Dude! I'm Getting Married - 34
BAB 34

KOCI mundar-mandir di dalam bilik. Pulang dari majlis kesyukuran di pejabat Jai tadi, hatinya bagai ditarik-tarik. Bukan Seri yang jadi perhatiannya tapi gadis yang sibuk melayan tetamu di meja bufet.

Kalau betul dia Salina yang aku kenal, bermakna dia memang kenal Jai. Mungkin sebab tu dia kerja dengan Jai. Hmmaku kena cari kepastian. Siapa pulak bakal tunang Jai Ayah dia tanya pasal Salina..Salina tu ke bakal tunang Jai Koci duduk di kerusi meja studi.

Foto dalam bingkai ditatap lama. Cuba cari persamaan wajah antara gadis tadi dengan pemilik wajah dalam foto tu.

Hmm.perempuan tadi pun ada tahi lalat atas bibir kanan dia.. Lama Koci perhati foto dan meneka-neka wajah Salina.

Koci tarik kotak dari bawah katil. Majalah sekolah yang masih disimpan diambil dari dalam kotak. Halaman ke sepuluh dibuka.

Halaman yang penuh dengan gambar pelajar tingkatan empat.

Rupa dah sama.. Koci amati foto Salina Hashim yang manis dengan tudung putih.

Majalah sekolah dimasukkan semula ke dalam kotak. Ketukan di pintu mengejutkan dia dari lamunan.

Masuk!

Kau nak pindah ke Acik muncul di muka pintu.

Err..tak adalah. Aku cari barang lama. Seri dah balik Koci duduk di birai katil.

Acik angguk.

Awek kau Koci sengih.

Dah balik jugak. Dia ada kereta sendiri. Kau ni kenapa, gabra semacam je aku tengok Acik duduk di kerusi. Kaki kanan diletak atas lutut kiri.

Tak ada apalah.. Koci duduk sebelah Acik.

Boleh aku tanya sikit Acik pandang Koci yang mula tunduk.

Apa dia

Kau cintakan Seri

Koci dongak. Mata Acik dah tajam merenung ke arahnya. Haih..dia perasan ke sikap aku kat pejabat Jai tadi

Kenapa

Aku tak nak nanti kau hanya rasa suka tapi tak ada rasa cinta. Luah Acik.

Koci diam. Dia jeling Acik yang masih tajam merenungnya dari tadi. Mamat ni tenung aku macam nak makan ni dah kenapa Aku ada buat salah ke

Aku perasan tadi, kau asyik tenung perempuan tu. Apakau kenal ke dia tu Acik jeling Koci. Aku kena korek rahsia mamat ni. Lain macam je..

Perempuan mana Koci pura-pura tak faham.

Perempuan yang layan tetamu dekat meja bufet di pejabat Jai tadi tu.

Koci menelan liur. Salina la tu..haih..apa aku nak cakap ni

Oh..aku rasa aku kenal dia. Ada seorang kawan sekolah aku dulu. Mukanya hampir sama dengan perempuan tu. Tu yang aku confius sikit tu. Kenapa Koci lega. Kena berhati-hati.

Tak ada la..cara kau tengok perempuan tu, macam tak ada perempuan lain lagi dah kat situ. Seri tu..ada kat situ, kau buat dek je!

Acikaku buat dek ke, dia yang buat dek Koci pulangkan semula soalan. Geram jugak bila selalu salahkan aku!

Aku pun perasan, Seri asyik pandang Jai. Apa dia ada hati kat Jai ke Tambah Koci. Ingat aku ni bodoh sangat ke Saja aku tak nak tegur Seri. Aku tunang dia, orang lain yang ditenungnya!

Acik pula menelan liur. Koci ni tahu ke perasaan Seri

Takkan tengok pun dah jatuh hati Acik tunduk. Apa aku nak jawab kat mamat ni..aku dah la tak reti nak buat muka bohong.

Aduih

Samalah dengan aku! Takkan aku jatuh hati kat perempuan tu bila tengok macam tu! Koci dah menyinga.

Wo! Relaks la bro! Aku tanya je! Yang kau nak menyinga ni kenapa Acik dah rasa tak sedap hati.

