KAMU SANG PENCULIK - 34
SEPERTI yang saya jangka. Akhirnya, your true colour will be revealed today. Datuk

Darius tersenyum sinis.

Dengan berani aku membalas renungannya.

Berapa awak nak Satu juta Dua juta Perlian yang cukup pedas dari Datuk Darius.

Saya nak Aku sengaja hentikan ayatku untuk melihat reaksi Datuk Darius. Jelas dia tidak sabar menanti ayatku yang seterusnya.

Saya nak Daniel Izdihar bahagia. Janji dengan saya, Datuk akan buat dia bahagia. Andai Datuk mampu janji dengan saya semua tu dan mampu tunaikannya, saya akan pergi selama-lamanya dari Daniel Izdihar. Kemunculan saya dalam hidup dia untuk jadi salah satu sumber kebahagiaan dia. Jika Datuk mampu beri sebanyak mungkin sumber kebahagiaan untuk dia, saya rela pergi. Tanpa sebarang bayaran walau satu sen pun. Dengan lantang aku menyambung.

Ternganga Datuk Darius dibuatnya. Matanya tidak berkelip memandangku. Aku tarik nafas panjang sebelum menyambung lagi.

Datuk kena janji yang Datuk akan cuba buat Niel lupakan saya. Tapi, jangan sesekali lukakan hati dia. Buatlah apa yang patut asalkan dia mampu lupakan saya. Sentiasa ada di sisi dia, buat dia sayangkan Datuk dan buat dia rasai kasih sayang seorang ayah. Nasihatku berulang lagi. Aku tahu aku bukanlah siapasiapa untuk menasihatinya, tapi aku yakin aku masih punya sedikit ruang. Boleh Datuk janji Soalku sekali lagi saat Datuk Darius terus diam terkaku. Hampir seminit keadaan sunyi melanda.

Kenapa awak tak mahu duit yang saya nak tawarkan Bukan senang awak nak dapat duit tu Seumur hidup bekerja keras pun belum tentu dapat. Nampaknya Datuk Darius masih mahu menguji kesabaranku.

Rezeki, ajal, maut semua ketentuan Allah. Satu juta boleh dicari, tapi Daniel Izdihar tak boleh ditukar ganti. Saya minta maaf, saya tak boleh terima duit Datuk. Bagi saya, kasih sayang Daniel Izdihar tak ada tandingannya dengan segunung harta sekali pun. Ianya ikhlas dari hati. Tak sanggup saya nak samakan nilai kasih sayang tu dengan wang ringgit. Aku menggeleng pantas. Beberapa saat renunganku memanah wajah Natasha. Dia hanya memandangku tanpa perasaan. Mungkin baginya ini semua tidak bererti apa-apa.

Namun, dalam hatiku hanya Allah yang tahu. Ia sedang remuk di dalam. Bagai baru dihentam bertubitubi. Tapi, tiada sebarang tanda permata jernihku akan gugur. Mungkin kerana dari awal lagi aku sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan dan tidak pernah kuletakkan sebarang harapan pada talian kasih kami yang tidak pasti.

Andai itu aje yang Datuk nak cakap, saya minta izin untuk balik. Tas tangan kucapai.

Datuk Darius masih terdiam dan aku tidak mahu menunggu lama. Terus aku bangun dan berjalan laju keluar dari bilik ini.

HOT MOCHA kuhirup hingga tinggal separuh. Wah leganya dapat melepaskan rindu pada minuman yang menjadi pilihanku setiap kali

berkunjung ke Restoran Han Valley ini.

Sha, cuba tengok pasangan tu Alahai sweetnya. Munirah tiba-tiba tersengih lebar.

Aku menoleh ke arah yang ditunjukkan. Kelihatan pasangan Melayu-Korea di kaunter. Lelaki Korea dan perempuan Melayu. Pasti pasangan suami isteri kerana mereka nampak cukup mesra. Suaminya memaut bahu isteri yang hanya separas bahunya. Nampak mereka sedang khusyuk melihat sesuatu di atas meja kaunter. Sungguh manis sekali di pandangan mataku. Tidak sedar sahaja senyuman terukir di bibir.

Hai, dah senyum pula kenapa Tak akan kawan aku ni tiba-tiba berangan nak suami Korea pula Munirah kerutkan dahi sambil merenungku cukup dalam. Aku tergelak kecil.

