Tika Cinta Berbisik - 34
Bab 33

SEMUA sudah hadir soal Encik Suhaimi meminta kepastian. Dia adalah peguam yang telah diamanahkan untuk menyampaikan wasiat arwah Datin Rafeah.

Semuanya ada, encik. Azura bersuara.

Encik Suhaimi meletakkan begnya di atas meja. Dia mengeluarkan beberapa dokumen te-bal dan menyelaknya sepintas lalu.

Assalamualaikum dan terima kasih kerana hadir untuk mendengar pembacaaan wasiat yang akan saya bacakan sebentar lagi. Wasiat ini telah ditulis oleh Datin Rafeah pada 21 Disember 2013, di pejabat saya iaitu Pejabat Guaman Lokman & Rakan yang terletak di Jalan Pandan. Arwah Datin Rafeah telah mengamanahkan kepada saya untuk memegang wasiat ini dan dibacakan di hadapan kamu semua apabila beliau telah tiada. Sebarang masalah berhubung dengan pembahagian harta pusaka ini hendaklah diwakili oleh peguam masing-masing. Kamu faham semua Encik Suhaimi berhenti sebentar untuk meminta kepastian samaada mereka berempat faham dengan apa yang disampaikannya.

Kami faham. Serentak Khairul, Azura dan Linda menjawab. Fakrul hanya mendiamkan diri.

Di sini, ada ditulis berkenaan wasiat yang akan saya bacakan kepada kamu semua. Baiklah, untuk pengetahuan kamu, saya bacakan dahulu harta peninggalan arwah Datin Rafeah. Harta ini dahulu adalah milik bersama dengan Datuk Akmal, iaitu arwah ayah kamu. Semua hartanya telah dinamakan kepada nama isterinya, arwah Datin Rafeah. Datin mempunyai sebuah syarikat pengangkutan di Putrajaya dan tiga anak syarikat di luar negara iaitu Jepun, Indonesia dan Hong Kong. Datin turut mempunyai beberapa bidang tanah di negeri Johor dan Kedah. Selain itu, pada tahun 2001, sepuluh buah rumah kedai telah dibina di Sri Hartamas juga atas nama datin.

Akhir sekali adalah sebuah rumah banglo dan tiga buah kereta. Ujar Encik Suhaimi satu per satu.

Ada pertanyaan.

Banyaknya harta mak. Aku tak tahu yang mak ada tanah dengan rumah sewa, celah Linda.

Aku pun tak tahu. Fakrul, kau tahu ke mak ada harta banyak tu

Fakrul langsung tidak menjawab. Dia masih berdiam diri.

Sudahlah. Kita dengar saja apa yang Encik Suhaimi akan katakan. Nanti, ada persoalan boleh tanya Encik Suhaimi. Dia lebih tahu. Khairul bersuara menyatakan rasa tidak senang hatinya dengan sikap mereka.

Saya teruskan. Menurut surat wasiat ini, tanah-tanah tersebut akan dijadikan sebagai tanah wakaf. Di Johor, tanah tersebut akan disedekahkan untuk pembinaan sebuah masjid baru bagi menggantikan surau yang lama. Di Kedah pula, tanah tersebut di wakafkan untuk dijadikan kawasan perkuburan.

Nanti!

Kata-kata Encik Suhaimi terhenti setelah disergah oleh Azura.

Takkan semua diwakafkan Azura bersuara penuh geram.

Iya, Cik Azura. Memang semua diwakafkan, saya tak silap, balas Encik Suhaimi.

Mak bukan jenis macam tu. Tentu ada kesilapan. Saya....

Azura, sabar. Encik Suhaimi, awak boleh teruskan. Khairul memintas kata-kata Azura. Dia tidak mahu suasana menjadi lebih buruk.

Tentang rumah banglonya, datin telah mengamanahkan kepada tiga nama iaitu Encik Fakrul, Cik Linda dan Cik Azura.

Linda mengangguk lemah.

Tiga buah kereta ini pula dibahagikan kepada tiga orang iaitu Fakrul, Azura dan Linda.

Khairul hanya mendiamkan diri. Langsung tidak secuit di hatinya rasa iri kerana padanya, harta bukanlah ukuran untuk dia berjaya. Dia sendiri mempunyai simpanan yang cukup untuk hari tua.

Bagaimana dengan syarikat, Encik Suhaimi Linda menyoal kembali. Rasa kasihan mula menyelinap di hatinya bila mengenangkan Khairul tidak mendapat sebarang perwarisan harta. Walau mereka tidak sehaluan, tapi Linda masih menghormatinya sebagai abang yang sulung.

Berkenaan dengan syarikat, hak milik syarikat di Putrajaya akan menjadi kepunyaan Encik Fakrul. Manakala syarikat di Jepun, Hong Kong dan Indonesia telah diamanahkan kepada anak yang sulung, iaitu Encik Khairul.

Khairul mendengus. Ternyata dia kurang senang dengan tanggungjawab yang telah diberikan padanya. Namun, mengenangkan itu adalah satu wasiat dan amanah dari arwah ibunya, dia akur juga.

Itu saja. Ada kemuskilan

Tak ada. Terima kasih Encik Suhaimi. Khairul berdiri bersalaman dengan peguam itu.

Ya, jika ada sebarang masalah boleh berjumpa dengan saya. Saya akan menolong.

Langkah peguam itu hanya diperhatikan oleh Fakrul dengan ekor matanya. Matanya bersinar terang seperti ada api yang sedang membakar.

HELLO, bos. Satu suara menerpa ke gegendang telinga Fakrul.

Fakrul masih menghadap kolam renang di depannya. Rumahnya sunyi kerana berjauhan daripada rumah-rumah yang lain. Sengaja dia memilih rumah di atas bukit itu. Sudah enam batang rokok dihisapnya. Fikirannya benar-benar bercelaru. Kakinya disilangkan dan dinaikkan ke atas kerusi. Lagaknya seperti orang yang serba tak kena.

Bagaimana Fakrul memalingkan muka meng hadap orang suruhannya. Kini, mereka sama-sama berdepan.

Saya dah dapatkan orang untuk ekori dia. Nampaknya jadual pergerakannya teratur. Pergi pukul 8.30, balik lebih kurang 6.30 petang. Hujung minggu dia jarang keluar. Hanya habiskan masa dengan anaknya. Rutin hariannya sama setiap hari.

Tangan Fakrul mengusap-ngusap dagunya. Sesekali hembusan nafasnya yang keras kedengar an jelas.

Kau yakin dia ada di rumah pada waktu malam

Yakin, bos. Dah tiga minggu anak buah saya ekori dia. Tiap-tiap malam dia ada di rumah.

Baik, aku nak kau tukar rancangan sekarang. Rancangan pertama selesai!

Okey, bos.

Fakrul menyuruh orang suruhannya keluar setelah dia memberitahu secara terperinci rancangan mereka seterusnya. Dia tidak mahu ada kesilapan. Besar risiko yang harus dia hadapi jika rahsia ini bocor.