Tak ada la..nampak sangat aku yang salah dalam hal ni. Untuk pengetahuan kau, Seri tu dingin dengan aku tahu tak! Aku ni tunang dia, sepatutnya dia mesra dengan aku. Bukan mesra dengan orang lain. Dan untuk pengetahuan kau jugak, aku dah rasa tak ada keserasian dalam hubungan ni. Aku cuba ambik hati Seri tapi Seri macam acuh tak acuh pada aku. Benda macam ni buat aku terfikir, macam mana nanti aku akan hidup dengan Seri sebagai suami isteri kalau dia bersikap macam tu. Apa dia terima aku kerana terpaksa Koci luahkan apa yang terbuku di hati. Geram!

Kenapa baru sekarang kau rasa macam tu Atau setelah kau bertemu semula dengan kawan sekolah kau tu, kau rasa kau dah tak serasi dengan Seri Acik ketap bibir.

Koci diam. Dia meraup muka. Ah! Buntu!!!

Aku bukan nak salahkan kau. Aku pun tahu Seri tu dingin dengan kau. Tapi janganlah pulak kau jadikan itu alasan untuk kau buang adik aku dan cuba sambung kasih kau dengan perempuan tu! Acik merengus.

Koci pantas memandang Acik yang dah merah mukanya. Macam mana dia tahu aku suka Salina

Aku rasa lebih baik aku undur diri. Dah jelas Seri tak suka aku. Biarlah dia pilih orang yang dia suka. Koci bingkas bangun.

Serabut!

Maksud kau Acik turut bangun.

Putus tunang! Koci dah kecewa.

Putus tunang

Koci angguk.

Kau serius Acik menelan liur.

Koci berpaling ke arah Acik. Cuba cari reaksi di muka Acik.

Kau rasa Koci dah geram. Kali ni biar aku pulak lontarkan balik ayat popular tu, soalan dijawab dengan soalan!

Acik terdiam. Dia sendiri sebenarnya tahu Seri tu dingin dengan Koci dan dia juga tahu Seri ada hati dengan Jai.

Aku minta maaf. Aku pun sebenarnya dah tak tahu nak buat apa dengan adik aku tu. Err..kau suka ke perempuan tu Acik dah kendur suara.

Perempuan mana pulak ni Koci masih geram. Tak habis-habis!

Salina la! Siapa lagi! Acik luku kepala Koci.

Koci diam.

Aku tanya betul-betul ni! Kalau kau betul-betul sukakan Salina tu lebih dari adik aku, aku sedia tolong! Acik tawarkan diri.

Koci menoleh. Terbeliak! Biar betik!

Apa kau cakap tadi Kau nak tolong aku dapatkan Salina tu Kau gila ke apa Adik kau nak campak mana Koci pula meluku kepala Acik. Memang dah biul la mamat ni. Ada ke adik sendiri nak dipinggirkan!

Habis kau jugak yang cakap nak putus!

Aku cakap je..kau ingat senang ke Hati orang tua nak kena jaga. Apa kata mama dan papa kau nanti Aku nak bagi alasan apa Koci jeling Acik. Agak-agak la sikit!

Itu mudah je tapi sebelum tu..aku nak tahu. Kau kena jawab dengan jujur dan ikhlas, kau suka tak Salina tu

Koci menelan liur. Hairan dengan sikap Acik. Kalau orang lain dah lama kena penumbuk kalau tunang adik sendiri suka perempuan lain!

Memang la aku suka. Sejak sekolah lagi aku suka minah tu. Tapi tu cerita dulu. Aku pun tak tahu dia suka aku ke tak. Dah sepuluh tahun bro!Nada Koci dah sugul. Terpaksa mengaku. Dah alang-alang Acik tanya. Aku jawab la betul-betul! Ambik kau!

Kau cintakan dia

Koci dongak. Tadi tanya suka, la ni dah cinta pulak

Kenapa

Kalau kau cintakan Salina tu, aku rasa baik kau cepat. Sebab Jai mungkin akan bertunang dengan Salina tu.

Koci diam.

Apa pulak kata Seri nanti Dia kan tunang aku! Tak ke pelik nanti, aku kejar perempuan lain sedangkan aku dah bertunang. Koci duduk semula di birai katil. Serabut!

Aku tahu tu. Sekarang ni kau tanya Salina sendiri. Kalau dia sukakan kau jugak, bermakna kau dan Salina boleh bersama.

Seri

Seri tu..pandailah aku nak cakap macam mana nanti.. Acik beri cadangan. Ah! Cadangan yang tak masuk akal!

Kau sanggup tengok Seri tu putus tunang Koci dah menelan liur berkali-kali. Inilah pertama kali aku jumpa abang sendiri yang sokong tunang adiknya tackle perempuan lain!

Dah bukan jodoh..takkan aku nak marah pulak. Acik turut duduk.

