Kristal Berdarah - 33
BAB 32

Kami mengambil masa selama lapan hari sebelum tiba di bintulu. Setiap malam aku tidur dengan Shariman yang telah menjadi suami aku. Setiap malam aku melihat amin menghisap candu. aku tahu dia cuba mengatasi perasaan takut. aku juga mengambil kesempatan untuk menghisap dadah dengan harapan perasaan takut yang menghantuiku saban masa, akan terhapus apabila fikiranku hilang ber samasama asap candu dan khayal dadah.

namun akhirnya aku sedar, tindakan aku itu adalah kerja siasia. Menghisapnya tidaklah bermakna lebih me nyenangkan aku melayani suami aku, sebaliknya mem buatkan aku dingin. aku memerlukan sesuatu yang lebih baik untuk berasmara dengan Shariman.

cuma satu yang menyenangkan aku ialah, Shariman langsung tidak tertarik untuk cuba berkhayal dengan candu dan dadah. Sekalipun aku tahu dia tidak senang dengan sikapku, tetapi dia tidak pula menghalang. cuma setiap kali aku meneguk asap itu, dia akan berlalu dan pu lang hanya pada larut malam. aku tidak tahu apa yang dilakukannya cuma aku berasa lega kerana tiada lagi be rita tentang mangsa pembunuhan ngeri yang menerpa dalam benakku.

aku tetap percaya, dia adalah seorang pembunuh. Wa lau pun sulit untuk aku berhadapan dengan kenyataan, aku terpaksa juga melakukannya. aku sayangkan dia. aku cintakan Shariman. apa lagi yang aku boleh buat selain daripada melayani dia sebagai suamiku

Kami hanya berada di bintulu selama semalam. amin telah membuat rancangan untuk kami ke Gunung Kemuning. amin akan tetap bersamasama kami ke kaki gunung tersebut. aku tidak tahu, apakah amin juga bakal menjadi mangsa cemburu dan dendam Shariman. aku hanya berdoa dan berharap, Shariman tidak melakukan jenayah itu lagi.

Perjalanan ke kaki gunung tersebut menggunakan bas. aku agak kekok juga menaiki bas. bas yang terdapat di Semenanjung agak berbeza dengan bas di tanah borneo ini. Malah persekitaran desanya juga terlalu berbeza jika lau dibandingkan dengan Semenanjung.

beberapa peristiwa menarik berlaku sepanjang per jalanan kami. Tetapi aku rasa, tidak wajarlah aku me nu lis segalagalanya. Tambahan pula perjalanan yang aku dan Shariman lakukan bukanlah dengan tujuan makan angin atau bersiarsiar.

Kami menyeberang ke arah timur laut. Ketika hari menjelang petang, kami singgah di sebuah kedai makan di sebuah pekan kecil. Semua penumpang termasuk pemandu bas turun untuk menjamu selera.

encik Rosli... Wajah lelaki tua itu tibatiba sahaja terlintas di ingatanku. Dan entah mengapa, tibatiba sa ha ja kerinduanku terhadapnya membuakbuak. Tentu dia terperanjat mendengar berita bahawa aku dan Shariman telah pun menjadi suami isteri.

Kenapa dengan dia

Kita kena hantar berita kepadanya. Shariman mengangguk dan tersenyum.

Setelah kami ke pos mini yang berhampiran dan meng han tar sepucuk telegram kepada encik Rosli, kami mene ruskan perjalanan.

Lagi dua hari, kita akan sampai ke kaki Gunung Kemuning.

alangkah bertuahnya hidup kita. aku cuba memba yangkan yang indahindah.

Salimah! Kita tak ada masa untuk berbulan madu sekarang. Kalau nak berbulan madu sekalipun, kita kena habiskan kerja kita dulu.

Katakata Shariman mengejutkan aku daripada lamu nan. aku bersetuju dengan pendapatnya. Wajahnya kupandang dalamdalam.

Semenjak beberapa hari ini, Shariman tidak lagi seper ti selalu. Tiada senyuman atau pun sentuhansentu han mes ra daripadanya. Wajahnya kerap masam mencuka. Kadangkadang aku melihat Shariman mengerutkan ke ning seolaholah sedang memikirkan sesuatu yang sangat besar. aku pula sering bermain dengan Kristal berdarah. aku menyimpannya di tempat yang cukup selamat. Kei ngi nan untuk menyentuhnya, sering datang dan membuakbuak. aku langsung tidak dapat menahan pera saan itu. Dan akhirnya, kristalkristal berwarna merah yang banyak menimbulkan masalah dan misteri, kerap kusentuh. aku tidak mahu kristalkristal itu terperuk di dalam beg aku sahaja. Tiada gunanya untuk aku serahkan kristalkristal itu kepada Shariman. Keadaan akan jadi lebih teruk jikalau Shariman menyimpan Kristal berdarah.

amin juga bukanlah seorang penyimpan yang baik. Dia sepatutnya tidak terlibat di dalam perkara ini. Hanya kerana kematian Jose dan Rizal yang membuatkan aku ter paksa membenarkan dia ikut serta. aku sedar, semua kristalkristal ini milik encik Rosli. Walau bagaimana say an gnya aku terhadap serpihanserpihan di dalam beg aku itu, suatu hari aku terpaksa berpisah dengannya.

