buka mulut pun menyakitkan hati orang je. Adelia turut menyampah melihat gelagat abang keduanya ini.

Baguslah kalau semua orang dalam keluarga ni dah gila. Nadhirah berseloroh sambil mentertawakan mereka.

Dia sudah memasang tekad. Dia memilih untuk melawan. Tak mungkin dia akan membiarkan maruahnya Mamanya dan harga dirinya turut diinjakinjak oleh mereka kali ini.

Kau memang kurang ajar Belum pun sempat Puan Sri Munirah menghambur caci maki, Dato Majid masuk semula ke dalam pejabatnya.

Ke semua mereka dijemput masuk dan duduk ke satu bilik tertutup yang boleh memuatkan kira-kira dua puluh orang. Mereka semua dijemput duduk.

Memandangkan ke semua waris dan penama yang tersenarai sudah ada di sini, saya selaku peguam yang menguruskan segala urusan perundangan yang melibatkan pengagihan harta-harta Tan Sri Malik akan membacakan wasiat yang ditinggalkan beliau.

Ke semua yang berada di dalam bilik berkenaan memasang telinga untuk mendengar wasiat yang ditinggalkan.

Terdapat 4 orang pewaris yang telah dinyatakan oleh Allayarham Tan Sri Malik Bin Marzuki. Mereka adalah Puan Sri Munirah Tan Sri Zainal Abidin, Mohd Aidid Tan Sri Malik, Mohd Ammar Tan Sri Malik dan Dora Adelia Tan Sri Malik. Kelihatan ke semua mereka mengukir senyuman tatkala nama Nadhirah tidak disebut sebagai penama.

Perkara pertama yang ingin saya huraikan di sini adalah saham-saham arwah di dalam Emerald Group. Sepuluh peratus saham akan diserahkan kepada Encik Aidid, sepuluh peratus lagi diserahkan kepada Encik Ammar dan lima peratus lagi diserahkan kepada Cik Dora Adelia.

Ke semua aset lain berupa wang tunai, hartanah serta pelaburan lain akan dibahagikan secara faraid. Senarai aset yang akan dibahagikan mengikut faraid adalah seperti yang tertera di dalam dokumen ini. Satu senarai panjang diserahkan kepada para waris untuk dibaca.

Kenapa saya rasa macam ada yang tak kena Aidid bersuara.

Maksud Encik Aidid

Kalau dicampur ke semua nilai saham, kami adik beradik cuma dapat 25 peratus. Saham Papa ada tiga puluh peratus dalam Emerald Group. Dalam senarai yang Dato bagi ni pun, hartanah Papa di Bukit Antarabangsa langsung tidak tersenarai. Kenapa

Sebenarnya 5 peratus saham lagi serta hartanah yang terdapat di Bukit Antarabangsa bukan lagi menjadi milik Tan Sri Malik. Semasa hayatnya, Tan Sri Malik sudah memindahkan saham serta pemilikan hartanah berkenaan kepada Cik Nadhirah Johan. Oleh itu, milikan bagi saham serta hartanah berkenaan bukan lagi milik Tan Sri Malik sebaliknya milik Cik Nadhirah Johan. Atas sebab itulah Tan Sri Malik mahu Cik Nadhirah ada sama ketika wasiatnya dibaca.

Macam mana pula boleh jadi macam tu Bukankah anak haram tidak layak menerima harta pusaka

Saya minta Encik Aidid bertenang ya Memang anak luar nikah tidak layak menerima harta pusaka, namun Tan Sri Malik sudah pun membuat proses hibah bagi memberikan sebahagian hartanya pada Cik Nadhirah Johan. Terang Dato Majid.

Hibah Aidid menyoal.

Ya, benar. Hibah bermaksud hadiah. Hibah ini dibuat ketika Tan Sri Malik berada di dalam keadaan waras dan sedar. Tiada unsur paksaan, tiada unsur hasutan dan segala perincian hibah telah dilakukan oleh Tan Sri Malik di hadapan saksi-saksi yang dilantiknya sendiri termasuklah saya.

