SAAT AKU BERPALING - 34
NADHIRAH menapak ke dalam ballroom Golden Deluxe yang terletak di aras sebelas Hotel

Grand Araya. Selaku pemegang saham baharu, dia dijemput bagi menyertai majlis sambutan yang diadakan oleh Emerald Group untuk Aidid setelah dia dilantik menjadi Pengerusi baru Emerald Group.

Kehadirannya pada kali ini tidaklah sejanggal mana, memandangkan hampir ke semua pemegang saham sudah mengetahui kedudukan sebenar.

Status sebagai anak bongsu Tan Sri Malik sudah dihebahkan sebelum kematian Tan Sri Malik lagi. Berita ini sudah beredar laju dikalangan warga Emerald Group. Ada yang menjeling, ada yang berbisikbisik dan tak kurang juga ada yang sudi datang menegurnya.

Tak sangka boleh jumpa awak di sini.

Wasiat dah dibaca. Saya layak untuk berada di sini. Nadhirah menunjukkan sekeping kad jemputan yang berada di tangannya. Dia dijemput untuk ke sini secara rasmi oleh Emerald Group.

Good for you. Saya dah dengar tentang betapa kecohnya waktu pembacaan wasiat tu. Kalau ada apaapa yang awak perlukan. Cakap sahaja pada saya. Saya akan cuba uruskan.

Mesti dengar dari Adelia, kan

Tentulah. Saya dengar sampai bosan. Imran tersenyum nipis mengenangkan Adelia dan sikap kebudak-budakannya yang sering menyakitkan kepala dan telinganya. By the way, cantik awak malam ni. Puji Imran ikhlas.

Dress labuh berwarna hitam benar-benar menyerlahkan kecantikan Nadhirah. Sanggul tinggi beserta aksesori serba ringkas menambahkan seri wajahnya. Clutch dan stiletto tinggi berwarna merah begitu sepadan dengan penampilan ringkas Nadhirah. Selama mengenali Nadhirah, gadis ini memang pandai menyuai padan penampilannya.

Biasa je. Nak padankan dengan dress code malam ni. Sarung aja mana ada. Nadhirah menjawab.

Awak datang dengan siapa Tanya Imran.

Sendiri.

Syarikat tak hantar kereta ke Rasanya dia orang dah aturkan kereta untuk semua tetamu yang hadir.

Dia orang nak hantar, tapi saya nak datang sendiri. Kalau bosan boleh terus balik, tak payah tunggu majlis tamat.

Betul juga. Awak dah minum

Dah, baru tadi. Pendek sahaja jawapan yang diberikan Nadhirah pada setiap soalan Imran.

Perbualan mereka berdua kedengaran canggung. Tidak lagi semesra dulu. Dalam diam, Nadhirah cemburu dengan apa yang diperoleh Adelia. Jika difikirkan kembali, Adelia ada semua benda yang Nadhirah tiada. Dia ada Mama yang sayangkan dia, dia ada Papa yang utamakan dia dan sekarang dia ada Imran.

Adelia mana

Ladies.

Imran, saya lupa nak pesan dengan awak hari tu, boleh tak kalau kita rahsiakan pasal hubungan kita dari Adelia

Saya memang tak ada rancangan langsung pun nak dedahkan apa-apa pada dia, tapi kenapa awak nak rahsiakan

Saya tak nak nanti dia bising. Sikap paranoid dia akan buat awak dan saya sama-sama pening kepala. Tak usah keruhkan keadaan. Cukuplah kita berdua sahaja yang tahu. Lagipun benda dah lepas, kan

Susah betul nak handle dia. Kadang-kadang saya sendiri tak tahu kenapa orang tua saya berkenan sangat dengan dia.

Mungkin sebab dia pandai ambil hati orang tua.

Entahlah saya malas nak fikir. Kami pun jarang berjumpa. Most of my time saya luangkan untuk kerja je. Ujar Imran. Oh ya, kerja baru macam mana Soalnya lagi.

Macam biasa. Saya pun masih belajar lagi. Emerald terlalu besar untuk difahami dalam masa sebulan.

Banyak pecahan operasinya. Tak lama lagi awak biasa lah. Saya pun lama juga ambil masa untuk belajar dulu. Perbualan mereka berdua akhirnya terhenti apabila Adelia muncul.

You buat apa sembang dengan perempuan ni. Puas I cari you dekat dalam tau. Adelia tiba-tiba sahaja datang merosakkan suasana.