Suatu malam aku menerima telegram daripada encik Rosli. Kebetulan pula ketika itu, amin baru sahaja pergi ke pejabat pos untuk urusan suratmenyurat dengan keluarganya di Pulau Palawan. Dia telah mengambil telegram itu dan menyerahkannya kepada aku.

Shariman dan Salimah:

Saya gembira mendengar awak berdua telah ber kahwin. Tahniah! Mujurlah awak berdua berada di Limbang. Sebuah banglo peranginan menempah dua buah lampu meja kristal berukir. Saya telah memberikan nama awak berdua kepada pemiliknya. Saya harap awak berdua dapat menyiapkannya.

ROSLI

Kita ni berbulan madu, tapi kena juga buat kerja, kataku kepada Shariman.

Ya... tapi aku gembira kerana kita telah berjaya dalam kerja mencari kristalkristal tu. Dan yang lebih gem bira.... Dia mengucup kening aku. akhirnya kau jadi isteri aku.

Shariman... aku nak beritahu kau satu perkara. aku merenung matanya yang redup.

apa dia

aku terlalu sihat!

Maksud kau... Keningnya berkerut.

Sekarang aku ada tubuh yang lebih. aku ketawa. Salimah! Shariman nyata masih belum faham.

Salimah! aku mengikut katakatanya. aku sengaja menyakitkan hatinya.

Hentikan! Dia memegang bahu aku. Kenapa kau berkelakuan macam ni

Kau tahu, darah aku dah bertukar jadi daging aku ketawa. Sedangkan Shariman semakin tidak faham dengan katakataku.

aku tak faham. cubalah berterusterang.

aku berjalan perlahan sambil mengelilinginya. aku dah tak turun darah sejak beberapa bulan. Dia mendengar apa yang hendak aku katakan.

Dah dua bulan darah aku tak turun.

apa

aku tak datang haid, bodoh! aku begitu geram dengan kebodohan suami aku ini. Dah dua bulan

aku tak datang haid.

Kau...

Kau akan jadi seorang bapa. ada manusia baru yang jadi penghubung kasih antara kita.

Maksud kau... kau... mengandung Dia seperti biasa, kembali berperangai seperti budakbudak.

Ya!

Tapi... tapi.. bagus! Hah! alangkah indahnya hidup berumahtangga. Dia menarinari seperti badut di tengah sarkas.

Kau tak ubah macam pencuri yang mendapat habuan besar. aku tersenyum.

Salimah... aku akan jadi bapa.., katanya sambil merenung aku. Kenapa Kenapa kau tak beritahu aku awalawal lagi

aku tidak dapat meneruskan katakata. aku yakin dia telah membunuh lima orang. aku yakin dia gila. aku tahu dia jahat hingga sanggup mencuri dan merompak dari tempat yang sepatutnya kami hormati.

Mulutku hampir mengatakan, dia tidak akan sempat me lihat anak di dalam kandunganku lahir. Tetapi aku tidak dapat memberitahunya. ada sesuatu yang menyekat aku daripada meneruskan katakata. ada sesuatu yang menggesa aku agar tidak memberitahunya.

Mata Shariman kutenung dalamdalam. air matanya berlinangan. Mungkin dia terlalu gembira mendengar berita aku telah mengandung. Setitik air mata meleleh di tepi pipinya. aku menyapu dengan perut jari telunjukku.

Pagi esoknya kami bertolak ke Limbang. Kami tiba di banglo yang membuat pesanan tersebut. Penjaga banglo ter sebut jikalau tidak salah, namanya Khalid me nyam but kedatangan kami. aku dan Shariman telah diberikan sebuah bilik. begitu juga dengan amin. Tetapi sebelum aku dan Shariman memulakan kerja, aku mengambil keputusan untuk bersiarsiar terlebih dahulu.