Mana boleh! Dia bukan adik saya. Dia tidak pernah diiktiraf langsung. Aidid meninggikan suara.

Di sini, saya nak terangkan sesuatu. Hibah adalah keputusan mutlak dan tidak boleh dituntut oleh waris lain. Hibah membenarkan pemilik harta untuk menghadiahkan hartanya kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki. Tan Sri Malik sudah pun memberikan harta berkenaan kepada Cik Nadhirah ketika beliau masih hidup dengan kehadiran saksi yang sah. Keputusan itu adalah sah dari segi syarak dan ia tidak boleh ditentang lagi.

Maksudnya di sini, orang luar pun boleh dapatlah harta si mati dan bukan tertakluk pada anak-anaknya sahaja Aidid sudah tidak senang duduk.

Tepat sekali. Melalui proses hibah, Tan Sri Malik berhak memberikan hartanya pada sesiapa sahaja yang dia mahu dan keputusannya tidak boleh ditentang. Sekarang saya nak minta semua untuk bertenang dahulu. Kita hormati apa yang Arwah Tan

Sri Malik mahukan.

Mana boleh macam ni. Aidid terus membantah.

Encik Aidid, tolong hormati wasiat arwah. Kita berkumpul di sini atas permintaan arwah. Kerjasama dari semua saya perlukan untuk memastikan proses pembacaan ini berjalan lancar. Kita tak nak proses terganggu sebab kalau Encik Aidid terus terusan buat kecoh, saya terpaksa batalkan semua dan aturkan semula pertemuan kita di satu tarikh yang lain. Dato Majid memberi amaran.

Apalah kau orang ni. Kita dengar diam-diam boleh tak Ammar meluat mendengar rungutan yang tidak berpenghujung oleh Aidid .

Pada dia, pembahagian ini tak bawa sebarang makna pun. Dia tidak peduli langsung dengan apa yang terjadi kerana dia sudah tidak sabar menunggu proses ini tamat agar dia boleh kembali ke biliknya.

Kau diamlah! Adelia dan Aidid membalas serentak. Sakit hati mereka dengan telatah Ammar.

Memandangkan semua sibuk, tolong jangan timbulkan sebarang masalah. Kita cuba selesaikan semuanya dengan cara paling berhemah. Dato Majid memulakan pembacaannya yang terhenti sebentar tadi.

"This is too much Ma! Papa tu dah gila agaknya. Aidid menggelengkan kepalanya sebaik sahaja Dato Majid selesai membacakan wasiat arwah Tan Sri Malik.

Keputusan arwah Tan Sri Malik untuk memberikan 5 peratus pegangan syarikat serta harta-hartanya yang lain kepada Nadhirah benar-benar mencabar dirinya selaku anak sulung. Masakan Nadhirah layak memperoleh 5 peratus pegangan syarikat sama banyak dengan apa yang diperoleh Adelia manakala dia dan Ammar selaku anak kandung yang lebih berhak masing-masing memperoleh cuma sepuluh peratus pegangan sahaja.

Ingatkan cukuplah sekadar makan pakai, rupanya dia nak bagi juga harta dia pada anak haram dia ni. Rungut Aidid.

Mind your own word, Aidid. Papa dah meninggal! Puan Sri Munirah memberi amaran apabila Aidid dengan selamba menghina arwah bapanya sendiri.

Itulah apa yang saya nak cakapkan. Dia dah mati, tapi yang susah sekarang ni kita yang hidup. Aidid tetap juga tidak berpuas hati.

Betul apa abang cakap Mama. Dah mati pun masih menyusahkan anak-anak. Bahagi harta pun entah apa-apa. Anak luar nikah ni pun boleh dapat semua. Menyampah! Adelia menambah lagi.

Tergeleng kepala Puan Sri Munirah mendengar kata-kata yang dilemparkan anak-anaknya. Bukan kecewa kerana cercaan mereka namun dia merasa kecewa apabila apa yang mereka katakan benar belaka. Anak luar nikah seperti Nadhirah tidak layak mendapat semua itu. Arwah Tan Sri Malik seolaholah sengaja mengenakan mereka sekeluarga dengan meninggalkan wasiat begitu.