Hesy, tak adalah. Cuma seronok tengok dia orang. Benar, ketetapan jodoh tu kadang-kadang tak mampu tercapai dek akal. Walau berbeza dari segala aspek, mungkin juga jauh beribu batu, tapi andai sudah tertulis jodoh pasti tak ke mana. Walau berjuta halangan mendatang, tetap bertemu jua atas tiket jodoh. Begitu indah aturan Allah. Semua orang berhak bahagia. Pelbagai kisah terselit dalam setiap pertemuan. Ada pertemuan yang biasa aje, ada yang luar biasa, luahku sambil tersenyum.

Yang kau tiba-tiba berfalsafah ni kenapa

Tiba-tiba nak terluah. Tapi, macam tunggangterbalik je ayat aku, kan Soalku berserta tawa kecil. Atau dalam hati sedang berkembang ros sejambak Mungkin juga dah beratus jambak Munirah tersengih penuh makna.

Puan Munirah memang suka mengarut. Dah cepat makan. Aku tak mahu curi isteri orang lama-lama. Aku tepuk lembut lengan Munirah. Dari tadi Ramyeon di depan mata masih belum disua ke mulut.

Skrin Galaxy A tiba-tiba bercahaya. Aku kerling seketika. Ada berpuluh WhatsApp yang belum dibuka, jadi tidak tahu siapa yang baru mengirim WhatsApp. Terus skrin Galaxy A kusentuh. Bagai ada arus elektrik singgah ke jantung saat nama pengirim kubaca. Jari ini degil menyentuh skrin lagi untuk mengetahui isi WhatsApp darinya.

Daniel Izdihar:

Assalamualaikum Liya. Apa khabar

Terkaku aku saat ia dibaca. Sudah 3 minggu kami tidak berhubung. Pastinya itu bukan sesuatu yang pelik. Cuma, perasaannya nyata berbeza kali ini. Semuanya berpunca dari pertemuan kedua aku dengan Datuk Darius dua minggu lepas.

Tapi, pertemuan itu tidak memberi kesan yang terlalu negatif dalam kehidupan seharianku. Aktivitiku berjalan seperti biasa. Tiada masa untuk aku meratap, menangis, memikirkan masalah itu hingga terabai tanggungjawab pada diri sendiri dan orang lain. Biarlah ianya berlalu.

Tabah itu harus, reda itu perlu. Jangan terlalu letakkan harapan pada sesuatu yang tak pasti. Mungkin kerana inilah aku kuat hingga ke saat ini. Cukuplah Allah sentiasa ada untuk setiap hamba-Nya.

Cuma yang sedikit merunsingkan aku ialah majlis kahwin Inayah dan Saifullah yang tinggal kurang 2 minggu lagi. Aku harus hadir untuk persiapan majlis dan ketika majlis berlangsung. Pada waktu yang sama, sudah tentu Niel akan ada. Mungkin aku boleh berlagak selamba, tapi mampukah aku untuk berpegang pada janjiku buat Datuk Darius

Jika aku mengelak atau buat tak peduli, pastinya Niel akan pelik. Atau aku harus buat seperti tiada apa berlaku hingga majlis tersebut tamat Lagipun, belum tentu Datuk Darius akan hadir ke majlis itu. Bukannya aku tidak mahu kotakan janjiku pada Datuk Darius, tapi aku hanya mahu tangguhkan ia agar tidak timbul isu dari Niel.

Hello, Cik Aliya Shaqina dah berangan sampai ke mana Ada sampai Kelantan dah Jauhnya termenung sampai aku dikawan-tirikan. Teguran Munirah mematikan lamunanku yang panjang.

Ya Allah, maaf Puan Munirah. Patik tak perasan. Tangan Munirah kucapai dan aku hadiahkan sengihan lebar untuk kawan baikku ini.

Beta nak murka ni. Kita dahlah jarang dapat lepak makan sama-sama sekarang, jadi manfaatkanlah masa dengan beta. Berangan tu simpan dekat rumah ya Munirah cebikkan sedikit bibirnya. Lepas kahwin makin kuat merajuk pula. Yalah, di rumah sudah ada orang selalu tolong pujuk katakan.

Ampunkan patik tuanku. Aku lekapkan kedua tanganku dan dibawa ke dahi. Munirah hanya ketawa kecil sambil menggeleng. Seterusnya kami sambung makan sambil berbual. Terasa seronok sekali hujung minggu ini dihabiskan bersama kawan baikku.