Suatu waktu dahulu, aku pernah ke tempat itu. Jadi tidaklah terlalu sukar untuk aku mengenali jalanjalan di situ. Jadi, di samping menenangkan fikiran, aku ingin melihat suasana tempat tersebut yang mungkin telah berubah seiring dengan masa.

ada sebuah pasar yang agak sibuk. Penjaja, penjual makanan dan fakir miskin berkeliaran di situ. aku berjalan mencelah di antara mereka. Wajahwajah yang asing dan janggal, merenung kelibat dan setiap langkah yang aku atur. Kemudian tersenyum mungkin sebagai tanda persahabatan setiap kali aku menoleh ke arah mereka.

Salimah! er... nama puan... Salimah Suara itu terlalu asing.

aku segera berpaling. Puan ni namanya Salimah

Hmm aku mengangguk.

Seorang lelaki sedang berdiri di hadapan aku. Pakaian nya terlalu buruk. Di tangannya terdapat sebuah bakul rotan yang bertutup dan bertudung. Dia tidak mempunyai biji mata. cahaya matahari membuatkan soket matanya berwarna merah. Dia menghalakan mukanya tepat ke arah aku.

Saya sudah lama mencari puan. Saya memang me nan ti kedatangan puan. Suaranya begitu lembut dan mesra.

Sekarang awak dah jumpa saya. aku ketawa.

apa yang awak mahukan dari saya bakul di tangannya bergerakgerak. ada benda

hidup di dalamnya.

ada hadiah untuk puan.

Hadiah

Ya.

baguslah. Saya memang suka dengan hadiah. Kebetulan pula dah lama saya tak dapat hadiah.

Dia berjalan tanpa merabaraba seperti kebanyakan orang buta yang lain. bakul di tangannya dihulurkan ke padaku. Dia mengangkat tudung yang menutupi mulut bakulnya.

aku terpandang beberapa ekor ular di dalam bakul tersebut. aku menghulur tangan dan mengambil salah seekor daripadanya. ia mengembangkan tengkuk sambil berdesis. aku tahu reptilia itu tidak akan mematuk dan menyuntikkan bisanya menjalari urat dan salur nadiku. ia kelihatan tenang dan berlingkar di tangan aku. Kemu dian menjalar ke muka aku.

aku membiarkan sahaja. Sisik tedung hitam yang aku pegang itu, kelihatan bercahaya disinari cahaya rembang. aku berkirakira hendak melangkah, apabila aku

mendengar perintahnya yang agak keras. Tunggu!

ada apa Ular itu hampir setengah kaki dari muka aku. Kenapa

Puan bersama seorang anak

Ya!

Segalagalanya akan jadi ganjil.

Maksud awak

Semuanya akan kembali seperti asal. Tak ada benda yang berubah walaupun kita berusaha untuk mengubah nya. ada masanya kita lupa, Tuhan sering memberikan sesuatu untuk menguji kita. Tapi percayalah, suatu hari, puan akan merasainya. Puan akan mengalaminya. apa yang puan hindarkan selama ini, akan datang dan berada dalam hidup puan. aku meletakkan tangan ke perut. anak aku...

Ya... manusia memang aneh. Makhluk Tuhan yang paling mulia tapi sering meletakkan diri di tempat ter hina.

Tidak sepatah pun katakata lelaki itu yang dapat aku fahami maksudnya. Pun begitu, keegoan membuatkan aku terus mendiamkan diri dan pada masa yang sama cuma memikirkan katakata yang disampaikannya kepadaku.

aneh, aku tetap tidak dapat berfikir seperti selalu.

aku merenung ular yang membeliti pergelangan ta ngan aku sekali lagi. Tengkuknya semakin mengembang. Lidahnya terjelir dan hampir mencecah kulit lenganku. aku seperti dapat mendengar bisikannya. Kau akan kehilangan orang yang kau sayangi.

Matahari semakin cerah. cahayanya yang cerah, me me nuhi ruang pandanganku. aneh! aku dapat melihat diri aku sendiri. aku juga dapat melihat Zulaikha. aku ternampak tangan aku mengambil serpihan Kristal berdarah dan menikam rongga matanya. Kemudian aku menikam tenggoroknya. aku biarkan dia dibasahi darah merah yang kental dan hanyir.

Ruparupanya aku yang melakukan jenayah itu!

