Abstrak Cinta Aku & Dia - 34
BAB 34

HAI ZACK. Dah okey ke

Tatkala keluar dari lif, Sofiah Harun dari bahagian Sales menegur lalu menyaingi Zack masuk ke ruang pejabat di tingkat 14.

Zack pamer senyum nipis sebagai jawapan yang dia sudah sihat walau tak sepenuhnya. Demam sudah kebah, air di hidung tinggal sisa. Sakit di tekak menuju surut. Hanya batuk yang masih mengganggu sekali-sekala.

You demam apa Teruk sangat sampai dua hari MCSoal Sofiah lagi. Dia tahu, Zack amat jarang sekali mengambil cuti sakit. Jadi bila Zack cuti sakit, satu pejabat akan tahu yang Zack betul-betul sakit.

Demam biasa. Tapi siap pakejlah. Batuk dengan selsemaBalas Zack dengan suara yang antara keluar dengan tidak.

Sofiah senyum.

Tengah musim kot sekarang. Farah Banquet siap masuk hospital lagi sebab kena demam denggi

Serius

Sofiah mengangguk.

Anyway, nasib you dah masuk kerja balik. I nak minta tolong sikit. Nak minta tolong dengan Joe tapi muka toya memanjang macam dia sorang aje dalam ofis ni yang busySofiah memberitahu, sekaligus mengadu.

Zack gelak. Kenapa Nak minta tolong apa

Alapasal wedding anak Datuk Manan tulah. Dia tukar lagi wordings untuk backdrop

Zack buat muka. Apa lagi yang dia orang nak tukar Bukan dah confirm ke minggu lepas Joe siap dah hantar request pada supplier pun

They all nak tukar lagi. Banyak songeh tapi takkan I nak cakap tak boleh pulak Client kan Siap tak kisah bayar lebih

Zack angkat bahu dan menggeleng.

You tolong I, eh I malaslah nak minta tolong Joe. Dia mesti buat muka bengang

Zack angkat kening.

Please

Iyalah..iyalah. Nanti you email ajelah apa yang nak kena tukar

Thanks Zack.Sofiah senyum meleret. Lega kerana tak perlu berurusan dengan Joe Zulkifli.

By the way, bukan Joe aje tau yang buat muka toya masa you MC. Adalah sorang tu, muka tak ada mood jugakSofiah menyambung kata.

Zack buat muka tanda soal tetapi Sofiah hanya membalas dengan senyum mengusik.

SiapaLangkah Zack sudah terhenti di depan meja kerjanya.

Adalah.Sofiah sengaja bermain teka-teki. Kakinya melangkah perlahan meninggalkan Zack yang terpinga-pinga untuk pergi ke mejanya. Senyuman mengusik tak lekang dari bibir.

AlaSofi. Cakaplahsiapa

Takkan you tak tahuLangkah Sofiah semakin menjauh.

SiapaZack tak puas hati. Suaranya dikuatkan walaupun serak.

Si Jay.

Hampeh

Terdengar suara Sofiah sayup-sayup ketawa mengekek sebelum hilang beberapa saat kemudian. Zack menghembus nafas perlahan. Sebenarnya, dia mengharapkan nama lain yang akan disebut Sofiah.

Zack menghidupkan komputer. Rasa malas dan lesu menguasai badan dan kepala. Dia jarang sekali jatuh sakit tetapi bila demam, memang teruk keadaannya. Ingin saja dia menyambung cuti sakit barang sehari dua lagi. Apakan daya, doktor yang merawat tidak mahu memberi kerjasama. Tak mengapa. Kalau tak larat juga, ambil saja cuti tahunan.

Poket sebelah kanannya bergegar. Telefon bimbit berbunyi. Segera diteliti. Mesej dari Kate.

(Kate Banham)

Hey. Working today How are you feeling

Jari Zack menaip balasan.