TANGANKU pantas mengeluarkan sebanyak mungkin goodie bag dari dalam plastik besar. Kemudian aku serahkan pada Atikah, anak saudara Mak Cik Ruqayyah yang turut sama membantu di meja sambutan tetamu. Memang sekarang waktu kemuncak kerana pengantin baru sahaja tiba.

Adat bersanding pula memang tidak diadakan. Atas permintaan Mak Cik Ruqayyah dan persetujuan dari kedua pihak keluarga. Walaupun tidak bersanding, namun busana yang digayakan Inayah tetap meletup cantik. Dia dan Saifullah mengenakan busana merah putih. Kaum kerabat pula semuanya dengan tema merah dan merah jambu. Merah untuk lelaki dan merah jambu untuk perempuan. Adik Inayah, Irfan juga turut ada untuk hari bersejarah kakaknya. Memang sengaja dia pulang bercuti dari Jordan selama seminggu.

Kak Sha, saya nak bawa coklat dan gula-gula ke meja untuk agihkan dekat budak-budak. Akak nak ikut saya atau nak tolong dekat sini Atikah sempat menyoal ketika tangannya sibuk memenuhkan bakul rotan dengan bungkusan coklat dan gula-gula.

Akak ikut Atikahlah. Aku tersenyum sambil turut membantu. Kami tinggalkan meja sambutan tetamu dan memulakan misi mencari kanak-kanak.

Liya. Tersentak aku saat suara itu menegur.

Aku yang baru sahaja memberi bungkusan coklat pada seorang kanak-kanak terus termati senyuman. Aku telan air liur yang terasa kelat sebelum menoleh. Kini wajah dan penampilannya lebih jelas di pandangan kerana dia hanya berjarak setengah meter sahaja dariku. Cukup elok Baju Melayu merah dan seluar slack hitam terletak di tubuhnya. Satu senyuman nipis dihadiahkan padaku. Aku pula hanya pamer renungan kosong walau jantung hati sedang berjoget tak tentu hala.

Kenapa tak reply WhatsApp saya Biasanya tak pernah pun tak reply. Soalan yang tidak kujangka terpacul dari bibir merah jambu Niel.

Tak perasan WhatsApp dah tertindih banyak. Jadi terlupa nak reply. Selamba aku membalas. Kemudian pandanganku dialihkan ke arah lain. Tak sanggup hendak tengok muka Niel lama-lama.

Tak penting sangat ke saya sampai boleh terlupa Perlahan sekali Niel luahkan.

Walau aku kini tidak melihat wajahnya, namun dari nada suaranya aku tahu dia sedikit kecewa.

Sejak bila jadi demand ni Aku balas dengan soalan yang agak tegas. Kakiku mula melangkah dari

Niel.

Kenapa tak pakai gelang Soalan lagi dari Niel.

Dia ikut aku dari belakang rupa-rupanya. Mujur juga muzik latar belakang untuk majlis ini tidak terlalu kuat jadi masih kedengaran dengan jelas suara Niel. Aku perlahankan langkahku, namun tiada jawapan mampu kuberi.

Ya, memang benar aku tak pakai gelang Pandora. Betul-betul selepas pertemuan aku dengan Datuk Darius dan Natasha. Bukan aku tak suka atau tak sudi, tapi tak sanggup sebenarnya. Memakainya buat aku lebih mudah teringatkan Niel. Jadi aku simpan ianya elok-elok dalam laci.

Diam tandanya tak mahu bagi jawapan jujur, sambung Niel. Aku pula terus menoleh padanya semula.

Dahlah, saya nak ke tempat goodie bag. Aku kerutkan dahiku dengan wajah yang kelat masam.

Liya tunggu. Niel menghalang sebelum kakiku melangkah lagi.

Tolong bagi saya ruang dan jangan tanya saya macam-macam boleh Kali ini suaraku dilembutkan. Moga-moga Niel faham dan tidak terus mendesakku seperti ini. Aku perasan beberapa pasang mata sudah curi-curi memandang kami. Namun, aku yakin perbualan kami tidak sampai ke telinga mereka.

Kenapa dengan Liya ni Lain macam aje saya tengok. Ada sesuatu yang saya tak tahu berlaku ke Tolong jangan sembunyikan sesuatu yang sepatutnya saya tahu. Suara Niel pula yang tegas kali ini.

