I ke tak
We are on my way. Dah nak sampai ni. Kejap, kejap, nombor berapa rumah Pak Long you
Nombor 23. Pagar warna hitam. Okay, I just want to tell you that they are waiting for you. You sengaja buat I berdebar, kan
See you here, Brian! Bye... ujar Lisa bersama ketawa meleretnya.
Lisa kembali ke ruang tamu dan sementara menunggu Brian tiba, dia mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya. Terdapat sebuah album gambar berukuran sederhana dihulurkan kepada Pak Long dan Mak Longnya. Kerutan di dahi terpamer di wajah ke dua ibu dan bapa saudaranya sebaik sahaja album gambar dihulurkan kepada mereka.
Apa ni Lisa
Ni album gambar kita orang pergi piknik masa sambut birthday El sebelum ni. Dalam album tu ada juga gambar kawan Lisa yang Lisa cakap nak masuk merisik El tu. Mak Long dan Pak Long bolehlah tengok dulu. Kejap lagi kawan Lisa tu sampai. Bolehlah Pak Long dan Mak Long dengar sendiri daripada mulut dia.
Encik Yusuf dan Puan Rahayu mula membelek dan menatap satu persatu gambar di dalam album tersebut. Gambar piknik mereka semua sewaktu mereka meraikan hari jadi Elzaara di Taman Tasik Perdana tidak lama dulu. Kerana disebabkan ada dua orang lelaki di situ mereka tidak dapat mengagak yang mana satu kawan lelaki yang di maksudkan oleh Lisa. Mereka sudah tersalah tafsir apabila melihat gambar Zahar yang disangKakan sebagai kawan lelaki Lisa yang mahu menghantar rombongan meminang Elzaara!
Erm, ni ke orangnya Lisa
Puan Rahayu menegakkan jari telunjuknya menunjukkan pada gambar Zahar.
Lisa memanjangkan lehernya dan dia menggeleng, Eh, bukan, bukan yang itu Mak Long. Tapi, yang ni. Inilah orangnya yang Lisa cakap tadi tu.
Wajah Lisa kemerahan apabila gambar buah hatinya disalah anggap sebagai Brian. Lisa menunjukkan sekeping gambar candid Elzaara dan Brian yang sedang bertentangan mata.
Hah, mat saleh rupanya! Tapi, Lisa sebut nama dia Bunyamin tadi, dia baru masuk Islam ke
Berkerut dahi Encik Yusuf kerana tidak menyangka lelaki yang ingin masuk meminang anaknya bukan lelaki Melayu. Patutlah Lisa menyebut nama Brian tadi. Encik Yusuf sudah memberikan reaksi bahawa dia seperti tidak menyenangi dengan lelaki yang mahu masuk merisik anak dara bongsunya.
Err, Bu...
Belum sempat Lisa menjawab, bunyi salam dari
luar mematikan suara Lisa yang hendak bersuara. Suara yang memberi salam adalah suara lelaki yang asing di pendengaran Encik Yusuf suami isteri dan juga Puan Rahimah, tetapi tidak bagi Lisa.
Waalaikumussalam! Ayu, cuba pergi tengok siapa yang datang tu.
Puan Rahayu segera bangun untuk membuka pintu tetapi segera ditahan oleh Lisa.
Mak Long, tak apa biar Lisa yang pergi buka pintu. Mak Long duduklah. Lisa tahu siapa yang datang tu.
Segera Lisa bangkit menuju ke pintu depan lalu membuka pintu dan senyumannya melebar melihat susuk tubuh yang berada di hadapannya.
Aunty, uncle jemputlah masuk. Pak Long, Mak Long dan Mak Lisa pun ada sekali. Pelawa Lisa.
Pelukan erat di antara Lisa dan juga aunty Faridah menyebabkan yang lain melongo melihat adegan peluk-memeluk di hadapan mereka.
Lisa memperkenalkan tetamu yang baru tiba kepada Pak Long, Mak Long dan Emaknya. Encik Yusuf bersalaman dengan lelaki yang dikenali sebagai uncle Will dan lelaki tinggi lampai yang bernama Brian. Aunty Faridah bersalaman dengan Puan Rahayu dan Puan Rahimah.
ENCIK YUSUF, maafkan kami kerana kami datang bertandang ni tak beritahu Encik
sekeluarga dulu, main terjah saja. Rasa seperti sudah menyusahkan Encik sekeluarga pula. uncle Will sekadar berbasa basi memulakan perbualan.
Eh, tak adalah, Encik tak menyusahkan kami pun. Maaflah sebab kami jadi termangu-mangu sekejap tadi. Kalau boleh saya tahu, nama encik siapa ya Maaf juga tak ada hidangan yang sempat kami sediakan sebab kami betul-betul tak tahu pula Encik sekeluarga nak datang. Budak bertuah Lisa tu pula dah last minute baru bagi tahu kami. Maafkan kami ya... Encik Yusuf memaniskan wajahnya untuk mengelakkan semua tetamunya berasa kurang enak. Kedengaran tawa memenuhi ruang tamu itu apabila mendengar rungutan Encik Yusuf terhadap Lisa.
