DI KLIA, Daniel masih menunggu ketibaan pesawat yang membawa penumpang dari Seoul, Korea. Selalunya dia akan mengarahkan Gagak untuk menjemput sesiapa sahaja sama ada rakan bisnes atau kenalan tapi kali ini dia sendiri yang ingin menjemput Zaki dan makcik Fatimah. Rasa teruja dan bahagia setiap kali bersama mereka.
Daniel masih menunggu di bangku. Penat berdiri lama dari tadi. Sesekali dia menjenguk ke arah pintu ketibaan. Matanya menala ke arah papan kenyataan. Pesawat MH67 sudah selamat mendarat di KLIA.
Hmm....setengah jam lagi.. Daniel jeling jam di pergelangan tangannya. Dia kembali menatap skrin telefon bimbitnya. Meneliti jadual temujanji dengan klien yang turut disimpan di situ.
Sedang leka menatap nota temujanji, terasa tangannya dilanggar seseorang. Hampir terlepas telefon bimbit dari genggaman tangannya. Jelas dia mendengar suara minta maaf. Daniel mendongak.
Arissa
Gadis itu dilihat tergesa-gesa menuju ke sebuah kedai buku di situ. Pantas Daniel mengejar. Dia mencari-cari kelibat Arissa di celah-celah orang ramai yang memenuhi sekitar kawasan itu.
Mana dia hilang ni Cepatnya! Daniel masuk ke dalam kedai buku. Dia meninjau kelibat Arissa di setiap rak buku. Hampa.
Perlahan Daniel menapak semula ke tempat duduknya semula. Mata masih menala ke arah kedai buku.
Aku yakin perempuan tadi adalah Arissa.. Daniel masih bingung. Jelas dia melihat kelibat Airssa yang memakai blaus merah jambu dan seluar jeans putih sedang menuju masuk ke sebuah kedai buku tadi.
Aku mimpi ke Daniel garu kepala.
Bos!!
Daniel berpaling. Zaki sudah tercongok di muka pintu balai ketibaan bersama makcik Fatimah. Dia bingkas bangun terus menuju ke arah Zaki.
Mereka bertiga mula menuju ke tempat letak kereta. Kereta Mercedes hitam seven series milik Daniel mula meluncur laju menuju ke Bangsar.
TIBA di rumah di Bangsar, Daniel segera menyuruh Mak Ti menghidangkan makan malam. Zaki dan makcik Fatimah ditunjukkan bilik masing-masing.
Malam itu mereka bertiga menikmati makan malam bersama. Zaki banyak bercerita perniagaan kosmetik Daniel di Seoul. Fatimah sekali sekala hanya tersenyum mendengar celoteh Zaki dan Daniel yang nyata begitu mesra bersama. Usai makan malam mereka bertiga berehat pula di ruang tamu. Sekali lagi mereka dijamu dengan makanan ringan dan minuman panas.
Bos, terima kasih kerana sudi benarkan kami menginap di sini. Ikut saya, saya nak menginap di homestay saja. Zaki jeling ibunya yang juga turut tersenyum.
Ya Daniel, makcik segan tinggal di rumah ni.. Fatimah pandang sekitar ruang tamu. Memang luas. Lengkap dengan perabot mewah mungkin buatan Italy. Di sudut kiri dekat dengan tangga menuju ke tingkat atas pula, terhias cantik taman mini dengan pancuran air dan kolam agak besar dengan ikan emas berenang-renang riang di dalamnya.
Apa nak segan makcik..anggaplah rumah ni macam rumah makcik sendiri. Lagipun saya pun duduk seorang saja di sini. Makcik dan Zaki saya dah saya anggap macam keluarga sendiri. Saya pun dah tak sesiapa selain Aunt Beth di Edinburgh.. Daniel menutur lembut.
Zaki senyum. Dia menghirup perlahan coklat panas yang dihidang bersama puding buah-buahan yang sempat dibuat oleh Mak Ti tadi.
Berapa lama datang sini Daniel bersandar di sofa putih.
Saya ingat mungkin lama sikit. Sebenarnya saya nak cari ibu kandung saya. Zaki menutur perlahan.
Ibu kandungDaniel agak terkejut. Setahunya Zaki tiada sesiapa selain makcik Fatimah. Malah Zaki berada di Seoul cukup lama. Sempat bersekolah dan masuk universiti di situ sampailah bekerja.
