Selepas menjatuhkan talak pada Irdiana, dia bertindak mengeluarkan barang serta pakaian dari banglo yang dibeli atas nama Irdiana. Dua minggu sebelum membeli sebuah pangsapuri untuk didiami, dia tinggal sementara di hotel berdekatan tempat kerjanya.
Saat mengimbau semula kenangan tiga bulan lalu, dia dikejutkan dengan bunyi telefon bimbit. Siapa pula yang call Ika ke Hesy... baru saja petang tadi dia buat panggilan pada Ika. Takkan cepat benar Ika telefon dia semula Rindu datang balik ke Bibir lebar dengan senyuman apabila nama Ika memenuhi ruang kepala.
Mak Terpacul panggilan itu ketika perkataan mak muncul di dada skrin. Ingatkan Ika. Hello, mak...
Amboi... berhello-hello, ya. Suka hati sangat ye, sampai tak sabar dengar mak bagi salam Sampai lupa minggu depan kena balik lagi Suara Che separuh membebel
Muka Idlan berkerut. Haih... semacam aje mak ni Macam dia ada buat salah pula. Kenapa, mak Ada hal apa mak telefon saya
Lan dah lupa
Lupa apa
Astaghfirullahalazim... nasib baik mak telefon sebab nak ingatkan Lan. Kalau tak, memang Ika nikah dengan Lan nanti, tak bercincin la jawabnya.
Tak ada cincin
Lan dah tak ingat ke minggu depan kena balik beli cincin kahwin
Idlan tepuk dahi. Dia hampir-hampir terlupa. Ika pun satu, kenapa petang tadi Ika tak ingatkan dia Takkan Ika pun lupa sama macam dia
Maaf, mak. Saya baru teringat.
Erm... cepat betul Lan lupa. Macam mana keadaan
Lan kat sana Sihat
Sihat, mak. Jangan bimbang fasal saya.
Manalah mak tak bimbang kalau Lan jauh dari mak. Sakit pening, siapa yang tahu. Dah tinggal sorangsorang macam tu, apa-apa hal berlaku nanti, susah Lan.
Adoilaa... macamlah dia ni budak-budak. Ketika bersama Irdiana, sama saja situasinya. Sakit kepala ke, demam ke, ada Irdiana nak ambil peduli Tak usah mimpilah. Jawabnya, dia sendiri yang jaga diri. Terpaksa merangkak ke dapur untuk ambil segelas air pun, dia buat asalkan tak menyusahkan Irdiana.
Idlan tersenyum mendengar leteran Che Jah. Leteran yang tak buatkan telinganya sakit mendengar. Tapi, sebaliknya dia suka kalau si ibu mengambil berat.
Sama macam Ika. Tak sudah-sudah Ika risaukan dia yang kini tinggal bersendirian. Setiap pagi, tengahari, petang dan malam, Ika selalu kirimkan WhatsApp dengan mengingatkan soal minum dan makan.
Ika (7.30 am):
Abang dah sarapan Sarapan apa
Ika (12.45 pm):
Abang dah makan tengahari ke
Ika (4.17 pm):
Abang dah minum petang
Ika (8.09 pm):
Malam ni abang dah makan ke belum Ika ada masak mee hailam. Abang suka mee hailam, kan Nanti bila kita dah kahwin, hari-hari Ika masakkan mee hailam untuk abang.
Dan, di hujung-hujung WhatsApp, mesti Ika buat macam-macam jenis ikon. I Love You, skodeng, mata bulat, mata juling dan macam-macam lagi.
Dia pula hanya melayan. Kalau tak layan, nanti merajuk pula. Ika tu kalau buat ikon, mesti pelik-pelik. Kalau setakat ikon senyum, kenyit mata, menjelir, itu semua dia dah biasa. Tapi, ada satu ikon yang buat dia susah hati kalau Ika buat. Ikon muka sedih dan menangis. Kadang-kadang Ika tambah perkataan sob sob sob, makin tak lena tidurlah dia jawabnya. Ika tu memang macam-macam, tapi makin hari buat dia bertambah sayang.
