CARTA HATI - 34
IRSYAD HAKIMI mengeluh berat. Dia mundar-mandir sendiri. Ternyata, sikapnya itu mengundang respon kurang senang daripada Zairis.

Kau ni kenapa, Ir

Kemudian Irsyad Hakimi mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Bagaikan cacing kepanasan. Wajahnya kelihatan risau.

Macam mana ni Aku dah kata, sebelum kau deal dengan Najwa Latif tu kau fikirlah baik-baik dulu. Tapi, sekarang aku tak tahu nak buat apa. Manager dia dah telefon aku, tanya bila nak mula rakaman. Masalahnya sekarang ini, kita tak ada seorang lagi. Kalau ada perempuan, dah lengkap dah!

Pasal tu ke Aku pun pening, tapi tak adalah gelabah macam kau! Alah, bukannya sekarang pun nak mula rakaman tu. Tak payah risau sangatlah, balas Zairis. Dia menyedut minuman di gelasnya. Mahu melegakan tekak yang terasa kering setelah selesai pengambaran tadi.

Tiba-tiba telefon bimbit Irsyad Hakimi berdering.

Menandakan ada satu panggilan masuk. Masingmasing berpandangan sesama sendiri. Aduhai... masaklah kalau macam ni!

Hah, benda nilah yang aku tak suka. Kau tengok ni, dia telefon aku lagi. Apa aku nak buat ni Wajah Irsyad Hakimi semakin risau. Dia menghalakan jarinya pada telefon bimbit yang berdering.

Kau takkan tak ada kawan-kawan artis wanita, yang tengah tak ada kerja sekarang

Zairis menggelengkan kepala. Mana ada. Semua sibuk. Yalah, sekarang kan musim drama. Memang tak adalah.

Irsyad Hakimi merengus kasar. Hesy, kau ni! Patutnya kau yang fikir pasal ni. Tapi, kau boleh tenang aje. Tak pasal-pasal, aku yang kena fikir, bebel Irsyad Hakimi sambil cuba menenangkan diri.

Telefonnya dicapai sebelum dia menyentuh skrin tersebut. Sebaik skrinnya menyala, air liurnya ditelan perlahan-lahan. Makin parah ni!

Memanglah aku kena tenang. Mana boleh gelabah. Tenang... bila tenang, semua masalah boleh diselesaikan

Pap! Irsyad Hakimi menepuk dahi. Mesej yang baru sampai itu, membuatkannya bertambah gelabah dan kalut.

Masaklah kita! Sekejap lagi Najwa Latif nak jumpa kau dengan aku. Tempat biasa macam jumpa masa nak terima tawaran ni, beritahu Irsyad Hakimi.

Okey.

Okey aje jawapan kau

Habis kau nak aku jawab apa

Sorang lagi pun tak jumpa. Kau boleh cakap okey aje Kalau dia tanya, mana lagi sorang kau nak jawab apa

Kita jumpa dulu. Zairis mengakhiri kata di situ. Dia menunjukkan telapak tangannya, menyuruh lelaki itu supaya berhenti dari bersuara lagi.

SUASANA Majlis Persaraan Tuan Halim meriah dengan pelbagai aktiviti. Malah pelbagai juadah turut dihidangkan untuk tetamu yang hadir.

Dihujung penjuru, kelihatan Syakila sedang duduk bersendirian melayan perasaan. Nak kata sedih dengan persaraan Tuan Halim, agaknyalah kut sebab Syakila tu agak rapat juga dengan Tuan Halim tu. Maklumlah Syakila pernah bekerja dibawah seliaan Tuan Halim ketika mula-mula bekerja di Syarikat ini.

Syak, kau okey tak ni soal Alisa mengejutkan Syakila dari lamunan panjangnya.

Okey je... balasnya malas-malas.

Kau sedih ya Tuan Halim nak bersara

Hmm... sikitlah. Dia kan macam bapa-bapa kat pejabat kita ni. Nanti kalau dia tak ada, kat siapa lagi kita nak rujuk kalau ada masalah

Betul juga cakap kau tu... Eh, kau tak makan sekali ke, Syak tanya Alisa lagi.