Allahu Akbar! Lupa pula saya nak perkenalkan diri. Begini, nama saya Muhammad Wafri Thomas William bin Abdullah. Ini isteri saya, Faridah dan ini anak saya, Ahmad Bunyamin. Cuma saya panggil dia Brian.
Uncle Will memperkenalkan keluarganya kepada Encik Yusuf dan mereka semua yang berada di situ. Apabila menyebut nama Brian, Encik Yusuf seperti tertarik untuk mengetahui sejarah kenapa nama Bunyamin boleh dipanggil Brian.
Err, kalau saya boleh bertanya kenapa Bunyamin ni dipanggil Brian
Brian tersenyum apabila namanya menjadi persoalan di benak ayah Elzaara.
Daddy Yamin ni dulu pelat sebab baru convert dan belajar Bahasa Melayu. Jadi dia tak pandai nak sebut nama orang Melayu. Bila Yamin ni lahir untuk nak bagi dia senang saya tukarkan nama Yamin ni kepada Brian. Asalnya untuk panggilan di rumah sahaja. Tapi, melekat pula nama tu sampai sekarang, jelas aunty Faridah menyingkap sejarah di sebalik nama Brian.
Oh, begitu kisahnya. Saya pun naik pening bila si Lisa ni bercerita tadi. Kejap Bunyamin, kejap Brian. Saya ingatkan dia main-main tadi bila sebut banyakbanyak nama, Terang Encik Yusuf.
Sorry Pak Long. Lisa sendiri pun dah naik pening tadi. Maklumlah, Lisa ni tak ada pengalaman hal-hal macam ni. Lisa menyusun kesepuluh jarinya mengangkat seperti memohon maaf apabila menyedari kesalahannya tadi.
Eh, jemputlah minum semua. Ni pun ala kadar je ni, apa yang ada. Saya tak tahu pula yang Encik dan Puan nak datang. Tak sempat nak buat kuih pun. Ini pun nasib baik ada lebihan Cheese Cake dalam fridge. Jemputlah ya. Jangan segan-segan, pelawa Puan Rahayu sebaik sahaja Puan Rahimah meletakkan sejug air sirap bandung dan juga sepiring cheese cake di atas meja.
Panggil saya Faridah je. Tak perlulah berpuanpuan dengan saya. Segan pula saya rasa. Senyuman manis tersungging di bibir aunty Faridah.
Sebenarnya macam ni Encik Yusuf, Puan Rahayu. Rasanya Lisa ada cerita mengenai hasrat baik keluarga kami ni. Maksud saya, maksud kedatangan kami sekeluarga pada hari ini. Kami, err... Maaflah saya ni kurang tahu sikit dalam bab-bab begini.
Eh, tak apa-tak apa. Saya faham. Kalau begitu apa kata kita straight to the point jelah. Rasanya itu lebih senang kot. Takut sesat dan tak sampai pula matlamatnya. Tak begitu Encik Wafri, Puan Faridah
Mereka semua yang berada di situ tergelak mendengar ayat yang keluar dari mulut Encik Yusuf. Suasana yang pada mulanya agak gamat mula menjadi serius. Puan Rahimah dan juga Lisa melabuhkan tubuh masing-masing untuk menyertai perbincangan yang baru sahaja bermula.
B
RIAN MENARIK nafas. Dia sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi temuduga yang paling sukar dalam hidupnya. Namun, dia tetap juga berasa gementar dan jantungnya bagaikan seperti mahu melompat keluar dari badannya!
Saya dengar daripada anak saudara saya yang anak Encik menyukai anak dara saya, Elzaara betul ke Encik Yusuf bersuara dengan nada yang serius. Wajah Brian dipandang sekilas sebelum mengalihkan pandangannya terhadap uncle Will dan juga aunty Faridah.
Ya uncle. Saya amat menyukai dan mencintai Elzaara, anak uncle dan aunty. Saya datang hari ini untuk berjumpa dengan uncle dan aunty. Nak memperkenalkan diri saya sekaligus nak meminta izin uncle dan aunty untuk masuk meminang Elzaara. Saya nak menyunting Elzaara untuk menjadi isteri saya, Dengan penuh yakin Brian melafazkan hasrat hatinya kepada Encik Yusuf, Puan Rahayu, dan bersaksikan semua yang berada di situ termasuk sekali Mummy dan Daddynya.
Uncle dengan aunty tak kenal kamu, tak tahu apa-apa pun mengenai kamu. Jadi macam mana uncle nak bagi kamu keizinan untuk kamu masuk meminang anak uncle Elzaara Macam mana uncle nak percaya bahawa kamu boleh jaga anak uncle
Saya ikhlas dengan anak uncle. Tujuan saya datang ke sini pada hari ni saya nak memperkenalkan diri saya pada uncle dan aunty, nak berkenalan dengan uncle dan aunty sekeluarga. Saya tahu niat kedatangan saya sekeluarga datang hari ni memang mengundang rasa tak selesa pada pihak keluarga uncle, tapi macam yang saya cakap tadi saya berniat baik nak berkenalan dengan uncle sekeluarga. Kalau diizinkan, saya nak menyunting Elzaara untuk menjadi isteri saya.