Ya..omma cakap, ibu saya masih hidup. Alamat terakhirnya di Kuantan. Zaki tunduk.
Oh my... Daniel turut mengeluh.
Daniel, makcik harap Daniel boleh tolong makcik carikan ibu kandung Zaki ni. Ni makcik ada bawa gambar ibu kandung Zaki tapi gambar ni sudah lama. Fatimah hulur sekeping gambar kepada Daniel.
Hmm..foto ni dah lama sangat ni. Susah juga nak cari tapi tak apa..saya akan arahkan pekerja saya siasat. Daniel mengukir senyum. Perkara seperti itu memang senang padanya. Dulu dia siasat Tan Sri Johari Nasir, lepas tu Bennett dan Arissa.
Terima kasih bos. Saya dah lama tak datang Malaysia. Kali terakhir rasanya sepuluh tahun dulu. Hmm..sekarang ni banyak yang dah berubah.
Rumah bos pun banyak yang berubah.. Zaki senyum. Mata melirik melihat sekitar ruang tamu. Sudah tidak ada lagi sudut berehat yang dipenuhi dengan botol arak yang bermacam jenama dari yang murah sampailah yang paling mahal.
Daniel faham dengan kata-kata Zaki. Dia hanya semyum hambar.
Saya...saya dah buang semua tu. Daniel berterus terang.
Oh...alhamdulillah.. Zaki mengukir senyum lebar.
Tapi jangan bimbang, semua makanan dalam rumah ni halal! Daniel sengih.
Zaki dan ibunya turut ketawa.
Hmm..makcik dan Zaki berehatlah dulu. Tentu penat masih belum hilang lagi. Kalau nak apa-apa, beritahu saja. Buatlah macam rumah sendiri. Saya dah ambil cuti seminggu. Esok kita akan melihat sekitar KL. Daniel senyum. Sudah menjadi tabiatnya meraikan tetamu begitu.
Baiklah..maaf menyusahkan bos. Saya boleh cari sendiri sebenarnya. Omma pun ada hal penting di sini. Dia juga ingin berjumpa anak kandungnya. Zaki jeling ibunya yang tunduk memandang lantai marmar.
Anak kandungDaniel berkerut kening.
Ya..makcik dah lama terpisah dengan anak kandung makcik. Sejak makcik bercerai, makcik bawa diri ke Korea. Ada sebab makcik buat macam tu. Makcik nak sangat bawa anak makcik tapi dihalang oleh suami makcik. Makcik bawa Zaki bersama ke Korea bagi mengubat luka. Fatimah menutur lirih. Sebak bila mengingati semula kisah silam.
Daniel teringat siasatannya tentang Arissa dulu. Arissa juga ada seorang ibu berketurunan Korea.
Hmm..siapa nama anak makcik Daniel cuba mengorek.
Lee Jun Shee...
Daniel diam seketika. Maknanya bukan Arissa.
Tapi itu nama Korea yang makcik beri pada dia dulu. Nama melayu dia..Arissa Lee Badlisha.Tambah Fatimah.
Daniel tergamam. Mukanya sudah berubah riak. Arissa Lee Badlisha
Maksud makcik...Arissa Daniel menelan liur berkali-kali.
Daniel kenal ke Fatimah pandang Daniel tak berkelip.
Haah, bos kenal keZaki turut mencelah.
Sekejap.. Daniel berlari menuju ke biliknya di tingkat atas. Dia kembali semula bersama komputer riba. Foto Arissa yang dimuatnaik di situ ditunjukkan kepada makcik Fatimah.
Zaki terbeliak. Fatimah pula masih sangsi dan keliru dengan foto yang ditunjukkan Daniel tadi.
Jadi..gadis yang bos jumpa kat Pulau Nami dulu tu...Arissa Zaki masih tidak percaya.
Fatimah pula pantas menoleh ke arah Zaki.
Zaki pun kenal Berkerut keningnya.
Ya..dialah gadis pertama yang saya cinta.. Daniel tunduk. Malu pada Zaki dan makcik Fatimah.
Subhanallah...Sungguh Allah maha mengetahui segalanya.. Zaki meraup muka.
Kenapa Zaki Fatimah masih tidak mengerti apa yang berlaku.
Omma..gadis yang bos saya cinta tu sebenarnya anak kandung omma. Ni foto terbaru Arissa..cantik kan Zaki sua lagi foto di skrin komputer riba kepada ibunya.