Lan, dengar tak ni
Ya... ya. Dengar mak. Dengar... Idlan garu kening. Jauh sangat mengelamun hingga lupa pada suara ibunya masih ada di talian.
Kalau dengar, jangan lupa balik minggu depan, pesan Che Jah sebelum tamatkan perbualan.
IKA bersiap cantik-cantik hari ni. Buat pertama kali dia akan keluar dengan Idlan sebagai tunang pada lelaki itu. Malam tadi Idlan sampai ke kampung dan terus menghubunginya. Gembira benar dia dengan kepulangan Idlan kali ini. Wajah cerianya lain macam sungguh. Bakal pengantin baru katakan.
Namun, dia berasa sedikit kesal dengan perceraian Idlan. Bimbang kalau dia disalahkan kerana perkara itu berlaku sejurus dia dan Idlan selesai bertunang. Nak juga dia tahu apa sebenarnya terjadi. Apakah dia menjadi punca
Ika, abang Idlan kamu datang ni! Ika tersedar. Bergegas dia keluar dari bilik.
Ika dah siap Soal Idlan.
Ika senyum dan tunduk seketika. Malu menatap wajah Idlan. Dah, abang.
Cantik Ika hari ni, puji Idlan.
Ayah Wan berdeham kuat. Depan dia Idlan puji anak gadisnya
Kamu pergi berdua nanti tolong jaga kelakuan. Jangan pegang-pegang.
Tersedar dirinya terlajak menuturkan pujian depan Ayah Wan, Idlan mengusap belakang leher sambil tersengih.
Risau pakcik kamu pergi berdua. Nanti ada yang ketiga. Sambung Ayah Wan lagi.
Ish... apa abang cakap macam tu Budak berdua ni dah besar panjang. Tahulah mereka fikir mana yang tak baik. Takkan abang tak percaya pada anak sendiri Mak Wan menyampuk.
Saya memang percaya pada anak saya. Tapi, saya kurang percaya dengan bakal menantu kita. Apa-apa hal, lelaki mulakan dulu. Selamba badak Ayah Wan menempelak bakal menantu.
Ayah ni... abang Idlan tak macam tulah. Lagipun sebelum ni kan, Ika selalu keluar dengan dia. Tak pernah pun dia buat benda tak baik. Ika membela bakal suami sambil tersenyum memandang Idlan.
Kalau abang tak percaya budak-budak ni pandai jaga diri, apa kata kalau abang ikut. Abang jadi pengawal peribadi anak kita. Macam mana Mak Wan buat usul dan tak lupa menyelit gurauan. Disuruhnya si suami jadi bodyguard.
Hesy... tak bolehlah. Saya ada mesyuarat nanti kat balai raya pukul 10. Awak sajalah yang pergi, kata Ayah Wan pula.
Eh... kita pula yang disuruhnya. Abang yang tak percaya dekat Idlan tu bukan saya. Lagipun, saya sibuk ni. Kejap lagi nak ke rumah Che Jah. Nak bincang pasal kenduri budak-budak ni bulan depan.
Idlan berdeham. Kalau nak tunggu Ayah Wan dan Mak Wan habis bercakap, esok pun takkan selesai.
Ayah Wan... kami pergi dulu. Nanti kalau pergi lambat, balik pun lambat. Kalau boleh saya tak nak hantar Ika balik lewat.
Erm... yalah. Jaga diri kamu berdua baik-baik. Darah tengah manis tu, pesan Ayah Wan lagi.
SEJURUS kereta meluncur di jalan raya, lagu Kupinang kau Dengan Bismillah memenuhi ruang kereta. Idlan tersenyum. Dia tahu itu lagu
kegemaran Ika. Memang sengaja dia pasang.
