Kristal Berdarah - 34
BAB 33

Zulkifli bergerak perlahanlahan. batubatu yang membentuk lorong itu terlalu licin. Jikalau dia tersilap melangkah, dia akan jatuh dan kepalanya akan berderai menghempas batubatu tebing sungai.

Selagi boleh, dia cuba untuk mengelakkan daripada berhadapan dengan keadaan yang begitu bahaya. namun apalah yang mampu dilakukannya. Dia tidak dapat mengelak.

Seandainya dia memilih jalan mudah, sudah pastilah dia akan berhadapan dengan Suhaili, Salman dan Ramlan. namun Zulkifli yakin, segala rancangannya akan hancur musnah sebagaimana musnahnya harapan tatkala dia tergelincir dan kepala menghempas ke batubatu di jurang yang sedia menanti. atau pun terhapusnya segala ran cangan tatkala badannya terhumban ke dalam air yang arusnya deras menggila.

Dan kerana itulah juga, dia perlu mengambil setiap langkah dengan penuh hatihati.

Lorong itu gelap. Lindungan batubatu tebing yang tegak menyukarnya cahaya bulan daripada menyimbah dan memberikan cahaya ke lorong tersebut.

Dia memerlukan ruang yang cukup untuk melicinkan perjalanannya. Dia tidak boleh membiarkan dirinya ters eksa berjalan di dalam gelap. Dia tidak mahu segala ran ca ngannya selama ini, hancur begitu sahaja.

Tetapi sesuatu sedang menantinya apabila dia berada di hujung lorong batu. Seorang wanita, hanya berkain dan berbaju kurung Kedah, sedang menanti dengan silauan berwarna merah tinggi di atas kepala.

Siapakah kau Zulkifli sempat berpaling.

Seorang tua bermata merah bersama seekor ular yang mem beliti tangannya, sedang berdiri di belakang wanita itu.

Kau mencari kekayaan, kan Wanita itu bersuara lembut.

aku...

Kau akan mendapatkan apa yang kau mahu.

Dia tidak sempat mengelak ketika kristal itu meng hu jam kepalanya. buat seketika, dia merasakan ada raba kan besar di kulit kepalanya. buat seketika, dia merasakan ada bintangbintang berkerlipan di pandangannya, se belum sendisendinya menjadi lemah.

Pegangannya terungkai. Kakinya tergelicik. batubatu licin yang menjadi medan lorong itu, memudahkan dia melungsur. Zulkifli tidak sedar bagaimana dia berada di da lam air yang dingin dan mengalir deras itu.

Ketika dia cuba mencapai tepian tebing, pandangan nya tibatiba berbinar. ada satu makhluk yang sedang me nantinya. Makhluk yang berwajah ngeri. Dia cuba menjerit tetapi kekuatan untuk menjerit sudah tiada.

Lendir otak sudah mengalir dan menitis ke dalam air. Dadanya terasa berat. nafasnya tidak lagi seperti biasa. Dan dia terkulai layu di dalam air. aliran sungai menghanyutkan jasad seorang lelaki yang datang dari kota ke hilir. Mungkin jasadnya akan tersangkut di batubatu jaring sungai, atau boleh jadi juga akan hancur dimamahmamah makhluk air.

Zulkifli telah menemui kekayaan sejati!

Ramlan masih lagi tidur. Wajahnya tersorok di dalam selimut tebal. Ketika Salman melangkah masuk, dia ter sedar dan langsung terjaga.

aku membangunkan kau

Jangan bisinglah. Tidur sajalah!

Sorry. aku memang nak tidurlah ni.

Langit semakin cerah. Kicauan unggas gunung terusmenerus berlagu tanpa henti semenjak dari malam tadi. Kicauan itu ditokok pula dengan suara raungan sungai se kaligus melengkapkan satu irama yang cukup indah un tuk melekakan manusia bandar yang berkhemah di se berang jurang batu.

Ramlan menutup muka dengan lengan sasanya. Dia ingin terus tidur. Dia ingin terus melel apkan mata dengan hawa segar pergunungan.