Fatimah masih tidak percaya. Rupa Arissa berlainan benar dari dulu. Dia keluarkan pula sekeping foto yang sempat diabadikan bersama Arissa dan suaminya dulu. Masa itu Arissa masih zaman kanak-kanak.
Err..ni saja foto Arissa yang makcik ada. Fatimah hulur pada Daniel.
Daniel tatap foto itu, meneliti wajah Arissa. Tergamam seketika. Foto itu juga yang dicuri oleh Gagak di kondominium Arissa masa dia mengarahkan Gagak dan Robin menyiasat siapa Arissa. Mungkin Arissa pun tidak perasan yang fotonya telah hilang.
Jadi benarlah Arissa adalah anak makcik Fatimah dan... Kata-kata Daniel terhenti. Perlahan.
Kenapa bos Zaki mula bertanya. Riak bos mudanya sudah lain. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran lelaki itu.
MasyaAllah! Hampir terlupa! Zaki segera mengambil dompet duitnya. Sekeping gambar dikeluarkan.
Omma...rasanya ini mungkin foto omma masa muda dulu. Zaki hulur foto itu kepada ibunya.
Foto itu bertukar tangan.
Mana Zaki dapat gambar ni Fatimah tercengang.
Daniel turut melihat foto di tangan makcik Fatimah.
Omma..foto tu sebenarnya Zaki jumpa masa di Airport Incheon dulu. Masa tu Zaki nak hantar bos, seorang gadis terlanggar bahu Zaki. Foto tu jatuh dekat kaki Zaki. Zaki yakin foto tu mungkin milik gadis tu. Gadis itulah yang bos jumpa di Pulau Nami dulu tu..dia Arissa anak kandung omma.. Zaki menjelaskan dengan tenang. Sekarang ni semua persoalan tentang gadis itu dan foto di tangannya sudah pun terjawab.
Daniel tunduk. Ada titis jernih mengalir ke pipi. Dia cepat-cepat sapu. Bimbang Zaki dan makcik Fatimah perasan perubahan wajahnya.
Fatimah mula menangis. Foto itu dipeluk erat. Itulah foto yang diminta Arissa dulu untuk disimpan buat kenangan sebelum dia bawa diri ke Korea.
Err...bos, boleh kami jumpa Arissa Zaki pandang pula Daniel yang tunduk dari tadi. Dia perasan ada riak sugul di wajah Daniel. Dia tahu, Daniel juga sebenarnya masih mengambil hati gadis itu. Masih berusaha merebut cinta dan kasih sayang gadis itu.
Bos Bos okey ke Zaki sentuh bahu Daniel.
Hah..err..apa awak tanya tadi Daniel tersedar. Sekali lagi titis air mata disapu.
Bos menangis ke Zaki berkerut kening.
Err...tak, cuma saya rasa terharu sebab tak sangka Arissa tu anak makcik.. Daniel cuba sembunyikan rasa bersalahnya pada makcik Fatimah.
Terasa dunia ini begitu kecil. Mungkin tuhan ingin tunjuk bahawa dosa yang dilakukan tidak selamanya tertutup. Pasti akan terbuka juga dengan kehendakNya..
Oh... saya pun tak sangka anak kandung omma rupanya gadis yang bos suka. Jadi sekarang ni senanglah sikit. Tak payahlah omma susah payah mencari. Zaki senyum.
Daniel sudah resah. Bukan senang nak temukan mereka dengan Arissa sedangkan dirinya sendiri Arissa tidak pernah kisah. Dan dia tak akan paksa Arissa lagi.
Boleh tak bos Zaki bertanya lagi.
Err..makcik nak sangat jumpa Jun Shee...maksud makcik Arissa..makcik rindu sangat kat dia.. Fatimah mengesat air mata yang tumpah. Masih memeluk foto yang dihulur Zaki tadi.
Makcik..Zaki, saya akan usahakan. No worries.. Daniel turut sebak. Betapa selama ini Arissa juga mungkin rindukan ibunya yang terpisah. Dan yang paling membuatnya sedih, Arissa terlantar di hospital tanpa ada sesiapa di sisi. Dan aku...aku setia menemaninya..
Terima kasih bos. Zaki rangkul bahu ibunya yang masih menangis.
Sudahlah..berehatlah dulu. Malam pun dah lewat ni.. Daniel jeling jam di dinding. Hampir sebelas malam.