Abang, boleh kuatkan sikit Soal Ika dengan senyum manis. Senyum yang tak pernah lekang untuk Idlan.
Boleh... untuk Ika semuanya boleh.
Ika suka sangat lagu ni.
Abang tahu.
Pertama kali Ika naik kereta abang, lagu ni juga abang pasang. Abang pun suka lagu ni ke
Abang kurang suka lagu Melayu. Lebih suka lagulagu Inggeris slow rock. Macam MLTR, Scorpions...
Ika mencebik. Pandangan dilempar ke luar tingkap. Idlan ni straight betullah. Apa salahnya kalau cakap suka Boleh juga ambil hati dia yang dah lama gundah ni.
Melihat Ika diam, Idlan membuat telahan Ika berjauh hati. Sensitif sungguh tunangnya ini.
Okeylah... abang suka...
Nak ambik hati Ikalah tu. Saja buat-buat suka, kan Padahal tak suka pun. Idlan tergelak kecil.
Hati Ika tu dah lama abang ambik. Abang letak kat sini. Idlan menepuk dada sekali dua.
Letak kat mana Sengaja Ika menyoal walaupun dia dah nampak isyarat yang Idlan buat.
Sekali lagi Idlan menepuk dada perlahan. Kat sini. Dalam hati abang...
Ika tertawa halus. Mulut ditutup. Loyar buruk punya Idlan.
Nanti Ika nak beli cincin macam mana Idlan mengubah topik.
Entahlah. Selagi tak tengok dengan mata sendiri, selagi tulah Ika tak tahu rekabentuk macam mana Ika nak.
Anggaran harga Soal Idlan sekadar mahu mengusik. Fasal harga, dia tak kisah sebenarnya. Asalkan Ika suka, okeylah bagi dirinya.
Abang ni, asyik tanya benda yang Ika tak tahu. Nak jawab macam mana Ika muncung sedepa. Baru dia teringat sesuatu. Dah lama dia nak tanya Idlan. Satu teka-teki buat dia tak dapat tidur lena.
Kenapa abang ceraikan kak Irdiana Melantun soalan itu tiba-tiba.
Sudah tiga bulan dia biarkan soalan itu bermukim di kepala. Nak juga dia tahu apa sebabnya. Adakah kerana Irdiana tak sanggup hidup bermadu Tapi, dulu kenapa Irdiana beria-ia minta dia tunaikan permintaan Che Jah Kemudian, bercerai pula. Hairan.
Idlan bungkam. Malasnya dia nak buka cerita. Teringat kejadian tiga bulan lalu apabila hati dan perasaan tak dapat ditahan-tahan dengan penghinaan Irdiana. Kalau sekali dua, tak apalah. Tapi, kalau dah berkali-kali, siapa boleh terima Orang gila pun boleh jadi makin gila dengan kata-kata Irdiana yang sentiasa berbau longkang. Tapi, apabila Ika keluarkan topik itu, tak semena memori-memori indah bersama Irdiana terlayar semula.
Wajah Idlan berubah. Dia mengeluh perlahan. Cuba diusir kenangan-kenangan itu supaya tak lagi melekat di kotak fikiran. Tapi, dia gagal. Dia tak boleh tipu diri sendiri. Ingatannya masih berbaki pada Irdiana. Dalam hati, dia kasihankan Ika. Namun, bukan bermakna dia tak cintakan gadis itu. Cintanya ada untuk Ika. Bukan tak ada langsung. Cuma, dia tak mahu terus-terang soal hati dan perasaan yang masih berbaki untuk Irdiana. Dia tak nak Ika tahu. Bimbang kalau Ika terluka.
Ika tunduk merenung tangan. Terasa diri adalah penyebab runtuhnya rumahtangga Idlan yang terbina sekian lama.
