AIR MATA laju menitis. Habis bantalnya basah. Balik dari rumah sewa tadi, Felisha terus angkat beg dan meluncur laju menaiki kereta balik ke rumah orang tuanya. Beg diletakkan di tepi sofa. Dia meluru ke bilik sambil menangis. Abang Fakrul dan kak Arini yang berada di ruang tamu tidak dihiraukan.
Sha! Sha! Buka pintu ni! Fakrul mengetuk berkali-kali.
Abang..kenapa dengan Sha Arini turut bingung. Jelas di telinganya Felisha menangis tersedu-sedu.
Sha! Buka pintu ni! Sekali lagi Fakrul melaung.
Dia kunci ke Arini cuba pulas tombol pintu.
Ambil kunci pendua dengan mama! Fakrul teringat mama selalu pegang kunci pendua. Arini bergegas ke bilik mama. