BLACK WIDOW - 33
DURI dalam daging, musuh dalam selimut, dan gunting dalam lipatan menjadi kenyataan di dalam kehidupan terbaru Ayu.

Segala-galanya beres, setelah majlis persandingan yang meriah dan besar tamat dan Jalil serta Ayu sah menjadi suami isteri.

Imran telah kembali ke LA - menyambung tugas sambil menyulam derita. Hasratnya untuk memiliki Ayu musnah dan dia terpaksa merenjis di depan kekasih sendiri di atas persada indah yang sepatutnya dia duduki.

Ayu tidak lagi terbang di angkasa - berhenti untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Lagipun... dia perlu banyak masa untuk menyelenggara pameran solo suaminya yang kebelakangan ini semakin hangat.

Koleksi lukisan Jalil semakin mendapat tempat di hati peminat seni tanah air dan setiap pameran mendapat sambutan. Nama Jalil semakin panas di bi223

bir pencinta seni dan lukisannya begitu digemari oleh orang perseorangan atau korporat.

Ayu mula menjadi public figure ditemuramah dan sering muncul di akhbar-akhbar. Berita mengenai dirinya, keluarga dan apa saja tentangnya mula mendapat perhatian. Apatah lagi... berita mengenai klinik di desa yang berdiri kerana usahanya turut mendapat perhatian.

Ayu semakin hebat di kaca mata masyarakat.

Namun, setiap kejayaan dan setiap sanjungan, pasti ada cacian. Begitu juga dengan diri Ayu. Dia dibenci dan dicaci - tetapi bukan orang lain. Orang yang membelakanginya adalah adik ipar sendiri.

Nama Anisah semakin tenggelam walaupun dia lebih dahulu popular daripada Ayu. Siapa yang tak kenal dengan pelakon bernama Anisah Entah kenapa, Anisah menjadi iri terhadap populariti Ayu yang dikatanya telah mencabar dirinya sendiri. Perasaan ini semakin menebal di dalam ji- wanya.

Ayu semakin gembira, kejayaan Jalil semakin menyerlah. Dia telah pun membuka galeri lukisannya sendiri - mempamer dan mempromosi setiap hasil karyanya. Permintaan semakin bertambah dan Jalil semakin sibuk berkarya.

Lukisan aslinya yang popular telah dicetak dan turut dijual di dalam bentuk poster. Malah, di atas per-tolongan Ayu, lukisan Jalil yang telah dijual kepada Ahmad semasa di London dulu - yang menggambarkan wajah seorang gadis mirip Ayu turut dipamerkan. Lukisan asli itu telah dimiliki oleh Ahmad, tetapi kerana permintaan yang tinggi terhadap lukisan itu, ia dicetak dalam bentuk edisi terhad dan dijual kepada umum.

Itulah lukisan yang paling berharga buat Jalil. 224

Lukisan yang memenangi anugerah dan lukisan yang telah menemukan dia dengan Ayu. Lukisan yang bertajuk Black Widow itu telah menjadi sesuatu yang halus antara realiti dan fantasi.

Jalil ingat lagi bagaimana imaginasinya tentang wajah seorang gadis dilakarkan di wajah kanvas. Jalil membayangkan bentuk muka, bibir, mata, dan renungan wajah itu di dalam minda tetapi rupa-rupanya wajah itu wujud di alam realiti.

Wajah yang pernah diilhamkannya itu telah pun menjadi isterinya sendiri. Dia bagaikan mengahwini lukisannya. Terasa bagaikan dirinya telah berjaya menarik gadis itu dari sekeping kanvas ke dalam dunia fana. Dia menikmati Ayu kerana seni dan keindahan. Bagi Jalil ia bagai sculpture hidup.

Namun, ceria itu tidak seindah pelangi. Diharapkan cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Lumrah hidup di muka pementasan, apatah lagi di pentas dunia - yang berjaya pasti akan dihasad dengki. Kerana alasan inilah Tuhan mewujudkan syurga dan neraka, dosa dan pahala....

Walau melukakan tetapi juga dilukai Walau dibenci tetapi cuma yang hasad Walau merupai insan, tetapi berjiwa haiwan

Roulette kehidupan mula memutarkan nombor- nombor kepiluan.

OKEY... bagus... kita break! Kita sambung untuk babak tiga puluh lima di sini juga... petang nanti. Okey....

Anisah mengelap mekap tebal yang menepek wajah. Dia berasa letih setelah sepagian menjalani penggambaran.