Koci diam. Dia mula serba salah. Kalau Salina tak suka aku, takkan aku nak rujuk balik dengan Seri Parah macam ni!

Kau fikirlah. Aku dah bagi green light kat kau. Aku pun tak nak kau hidup sengsara dengan adik aku tu. Acik bingkas bangun.

Mula melangkah ke arah pintu bilik Koci.

Wait!

Acik menoleh. Langkahnya terhenti.

Apa..kau ada rahsiakan sesuatu dari aku ke Koci berkerut kening.

Rahsia apa

Takkan semudah tu kau nak aku putus dengan Seri. Mesti ada sebab lain.

Acik diam. Apa aku nak jawab ni Memang ada rahsia. Seri cintakan Jai!

Seri cintakan Jai kan Koci meneka.

Acik tergamam. Erk! Koci ni macam boleh baca fikiran aku!

Kau yakin Acik buat muka selamba. Kena kontrol!

Aku agak je la. Dia tu asyik tenung Jai je masa majlis tadi. Dingin dengan aku. Jadi..aku rasa dia suka Jai tu. Kalau dia suka Jai, kenapa dia setuju bertunang dengan aku

Acik menelan liur. Nak jawab ke tak. Kalau aku cakap ni kes salah faham nantiapa reaksi Koci pulak.

Macam nilah Koci. Kau tanya Seri sendiri. Kau terima jelah apa keputusan dia nanti. Yang penting sekarang ni, kau tanya dulu Salina tu. Cari kepastian dari dia. Aku pun dah buntu ni. Maaf..sebab aku terpaksa buat macam ni.

Aku tak nak nanti, kau dan adik aku tak bahagia. Kau pulak rasa terpaksa hidup dengan adik aku. Acik berlalu pergi.

Koci meraup muka. Tunduk memandang lantai.

Kenapa Acik tak bagi tahu sebabnya Arghhh!!! Gila aku macam ni!

SEMALAMAN Koci tak dapat melelapkan mata. Usai solat subuh, dia berkira-kira berjumpa dengan Jai. Kereta Honda City dipecut laju menuju ke Mutiara Damansara. Sengaja dia ambil cuti kecemasan. Ini soal hidup.

Koci pandang sekitar bangunan pejabat DeSutera Sdn Bhd yang tersergam hebat di situ. Kau bertuah Jai.

Lapar la pulak. Koci menapak ke kafeteria di tingkat bawah. Dia jeling jam di pergelangan tangan. Dah nak sembilan pagi.

Melilau Koci melihat sekitar kafeteria. Sepinggan nasi lemak dan teh tarik dah penuh di tangan kiri dan kanan. Terjenguk-jenguk dia mencari meja kosong.

Hmm..ada pun. Koci segera menapak ke meja kosong di penjuru kafeteria. Dekat dengan air pancut.

Err..maaf!

Teh tarik dalam gelas tumpah terkena baju. Koci mendongak. Dia menelan liur.

Maaf! Saya tak sengaja. Nanti saya ganti balik. Salina segera sapu baju Koci yang dah kotor terkena teh tarik tadi.

Koci tergamam. Terkedu. Dia biarkan saja Salina menyapu bajunya. Matanya tepat menala ke wajah gadis tu.

Errencik Salina pandang Koci yang dah terdiam di depannya. Apa kena dengan dia ni Macam nampak hantu je..

Encik! Encik okey keUlang Salina.

Hah Err..sa..saya okey.. Koci berkelip berkali-kali. MasyaAllah, betul ke apa yang aku lihat di depan mata aku ni

Saya ganti air encik. Dah tinggal suku dah tu. Sekejap. Salina meluru membeli air minuman.

Koci menelan liur. Nasi lemak diletak atas meja. Mata masih menala ke arah gadis tadi yang tersenyum kembali semula ke mejanya.

Maaf..ni teh tarik encik. Maafkan saya. Saya yang berjalan tak pandang kiri kanan. Saya nak cepat tadi. Salina letak gelas minuman di depan Koci.

Tunggu! Koci mula bersuara bila melihat Salina ingin beredar dari situ.

Salina berpaling.

Boleh saya cakap sikit dengan awak Koci beranikan diri. Semalam dia teragak-agak nak tanya. Kali ni mesti berani bersuara.

Kena tebalkan muka jugak!

Ya

Err..takkan awak nak berdiri kat situ. Boleh duduk sekejap Koci senyum. Dia pandang sekitar kafeteria. Ramai pelanggan keluar masuk.