Maznah dan Suzanne menjerit kuat seperti mana aliran darah di salur nadi mereka. aku telah membunuh me reka. Mereka telah mati tanpa sempat bertaubat. Rizal dan majikannya yang telah menyentuh aku, juga telah aku bunuh. entah mengapa, aku berasa begitu bangga dengan je na yah yang aku lakukan. aku merasakan aku telah mena matkan sebahagian daripada dosa yang dilakukan oleh makhluk yang bernama manusia di muka bumi ini. aku telah memusnahkan kejahatan. aku yang melakukannya, bukan suami aku! akulah penjenayah yang aku kutuk itu!

apabila aku mengetahui tentang jenayah yang telah aku lakukan, aku ketawa sendiri. aku tidak dapat menga wal tawa itu. Mulanya perlahan, tetapi bertukar menjadi langsing. Mujurlah tiada orang di sekeliling.

aku ketawa kepada diri aku. aku ketawakan kebutaan dan ketololanku. aku yang terlalu buta terhadap konsep ketuhanan dan unsurunsur baik di dalam hidup seorang makhluk mulia bergelar manusia.

Pengemis itu telah pergi bersama ularularnya. aku dapat merasakan kepanasan matahari yang bersinar. ia masih tinggi di langit. aku telah melihat diri aku. aku telah melihat di dalam cahayanya. Melihat sesuatu dalam jangkamasa yang singkat dan tanpa kemahuan aku.

Sekarang baru aku tahu. Sekarang baru aku sedar. Selama ini aku mengejar sesuatu yang terlalu jauh untuk dicapai. Kristal berdarah bukanlah seketul kristal yang sebenarnya. Kristal berdarah sekarang berada di dalam rahimku. Kristal berdarah yang hakiki.

Shariman mengambil masa selama dua minggu untuk menyiapkan tempahan banglo tersebut. Dia tidak mem be narkan aku melakukan sebarang kerja. Dia terlalu ber tang gungjawab. Di dalam diamdiam, aku bersyukur kerana menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama Shariman Mustapha.

apabila tugas kami selesai, amin telah mencarikan seorang penterjemah dan jurutunjuk. Kami mula bergerak meninggalkan Limbang untuk ke destinasi terakhir... Gunung Kemuning.

Perjalanan kami mengambil masa selama tiga hari. cuaca kerap bertukar. Panas dan sejuk silih berganti. aku sering kelesuan. Tetapi semangat untuk sampai ke tempat yang ditujui tetap membara.

akhirnya kami sampai ke destinasi. Kami terkejut kerana kebanyakan daripada penghuni bangunan putih yang terletak berhampiran dengan sebuah jurang dalam, adalah wanita. Kesemua mereka bergiat di dalam lapan gan seni kraftangan dan seni halus. Walau bagaimana pun, Shariman dan amin dibenarkan tinggal di sebuah bilik di bangunan tersebut.

Penghantar makanan untuk penghuni bangunan putih itu adalah kaum pribumi yang tinggal di seberang jurang. Manakala para pembeli dan pengedar barangan seni yang telah dihasilkan, menggunakan dua jalan. Satu, jalan yang kami gunakan. Manakala satu lagi menggunakan jambatan gantung yang merentangi jurang dalam.

Kristal yang awak cari, ada di sebuah balai lama di se be lah sana, kata Suhana, ketua karyawati di bangunan peninggalan Raja brooke itu.

Kami telah memberitahu tujuan kedatangan kami ke sini. Dia nampaknya tidak menaruh sebarang syak. Malah ketika aku memperkatakan tentang Kristal berdarah dia hanya tersenyum dan menyuruh aku mencarinya sendiri.

Kami telah ke meratarata tempat untuk mencarinya. Setakat ni, kami tak kecewa lagi.

Mencari kebenaran tidak semudah mencari keja ha tan. aku tidak memberikan sebarang ulasan tentang hal tersebut.

awak sebenarnya sudah sampai ke tempat yang betul. awak boleh memilih antara dua... kejahatan dan kebaikan. betul, kan

bagaimana.. kenapa puan berkata begitu Dia tersenyum.

Di kawasan yang dikatakan oleh Suhana, terdapat se buah bangunan yang sudah runtuh. Di sekelilingnya ter da pat perkuburan lama yang bersih daripada sebarang tumbuhan.

Tidak jauh dari situ, aku terpandang kilauan merah. Sesuatu yang aku cari! aku tahu, aku telah menemuinya. Kristal berdarah yang terakhir.

aku menghampiri kristal tersebut. aku ingin sekali menyentuhnya. Dan ketika aku sampai di sisinya, aku melekapkan telapak tanganku ke atasnya. ia agak panas, panas seperti darah segar.

Dari belakang aku, Shariman memeluk pinggang aku. Dia benarbenar mengejutkan penumpuan aku.

Jauhkan diri kau! aku tidak faham mengapa aku menu turkan katakata itu. Salimah!

aku menolaknya, berundur dan menjauhkan diri

se be rapa daya yang boleh. Jangan sentuh aku lagi. Dia terkejut.