Apa yang kamu boleh janjikan pada uncle dan aunty kalau uncle bagi keizinan dekat kamu untuk masuk meminang Elzaara Kamu boleh tahan ke dengan kerenah Elzaara yang tak tentu hala tu
Kamu boleh tahan ke dengan gaya, cara hidup dia yang tak ubah macam lelaki. Kamu boleh beri Elzaara kemewahan Kesenangan hidup dia Kamu boleh bagi dia harta melimpah Boleh ke Persoalan demi persoalan dilontarkan kepada Brian untuk menguji sekuat mana keinginan dan kesungguhan Brian dalam hal sebesar ini.
Uncle Will, aunty Faridah, Puan Rahayu, Puan Rahimah dan Lisa hanya mendiamkan diri. Mereka memberi ruang dan peluang untuk Encik Yusuf dan Brian berbicara sesama sendiri. Biarlah Encik Yusuf sendiri yang menemuduga Brian untuk menjawat jawatan sebagai menantunya.
Encik Yusuf kelihatan begitu serius dan wajahnya garang semacam, tetapi Brian tetap sahaja beriak selamba walaupun dalam hatinya dia merasa kecut dan cuak! Encik Yusuf mahu memastikan bahawa kali ini dia tidak tersalah langkah lagi. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali sehingga menyebabkan kebahagiaan anaknya menjadi taruhan. Kebahagiaan anak dan cucunya adalah keutamaannya kini. Jadi, biarlah hati dia menjadi sekeras kerikil sekarang daripada menjadi selembut kapas yang pada akhirnya akan menyiat hati dirinya sekeluarga.
Saya rasa saya tak mampu nak berikan Elzaara kemewahan, harta yang melimpah ruah tapi apa yang saya pasti saya menyintai Elzaara. Itu saya pasti. Saya tidak mahu berjanji apa-apa dengan uncle dan aunty bukan kerana saya sombong atau bongKak, tetapi saya takut saya tidak dapat nak menunaikan janji yang saya dah buat tu. Saya bimbang uncle dan aunty akan kecewa seandainya saya tidak mampu meneruskan janji saya. Cukuplah janji yang akan saya lafazkan di depan Allah, kadi, wali dan saksi. Apa yang saya boleh katakan sekarang ialah Insya-Allah. Saya cuba untuk jadi yang terbaik. Dari lubuk hati saya, saya tahu sedalam dan seikhlas mana perasaan saya terhadap Elzaara. Jawapan yang paling mantap diberikan oleh Brian.
Apa yang buatkan kamu terpikat pada anak uncle sampai nak jadikan dia sebagai isteri kamu Elzaara tu bukannya cantik pun, malas pun ya, mengemas pun tak tahu, masak apatah lagi. Dia tau cuma melepak dekat rumah, tak pun pergi meronda dengan sepupusepupu dia ni. Kamu sanggup ke nak jaga dia yang tak serupa perempuan tu Perangai dahlah serupa macam lelaki, tak ada gaya keperempuan langsung. Selamba sahaja Encik Yusuf mengutuk anak daranya di hadapan tetamunya. Bukannya nak tolong naikkan saham, tapi makin menjunam jatuh saham si Elzaara tu dibuatnya. Bertuah betul Encik Yusuf ni.
Lisa yang mendengar terus melopong mendengar statement Pak Longnya. Puan Rahayu dan Puan Rahimah hanya menggelengkan kepala mereka tanda tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Encik Yusuf. Puan Rahayu sempat mencuit bahu suaminya untuk mengingatkannya bahawa jangan mengutuk anak sendiri lebih-lebih. Akan tetapi Encik Yusuf hanya buat-buat tidak mengerti dengan amaran isterinya itu!
Saya percaya walau sekeras mana pun hati Elzaara, seganas mana pun perangainya, kelembutan masih tetap ada dalam dirinya. Dalam dirinya masih penuh dengan sifat-sifat keperempuanan, Elzaara memiliki sifat-sifat ketimuran yang tinggi. Apa yang dilihat pada diri Elzaara sekarang hanyalah bersifat sementara. Walau perkenalan antara saya dengan Elzaara amat singkat, tapi apa yang digambarkan oleh uncle tentang Elzaara hanyalah mainan bicara uncle sahaja kerana apa yang saya lihat dalam diri Elzaara sangat berbeza. Saya dapat merasakan sikap keibuan dan penuh kasih sayang dalam dirinya lebih-lebih lagi sewaktu dia melayan Haziq.
Kamu tahu ke yang Elzaara tu dah ada seorang anak Kalau kamu nak jadi suami Elzaara kamu kena terima anak dia juga. Kamu sanggup berkongsi kasih dengan anak Elzaara Kamu sanggup ke terima seorang janda beranak satu
Brian senyum mendengar soalan