Err..awak nak tanya apa Salina teragak-agak. Dia turut pandang sekitar kafeteria. Perlahan dia menapak dan duduk di meja Koci.

Awak ni..Salina kan Koci mulakan mukadimah.

Salina angguk.

Err..Salina Hashim Koci tenung muka gadis yang manis memakai baju kurung batik sutera dan tudung bawal.

Salina angguk lagi. Siapa dia ni

Koci senyum lebar. Aku kena tanya lagi ni. Nama saja belum tentu lagi dia orang yang aku kenal tu. Ramai di Malaysia ni, ada nama sama!

Maaf..dulu awak sekolah kat SMK kan Koci mula buka cerita sekolah.

Salina berkerut kening. Dia pandang Koci tak berkelip. Siapa dia ni sebenarnya Tahu nama aku..tahu kat mana aku sekolah..

Errencik ni siapa Salina tak jawab soalan Koci.

Awak belum lagi jawab soalan saya. Koci senyum lagi. Riaknya dah berubah. Teruja.

Awak ni sekolah kat situ jugak ke

Kali ni Koci yakin, gadis yang berada di depannya ni adalah Salina Hashim yang dicari selama ni!

Awak tak ingat saya Koci dah teruja. Rasa nak terbang sampai ke langit ke tujuh!

Errsiapa ek Salina berkerut kening. Cuba mengingati kawan satu sekolah dulu.

Saya pernah hantar surat kat awak.. Koci berkata perlahan. Malu!

Surat Emmsurat apa ek

Koci jeling Salina. Emm..nampak sangat aku je yang teringat kat dia. Dia sikit pun tak kisah pasal aku

Err..aasurat nak berkenalan.. Koci tunduk. Nak cakap surat cinta, nampak sangat aku ni kemaruk sukakan minah ni.

Salina diam seketika. Berfikir apa yang dikatakan oleh lelaki di depannya. Dia kemudian mendongak melihat Koci yang masih tersenyum kepadanya.

Awak ni..Farid Salina tuding jari ke arah Koci. Ada riak teruja.

Koci cepat-cepat angguk. Alhamdulillahingat lagi minah ni kat aku rupanya. Rasa nak senyum 24 jam! Lompat setinggi langit!!

Farid Sulaiman Sekali lagi Salina tanya.

Koci angguk lagi.

What a small world! Tak sangka ya, jumpa awak lagi! Salina mula senyum. Dia pandang Koci agak lama. Cuba bandingkan diri Koci yang dulu dengan sekarang ni. Kacak jugak dia ni..dah macam pelakon Hindustan pun ada.

Ya..saya pun tak sangka. Koci cuba sembunyikan gejolak rasa dalam hatinya. Janganlah tenung aku macam tu..aku dahlah rasa kelam kabut dah ni..

Err..semalam awak datang majlis kat pejabat saya kan Salina teringat Koci masa di pejabat semalam. Ternganga pandang aku!

Koci angguk.

Awak ni kawan Encik Ikhwan ke

Ya..kami satu sekolah. Awak tak ingat ke Jai Koci ingatkan Salina tentang Jai.

Jai

Sekali lagi Koci angguk.

Awak ingat tak budak lelaki yang kena denda cabut rumput di padang sekolah

Salina sekali lagi berkerut kening. Dia geleng.

Budak tu kena denda sebab selalu datang lambat. Awak yang catat nama dia. Awak kan pengawas! Koci senyum. Habis cerita nakal Jai!

Yang mana ya..ooooyang pakai kasut sekolah bertampal dengan kain batik tu ke Salina dah bulat mata.

Koci sengih. Ingat jugak minah ni! Hehehhe..

Tapi..bukan ke nama dia Ikhwan Haris Salina sekali lagi berkerut kening.

Ya tapi kami panggil dia Jai. Bos awak sekarang ni. Sengih Koci semakin lebar.

Salina diam. Dia senyum sendiri. Patutlah aku macam kenal je bos muda aku tu!

Kenapa awak senyum

Bila awak sebut pasal zaman sekolah ni, nak tergelak pun ada. Ya lah..zaman budak-budak. Banyak kisah lucu. Tak sangka bos saya tu satu sekolah dengan saya. Patutlah pertama kali saya tengok dia, saya macam kenal dia.. Salina sengih. Terbayang di ruang mata, dia denda Jai cabut rumput di padang sekolah. Aku ni pengawas yang garang agaknya. Budak lelaki pun takut kat aku. Pernah aku denda seorang lagi budak lelaki kena cuci jamban sebab suka sangat calit cat merah kat plana basikal budak perempuan. Apa lagi, menjeritlah budak perempuan. Ingatkan darah datang bulan!