(Zack Iskandar)

Yup, working. Feeling okay

(Kate Banham)

Happy to know that. Do you have any plan after work

(Zack Iskandar)

Nope. Whats up

(Kate Banham)

Lets hang out. I nak bagi wedding invitation

(Zack Iskandar)

Siapa punya

(Kate Banham)

Audrey

(Zack Iskandar)

Okay. See ya after work...

Tiada lagi balasan dari Kate. Tumpuan Zack terarah semula pada skrin komputer. Emel dibaca satu-persatu. Mata rasa kelat. Terfikir untuk ke pantri bancuh kopi. Sistem badan mula merengsa mahukan sedikit kafein.

Zack.

Teguran lembut menyapa telinga. Senyum manis menawan rasa. Segar sedikit terasa apabila melihat Zareen depan mata. Macam ada rindu sebab sudah dua hari tak jumpa. Jiwang gila. Puik!

Dah sihat

Soalan Zareen dijawab dengan angguk dan senyum. Bukan tak nak bercakap, cuma rasa terkelu secara tiba-tiba.

Pukul 10 nanti, meeting dalam ofis saya. Tolong beritahu Joe sekali.Pesan Zareen.

Zack angguk lagi tanda faham. Senyuman Zareen dibalas. Bertatapan mata buat seketika sebelum Zareen mengalih pandangan dan berlalu pergi. Dia menyoroti langkah Zareen dengan ekor mata. Parah dah aku ni

Hilang saja kelibat bos tersayang, Zack bangun menuju ke pantri.

KETUKAN di pintu bilik pejabat meraih perhatian lantas Zareen mengangkat muka. Dia tersenyum ke arah Joe Zulkifli dan Zack lantas membuat isyarat supaya kedua-dua mereka duduk berhadapan. Lebihan masa sepuluh saat diperlukan sebelum dia memulakan mesyuarat.

Saya nak update pasal meeting HoD semalam. Zareen tidak bermukadimah panjang lebar. Terus tepat ke isu yang hendak dibincangkan.

Zack dan Joe Zulkifli menumpukan perhatian.

Next activity for MSC Club, management dah decide nak buat di rumah Anak Yatim Seri Cahaya, dekat Ulu Langat.

Zack dan Joe Zulkifli mengangguk tanda faham. Kelab MSC ataupun Mayang Sari Charity Club adalah organisasi kebajikan di bawah naungan YUSHAR Group of Corporation, pemilik Hotel Mayang Sari. Ianya sebagai salah satu saluran kepada para pekerja Hotel Mayang Sari yang berminat dengan aktiviti kebajikan untuk menyumbangkan tenaga di rumah-rumah kebajikan terpilih secara sukarela. Aktiviti ini hanya dijalankan setiap tiga bulan sekali. Tiada ahli tetap dalam kelab ini, siapa yang ikhlas dan berminat, boleh turut serta tanpa paksaan.

HR department will inform the exact date for this event, soon.Sambung Zareen.

TapiDia menarik nafas seketika.Tak macam tahun-tahun sudah, this year onwards, Mr. K nak team kita yang produce newsletter, bukan HR.

Zack jeling Joe Zulkifli yang sedang sembunyi senyum lega. Kalau sudah disebut perkataan newsletter, mestilah kerja itu kerja dia, bukan Joe Zulkifli.

Kenapa kita pulak yang kena buat Bukan ke selalunya, internal newsletter, HR yang buatZack bersuara.

Zareen angkat kening. Dari intonasi suara, dapat dia kesan nada tidak berpuas hati.

Mulai tahun ni, YUSHAR Groups nak upgrade MSC Club jadi lebih korporat. They want a better newsletter presentation. At the same time, newsletter ni akan jadi salah satu promosi pada Hotel Mayang Sari. Sebab itu, Mr. K nak team kita yang buat Terang Zareen.

HR tak boleh buat Soal Zack.