Tak ada apa-apa yang Iz perlu tahu. Lagipun, sekarang ni bukan masanya untuk bincang pasal kita. Semakin kendur nada suaraku.

Kalau bukan sekarang bila lagi Kita bukannya akan keluar macam orang lain. Niel tiba-tiba tidak mahu kalah.

Saya tak tahu nak cakap apa. Biarlah du

Kami ucapkan selamat datang kepada tetamu VIP kita, Datuk Darius dan isterinya. Dijemput ke meja makan VIP untuk menjamu selera. Terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan majlis. Pengunguman itu terus mencantas kata-kataku tadi.

Mataku membulat saat nama Datuk Darius disebut. Hatiku mula bermaraton. Spontan aku menoleh ke pintu utama. Memang benar Datuk Darius dan Natasha sedang berjalan di atas karpet merah. Mereka tersenyum manis sambil berjalan menghampiri Mak Cik Ruqayyah di meja sambutan tetamu. Sebelum mereka nampak aku dengan Niel di sini, lebih baik aku bertindak dahulu.

Saya pergi dulu. Spontan aku memberitahu Niel. Juga spontan bakul rotan kutolak ke badan Niel.

Niel hanya mampu memandangku terkebil-kebil.

Aliya! Panggilannya tidak kuhiraukan ketika kakiku laju melangkah ke arah bertentangan dari pintu masuk utama.

Sungguh, aku tak tahu harus ke mana. Tapi, hatiku berbisik agar aku keluar dari dewan. Sampai sahaja di luar, mataku terus melilau ke sekeliling. Ke mana harus aku menyorok. Kenapa aku bagai orang hilang arah sekarang

Akhirnya aku laju berjalan ke washroom. Masuk ke dalam tandas dan terus tangisanku terhambur. Aku terpaksa menekan belakang tanganku ke mulut agar esakanku tidak kedengaran. Ya Allah, kenapa aku perlu menangis sekarang Hatiku berbisik. Air mata semakin deras mengalir ke pipi.

Apa lagi yang mampu aku lakukan sekarang Hendak menangis sampai banjir tandas Tolonglah jangan bazirkan air mata begitu sahaja. Ya Allah, berikanlah hamba-Mu ini jalan.

Tiba-tiba tangisanku terhenti. Hatiku bagai didetikkan dengan sesuatu. Saat kita buntu, mengapa kita harus menangis bagai orang gila di tandas Sudah tahu tandas itu bukanlah tempat yang elok untuk selesaikan masalah. Hendak beristighfar ataupun berzikir juga tidak boleh. Memang pilihan tempat yang salah!

Patutnya aku ke surau. Tunggu waktu Zuhur yang bakal masuk. Sambil menunggu, aku boleh mengaji. Itu adalah terapi terbaik untuk ketenangan jiwa. Ceteknya pemikiranku tadi. Mengapa baru sekarang aku mampu berfikir lebih rasional

Perlahan-lahan aku lap sisa air mata di pipi. Aku keluar dari tandas dan membasuh muka di sinki. Mataku merah dan sembab. Wajah pula kelihatan sedikit bengkak akibat menangis terlalu teruk.

Dengan langkah yang sederhana laju aku berjalan menghala ke surau. Ia terletak di luar dewan jadi aku tidak perlu takut akan bertembung dengan sesiapa. Lega hatiku saat pintu surau sudah kelihatan namun legaku direntap serta-merta. Pantas aku melompat ke tepi tiang di tepi dewan. Nafasku bagai tertahan dan jantungku berdegup kencang.

Dalam hati berdoa agar Niel tidak nampak aku di sini. Hendak mengintainya dari sebalik tiang, bimbang terkantoi. Jadi aku menyorok dengan senyap. Dari caranya tadi aku tahu dia sedang mencariku. Matanya melilau ke kiri dan kanan namun mujur tidak sempat menangkap aku yang hanya beberapa meter darinya.

Selang beberapa saat, aku beranikan diri mengintai ke tempat Niel berdiri. Jantungku duduk diam semula saat terlihat Niel sudah melangkah ke arah bertentangan. Masa yang sangat sesuai untuk aku terus ke surau. Jadi dengan pantas aku berjalan laju ke sana. Masuk sahaja ke dalam surau terus nafas panjang kutarik. Syukur aku selamat.

SEMPAT aku habiskan Surah Yusuf sebelum azan Zuhur kedengaran di masjid berhampiran. Sejak dari awal aku di sini, masih belum ada orang lain yang masuk. Mungkin para tetamu memilih untuk solat di rumah sendiri atau tempat lain.

