Tangan Tengku Saida dikucup lembut. Tengku Saida terus merangkul tubuh anak muda itu. Dia gembira tak terkata apabila terpandang kelibat anak muda itu di ruang tamu.
Kenapa balik tak beritahu ma Tanya Tengku Saida.
Saja nak surprisekan ma. Aliff rindu sangat dengan ma. Kepalanya segera dilentokkan ke bahu wanita itu. Tengku Saida terus tersenyum.
Ma pun rindukan Aliff. Dah lama Aliff tak balik, ma cadang nak ajak ayah ke London bulan depan. Beritahu Tengku Saida.
Patutlah hati Aliff ni meronta-ronta nak balik. Rupa-rupanya ma Aliff ni rindukan Aliff. Hmm..baru Aliff tahu ma betul-betul sayangkan Aliff. Usik anak muda itu.
Tengku Saida ketawa besar mendengar kata-kata Aliff. Sikap suka bergurau anak muda itu tidak pernah luntur. Selama ini, kehadiran Aliff benar-benar menyerikan keluarga besar mereka. Dia benar-benar menyenangi anak itu. Sayangnya pada Aliff tidak pernah dibeza-bezakan meskipun Aliff bukan anak kandungnya.
Aliff kan anak ma, tentulah ma sayangkan Aliff macam yang lain-lain. Balas Tengku Saida. Aliff merenung wajah wanita itu dengan penuh kasih sayang. Sememangnya Tengku Saida sudah lama menjadi ibu kesayangannya. Sikap wanita itu yang penyayang, membuatkan dirinya langsung tidak merasa terasing. Tidak rasa terpinggir.
Dahlah tu, bila Aliff balik dari London Hari tu kata minggu depan baru nak balik. Soal Tengku Saida ingin tahu.
Aliff sampai kelmarin ma. Peperiksaan Aliff dah habis, sebab tu Aliff balik awal. Ujar Aliff.
Hmm..senyap-senyap aje balik tak bagitahu. Kalau tak, boleh ma masakkan lauk special untuk Aliff malam ni. Getus Tengku Saida sambil menggelengkan kepalanya.
Tak apalah ma, jangan susah-susah. Ma kan tahu Aliff bukannya cerewet sangat fasal makan ni. Tukas Aliff.
Najla hanya memerhatikan perbualan antara Aliff dan ibunya dengan senyap. Melihat kedua-duanya begitu asyik berbual-bual tanpa mempedulikannya, Najla mula makan hati. Dirinya seakan-akan tidak dipedulikan. Aliff memang begini! Jika sudah bertembung dengan ibunya, perbualan sejengkal boleh jadi sedepa. Diam-diam dia membawa diri ke dapur.
Mak Mah, pembantu rumahnya yang sedang mengoreng ubi kentang langsung tidak ditegur. Dia terus menuju ke arah peti ais lalu dibukanya. Sebotol jus oren dikeluarkan dari dalam peti ais lalu dibawa ke meja bulat di suatu sudut. Sebelum melabuhkan punggung, dia sempat mencapai gelas kosong di atas rak pinggan berhampiran peti ais.
Najla menuang jus oren sambil mengguman-gumam sesuatu. Ada sesuatu yang membuatkan dia tidak puas hati sebenarnya.
Apa Naj Mak Mah berpaling lalu memandangnya. Najla tidak jadi meneguk minuman di tangannya. Sebaliknya dia memandang ke arah Mak Mah dengan wajah bingung.
Apa Mak Mah Tanya Najla pula. Hairan kerana ditegur Mak Mah secara tiba-tiba.
Mak Mah tanya Naj cakap apa tadi
Cakap apa
Mak Mah dengar Naj macam ada cakap sesuatu tadi.
Najla terdiam. Mak Mah dengarkah apa yang dirungutkannya sebentar tadi Alamak, janganlah Mak Mah dengar! Najla mula keresahan.
Kak Mah, malam nanti masak special sikit. Tengku Saida tiba-tiba menjengah masuk. Najla dan Mak Mah serentak berpaling.
Ikan terubuk yang saya beli kelmarin ada lagi Tanya Tengku Saida.
Ada Mak Engku, saya ingat nak bakar aje. Balas Mak Mah.
Bagusmemang saya cadang nak suruh Kak Mah bakar aje ikan tu. Lagipun Aliff suka makan ikan terubuk bakar cecah dengan air asam. Tengku Saida tersenyum. Najla segera menarik muka masam. Asyik-asyik Aliff! Semuanya Aliff!
Hah, yang Naj buat muka macam tu tunjuk depan ma ni kenapa pulak Tak disangka-sangka Tengku Saida menegur. Najla tergaman. Tajam juga pengamatan ibunya sehingga sempat jua memperhatikan ke arahnya.
Ma tukalau Aliff balik aje, terus lupakan Naj yang tercegat kat sini macam tunggul. Rungut Najla seraya mencebik. Tengku Saida merenung wajah anak gadisnya.
Takkan dengan Aliff pun Naj nak cemburu Naj kan tahu ma dah lama tak jumpa Aliff, mestilah ma rindu. Naj tu ma jumpa hari-hari. Bagilah can sikit. Tengku Saida beralasan.
Lagipun Naj tu kalau tak ada Aliff, jangan harap nak balik awal ke rumah. Asyik-asyik nak keluar jumpa kawanlah, nak pergi perpustakaan dengan kawanlah, nak makan dengan kawanlahorang tua macam ma ni mana laku dah. Sambung wanita itu dengan suara merajuk. Terasa hati!
Najla terpegun mendengar kata-kata ibunya. Dia menoleh ke arah Mak Mah yang terkelip-kelip memerhatikan ke arahnya. Kenapa ma cakap macam tu pulak Naj sayangkan ma tahu! Cuma dua tiga menjak ni Naj sibuk dengan study. Itu aje. Balas Najla.
bersambung
Bab akan datang:
Adakah Mak Mah benar-benar berkecil hati dengan Najla