Kalau Ika puncanya, Ika minta maaf. Langsung tak ada niat nak buat rumahtangga abang musnah. Ika terima abang kerana cinta. Juga kerana permintaan makcik. Tak terkecuali sebab Ika kesiankan abang. Teraba-raba cari bahagia.
Idlan membisu. Dalam hati sedia dengan jawapan, Ika tak bersalah. Tapi, mulut berat nak berkata-kata. Baginya, perkara itu dah tak penting. Tak perlu nak dikenang dan disebut-sebut.
Ika resah memandang Idlan. Apabila tunangnya membisu, dia rasa makin berdosa. Abang...
Idlan menoleh sesaat. Ika tak perlu salahkan diri. Tapi, Idlan tak sempat nak jelaskan kerana sibuk mencari parkir.
Kita dah sampai. Idlan tekan brek.
Ika tercengang. Idlan tak jawab pertanyaannya, tapi terus keluar dari kereta. Dia mengeluh dengan sikap Idlan yang dirasakan dingin tiba-tiba. Mungkin salah cara dia bertanya.
Ika melangkah turun dari kereta sejurus pintu dibukakan untuknya. Direnung wajah Idlan seketika. Wajah disimbah mentari pagi itu cuba dicari kejujurannya. Memang Idlan lelaki yang baik dan sering bersikap jujur. Tapi, kalau dalam soal hati dan perasaan Idlan, dia masih kabur untuk mempercayai. Mana tahu Idlan masih kuat mencintai Irdiana. Bukan mudah melupakan kenangan. Apatah lagi Irdiana cinta pertama Idlan. Andai benar telahannya, dia terpaksa reda dengan kenyataan. Nanti lama-lama lupalah Idlan pada bekas isterinya. Ika memujuk hati.
Dia tak boleh berkira dengan hati dan perasaan Idlan. Dia tahu Irdiana siapa pada Idlan sebelum ni dan sedar dirinya berada di mana dalam hati Idlan. Mungkin belum ada sepenuhnya kasih sayang Idlan pada dirinya. Tunggulah sedikit masa lagi.
Kalau benar hati Idlan masih berbelah bahagi, dia mesti berusaha untuk menakluki keseluruhan hati bakal suami.
MASUK ke kedai menjual barang kemas, wajah Ika kembali ceria. Terlupa sebentar dengan mainan perasaan yang belum pasti. Idlan
tarik kerusi. Menyuruh Ika duduk memilih cincin.
Dalam soal ni, dia memang tak pandai langsung. Biar Ika pilih sendiri cincin mana yang berkenan di mata. Tentu gadis itu lebih tahu. Lebih pakar dalam hal-hal begini. Perempuanlah katakan.
Yang ni cantik tak, abang Ika meminta Idlan beri pendapat.
Mana Idlan nampak blur. Cepat betul Ika pilih. Dia sendiri tak sempat nak duduk.
Ika berdecit perlahan. Idlan ni, macam tak bersungguh-sungguh aje. Tahulah baru bercerai, tapi jangan buat dia macam ni. Macam dia pula yang terhegeh-hegeh nak kahwin.
Ini... cincin yang Ika pegang ni.
Idlan garu kepala. Ooh... aaa... cantik, cantik.
Betul ke cantik ni Ragu-ragu Ika menyoal. Nampak sangat Idlan berkhayal. Apa yang diingatnya entah!
Ika pilih sendiri, boleh Abang tak pandailah.
Ika tunduk merenung cincin di tangan. Tak ada hati nak cuba sarungkan cincin itu apabila melihat sikap Idlan yang tak bersungguh-sungguh. Adakah dalam kepala lelaki itu masih ingat pada Irdiana Ika resah ingin tahu.
Melihat perubahan di wajah Ika, Idlan menyalahkan diri. Dia tak sengaja nak bersikap acuh tak acuh. Cuma, ingatannya masih terarah pada Irdiana. Kenapa susah sangat nak lupakan perempuan tu. Salah Ikalah ni. Siapa suruh Ika sebut fasal Irdiana Sekarang, tak fasal-fasal dia tak dapat fokus memilih cincin. Aduhai...