Daniel hanya melihat Zaki dan makcik Fatimah menaiki anak tangga menuju ke bilik masing-masing. Dia juga turut bangun dan melangkah lemah ke bilik.
DANIEL termenung di kepala katil. Segala kata-kata makcik Fatimah tadi mula terngiang-ngiang di cuping telinganya sekali lagi. Maklumat dari makcik Fatimah dan maklumat yang diperolehi daripada Robin dulu ada persamaan. Dan yang masih samar-samar lagi, maklumat yang diterima daripada Robin dulu mengenai siapa ayah Arissa sebenarnya.
Oh my...jadi selama ni, makcik Fatimah tu ibu Arissa Daniel meraup muka. Lama dia begitu. Teringat dia sudah mengkhianati Arissa dengan kejadian malam itu.
Daniel pandang siling. Perasaan bersalah semakin mendalam terhadap Arissa, makcik Fatimah dan juga Zaki.
Arissa...please forgive me... Sekali lagi Daniel meraup muka. Tak sanggup melihat reaksi makcik Fatimah dan Zaki nanti kalau mereka dapat tahu apa yang sebenarnya telah berlaku. Kalau dia berterus terang apa yang sebenarnya yang terjadi pada Arissa pada malam itu, mahukah gadis itu percaya Ah! Salah aku juga yang membuatkan gadis itu percaya dia sudah diperkosa. Tak mustahil Arissa akan menggunakan alasan itu untuk terus membencinya!
Matanya menala pada laci meja. Laci meja dibuka perlahan. Sekali lagi quran terjemahan itu dibelek, menyambung kembali membaca pada halaman yang ditanda hari itu. Lama dia menatap dan cuba memahami apa yang tertulis di situ.
Aku kena tanya seseorang untuk aku lebih faham. Esok aku akan minta Zaki kenalkan aku pada ustaz yang dia kenal. Quran terjemahan itu ditutup semula dan diletkkan di tempat asal.
Daniel menapak ke katil. Selimut ditarik hingga ke paras dada. Puas dia pejam mata. Mengiring ke kanan. Mengiring ke kiri. Masih tidak mahu lelap.
Oh my god...whats wrong with me Daniel bingkas bangun. Jelas wajah Arissa muncul di ruang matanya.
Perlahan Daniel bangun dan menapak ke balkoni. Pajamas yang tersarung di tubuhnya dikemaskan sedikit. Lama dia memandang langit yang terang dengan bintang berkerlipan.
Arissa...why I cant let you out of my mind Daniel meraup muka.
Tuk! Tuk! Tuk!
Daniel berpaling. Bunyi ketukan di pintu bilik jelas di telinganya. Dia menapak pula ke arah pintu.
Zaki..tak tidur lagi Tanya Daniel sebaik pintu dibuka.
Belum bos...saya nak tanya, arah kiblat mana Zaki senyum.
Kiblat Kiblat tu apa Daniel pula bertanya. Dia menggaru kepala. Pertama kali mendengar perkataan itu.
Astaghfirullah..lupa pula saya yang bos bukan muslim. Kiblat tu arah untuk orang Islam sembahyang mengikut kedudukan kaabah di Mekah. Zaki tepuk dahi. Terlupa sekarang ini dia berada di rumah Daniel yang sah-sah bukan muslim. Manalah bos mudanya tahu pasal kiblat ini semua.
Zaki masih berfikir. Dia sendiri terlupa membawa sejadah yang ada arah tunjuk kiblat.
Err..sekejap. Daniel melangkah ke arah almari pakaiannya. Dia mencapai satu bungkusan dari atas rak almari. Kemudian dia menapak semula ke pintu. Bungkusan itu dihulur kepada Zaki.
Apa ni bos Zaki lihat bungkusan empat segi di dalam sebuah kotak.
Itu sejadah yang kawan saya hadiahkan dulu masa saya hadir majlis kesyukuran. Mungkin kawan saya ingat saya ni seorang muslim. Daniel senyum.
Oh...err..tapi sejadah saya pun dah ada. Zaki senyum lagi.
Tapi sejadah tu ada sekali dengan sebuah kompas. Mungkin itu kompas arah untuk kiblat. Cuba tengok. Daniel menyuruh Zaki membuka bungkusan itu.
Perlahan Zaki buka bungkusan kotak itu. Memang ada sehelai sejadah siap dengan kompas untuk penentuan arah kiblat.