Kejap lagilah. Aku kenyang lagi Syakila kembali melayan perasaannya.

Alisa kerutkan dahi. Macam pelik aje perangai Syakila dan beberapa hari ini. Mesti bukan sebab persaraan Tuan Halim. Mesti ada hal lain ni... Hesy, tak boleh jadi ni! Kena soal siasat Syakila ni.

Syak, kau fikir pasal apa Runsing semacam je aku tengok.

Syakila menoleh, lalu mengukir senyum., Tak ada apa-apalah Aku fikir pasal Tuan Halimlah. Ujar Syakila cuba memberi alasan yang dirasakan logik.

Tak ada pasalnya dia nak fikir pasal Tuan Halim sangat-sangat. Sikit-sikit tu adalah. Sebenarnya yang lebihnya dia fikir pasal...

Kau fikir pasal Zairis ke

Bukanlah cepat sahaja Syakila menafikan katakata Alisa.

Habis tu

Aku saja duduk kat sini. Termenung sorangsorang. Rasa tenang.

Syak

Hmm

Alisa berdiam sebentar, sebelum meneruskan bicaranya. Kita orang dah tak kisah pasal Zairis tu. Kalau kau dengan dia pun, kita orang okey. Sebagai peminat, kita orang akan mendoakan yang terbaik untuk dia dan juga kau.

Hey! Tak adanya aku fikir hal Zairis tu. Dia tu bukan ada kepentingan untuk aku fikir pasal dia. Dahlah, kau pergilah ambil makanan lagi. Tu, kek cokelat tu kau belum rasa, kan Sedap tau! Pantas sahaja dia alihkan topik perbualan mereka. Walhal dalam fikiran masih memikirkan soal hubungannya dengan Zairis. Biarlah masa yang menentukan.

Ye ke Mana kau tau Kau pun belum makan, dah pandai rekemen kat orang pula...

Aku tahulah sebab tadi aku nampak plastik Baskin Robins. Mesti kek aiskrim tu... pergilah rasa kalau kau tak percaya. Suka-suka hati dia je cakap kek tu kek Baskin Robins. Dibuatnya bukan, kecewalah Alisa tu nanti.

Ah, lantaklah. Asalkan Alisa tu cepat-cepat berlalu dari mengganggunya dengan macam-macam soalan dan pertanyaan yang dia tak mampu untuk menjawabnya.

PERBINCANGAN bersama Najwa Latif dan pengurusnya berlangsung di sebuah restoren mewah yang dipilih sendiri orang Zairis Haikal. Dia mahukan suasana tenang tanpa sebarang gangguan supaya proses perbincangan nanti berjalan dengan lancar.

So, macam mana Dah jumpa ke artis perempuan untuk sertai sekali rakaman ni Airina, pembantu peribadi Najwa Latif memulakan bicara. Mata terhala pada wajah Zairis dan Irsyad Hakimi.

Irsyad Hakimi melepaskan keluhan. Dia berjeda seketika sebelum membalas pertanyaan itu. Belum lagilah. Boleh beri kita orang masa, tak

Airina menggelengkan kepalanya, Tak boleh. Sebab rakaman tersebut akan dibuat pada hari lusa. Kan, Najwa Kali ini soalan tersebut diajukan pada Najwa Latif di sisi. Gadis yang lengkap dengan pakaian muslimahnya itu sekadar mengangguk sahaja.

Keluhan terlepas lagi dari bibir Irsyad Hakimi. Matanya melirik pada wajah Zairis. Dari lirikan itu, berharap lelaki itu dapat memikirkan jalan penyelesaian untuk masalah ini.

Bagai mengerti lirikan itu, Zairis terus memberi cadangan. Sebelum sampai ke sini, dia sudah memikirkan siapa yang layak untuk sertai rakaman ini. Senyuman mula terukir di bibirnya.

Saya rasa, saya tahu siapa yang akan turut serta sekali dalam rakaman ini

Perhatian Airina dan Najwa Latif sudah beralih pada wajah Zairis.

Siapa

Zairis menghela nafasnya, sebelum memberitahu