Kita baliklah.
Ika bangun dan terus hulurkan cincin pada pemilik kedai. Dia dah tawar hati nak pilih cincin lagi. Merajuk Dah tentu. Idlan macam endah tak endah aje.
Idlan nampak panik apabila Ika dah mula bangun dari kerusi. Rasa bersalah kerana tak sengaja memikir soal Irdiana di saat Ika bersungguh-sungguh memilih cincin perkahwinan.
Kalau kita balik dengan tangan kosong, nanti mak Ika kata apa
Abang susah hati atas perkara tak penting, untuk apa Ika menyoal. Bengang dengan sikap Idlan, terus ditolak ke tepi.
Apa saja tanggapan Mak Wan, ia penting bagi abang. Tak kira walau apa pun. Idlan membidas lembut.
Kalau abang risau mak Ika nanti cakap apa, kat dalam hati ni abang tak susah hati pula Ika tunjuk dada sendiri. Dia nak Idlan tahu apa yang dia rasa.
Okay, Im sorry. Kedua-dua tangan diangkat ke sisi. Seakan mengalah.
Sorry... sorry... tepi, Ika nak lalu. Ika mengibas tangan. Membuat Isyarat pada Idlan yang menyekat laluan.
Idlan lekas-lekas bertindak meraih lengan Ika. Tunggulah, Ika. Jangan buat macam ni...
Ika leraikan tangan Idlan yang melekat di lengan. Mata dipejam sebentar. Mengusir perasaan yang bukan-bukan.
Kita balik dulu. Lain kali kita datang.
Tapi, kita dah ada kat sini. Takkan kita nak datang lagi Nanti banyak kerjalah.
Jasad abang aje ada kat sini. Tapi, roh abang tu, terbang tak tahu pergi mana. Kalau ingat pada kak Irdiana, terus-terang ajelah. Ika bukan kejam sangat sampai tak tahu nak hormat perasaan abang. Ika diam sekejap. Menarik nafas.
Idlan bungkam.
Tak apalah. Kita datang lain kali. Biar hati abang tenang dulu.
Abang tak ingat kat dialah. Ika ni, jangan cepat salah faham. Idlan menipu.
Menipu sunat, kut Menipu semata-mata nak jaga hati Ika. Sebenarnya, Ika tak salah faham. Dia tahu itu. Cuma dia bimbang kalau dia berkata benar, tentu hati Ika terguris.
Dah tu, abang ingat apa Nampak macam
berkhayal jauh aje.
Abang tengah fikir fasal kerja. Erk... alasan kerjalah pula. Padahal dalam soal itu dia memang tak ada masalah.
Ika tunjuk wajah ragu-ragu. Boleh percaya tak bakal suaminya ini Sempat lagi fikir soal kerja segala
Macam mengarut saja.
Jangan tipu Ika pula.
Idlan buat-buat senyum. Mana boleh dia beritahu perkara sebenar pada Ika Mahu Ika merajuk berminggu-minggu, habislah dia. Nanti hilang kepercayaan ayah Wan sekeluarga. Lebih-lebih lagi Afi Lukman tu.
Dia pun satu hal. Kenapa bodoh sangat nak ingat pada Irdiana Mungkin bekas isterinya itu sedang bergelak ketawa dengan Arash. Dia pula yang terhegeh-hegeh nak bersedih segala ni, kenapa Berbaloi ke
Jom kita masuk semula dan pilih cincin, ajak Idlan. Kali ini gayanya bersungguh-sungguh. Bimbang kalau Ika merajuk lagi.
Lambat-lambat Ika mengangguk setuju. Malas nak merajuk atas perkara remeh. Tapi, apa yang ada dalam hati Idlan, dia perlu tahu. Mungkin bukan sekarang.
Nanti-nantilah.