Takkanlah harta yang Adelia dapat, sama banyak dengan Nadhirah. Papa ni tak betul ke apa sebelum meninggal Adelia memandang tajam wajah Nadhirah yang kelihatan tenang sekali. Dia turut tidak berpuas hati dengan pembahagian ini.

Hibah adalah satu prosedur yang menepati hukum syarak. Taraf Cik Nadhirah tidak diambil kira kerana Tan Sri Malik dibenarkan memberi sebarang hartanya kepada sesiapa yang dia kehendaki baik waris mahupun bukan waris. Terang Dato Majid yang turut memasang telinga mendengar sebarang persoalan berbangkit.

Saya akan cabar keputusan ini. Nadhirah tak layak. Saya akan bawa perkara ini ke mahkamah.

Jika isu status adalah perkara yang cuba dipersoal, saya ingin menjelaskan bahawa Tan Sri Malik berhak untuk mewariskan 1/3 daripada hartahartanya kepada orang luar jika dia mahu melalui haknya membuat hibah. Dato Majid kelihatan tenang menjawab soalan Aidid dan Adelia.

Walaupun Cik Nadhirah dinafikan hak sebagai sebahagian daripada ahli keluarga Tan Sri Malik, dia layak menerima peruntukan harta yang dihibahkan oleh Tan Sri Malik atas kapasitinya sebagai bukan waris. Tegas Dato Majid.

Nadhirah tersenyum sini. Ya, haknya sudah lama dinafikan. Sekarang inilah waktunya dia menuntut segala haknya demi Mama!

Waris yang ada tidak boleh menentang isi kandungan hibah ini kerana itu adalah hak mutlak Arwah Tan Sri Malik. Cik Nadhirah sememangnya berhak untuk mendapatkan pemberian arwah.

Jawapan dari Dato Majid berjaya membuatkan ke semua yang berada di situ terdiam.

Baiklah memandang tugasan saya selaku pemegang amanah sudah selesai, saya berharap agar ke semua waris menerima hajat arwah dengan hati terbuka. Dato Majid bangun dan berlalu bagi memberi ruang kepada mereka menenangkan diri.

Kan aku dah cakap, taraf kita semua dah sama. Eh, silap... taraf kau orang semua dah jatuh pun. Sinis kata-kata Nadhirah.

Nadhirah ketawa sambil terus menghirup teh yang berbaki. Dia sudah bersedia untuk beredar setelah segalanya selesai dibacakan. Nadhirah bersorak di dalam hati. 5 peratus nilai pegangan syarikat sudah cukup untuk membantunya memusnahkan keluarga ini. Lebih mudah untuk dia menyusun rencana. Impiannya cuma satu kini, ke semua yang menghinanya di dalam bilik ini, akan melutut merayu di depannya suatu hari nanti.

Tak apalah. Setakat 5 peratus pegangan, perempuan ni tak boleh nak buat apa-apa pun. Puan Sri Munirah yang terkejut cuba menenangkan hati anak-anaknya.

Masalahnya sekarang, kalau kita campur ke semua nilai pegangan saham Aidid, Ammar dan Adelia, kita baru dapat 25 peratus, Ma. Kedudukan Aidid boleh dicabar bila-bila masa je kalau ahli lembaga pengarah tak setuju dengan pimpinan Aidid nanti.

Abang tak payah risau sangat. Imran dan ayahnya ada lima belas peratus pegangan. Adelia akan yakinkan dia untuk sokong abang sebagai Pengerusi nanti. Adelia begitu pasti. Takkanlah bakal suaminya enggan menyokong Aidid.

Aku akan hancurkan kau orang semua! Nadhirah berbisik di dalam hati. Dia tekad untuk tidak mengalah lagi. Kesombongan dan keangkuhan mereka semua akan dihancurkan. Wajah Puan Sri Munirah, Aidid, Adelia dan Ammar dipandang lama. Mereka bukan lagi sesiapa dalam hidupnya, mereka akan menjadi sasaran dendamnya selepas ini.