Di tapak Konvo UTP, aku approach satu keluarga yang sedang berjalan jalan. Aku bercerita sikit perihal kepentingan Takaful. Setelah beberapa ketika, brader yang aku approach memintas dengan senyum;
Emm, maaf cakaplah bang, saya okey dengan Takaful ni, cuma pada pengamatan saya, kebanyakan ejen Takaful ni, bukan tujuan utama mereka nak melindungi, tapi lebih kepada nak untung. Saya ada kawan ejen Takaful yang dah hidup senang lenang sekarang, beli rumah, beli kereta siap pergi melancong. Jadi dekat situ saya ada ralatlah sikit, sebab seolah-olah duit yang kami bagi untuk Takaful ni macam nak menguntungkan ajen je lah.
Aku cuma diam dan tak balas apa-apa. Aku terlihat di tangan anak perempuan brader tadi ada plastik buku Iqra. Aku mengambil keputusan menukar topik perbualan.
Baiklah kalau macam tu encik. Saya hormati pandangan encik. Eh anyway, kat mana beli buku Iqra tu Saya pun nak beli untuk anak saya, yang lama kat rumah tu dah terkoyak. Ceritaku mesra untuk kendurkan suasana.
Isteri sang brader yang tadi hanya mendengar tiba-tiba mencelah, Kami beli kat gerai tu tadi. Murah, lapan ringgit je. Kalau kat tempat lain selalu dorang jual sepuluh ringgit.
Brader tadi angguk mengiakan isterinya sambil menuding jari ke arah gerai buku-buku agama.
Aku terus mencebik muka kerana sangat terkejut, lalu aku katakan pada mereka, Kalau macam tu saya tak jadi belilah buku Iqra ni.
Brader tadi yang dah longgar marahnya cuba meyakinkan, Eh kenapa pula Situ murahlah, tempat lain tak dapat harga ni.
Aku pandang tepat ke muka brader tadi, aku beritahu,
Saya kira, penjual buku agama di gerai tu, juga penjual buku agama yang lebih mahal di tempat lain seperti yang encik katakan tadi, semua mereka ini bukan menjual buku agama untuk mendidik anak-anak kita, sebaliknya lebih kepada mengaut keuntungan. Saya syak mungkin penjual bukubuku agama tu juga dah beli rumah dan kereta dengan keuntungan menjual buku agama, macam buku Iqra yang encik beli ni. Kalau ikutkan harga kosnya tak sampai pun dua ringgit, tapi gerai tu dah jual pada encik sampai lapan ringgit. Jadi, saya rasa, saya akan jadi ralatlah kalau saya beli juga buku Iqra ni sebab duit yang saya bayar sepatutnya cukup untuk kos buku bukannya nak mengayakan si penjual buku sampai mereka boleh beli itu ini dan pergi melancong.
Aku senyum lalu meminta diri sambil memberi Assalamualaikum kepada sang brader dan keluarganya.
Sekali fikir, steady juga kerja Takaful Engineer ni.