Saya ada di sini sejak dari tadi lagi. Tak pergi mana-mana pun. Dan lagi satu, saya berbual dengan sesiapa pun, itu hak saya. Imran menjawab.

I tak suka you berbual dan berbaik dengan perempuan ni. Adelia separuh berbisik sambil dia sempat menghadiahkan jelingan tajam buat Imran.

Jawapan dingin Imran ini di depan Nadhirah menjatuhkan air mukanya. Dia langsung tidak menghiraukan hati sesiapa. Yang penting jangan hatinya yang tercuit. Mahu mengamuk 7 hari 7 malam. Dahlah Adelia. Tolong jaga sikit tingkah laku tu. Jangan nak tunjuk sangat perangai buruk you dekat sini. I tak suka.

You suka atau tidak, I ni dah jadi tunangan you pun. Kalau you tak suka, itu bukan masalah I. Adelia jadi bertambah bengang dengan sikap dingin Imran padanya. Sejak dari dulu sikap Imran langsung tidak berubah. Sungguh menyakitkan hati.

Senyuman Nadhirah ketika berbual dengan Imran tadi terus mati. Kehadiran Adelia di antara mereka berdua menyebabkan semuanya berubah suram. Walaupun apa yang dipamer Adelia dan Imran hanyalah satu pertengkaran namun Nadhirah tetap berjauh hati. Adelia menyedarkan Nadhirah yang Imran bukan lagi miliknya.

Walaupun sudah lama mereka putus, namun hati Nadhirah tetap menangis melihat Imran berada di sisi Adelia. Nadhirah sedar yang tidak lama lagi cinta Imran, senyumannya, gelak tawanya, pujukannya, kasih sayangnya bakal menjadi milik mutlak Adelia. Hatinya kembali tercalar kerana cinta yang masih berbekas di hati.

Tak apalah, Encik Imran. Saya masuk ke dalam dulu. Nice meeting you, Kak Adelia. Sindir Nadhirah.

Dia sengaja menggunakan gelaran Encik Imran supaya Adelia tidak dapat menghidu hubungan rapatnya dengan Imran. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan kerana jika Adelia tahu mengenai hubungannya dengan Imran sebelum ini.

You masuklah dulu. Kita jumpa di dalam nanti. Imran turut memainkan peranannya.

Dia faham dengan tindakan Nadhirah kerana setelah mengenali Adelia sejak beberapa bulan, Imran sudah masak dengan perangai kanak-kanak Adelia. Melalui Adelia, Imran sudah tahu sedikit sebanyak mengenai kepincangan keluarga Tan Sri Malik. Status Nadhirah juga sudah diketahui melalui cerita-cerita Adelia. Namun Imran sedar yang dia tidak seharusnya percaya 100% cerita yang disampaikan Adelia kerana dia tahu Adelia benar-benar bencikan Nadhirah.

Nak masuk ke nak keluar ke suka hati kaulah, yang kau sibuk nak minta izin dengan tunang aku ni kenapa pula Getus Adelia. You kenal dia ke Adelia bertanya pada Imran.

Adik awak, kan Kami dah berkenalan.

She is not my sister! I tak suka you berbual mesra dengan dia.

Dia nampak okey aja pada I. Tak ada salahnya kalau I nak kenal dengan bakal adik ipar sendiri.

You ni tak faham ke apa I cakap Dia bukan adik I.

Hanya kerana you tak nak mengaku yang dia adik you, tak bermaksud hubungan kau orang putus pun kan Imran malas mahu melayan Adelia.

You ni kenapa Beria-ia sangat nak satukan I dengan perempuan tu pula Adelia mula menyampah.

I pelik kenapa you nak larang I bersembang dengan dia pula. I have my very own right nak berkawan dengan sesiapa pun. Its none of your business.

Dia tu anak perempuan jalang. Dia tu anak luar nikah. Mak dia perosak rumah tangga orang sebab tu I tak suka dia. Suara Adelia semakin meninggi.

Adelia, jaga sikit mulut you. Jangan buat perangai budak-budak dekat sini! Imran sudah bosan. Tingkah Adelia menyakitkan hati.

You ni kan, apa yang I buat semua salah. Apa yang

I cakap semuanya tak betul. Dah memang dia datang dari keturunan yang macam tu. I nak buat macam mana. Bentak Adelia.

Shut up Adelia! Orang lain tengah tengok. Jaga sikit perangai you. Imran mula rimas dengan tunangannya ini. Tingkah Adelia tak ubah seperti anak orang kaya manja yang tak ada adab langsung.

