EPILOG KITA - 34
BUNYI deringan telefon dipandang sepi oleh Ryan. Terjuih-juih mulutnya merenung telefon bimbit yang asyik bergetar. Melihat nama pemanggil saja buat hatinya meronta untuk menjawab, tapi bila fikirkan Hani yang degil, memang tak lah dia nak angkat!

Nak sangat duduk dengan Mama kaukan Buat apa telefon aku hambur Ryan dengan muka mencebik-cebik.

Geram betul dia dengan Hani. Dah terima dia sebagai suami, tapi masih tak bersedia nak pindah rumah. Dah bermacam cara dia pujuk, tapi Hani tu degilnya macam kotoran yang tak dapat ditanggalkan.

Bunyi deringan mati, namun tak lama selepas itu satu pesanan ringkas masuk ke dalam telefon bimbitnya. Dengan muka yang masih tiada senyuman, Ryan mencapai telefon bimbitnya.

Sakit hatinya masih berbekas.

Hani:

Merajuk lagi ke Tak elok marah-marah nanti cepat kedut. Dah la muka awak berkedut melebihi had umur. Cuba bawa senyum sikit. Biar jadi awet muda macam saya. Saya tak nak nanti orang ingat saya kahwin dengan orang tua. Jangan la merajuk nanti tak ada siapa nak sayang saya dah.

Ryan juihkan bawah bibirnya. Cis! Dekat aku dia kata kedut, dia tu awet muda. Tapi, ada senyuman mula bertamu di bibirnya. Ayat akhir Hani buat hatinya kembang kucup. Kalau dah sayang, lama mana boleh marah

Kereta terus dipandu dengan mata sesekali menjeling skrin telefon bimbitnya. Baru saja dia ingin meletakkan telefon ditangannya, satu pesanan lagi masuk.

Hani:

Saya nak keluar ni. Ingatkan nak ajak awak teman, tapi ada orang tu merajuk la pula. Nanti habis merajuk telefon saya ya, Encik Ryan sayang.

Kali ini Ryan tak dapat sembunyikan senyumannya. Pandai Hani bermain dengan emosinya. Hatinya ingin sekali menelefon isterinya namun dia perlu mencari tahu sesuatu. Lili! Apa yang diberitahu Hani hari itu betul-betul mengganggu dirinya.

Pedal minyak ditekan lagi dalam dan keretanya laju menyusuri jalan raya yang agak lengang ketika itu.

RYAN melangkah masuk ke dalam rumah agam itu dengan penuh debaran. Rasanya sejak enam tahu lalu, dia tak pernah jejakkan kaki ke rumah itu, tapi hari ni, dia datang kerana seorang yang bernama Lili.

Ryan

Ryan berpusing. Dia tersenyum pendek bila seorang wanita berumur pertengahan terkedekkedek melangkah ke arahnya.

Apa khabar mak cik. lembut suara Ryan menyoal bila wanita itu betul-betul di hadapannya.

Mak cik sihat. Ryan apa khabar Ya Allah, lamanya mak cik tak jumpa kamu. Semakin kacak sekarang. ramah Datin Fazzy menegur anak muda dihadapannya.

Wajah Ryan memang nampak lebih matang berbanding enam tahun yang lalu. Namun ada pertanyaan bergantung di dalam hatinya. Masih ingatkah Ryan kejadian enam tahun lepas

Mari la duduk. Lupa pula mak cik nak pelawa kamu duduk. Datin Fazzy teruja melangkah ke arah sofa. Melabuhkan punggung disitu setelah Ryan mula duduk di sofa bertentangan dengannya.

Saya sihat je mak cik.

Lega mak cik tengok kamu sihat. Lili banyak cerita pasal kamu. beritahu Datin Fazzy tetap teruja memandang Ryan.

Dia ada ke mak cik

Tak da. Pagi-pagi lagi dah keluar. Tak balik sampai sekarang. Katanya keluar jumpa kawan. Ryan mengangguk faham.

Kenapa Ryan datang ni Ryan nak jumpa

Lili ya

Ingat macam tu la mak cik. Tapi, Nisa tak da lah pula. Silap saya pun. Tak telefon, terus terjah rumah mak cik. sopan sungguh bicara Ryan.

Lili Hanisa. Dia ingin tanyakan sesuatu pada gadis itu, tapi Nisa tak ada la pula. Sungguh dia terkejut saat Hani menyebut nama Lili kerana Lili dan Nisa adalah orang yang sama. Hanya keluarganya memanggil Lili dan arwah Riana juga memanggil Nisa dengan panggilan Lili. Hatinya diterpa rasa curiga, tapi kadang-kadang dia rasa curiganya tak bertempat. Kenapa Nisa nak langgar kakaknya sendiri Nisa dan Riana, meskipun mereka bukan adik beradik kandung, mereka saling menyayangi antara satu sama lain. Itu yang dia tahu.

Mak cik tak sangka Ryan dengan Lili sekarang. Terkejut mak cik masa Lili beritahu Ryan dengan dia, bersama sekarang. Datin Fazzy sembunyi senyumannya yang simpul.