Newsletter will go public. So, bukan under HR lagi

Kalau macam tu, kenapa tak outsource aje Kan lagi senangZack masih cuba tawar-menawar. Kerja yang ada pun tak terkejar, lagi nak tambah kerja yang bukan sepatutnya kerja mereka lebih tepat lagi, kerja dia.

To be frank, Mr. K nak save budget. Sebab tu dia tak nak outsource kerja ni. This is only once every three months. Tak berbaloi nak suruh orang luar yang buat. Lagipun, you are capable, Zack. Kenapa kena outsource

Kalau tak buat, tak boleh ke Cik Reen

Zareen memandang Zack dengan kening terangkat. Boleh. Awak pergi cakap direct dengan Mr. K yang awak tak nak buat.Ayat Zareen agak sinis, sama sinis dengan senyuman di bibirnya saat ini.

Zack mati kata. Ayat Zareen bikin hati sedikit panas. Walaupun bersahaja, mesejnya jelas dan tegas. Arahan dari pihak atasan perlu dipatuhi tanpa kompromi. Lagipun, siapa yang nak cari bala pergi bantah arahan Encik Khalid Tengok misai pun dah seram.

So, I hope everything is clear.Tutur Zareen.

Zack dan Joe Zulkifli tidak berkata apa-apa dan itu bermakna, tiada lagi bantahan.

Antara awak berdua, siapa yang boleh jadi jurugambar

Zack.Joe Zulkifli menjawab pantas.

Aku lagiZack pandang Joe Zulkifli. Takkan nak ambik gambar pun, kita yang kena buat, Cik Reen Pandangan beralih kepada Zareen.

Sebab kita yang kena produce newsletter, kitalah yang kena ambil gambar. Mesti kita lebih tahu apa yang sesuai, apa yang tidak. Betul tak Zareen senyum.

Zack melepas nafas. Perkataan Kita membawa maksud Zack. Tiada ayat yang dapat digunakan untuk membantah.

Ala Zack, kau kan memang minat kamera Bahu Zack ditepuk perlahan beberapa kali.

Saja Joe Zulkifli mahu mengambil hati. Antara mereka berdua, Zack memang lebih berminat dengan kamera. Kerja Zack juga lebih banyak melibatkan kamera dan gambar jadi Zack lebih sesuai memegang jawatan jurugambar.

Lagipun, Zack jauh lebih senior. Senior memang sepatutnya lebih banyak buat kerja dari junior sebab senior lebih banyak pengalaman, bukan Joe Zulkifli sengih lagi.

BolehZackZareen memecah sunyi lalu memandang Zack.

Zack mengangguk saja. Nak kata tak boleh puntak boleh. Itu adalah arahan.

Good. Well work as a team. Saya boleh tolong kalau awak perlukan bantuan and Im sure, Joe pun boleh tolong. Kan..Joe

Pandangan beralih pada Joe Zulkifli.

Ehboleh sangat. Jawab Joe Zulkifli.

Zack mendiamkan diri, hati panas malas bercakap. Joe Zulkifli tersengih manakala Zareen menggelengkan kepala memandang kedua-duanya.

Okay, ini saja update dari HoD. Joe, ada apa-apa yang awak nak report

Tak ada. Pendek jawapan Joe Zulkifli.

Okey. Awak boleh pergi dulu. Zack, please stay. Saya nak discuss pasal food promotion untuk Restoran Bushido.

Zack angguk manakala Joe Zulkifli segera bangun dari kerusi.

Thanks Joe.Ucap Zareen.

Joe senyum tanda sama-sama dan sempat menyambung senyum penuh makna kepada Zack sebelum keluar dari bilik pejabat Zareen.

Mereka saling memandang buat beberapa saat tanpa suara.

Awakbetul-betul dah sihat ke niSuara Zareen lebih lembut dari tadi. Intonasi lebih prihatin. Ketegasan seorang pengurus hilang.