Oh...bagusnya sejadah ni. Zaki teruja. Ini pertama kali dia melihat sejadah disertakan sekali dengan arah tunjuk kiblat.
Ambillah, saya hadiahkan pada awak. Daniel turut senyum.
Eh, tak apalah bos. Saya guna sekejap je. Nanti bila dah tahu arah kiblat saya pulangkan semula pada bos. Lagipun sejadah saya pun banyak lagi. Zaki mengukir senyuman manis.
Tapi saya nak buat apa Daniel sekali lagi garu kepala.
Saya doakan bos dibukakan hati untuk melihat kebenaran dan memeluk agama suci Islam. Bos juga nak tahu semua tu kan Zaki teringat kata-kata Daniel dulu yang ingin tahu mengenai Islam.
Daniel terdiam.
Zaki...boleh masuk sekejap Daniel mengajak Zaki masuk ke biliknya.
Zaki menapak perlahan dan duduk di set sofa yang memang ada di situ. Ternganga Zaki melihat sekitar bilik Daniel. Sungguh luas dan penuh maskulin. Set sofa mewah dan set televisyen lengkap dengan karaoke. Ada juga meja kerja siap dengan mini pustaka memberikan ciri-ciri seorang yang pentingkan kerjaya dan pengetahuan.
Lama Zaki menunggu reaksi Daniel yang turut melabuhkan punggung di set sofa itu.
Zaki..saya ingin sekali belajar dan faham pasal agama Islam. Terjemahan Quran yang awak hadiahkan dulu tu, saya masih baca tapi saya perlukan seseorang yang boleh menjelaskan dengan panjang lebar. Err..boleh awak tolong sayaDaniel mula berterus terang niatnya.
Alhamdulillah. InsyaAllah, saya akan tolong mana yang terdaya.Zaki lega. Akhirnya Daniel benar-benar serius.
Terima kasih. Emm..satu lagi, saya benar-benar sukakan Arissa. Jadi...since that makcik Fatimah adalah ibu kandung Arissa, saya ingin minta izin untuk bernikah dengan Arissa. Daniel tunduk. Malu pada Zaki.
Betul ke ni bos Zaki sudah teruja.
Daniel angguk.
Alhamdulillah..tapi bos hanya boleh bernikah selepas bos memeluk agama Islam. Bos...sudah bersedia ke Zaki pandang Daniel yang masih tunduk.
Saya sudah lama bersedia. Daniel senyum. Terbayang syaratnya pada Arissa dulu. Arissa diberi tempoh tiga bulan untuk melangsaikan hutang kereta yang dilanggarnya dulu tapi sebenarnya masa itulah yang akan digunakan untuknya mendalami agama Islam.
Alhamdulillah.. Zaki meraup muka.
Sekarang ni..saya harap sangat saya diberi peluang untuk menikahi Arissa. Daniel tunduk malu.
InsyaAllah bos. Jodoh itu di tangan Allah. Kita hanya berusaha. InsyaAllah saya akan kenalkan bos dengan seorang ustaz. Dia kawan saya dulu semasa kami sama-sama belajar agama di universiti dulu. Zaki mengukir senyuman lebar. Terasa indahnya dunia ini bila seorang seperti Daniel ingin mendekati agama Islam. Bukan mudah untuk orang seperti Daniel yang berjaya dalam dunia perniagaan, seorang kaki minum dan kaki perempuan untuk berubah. Dan paling tak sangka, Daniel telah memilih Islam sebagai agamanya sejak sekian lama terkapai-kapai dalam mencari panduan hidup.
Terima kasih Zaki. Daniel tepuk bahu Zaki.
Jangan risau. Saya akan usahakan agar bos mendalami agama Islam dengan mudah. Dan kita sama-sama berdoa agar Allah permudahkan jalan untuk bos. Zaki bingkas bangun, minta diri.
Thanks Zaki.. Daniel peluk Zaki yang ingin melangkah keluar dari biliknya. Ada titis jernih menitis di pipi.
Zaki turut sebak.
Bos..berdoalah semoga bos diberi hidayah dan bertemu jodoh dengan Arissa.
Daniel hanya mengangguk lemah. Ingatannya masih pada Arissa sekali lagi. Foto yang diambil dari rumah Arissa oleh orang suruhannya dulu ditatap sekali lagi. Wajah Arissa ada iras wajah makcik Fatimah. Yang berbeza, mata bulat Arissa mungkin diwarisi dari sebelah ayah Arissa.
Arissa, please love me...