Ayah, nak susu!
Masih menumpukan perhatian pada Diane Kruger yang sedang kena cekik aku menjawab yakin:
Fateem pergi ambil atas meja dapur. Ibu baru bancuh tadi.
Meja dapur terletak beberapa meter dari penjuru kanan sofa berdekatan TV. Tempat Fateem lepak-lepak.
Taknak. Nak ayah ambil! Fateem memberi jawapan macam nak minta didikan. Dia mula buat perangai nak menangis.
Aku pause kan aksi Diane Kruger kena cekik. Ini masa aku amalkan ilmu didikan anak-anak yang aku belajar dari pembacaan internet diselang-seli dengan halwa telinga Bullet For Valentine suatu ketika dahulu.
Fateem kan dah besar. Fateem boleh jalan ambil susu sendiri. Jangan asyik nak menangis. Kan ayah cakap jangan selalu suruhsuruh orang Fateem boleh pergi ambil kan Aku memberi rasional supaya Fateem berfikir lojik di sebalik argument yang aku lontarkan.
Boleh! Jawab Fateem bernada lemah. Nampak gaya dia faham konsep yang aku sampaikan tadi. Aku perlu uji dia sikit lagi.
Ha! Kalau boleh kenapa suruh ayah pulak Soalan susulan penting untuk aku kaji keupayaan Fateem dalam pemprosesan situasi. Sejauh mana dia boleh memberi jawapan rasional berdasarkan situasi semasa. Itu kaedah Pedagogi yang Dr. Freeman Weems III ajar aku.
Ateem nak ayah ambil juga! Fateem masih bertahan dengan kemahiran metacognition yang sedia wujud dalam diri beliau (budak-budak kecil memang ada kemahiran metacognition yang tinggi boleh rujuk De Anemia karangan Aristotle).
Mendengar jawapan Fateem, aku tak cepat melenting. Ilmu pembacaan aku pun bukan sikit-sikit, aku cuba taktik Law of the Soggy Potato Chip saranan Fitzhugh Dodson. Konsep mendidik dengan mengeluarkan rasional kanak-kanak aku rasa amat sesuai dengan situasi yang aku hadapi sekarang.
Fateem cuba bagitau sebab yang kukuh kenapa nak suruh ayah Ayah nak tahu sebab. Jangan jawab cara emosi. Cuba bagi jawapan secara lojik. Aku sambung lagi.
Bagitau sebab, kalau sebab ok, ayah ambil. Kalau sebab yang tak ok, ayah tak nak ambil.
Aku tau Fateem faham cakap aku. Bukan sekali dua situasi macam ni berlaku, dah lebih lapan kali.
Pendidikan Kanak-Kanak
Penyudahnya, aku juga pergi ambil susu atas meja. Beri pada Fateem. Aku tutup laptop. Aku pergi cari balik buku Tarbiyatul Aulad dekat rak yang dah berhabuk.
Cilakak punya teori orang putih! Haram jadah satu pun tak jalan! Sia-sia aku belajar.
Fateem jawab rilek dan bersahaja.
Sebab Ateem malas.
Kalau besar sikit lagi bagi jawapan pandai macam tu memang sengaja minta pelempang!