Hasya mendengar dengan tekun. Terkebil-kebil jadinya dia apabila cuba mengingati nama-nama pak sheikh itu. Membayangkan dirinya bakal berkahwin dengan jejaka idaman suatu hari nanti, sambil menongkat dagu dan malu-malu, Hasya bertanya neneknya itu, I love Tom Cruise because hes very handsome. Can i marry him, granny Can he be my husband
Apa lagi yang dijadikan kriteria dalam pemilihan calon suami bagi seorang gadis sunti dalam meniti keremajaannya, selain kekacakan seorang lelaki Tahukah dia betapa rupa dan gaya bukan penentu segala
He can but only after converting to Islam, jawab Miryam sebelum menyambung keterangan: Berbeza dengan konteks lelaki Islam yang diberi kelonggaran menikahi wanita ahli kitab pada zaman nabi, dalam keadaan lelaki yang bukan beragama Islam pula, lelaki terbabit wajib memeluk Islam terlebih dahulu sebelum pernikahan boleh dilangsungkan. Namun sungguhpun demikian, peraturan di Malaysia yang menetapkan sesiapa jua yang ingin mengahwini pasangannya yang beragama Islam, tidak mengira lelaki ataupun perempuan; ahli kitab ataupun bukan, diwajibkan memeluk Islam sebelum pernikahan, wajib dihormati masyarakat marhaen. Saat Miryam Jones menjelaskan perkara ini, Hasya sudah mula menguap.
Bak kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit kita junjung, kata Miryam Jones lagi sebelum mengakhiri ceritanya pada satu malam sewaktu menemani Hasya yang masih berjaga walaupun jam sudah menunjukkan pukul dua pagi ketika itu. Siapa sangka, gara-gara topik yang agak berat dibangkitkan neneknya itu dalam usaha mengalihkan perhatiannya dari terkenangkan ibunya di penjara dan menangis kerana terlalu merinduinya, berjaya juga membuatkan dia terus terlelap atau paling tidak, bermimpikan Tom Cruise yang kacak lagi segak!