Suka hati I lah. Bukannya I ada hutang dengan dia orang pun.

Fine! Ikut suka hati youlah Adelia. I nak masuk ke dalam. Kalau you tak nak masuk, ikut suka hati youlah. Imran berjalan laju dan melangkah pergi meninggalkan Adelia sendirian di luar.

Geram pula dia dengan tingkah Adelia. Walaupun antara dia dan Nadhirah sudah tiada apa-apa namun Imran sakit hati mendengar setiap hinaan yang keluar dari mulut Adelia. Dia tidak suka apabila Adelia terus menerus mempersendakan status Nadhirah secara keterlaluan begitu. Berbeza sungguh sikap Adelia dengan Nadhirah. Bagai langit dengan bumi.

Nanti dulu Imran. Tegah Adelia.

Nak apa lagi

I tak suka ditinggalkan bersendirian. Kalau you nak I jaga kelakuan malam ni, baik you jaga-jaga dengan cara you melayan I! Ugut Adelia sebelum dia memotong dan meninggalkan Imran dibelakang.

Imran menggelengkan kepalanya. Inikah bakal isteri yang ibu bapanya cari untuk dia Sesungguhnya Imran belum lagi dapat mencari satu ciri pun dalam diri Adelia yang boleh memikat hatinya. Perempuan ini semakin hari semakin menyakitkan hati.

SEMUA hadirin dijemput duduk di tempat masing-masing. Jemput Encik Zaki yang merupakan bekas setiausaha arwah Tan Sri Malik dan kini memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Penerangan dan Komunikasi Emerald Group.

Terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada ke semua Ahli Lembaga Pengarah yang sudi meluangkan masa pada hari ini.

Seperti semua sedia maklum, majlis kita pada malam diadakan bagi menyambut perlantikan Pengerusi Emerald Group yang baru. Perlantikan Encik Aidid Tan Sri Malik dilakukan bagi mencari pengganti Allahyarham Tan Sri Malik yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Julai lepas.

Ucapan alu-aluan yang disampaikan Encik Zaki sedikit panjang dan Nadhirah mendengar dengan khusyuk setiap apa yang diperkatakan. Dia merasa begitu terasing di sini. Inilah kali pertama dia menghadiri majlis rasmi yang dihadiri begitu ramai tetamu penting Emerald Group.

Di saat dia tenggelam di dalam lamunan, Nadhirah mengalihkan pandangannya ke sudut dewan. Pandangannya yang melilau liar akhirnya tertumpu pada seorang lelaki yang masih dirinduinya. Siapa sangka yang Imran juga sedang memerhatikannya.

Tidak selesa terus ditenung lama oleh Imran begitu, Nadhirah akhirnya melarikan pandangan. Dia berpura-pura sibuk dengan telefon bimbitnya. Dari kejauhan Nadhirah memerhati akan kelibat Puan Sri Munirah yang sedang berbual dengan Aidid.

Macam mana Aidid minggu pertama bekerja

Macam biasalah, Ma. Kerja tetap kerja. Quite busy actually.

Kerja elok-elok. Mama tak nak nanti ada yang tidak berpuas hati dengan prestasi Aidid pula.

Yakinkan pada semua yang pemilihan Aidid ni tidak

akan mengecewakan mereka.

Baik Ma. Aidid akan buat yang terbaik.

Aidid tahu tak macam Papa boleh berjaya dalam perniagaan ni dan boleh kekal sebagai Pengerusi selama 23 tahun

Kerja keras, disiplin dan pandai ambil peluang. Tiga benda tu yang buatkan dia berjaya. Jawab Aidid.

Tak. Papa bukan berjaya disebabkan hal yang macam tu. Cuba tengok semua orang di sini. Semuanya nampak segak, penuh karisma, ada kelas, tapi sebenarnya mereka semua penjarah harta.

Maksudnya

Kebanyakkannya tamak dan dia orang boleh disuap. Kalau Aidid nak kekal lama dalam bidang ni, pastikan Aidid suap dia orang sampai kenyang sebab kalau dia orang lapar, dia orang akan cepat cari tuan lain. Macam dubuk, jangankan daging, bangkai sekali pun dia orang tetap akan rebut selagi boleh. Aidid menganggukkan kepalanya.

Mama nak Aidid berhati-hati dengan semua orang. Jangan percaya sangat pada sesiapa terutamanya orang-orang yang ada dalam majlis ni sekarang.