Assalamualaikum. Kedengaran salam diberi betul-betul selepas aku mengaminkan doa. Kelihatan Atikah di muka pintu.

Atikah. Nak solat ya Terus aku menyoal sambil tersenyum lebar.

Saya cuti hari ni kak, jawab Atikah sambil berjalan menghampiriku. Kemudian dia duduk melutut di tepiku. Nak bagi telefon akak aje. Galaxy A dihulurkan padaku. Berkerut dahiku sambil mengambilnya. Mungkin Niel yang mengirimnya tapi ada sesuatu yang pelik.

Macam mana Atikah boleh tahu akak dekat sini Soalku sambil memandang Atikah semula. Satu senyuman nipis Atikah pamerkan.

Saya keluar dulu ya Jangan lupa baca SMS tu. Jelas Atikah mahu lari dari menjawab soalanku. Aku hanya mampu mengangguk sambil mengucapkan terima kasih.

Skrin Galaxy A kusentuh dan SMS kubaca. Seperti yang kujangka dari Niel.

Daniel Izdihar:

Assalamualikum. Bila Liya nak keluar Dah lebih setengah jam Liya lari. Ummi dah risau sebab tak nampak Liya. Kak Inayah pun cari sebab nak bergambar. Nanti dah siap solat, mengaji atau berzikir Liya keluar ya Lambat pun tak apa janji Liya jangan menyorok sampai ke sudah. Boleh kan

Terus aku jadi serba salah usai membaca SMS itu. Ingatkan Mak Cik Ruqayyah tak perasan aku hilang, maklumlah sibuk dengan tetamu. Tapi, bila difikir balik tak sopan sungguh aku lari dari majlis. Bukankah ada tugas yang harus aku bantu dan sesedap hati pula aku lari. Aku terus bangun dan keluar dari surau.

Liya.

Mama! Aku terjerit kecil betul-betul selepas namaku dipanggil. Perlahan-lahan aku menoleh ke sebelah. Terus wajah Niel menyapa mata.

Penat-penat aku lari, menyorok, lari, menyorok tup tup Niel sudah ada di sebelahku sekarang. Sedang elok bersandar pada dinding surau dengan tangan berpeluk tubuh.

Maaf. Saya tak ada niat nak buat Liya terkejut. Suaranya penuh rasa bersalah.

Tak apa. Terima kasih kirimkan telefon pada Atikah. Saya masuk cari mak cik dulu, balasku sambil jari telunjuk dihala ke dewan.

Jom. Niel gerakkan sedikit kepalanya sebagai isyarat.

Eh, janganlah jalan dengan saya. Kalau Iz nak masuk juga, Iz jalan depan. Saya belakang. Aku berikan cadangan.

Niel pula balas dengan tawa kecil. Siap menggeleng lagi. Eh, sukanya hati dia gelakkan aku.

Ada seseorang nak jumpa Liya dan saya kena jadi orang tengah untuk bawa Liya. Kata-kata Niel mengundang kerutan di dahiku.

Siapa Soalku.

Ikut aje saya dulu. Jangan risau dan jangan fikir mengarut. Liya dari dulu suka berfikiran negatif dan buat andaian yang salah. Tak elok tahu. Lembut sekali Niel menasihati.

Bertambah berkerut dahiku.

Lagi satu suka kerutkan dahi. Nanti lagi cepat berkedutlah mak cik. Sengaja Niel tekankan perkataan mak cik. Dah rindu sangat dengan panggilan lamaku itu agaknya.

Tak perlu nak bebel dekat saya. Jalan ajelah, dengusku dengan tangan dihayun ke depan.

Janji ikut saya Niel balas dengan jari kelingking dinaikkan.

Ya janji. Entah kenapa aku juga spontan naikkan jari kelingkingku. Pinky promises dari jarak jauh.

Niel kemudiannya berjalan dahulu. Lebih kurang tiga meter dia di hadapan, kakiku turut melangkah. Minda sudah maraton cuba meneka siapa yang ingin ditemukan denganku.

Adakah Datuk Darius dan Natasha atau Mak Cik Ruqayyah atau Inayah atau Munirah dan Faiz atau mungkin juga Kak Zila dan Miza. Ya, pasti Kak Zila dan Miza kerana mereka akan hadir ke majlis ini cuma sedikit lewat katanya.