SAJAK-SAJAK GUSTAVO - 34
untuk E.S

Menyelusuri setiap lorong dan jalan hanya kerana membayangkan tapakmu yang juga pernah menjejaki jalanan sama.

Memandang khusyuk bangunan Sungai Sarawak, patung kucing besar di tengah kota

kerana tahu matamu pernah memandang subjek sama.

Hanya kerana setiap perbuatanmu inginku ikut untuk buat kita yang j a u h rasa seperti sedang bersama.

Hanya kerana hati meronta gila dada huru-hara teringin merayakan kita berdua.

Hanya kerana kamu Gadis Borneo yang aku suka.

10 Mei 2015

Singgahsana Lodge, Kuching