Cik Reen rasa

Awak nampak sihat. Walaupun suara tu macam Ramli Sarip sikit-sikit

Zack senyum. Hati yang menggerutu terus jadi licin. Tadi, bukan main garang. Sekarang, pandai pulak kau ambil hati

Dah okeylah, sikitZack bersuara, mata tepat memandang Zareen.

Tak rindu kat saya keSoalan dilontar dengan sedikit senyum nipis di bibir.

Peluang yang ada, Zack cuba gunakan sepenuhnya untuk mengayat. Jarang nak dapat peluang begini. Sejak Zareen mengatakan yang dia sebenarnya tiada teman lelaki, dia cuba bertindak lebih berani. Menghantar isyarat sedikit demi sedikit supaya Zareen tahu, dia punya hati.

Rindu Mungkin Zareen bersuara, perlahan. Renungan dibalas walaupun kelihatan sedikit tidak tentu arah.

Awak nampak cantik hari niZack berkata lagi.

Zareen mengangkat muka. Bibirnya bergerak sedikit, seperti mahu menyatakan sesuatu tetapi akhirnya, tiada satu apa pun yang keluar.

Zack pandang Zareen, tak berkata apa-apa. Rasa segan dibuang jauh-jauh. Nak cari jodoh katanya. Tak boleh nak malu-malu sangat

Zack masih merenung. Separuh hatinya mengatakan, dia tidak bertepuk sebelah tangan dalam soal ini. Jika tidak, awal-awal lagi Zareen sudah memberi isyarat tidak, bukan Manakala separuh lagi, hatinya mengatakan ini cuma mainan perasaan. Mungkin Zareen tidak bermaksud apa-apa. Mungkin, dia saja yang terlebih rasa. Selagi belum dapat dipastikan, dia tidak mahu terburu-buru meluahkan perasaan. Hati budi perlu dikenal dengan lebih dalam. Sikap Zareen yang seperti menyembunyikan sesuatu itu perlu dirungkai terlebih dahulu. Slow and steady, Zack. Slow and steady

Thanks Zack. Now, shall we get back to main discussion Tutur Zareen setelah terdiam beberapa ketika. Karektor seorang pengurus kembali semula. Bijak Zareen mengawal situasi.

Yesmadam Balas Zack dengan senyuman.

HAMPIR ke pukul enam petang. Kate berdiri di sebelah kedai bunga, menunggu Zack yang sudah berjanji untuk berjumpa selepas tamat kerja. Dia membelek sebentar kad perkahwinan milik Audrey di tangan. Kad ini untuk Zack.

Matanya mengarah ke lif tatkala pintu terbuka. Dari situ, dia nampak Zack melangkah keluar. Di sebelah Zack ada Zareen. Kedua-duanya saling berbalas senyum antara satu sama lain walaupun tak berbual apa-apa. Dia turut tersenyum sendiri. Dari ekspresi wajah Zack, dia tahu bahawa Zack telah benar-benar jatuh hati.

Mata Zack mengarah kepadanya lalu berkata sesuatu kepada Zareen. Mereka kemudiannya berjalan ke arah Kate.

Kate pamer senyum apabila Zack dan Zareen semakin menghampiri.

Hai Kate.Zareen menyapa ramah.

Kate membalas dengan mengangguk. Menjeling seketika kepada Zack sebelum kembali senyum kepada Zareen.Mereka berbual-bual seketika.

You all nak keluar berdua kan Ill make a move first.Zareen meminta diri setelah melihat jam tangan.

Why dont you join us, Reen We just want to have a dinner Kate ikhlas mengajak.

Oh, tak apalah. Maybe next timeZareen pantas mengelak. Untuk keluar malam, sudah pasti tidak. Dia ada sebab tersendiri untuk tidak turut serta. Enjoy your dinner, Kate.

Kate senyum dan mengangguk sekali.

Pandangan Zareen terarah pula pada Zack.

Zack

Cik Reen.

Zack dan Zareen saling berpandangan seketika sebelum bibir mengukir senyum.