Kau selalu kata yang kau cintakan aku. Tapi kau tak cintakan aku. Hanya satu saja yang benarbenar cintakan aku... diri aku sendiri.

Salimah! Kenapa kau ni apa yang dah merasuk kau

Kau tidak cintakan aku lebih daripada aku cintakan diri aku sendiri. Kita dah banyak melakukan dosa besar. Dosa yang sepatutnya tidak kita lakukan. aku semakin tidak dapat mengawal emosiku.

Salimah! Dia melangkah ke hadapan.

Hentikan! aku mengibas angin dengan kristal merah yang aku genggam. Salimah! Kenapa dengan kau berhenti! aku menjerit.

Dia tetap berjalan perlahan dengan tangan terbuka seo laholah memperlihatkan dirinya yang tidak bersen jata. aku menggenggam kristal yang baru aku temui dan menunggu dia menghampiri aku. apabila dia telah ham pir benar, dengan pantas aku membenamkan Kristal berdarah ke matanya.

Seluruh mukanya berwarna merah. Kristal juga ber warna merah. Seluruh dunia berwarna merah. Semuanya kelihatan seperti api yang sedang marak membakar!

bagaikan ada semacam kepuasan yang menjalari segenap urat sarafku pada waktu. aku tahu, Shariman sedang menderita kesakitan yang teramat sangat namun aku sedikit pun tidak berasa ingin menenangkan kesa kitannya. bahkan aku memandang sambil tersenyum mengejek.

Dia menjerit kesakitan. Tangannya digawang ke udara. Dia ingin menyentuh aku. Darah segar mengalir laju. Matanya sudah hancur. Keduadua belahnya....

Tetapi warna darahnya tidak sama dengan merah kristal yang aku pegang. Dia tersungkur. aku hanya memandangnya. Dia membisikkan namaku sebanyak tiga kali.

Shariman.... aku bersuara lembut. Membalas panggilannya

Keburukan telah berakhir buat kami berdua. Selamalamanya. aku mendekatinya, mengucup bibirnya dan berlutut. air mataku tibatiba mengalir laju. aku tidak tahu apa puncanya.

Shariman! Kau tidak seharusnya bercakap.

Lehernya aku kerat dengan kristalku ini. Penderitaan nya aku habiskan dengan tragis. Kemudian aku mengucup bibirnya yang semakin dingin dan kaku.

Hari semakin gelap. Di kaki langit, bebintang sedang mengerdip dengan cahaya pudar. Shariman sudah berehat dengan segala ketenangan dan aku menangis di sisinya. entah mengapa... hati aku menjadi begitu pilu.

Di dalam rahimku, aku merasakan bayi di dalam kan du ngan menganjal. barangkali sedang bergerak mencari ruang selesa. atau barangkali juga tidak senang dengan tindakan yang aku lakukan terhadap bapanya.

aku perlu membebaskannya. aku akan gunakan kristal ini sebagaimana aku menggunakannya terhadap Shariman. aku mengangkatnya tinggi, cuba melakukan pengakhiran sebagaimana yang dimiliki oleh Shariman.

Salimah! aku tidak sedar, amin berada di belakang ku. Dia kelihatan terpaku.

aku dengar jeritan. Kenapa Salimah Dia merenung Shariman yang semakin kejang.

Harimau... harimau telah menyerang dan membunuh suami aku. aku tidak tahu bagaimana aku mendapatkan alasan tersebut. cuma aku mengharapkan dia tidak melihat darah Shariman yang masih melumuri setiap inci kulit tanganku.

amin memandang sekeliling. Kemudian kembali

memandang Shariman yang malang.

Harimau

Ya... Suara aku begitu lemah. Kristal berdarah ter genggam erat di tanganku. aku seperti dapat merasa kan, ia mengembang dan berdenyutdenyut.

Dia mendekati, berlutut di samping mayat Shariman, cuba memeriksa dengan bantuan cahaya yang samar.

aku berjalan di belakangnya. amin... maafkan aku. aku terpaksa! amin tidak sempat berpaling dan mengelak ketika aku merejam kristal itu ke tengkuknya. Dia jatuh di sebe lah Shariman. Menggelepar seketika kemudian diam. Kaku. Kejang.

Malam bertambah kelam. aku ingin tinggal di sini. aku terlalu sakit. aku telah memberitahu Suhana apa yang berlaku tadi. Mengejutkan! Dia juga mengalami ke ja dian yang sama seperti aku. Malah lebih aneh, dia juga pernah bekerja di balai Seni indah di bawah pengawasan encik Rosli. aku cuba mengaitkan encik Rosli dengan semua peristiwa ini...