Tak sakit buat apa nak makan ubat Itu jawapan doktor muda kepadanya.
Namun dia masih rasa sesak nafas. Dia sukar untuk tidur di sebelah malam. Lalu dia ke Unit Pesakit Luar di Klinik Kesihatan. ECGnya normal. Tekanan darahnya 140/90 mmHg. Tiada ubat juga. Hanya disuruh ukur tekanan darahnya setiap hari. Selepas seminggu datang balik. Setiap hari dia ukur tekanan darahnya. Kebanyakannya di farmasi dekat dengan rumahnya. Tekanan darahnya sekitar 130-140/90-100 mmHg.
Pagi ini dia datang ke klinik aku. Menceritakan masalahnya. Tekanan darahnya masih 170/100 mmHg. Aku tunjuk bacaan kat dia. Tangan kanan. Tangan kiri. Digital. Manual. Memang tinggi bacaannya. Emak bapaknya memang ada darah tinggi. Berat badannya 97 kg.
Kolesterolnya 6.3 dan dia mengadu sesak nafas dah lebih dua minggu. Kalau itu dikatakan sihat dan bukannya berpenyakit, aku garu kepala dan tak tahu nak kata apa.
Bagaimana dengan motto Kami Prihatin Kesihatan Anda Dia ada tunjuk kad-kad rawatan dia. Doktor-doktor hanya tulis 2-3 baris ayat sahaja. Tiada langsung rekod pasal sesak nafasnya. Cuma tulis NY Class II. Tiada tanya pasal faktor-faktor risiko. Berat badan langsung tak dicatatnya.
Ke mana lagi dia nak dapat rawatan selepas ini Klinik panel dah pergi. Klinik kerajaan dah pergi. Hospital kerajaan pun dah pergi. Dia cuma belum cuba ubat-ubat direct selling dan ubatubat bertestimoni tahap dewa di FB. Transfer factor, Monavie, Herbalife, garam bukit, cendawan gunung. Mungkin ubat-ubat ini boleh membantu dia sihat. Mungkin. Tapi dalam mimpilah.