Salman menanggalkan but dan melemparkannya ke sudut khemah. Dia berdehem beberapa kali. agak kuat juga dehemnya seolaholah ingin membangunkan Ramlan.

Dan itulah yang berlaku.

Satusatunya perkara terbaik kau lakukan pada aku. Ramlan terus duduk. Pandangannya tajam merenung wajah Salman. Salman pula kelihatan cukup selamba tanpa sebarang riak bersalah. Kalau kau tak buat macam ni, aku rasa aku akan tidur selama beberapa jam lagi.

aku dah kata aku minta maaf. Salman menanggalkan pakaiannya tanpa menghiraukan pandangan tajam yang dilemparkan oleh Ramlan ke arahnya.

Matahari pagi mula menyuluh dinding khemah dan meresapkan habanya. Ramlan sudah tidak dapat mele lapkan matanya lagi. Dia memandang sekeliling mencari pakaiannya. Di hujung kaki, manuskrip yang dicuri oleh Salman, tertutup sepenuhnya.

Ramlan mengenakan pakaiannya. Dia harus menun jukkan manuskrip tersebut kepada Suhaili. Suhaili harus mengetahui apa yang telah berlaku kepada kakak... adiknya... ah! apa sajalah....

Ketika dia keluar dari khemah itu, Salman sudah mula berdengkur dengan hanya berseluar dalam. Kesankesan calar kelihatan jelas di tangan dan mukanya.

Suhaili! Suhaili! Kau dah bangun

Pergi jauhlah. aku tengah membaca ni. nada Suhaili kedengaran lembut. Wanita itu masih berada di dalam khemahnya.

Kita kena berbincang. Ramlan sudah pun berada di hadapan khemah Suhaili. Pintunya terkatup rapat.

Penting ke

Ya! Ramlan memandang sekeliling. Terhibur apabila melihat kabus berarak perlahanlahan. Dia sempat melemparkan pandangan ke arah bangunan putih yang terdapat di seberang jurang.

bagi masa kat aku sekejap. aku tak berpakaian seka rang ni. Suhaili menjengahkan kepalanya keluar melalui lubang khemah yang sedikit terbuka. atau barangkali kau me mang menunggu saatsaat macam ni

Ramlan tersenyum. Kalau diturutturutkan hatinya, mahu sahaja dia menerpa ke dalam khemah. aku tunggu di jip saja.

Selepas beberapa minit, Suhaili keluar dari khemahnya dan tergesagesa mendapatkan Ramlan.

Suhaili! aku rasa kita perlu keluar dari tempat ini.

Kenapa

Kita tak akan ke manamana dengan kakak kau. aku percaya kita tak akan dapat apa yang kita hendak. Dia gila.

Suhaili terpingapinga. Daripada pandangannya, Ramlan tahu wanita itu menuntut penjelasan lebih lanjut.

Sepatutnya aku dah bagitahu kau dulu lagi,

Ramlan.

Kau benarbenar perlukan duit itu

Suhaili tersenyum. Pipi Ramlan dielusi. Kau tak ma cam biasa. Selalunya kau akan kata, seorang peguam yang baik akan mengikut segala perintah pelanggannya.

Kau tahu ke mana anak kau pergi semalam

Kenapa dengan kau ni

aku tak suka tempat ini. Orang di sini semuanya gila. engkau dan anak kau juga gila. aku tak mahu jadi orang gila! Salman ke bangunan tu setiap malam. Dia cuba menggoda salah seorang daripada mereka. Suhaili tersentak.

Kakak kau ada menulis sebuah manuskrip tentang dirinya. Salman telah mencurinya semasa di sana dan me nyerahkan kepada aku.

Kenapa kau tak pulangkan saja

ah! Kau takkan faham. nah! baca ni! kata Ramlan sambil menyerahkan manuskrip tersebut.