Tak sangka, kekasih arwah anak tirinya kini menjalin hubungan dengan anak kandungnya. Sejujurnya dia sedikit terkilan. Dia sayangkan arwah Riana sama seperti dia sayangkan Nisa. Bila Nisa menyatakan dia dan Ryan bercinta, ada rasa bersalah menjenguk hati tuanya. Tapi, melihat wajah gembira Nisa, dia reda. Mungkin arwah Riana pun pasti gembira dengan perkhabaran itu. Bersama Ryan terkedu. Dia dengan Nisa

Selama ni mak cik selalu doakan yang Ryan dapat jumpa pengganti Riana. Mak cik tahu Ryan banyak menderita dulu, tapi mak cik tak sangka Ryan pilih Lili.

Macam ada batu terjatuh menghentak hatinya. dia pandang wajah ibu Nisa yang nampak gembira. Lidahnya terkelu.

Er.. er... tergagap Ryan ingin menjawab. Apa yang patut dia katakan Semua tu tak betul Tapi, nanti apa kata Datin Fazzy

Tapi, apa motif Nisa menipu ibunya sendiri.

Ryan duduk sini dulu. Mak cik nak ke belakang. Mana pula la pembantu mak cik ni. Mak cik suruh buat air, tapi tak sampai-sampai lagi. omel Datin Fazzy sebelum berura untuk bangun.

Eh, mak cik tak payah susah-susah. Ryan rasa kena gerak sekarang ni.

Nak balik dah dahi Datin Fazzzy berkerut seribu.

Ya mak cik. Ryan ada kerja sikit. Ingat nak jumpa Nisa, tapi dia tak ada. Lain kali la Ryan datang. Ryan turut berdiri menentang wajah Datin Fazzy yang nampak sedikit terkilan.

Kalau macam tu tak pa la. Tapi, nanti bila-bila senang datang la. Boleh kita makan malam samasama. Boleh jumpa dengan uncle.

Insya-Allah. Ryan tersenyum kecil hanya untuk menjaga hati Datin Fazzy. Hatinya kini penuh dengan tanda soal mengenai Nisa.

Ryan berpusing untuk pergi namun suara Datin Fazzy menghentikan tingkahnya. Wajah tua itu dipandangnya kembali.

Terima kasih sebab terima Nisa. Dia dah lama tunggu kamu. beritahu Datin Fazzy penuh terharu.

Terhenyak Ryan dibuatnya. Dah lama tunggu Mulut Ryan sedikit terbuka dek terkejut.

DI dalam kereta Ryan panggung kepala. Ligat kepala berfikir apa yang baru dia dengar tadi. Tak habis dengan curiga Hani pada Nisa, sekarang ni Nisa menipu ibunya menyatakan mereka bercinta malah kata ibu Nisa, gadis itu sudah lama menunggunya

Kereta-bunuh- kasut-sebab-rantai-Lili

Kata-kata terakhir arwah Riana bermain ditelinganya.

Kereta Adakah merujuk pada kereta yang melanggarnya dan bunuh. Adakah pemilik kereta itu bukan sengaja, tapi memang berniat untuk melanggar Riana Kasut Kasut merah jambu yang dikatakan oleh Hani itukah Adakah Riana merujuk pada kasut itu Sebab rantai. Mindanya terbayang kembali rantai yang diberi pada Riana saat ulang tahun mereka sebagai pasangan kekasih. Kalau rantai yang disebut oleh Riana, adakah Riana merujuk pada orang yang memberi rantai itu. Dialah!

Maknanya Riana mahu cakap kereta yang melanggarnya sebenarnya berniat untuk membunuh dan satu-satu petunjuknya adalah kasut itu Bunuh sebab rantai atau adakah bunuh disebabkan dia Dan perkataan terakhir Riana adalah Lili. Lili adalah Nisa!

Tak mungkin Nisa bunuh Riana. Kenapa dia nak bunuh Riana Ryan tergelak dengan otaknya yang mula berfikir bukan-bukan.

Terima kasih terima Lili. Dia dah lama tunggu kamu. suara Datin Fazzy tadi masih terngiang sampai Ryan terkesima buat sekian kalinya.

Belum sempat dia membuat kesimpulan, telefon bimbitnya berbunyi. Lantas dijawab.

Ada apa tanya Ryan tanpa nada. Namun hanya sesaat sebelum matanya terbeliak.

Apa Kau pasti Ryan seakan terkejut. Terasa nada degupan jantungnya naik mendadak.

Kau orang masih ikut dia. Mana dia sekarang Ryan terus-terusan bertanya sebelum terdiam.

Ikut Siapa Kau hantar gambar orang yang dia tengah ikut tu. Sekarang! suruh Ryan sebelum mematikan talian.

Tak sampai lima minit menunggu, satu whats app bergambar diterima. Dengan hati tak sedap, dia membuka gambar yang diterima. Saat gambar itu terpancul jelas di matanya, matanya hampir saja jatuh.

Ya Allah. Hani!!!