Aidid akan cuba buat dia orang setia dengan Aidid macam mana dia orang setia dengan Papa dulu.

Memang dia orang setia, tapi dalam perniagaan ni banyak juga musuh dalam selimut. Dalam dunia perniagaan macam kita ni, setia boleh dibeli dengan duit, Jadi pandai-pandailah Aidid pikat hati mereka semua. Mama tak nak ada sesiapa yang boleh mengancam kedudukan Aidid lepas ni.

Ma, Aidid dah kerja dengan dia orang dekat 15 tahun. Semua kelemahan dia orang Aidid ada. Dia

orang tak mungkin khianati Aidid.

Aidid yakin ke

Kenapa Mama tak yakin

Aidid tahu semua kelemahan dia orang sebab Aidid dah bekerja dengan dia orang 15 tahun. Sama juga macam dia orang. Dia orang dah kenal Aidid macam mana. Kelemahan Aidid senang-senang dia orang boleh tangkap. Jadi, Mama nak Aidid berhatihati. Buat masa ni, Mama nak Aidid kumpul pengaruh sebanyak mungkin. Jangan sampai ada yang berpaling tadah. Puan Sri Munirah mengingatkan Aidid tentang realiti sebenar.

Aidid mengangguk lagi.

Jangan yakin sangat, Mama tak suka kejutan, so make sure you grab the position tightly by hook or by crook.

Baik Ma. Aidid membetulkan kotnya supaya lebih kemas dan segak.

Sekarang ni, jawatan dah dapat, pengaruh dah ada. Mama nak Aidid buatlah apa cara sekalipun untuk singkirkan budak tak sedar diri tu. Mama dah menyampah tengok muka dia. Wajah Nadhirah yang turut berada di dalam dewan berkenaan dipandang jijik oleh Puan Sri Munirah. Sebal rasa hatinya melihat Nadhirah yang mulai menunjukkan belangnya.

Aidid janji pada Mama. Aidid akan buat sampai dia sendiri pilih untuk keluar dari Emerald Group. Dia akan menyesal sebab cari pasal dengan kita. Ujar Aidid dengan penuh yakin.

By the way Aidid, Ammar mana Mama tak nampak langsung batang hidung dia sejak kita jumpa masa pembacaan wasiat tempoh hari.

Entahlah ma, dah melingkup agaknya.

Cari dia, macam mana pun satu hari nanti Aidid terpaksa juga cari dia. Sokongan dia penting untuk Aidid survive dengan jawatan Aidid kalau apa-apa terjadi nanti. Ujar Puan Sri Munirah.

Ma, dia dah tua sangat untuk Aidid kawal macam budak-budak. Bukan tak ada otak nak fikir. Belajar tinggi-tinggi, but in the end jadi penagih.

Entah Mama pun dah tak tahu nak buat apa. Pening juga kepala memikirkan perangai dia tu.

Mama tak payah risau, Aidid dah fikirkan cara nak kawal dia.

Macam mana

Potong ja elaun bulanan dia lepas tu kalau dia tak berhenti juga, kita hantar je dia balik ke pusat pemulihan. Kalau pusat pemulihan yang dulu dah tak

nak ambil dia, kita tukar tempat lain.

Boleh jalan ke idea Aidid ni

Itu aja yang boleh buat dia berhenti. Sekarang ni dia seronok lah sebab elaun bulanan sampai RM12k. Membazir aja bagi duit sebanyak tu pada dia. Yang Aidid tak faham sangat tu, macam mana arwah Papa boleh tinggalkan sampai sepuluh peratus saham pada orang tak guna macam tu.

Nadhirah sekadar tersenyum sumbing. Dalam diam dia sudah merancang sesuatu. Tekadnya bulat, hajatnya tinggi. Akan sampai suatu masa nanti ke semua ahli keluarga Tan Sri Malik akan merayunya memohon simpati.

Bersenang-lenanglah selagi mampu. Masanya akan tiba juga nanti bila kau orang akan terpaksa sujud di kaki aku memohon simpati!

Entah kenapa Nadhirah seolah-olah bertukar wajah. Dalam tidak sedar, sikapnya semakin dingin, amarahnya mudah sahaja datang bertandang malahan bakatnya memaki hamun juga sudah semakin hebat. Mulutnya lancang berkata apa sahaja pada yang datang untuk menyakitkan hatinya. Tiada lagi takut, tiada lagi Nadhirah yang dulu!