Suhaili mengambil manuskrip tersebut. Untuk seke tika, kulitnya dibelekbelek. Walau bagaimanapun, Suhaili tidak terus membuka dan membacanya di hadapan Ramlan.

ada apaapa lagi yang kau nak cakap dengan aku, Ramlan tanya Suhaili.

itu sahaja. aku rasa kau wajar membaca apa yang ter kan dung di dalam manuskrip itu. Kemudian, buatlah ke putusan dan jangan lupa untuk beritahu aku.

Ramlan terus meninggalkan Suhaili. Dia ke khemah semula. namun belum pun sempat dia masuk, Salman me njengah keluar.

Salman hanya mengambil masa yang singkat untuk tidur dan kemudian bangun semula. Dia bersenam. ba rang kali cuba menghilangkan rasa lenguh yang menye rang segenap sendi. Ramlan terpandang tangan Salman yang berbalut.

Kenapa dengan tangan kau tu

Tak ada apaapa.

Gadis yang jadi kekasih kau di bangunan tu, sepupu kau sendiri, kan

Macam mana kau tahu

Kau memang gila!

Mungkin juga... mereka semuanya tak siuman. Kau tahu, dia boleh menujum. Dia selalu tak sedar diri masa kami bersama. Masa tulah dia akan cakap bendabenda yang tak masuk akal tapi betul.

Ramlan tersentak. boleh tahu masa depan

Ya. Salman menanggalkan bajunya. Ramlan terpan dang parutparut baru pada badan Salman. Macam orang menujum. Dia kata aku akan datang dan dia tahu kami akan berasmara.

aku tak suka berada di sini. Ramlan bangun dan ber jalan ke khemah mereka. Kemudian keluar semula.

Tempat ni tak sesuai seperti yang disangkakan.

Kau tak tahu lagi. Sebenarnya, tempat ni boleh tahan juga.

Jangan nak mengarutlah!

Kau fikir, Mira gila

Gadis itu bernama Mira

Ya.

Sepupu kau sendiri Ramlan mengejek.

Kenapa Salahkah kalau aku ada hubungan dengan sepupu aku sendiri

Ramlan mengelak daripada menjawab pertanyaan itu.

Kau percaya setiap tempat ada keistimewaannya sen diri Ramlan cuba melarikan topik perbualan.

Huh!

Kau percaya pada Tuhan

Sudah tentu!

Kau percaya Tuhan mencipta segalanya

Ya! aku pasti. Kerana itulah yang sering dimomok kan kepada kita. Salman berdiri di sebelah Ramlan. Ma sih tidak berpakaian. Pakai seluar kau!

Tak ada orang yang melihat aku.

Kau tak boleh berbogel di khalayak ramai.

Salman ketawa kemudian menyambung katakatanya tadi, Ya, semuanya kerana kepercayaan kita.

itulah yang aku fikirkan. Tapi semakin banyak aku berfikir, aku jadi semakin takut.

Seekor cicak kecil merayap di dinding khemah. entah dari mana datangnya.

Salman menangkapnya. Dia membiarkan haiwan ke cil itu terperangkap di celah jarinya. Kau terlalu ba nyak berfikir.

Mungkin. aku tahu ia akan memburukkan keadaan.

aku tak faham. Dia merenung kehairanan.

cuba kau fikir, adakah batu ini ciptaan Tuhan

Sudah tentu! Tak ada benda dalam dunia ni yang buk an ciptaan Tuhan. Tak ada benda yang dapat berdiri dengan sendiri tanpa Dia yang Maha berkuasa.

itulah yang menakutkan aku... maksud aku... macam mana dengan cicak dalam genggaman kau tu! Kau fikir, kau terlalu berkuasa sehingga sanggup mengurung satu hidupan yang Tuhan ciptakan.

Salman meletakkan cicak itu dan melepaskannya, membiarkan ia merayap perlahan di atas tanah berumput pan jang. Reptilia itu merangkak pantas kemudian mem perlahankan rangkakannya. barangkali berasa lega kerana musuh tidak lagi mencekupnya.

Dia tidak menjawab pertanyaan Ramlan yang agak berbelit dan sukar difahami.

aku tak mahu duduk di sini. Setiap masa kita di sini, setiap masa itulah hati aku tidak sedap.