Diberitahu kepada Jalil betapa dirinya tidak lagi keseorangan kerana kini sudah ada gadis yang is-timewa di LA. Memang sengaja dia mengada-adakan cerita ini untuk tidak mencebis perasaan Jalil.
Dia tersandar lesu, sekali-sekala melepas pandang ke awan lepas. Suasana kelam dan dia ter- bayangkan jika pesawat yang dinaikinya ini terhempas. Ah, pasti segala derita di hati hilang, cuma keluarga dan sanak saudara yang akan meratapi dirinya yang entahkan dapat dikenal pasti ataupun tidak.
Para pramugari kelihatan lesu, dan Imran mengerti kerana mereka juga manusia biasa dan bekerja berbelas jam di dalam setiap penerbangan dari LA ke KL.229
Pesawat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang tepat pada waklunya. Di balai menanti, manusia berpusu-pusu dan Imran tidak langsung mengendahkan mereka kerana dia sudah memberitahu ibu dan bapanya agar jangan menjemputnya.
Imran keluar dari perut bangunan yang berdin ding kaca, mula menghirup udara Malaysia yang seki-an lama pernah dihirupnya.
Teksi segera ditahan lalu dikerah ke alamat rumahnya. Lebuhraya agak sesak sebelum ke bulatan utama dan selepas itu menjadi biasa. Teksi meluncur laju membelah malam.
Datin Nora menyambutnya di muka pintu dan seorang anak kecil yang mungil sedia lasak di dalam pelukan.
Ada sinar di dalam mata anak itu, seakan-akan sinaran biru yang pernah terbit di dalam mata seorang wanita idamannya. Imran pasrah, menghulurkan ta ngan sambil tersenyum. Namun, hatinya parah dan dia berkata kepada dirinya sendiri. Aku sepatutnya menimang anak sendiri yang lahir daripada perut Ayu!
Wah... pandainya orang bujang tu dukung baby... yang sendiri punya bila lagi
Imran tersengih. Ala... mama ni, kan hajat mama untuk menimang cucu sudah pun tercapai, jadi kalau Imran tak kahwin pun tak apa! Pipi si comel dicium bertubi-tubi. Menyerlah bau bayi yang lembut dan murni
Jalil muncul dari atas, tersenyum melihat abangnya. Hei... you bila lagi Jalil menghampiri seraya menghulurkan kedua-dua tangannya. Okey... mari dekat daddy pulak, sayang!
Baik-baik pegang tengkuknya tu... dia masih baby!"230
Ala... mama ni, saya ni kan daddynya... tahulah saya!
TIADA siapa yang tahu derita di had. Cuma alam yang mengerti perasaan apa yang bermain di hati. Im-ran keluar awal pagi, menyumbat beg dengan pakaian yang cukup sekadar dua tiga hari. Dia sengaja mem-bawa diri agar tidak sering bertemu mata dengan Ayu. Dia tidak mahu menerbitkan rasa cinta silam.
Dia tidak mahu Jalil berprasangka apatah lagi sejak akhir-akhir ini adiknya itu jarang berada di rumah. Dia sibuk menguruskan studio serta mengajar para pelajar yang mengikuti kursus seni halus di bawah bimbingannya.
Jalil semakin sibuk dan aktif.
Dengan alasan itu, Imran lebih suka bercutian sambil berlibur membawa diri. Namun, hatinya yang rindu terhadap Ayu tak pernah luntur.
Setelah puas melayan perasaan, Imran kembali ke rumah kerana cutinya tinggal dua hari lagi. Dia perlu kembali ke Los Angeles bagi menyambung tugas yang diletakkan di pundaknya oleh Datuk Megat.
Imran memang sengaja pulang lewat malam dari percutiannya di pantai peranginan demi mengelak pertemuan dengan Ayu. Malangnya, dia terpaksa berdepan dengan Ayu ketika dia berasa dahaga dan ke dapur untuk menyediakan minuman. Mahu tidak mahu dia terpaksa menegur, bagi menyembunyikan perasaan sebenamya.
Ayu... how are you getting along with Jalil Imran bersuara.
Seperti you lihat sendiri... kami bahagia Imran, dan Jalil belum pernah menyinggung perasaan I buat masa ini... alhamdulillah! Ayu dengan tenang men231
jawab.
Baguslah kalau macam tu... dua hari lagi I akan pulang ke LA. In case you have any problem, please call me, okay!
Baiklah Imran... and you do take care of yourself. Ayu terharu mendengar nasihal daripada Imran.
Dan Ayu kini asyik sibuk untuk diet supaya potongan badan akan menjadi seperti asal, kerana se-lama sembilan bulan dia hamil berat badannya telah bertambah.
Ya... you loo, take care and I tengok you gemuk sikit sekarang. Imran menegur.
Hmm... I know, memang I tengah diet sekarang. Ayu tersengih.
Tapi, kalau you gemuk macam mana pun you still look sweet. Imran memuji keayuan wajah Ayu.
Walau macam mana pun Ayu tidak begitu yakin dengan pujian daripada Imran. Ayu kini sentiasa dilanda dengan perasaan tidak yakin pada dirinya. Dia khuatir kasih sayang Jalil padanya akan luput jika dia kelihatan gemuk.
Kasih sayang Jalil terhadapnya tidak pernah luput, cuma kebelakangan ini Jalil mcnjadi bertambah sibuk dengan kerjayanya. Ayu tidak lebih daripada nilai sebuah lukisan indah yang mahal dan digantung berbiraikan bingkai emas. Ayu juga tidak lebih daripada seekor burung yang diberikan penuh perhatian di sangkaran emas.
Jalil kini terlalu sibuk mengadakan kelas melukis dan dia sekarang mempunyai ramai anak murid yang sentiasa memaksa dia berada di art studio sepanjang hari. Mungkin sudah menjadi sifat orang seni begitu, sentiasa menganalisa hasil mereka dengan tekun dan Jalil sering memberi galakan kepada pelukis-pelukis 232
tempatan yang berminat untuk mengikut jejaknya.
Dan Ayu menjadi semakin sensitif dengan keadaan begini dan semakin kurang yakin pada dirinya...233