Apa yang awak menungkan tu Koci tenung Salina yang tiba-tiba diam.

Tak ada apa..bila awak cakap benda ni, teringat pulak yang saya ni rupanya garang jugak masa sekolah dulu. Salina ketawa mengekek.

Tahu tak apa! Koci turut ketawa. Matanya menala tajam ke arah Salina. Subhanallah..cantik sampai sekarang. Kalau dulu, Salina antara pelajar perempuan yang cantik di sekolah.

Salina ketawa lagi. Patutlah budak lelaki macam nak marah je kat aku tapi mamat depan aku ni je yang terbalik. Pelajar lelaki lain dah naik menyampah kat aku, mamat ni pulak sibuk hantar surat cinta kat aku.

Eh..kita ni borak je. Awak tak makan ke Koci senyum. Nak je aku belanja kekasih lama aku ni.

Err..tak apa. Saya dah kenyang. Saya makan tiga biji kuih lepat dan kopi panas tadi. Awak makanlah. Dah sejuk teh tu. Nasi tu pun tak luak lagi. Salina berkata jujur. Memang aku dah kenyang. Dah tak boleh nak sumbat apa lagi dah!

Oh.. Koci mula kunyah nasi lemak.

Emm..awak datang sini nak jumpa Enck Ikhwan ke Salina menopang dagu. Seronok melihat Koci menghabiskan nasi lemak. Begitu berselera.

Ya..dia kawan baik saya. Dulu kami duduk serumah tapi sejak dia kerja di sini, dia pindah. Rindu pulak rasanya.. Koci sengih. Rindu Apa hal aku nak rindu bagai ni Dah la minah ni duk tenung aku. Aku pulak dah lama simpan perasaan pada dia. Haihagaknya kalau pasir dalam pinggan aku ni..mahunya aku telan jugak.

Salina senyum lebar. Amboi..sampai rindu macam ni..dah kawan rapat la ni atau ada apa-apa

Kenapa awak senyum

Tak ada apa

Errawakdah kahwin Koci beranikan diri bertanya soal peribadi.

Belum..kenapa Salina pandang Koci yang dah merah muka.

Awak dah ada buah hati Koci jeling Salina. Aku kena berani. Kalau tak, sampai bila aku nak simpan rasa hati aku ni.

Kenapa Awak nak masuk meminang ke Salina senyum. Dah banyak kali dia dengar kata-kata klise macam tu sebab nak mengurat.

Kalau saya kata ya, awak sudi ke Koci dah berangan.

Salina menelan liur. Hatinya mula berdebar. Sejak pertama kali jumpa di pejabat lagi. Jantung dah berdegup laju. Aku dah jatuh cinta ke apa

JAI menapak perlahan ke arah meja kuih di kafeteria. Melilau melihat kuih muih yang dijual di situ. Tak tahu yang mana satu nak beli. Kalaulah ada kuih cek mek molek..sedap jugak ni..

Emm..ambik jelah kuih apa pun. Aku dah lapar ni. Jai capai piring di atas meja. Lima biji kuih dimasukkan ke dalam piring.

Dia terus ke kaunter bayaran. Selesai membayar, melilau pula dia mencari tempat duduk. Langkahnya terhenti.

Salina borak dengan siapa pulak tu Jai telengkan kepalanya melihat lelaki yang membelakanginya. Hmm..kalau itulah pakwe Salina..aku ada alasan la nak bagi tahu ayah aku. Jai senyum.

Dia menapak ke meja Salina. Niatnya ingin berkenalan dengan pakwe Salina. Sekali lagi langkahnya terhenti sebaik melihat lelaki di depan Salina. Koci

Apa mamat tu buat kat sini Takkan dia nak mengurat Salina Jai menggumam. Tak jadi ke meja Salina. Dia cari meja lain yang agak jauh dan terselindung.

Emmapa agaknya mereka sembang. Gelak sakan. Macam mesra. Kalau setakat kawan..aku tak kisah tapi kalau betul Koci nak tackle minah tu..Seri dia nak campak mana Jai kunyah kuih sebiji demi sebiji. Matanya masih menala ke arah meja Koci dan Salina.

Koci ni datang sebab nak jumpa Salina ke atau nak jumpa aku Kalau dia nak jumpa Salina..bermakna dia memang sukakan Salina.. Jai meneka. Masih samar. Dia tak nak menuduh.