Wow... not bad! You semakin bagus! Syarifah 225

tersenyum simpul. Petang sambung lagi ye

Anisah angguk.

Ani... kau tengok ni... asyik muka kakak ipar kau saja dalam magazine ni... dah naik muak aku tengok! Syarifah menjuih bibir.

Ya... I now..." Anisah menolak majalah yang disogokkan itu. "Very soon... hebohlah dalam surat khabar pulak. Anisah sudah pun mengemas beg. Jom!

Mereka melangkah ke coffee house. Semua crew penggambaran telah pun berada di sana.

Sorry... I ada hal peribadi untuk diselesaikan. Maybe later.... Anisah mengelak daripada pemberita dan jurugambar yang datang ingin mengiterbiu.

Mereka duduk dan kedinginan mula meresap ke dalam tubuh. Anisah memesan minuman dan suasana di coffee house saat ini lengang dan tenang.

Hairan... kakak ipar kau tu lebih popular daripada engkau yang dah lama jadi pelakon! Syarifah membakar perasaan Anisah.

Well... dia hanya tumpang populariti abang aku saja!

Whatever... tapi aku benci dia!

Anisah ketawa. Kenapa kau marah sangat dekat Ayu tu

Aku frust betul sebab Jalil kahwin dengan dia. Masa Jalil baru-baru pulang dari London, dia selalu ajak aku keluar. Tetapi, semenjak kehadiran Ayu... aku dilupakannya. Macam mana aku tak hot, jatuhlah imej aku!

Ya... aku faham. Lagipun kau kawan aku. lebih baik kau sendiri jadi kakak ipar aku! Anisah ketawa namun di hatinya termakan akan kata-kata Syarifah.226

PENGIKAT kasih telah dijalin dan Ayu kini berbadan dua.

Jalil, I went to see a doctor today... and...." Ayu senyum gembira.

And what Mata Jalil membulat.

And... and very soon you are going to be a father!"

"Are you joking"

No... I'm not. Now, I'm one and the half month pregnant you know!

Dan Jalil terus menjerit seraya mencempung Ayu. Ill tell the world!"

Jalil tidak berkata bohong. Dia tiba awal di studio dan terus memanggil semua pekerjanya.

"Listen everybody... today all of you are free to do whatever you want and eat as much as you like!" Jalil ketawa. Today is the happiest day in my life!

Para pekerjanya terpinga-pinga.

What happened actually"

Hm... well, my wife is pregnant... and very soon I'm going to be a father!

Congratulation!

Jalil berlompatan keriangan. Dia tidak dapat me ngawal dirinya. Dia bcnar-benar gembira di samping terharu.

Ternyata Jalil adalah suami yang bertanggung- jawab. Jauh di sudut hati Jalil - Ayu adalah lambang. Lambang kejantanannya setelah Ayu hamil dan dia pula bakal menjadi seorang ayah, ltulah kemegahannya.

Kemegahan dirinya sebagai seorang lelaki. Ayu pula sering dibawa ke majlis-majlis rasmi semata- mata untuk diperkenalkan kepada teman-temannya 227

dan untuk memberitahu bahawa tidak lama lagi dia bakal menjadi seorang ayah.

Ayu disogok dengan kemewahan kerongsang delima bertatahkan berlian. Tetapi itu hanya sekadar di majlis-majlis eksklusif, bukan di rumah. Di rumah Ayu sering bcrsendirian kerana Jalil terlalu sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pelukis dan usahawan.

Kasih sayang belai mesra tiada lagi... kemanjaan dan kehangatan cinta pudar dibawa masa. Kadang-kadang Ayu mengukir kembali kentangan bersama labah-labahnya, walaupun keputusan tuntuk mengahwini Jalil direstui.

Ayu tetap menghargai pengorbanan itu setelah sebelum itu naluri labah-labahnya sering membantah. Kini Ayu telah kehilangan kehangatan labah-labah sehingga tiba saat melahirkan.

Jalil adalah lelaki paling sibuk sekali, turun naik klinik dan mundar-mandir di ruang menanti.

Apabila jururawat menjenguk kepala di pintu, Jalil yang mula-mula meluru.

Tahniah... encik dapat anak lelaki!

Jalil mengetap bibir dan menggenggam jari-jemarinya. Dia memejam mata dan bibirnya mula bergerak-gerak menyebut nama anaknya yang sudah lama difikirkan.

Mohamad Danial! Jalil berbisik sendirian lalu melangkah masuk mengekori jururawat itu.228