Assalamualaikum

Waalaikumussalam

Kate yang sedang memerhati, mengangkat kening. Sepertinya, sesuatu telah berlaku antara keduanya. Apa ya Mungkin sebentar nanti, dia boleh mengorek rahsia dari Zack. Lagipun, Zack banyak berhutang cerita. Kes Farizah tempoh hari juga masih belum diceritakan sepenuhnya.

Zareen kemudiannya berpaling untuk menuju ke ruang parkir kereta di bahagian parkir bawah tanah. Lif berlainan diperlukan untuk menuju ke bawah.

Hey ZackKate yang hanya renek paras bahu Zack, menarik lengan Zack ke bawah. Memaksa Zack berdiri sama tinggi dengannya. Nak tak nak, Zack terpaksa tunduk dan tadah telinga.

I rasa, you patut teman Zareen ke car park. Kate berkata.

Kening Zack berkerut, kurang memahami maksud Kate. Bukankah dia dan Kate sudah berjanji untuk keluar berdua.Kenapa perlu pergi menemani Zareen pula Wajah Kate dipandang dengan tanda soal.

Kate pula, menepuk dahi. Kayu pula lelaki yang bernama Zack ini.

Gosh, Zack. You should show her more attention. Go Kate menolak badan Zack.

Pergilah. I tunggu siniKate berkata lagi apabila Zack masih tidak mahu berganjak.

Are you sure

Yes I am. Go now. Lift is about to open. Kate menyuruh dan badan Zack ditolak lagi.

Zack menurut juga. Langkah diatur ke arah Zareen yang sedang berdiri di hadapan pintu lif.

Sekali lagi, Kate memerhati. Zack berdiri di sebelah Zareen. Zareen kelihatan terkejut. Zack berkata sesuatu dan Zareen tersenyum.

Apabila pintu lif terbuka, mereka berdua melangkah masuk. Dia sempat berbalas pandang dengan Zack sebelum lif tertutup lima saat kemudiannya. Dia menarik nafas lagi. Sepatutnya dia gembira untuk Zack, bukan

Bunyi telefon bimbit dalam tas tangan, menggamit perhatian. Segera tas tangan diseluk. Telefon bimbit ditelek. Satu nombor tak dikenali terpapar di skrin. Kate tidak menjawab. Sudah menjadi tabiatnya, tidak akan menjawab panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali selepas waktu pejabat. Deringan kemudiannya mati.

Namun, ianya tak berhenti di situ. Telefon berbunyi lagi. Satu mesej pesanan ringkas masuk. Pantas dia memeriksa.

Rose, its me. Im back in town. I want to see you. Its been a long time and I miss you so much.

Kate ternganga, hampir tak percaya. Hanya seorang saja dalam dunia ini yang memanggilnya dengan nama Rose.

Finally, you are back

KERETA Honda City milik Zareen sudah hilang dari pandangan. Zack kembali melangkah menuju ke arah lif. Rasa bersalah pula kerana membiarkan Kate menunggu hampir dua puluh minit di atas. Tapi tak apalah. Kate yang suruh dia teman Zareen. Mesti Kate faham.

Gegaran di poket sebelah kanan berserta bunyi deringan menandakan ada mesej yang masuk. Zack pantas mengeluarkan telefon bimbit. Berkerut kening nya tatkala membaca mesej yang baru diterima.

Angkatlah phone. Si Kate ni pun

Zack merengsa. Entah kenapa, hatinya merasa tak senang. Nombor telefon Kate didail berkali-kali namun Kate tidak menjawab.

Setelah beberapa kali mencuba, panggilan masih tidak bersambut. Dia melepaskan nafas kasar. Mesej dari Kate dibaca sekali lagi.

(Kate Banham)

Change plan. I need to go. Kevin is back.

Tiba-tiba sahaja Zack terasa bengang dengan lelaki yang bernama Kevin.