KITAB XX - 30 Langkah Memikat Lelaki - 33
Bagaimana hubunganmu dengan kanak-kanak, wahai gadis Adakah kamu sukakan kanak-kanak atau tidak

Bagaimana pula ketika kamu menjaga kanak-kanak Adakah kamu bersikap ambil berat atau tidak mempedulikan langsung apa-apa yang berlaku

Lelaki yang mahu mencari pasangan hidupnya akan mencari gadis yang penyayang terhadap kanak-kanak. Kerana mereka mahu si gadis tadi dapat menjaga anak-anak mereka dengan baik.

Mereka juga mahukan gadis yang mengambil berat dan peka dengan keadaan kanak-kanak, supaya nanti si gadis itu akan lebih tahu apa yang diperlukan oleh anak-anak.

Menunjukkan sikap keibuan ini penting sekiranya kamu serius mahu mendapatkan cinta si dia. Kemudian kamu pasti mahu mendapatkannya sebagai imam kamu.

Justeru, didiklah hati kamu supaya mempunyai sikap keibuan ini. Bukan hanya sekadar berlakon di hadapan si dia. Kamu harus menerapkan ke dalam hati dengan bersungguh-sungguh.

Tidak rugi kamu belajar menjadi seorang ibu sejak usia gadis kamu. Kelak ia akan banyak membantu dirimu mengharungi kehidupan berumah tangga.

Ia juga akan mempersiapkan kamu dari segi mental. Kerana mahu menjaga dan mendidik anak-anak bukanlah seperti kamu bermain anak patung yang tidak memberikan tekanan kepada diri kamu.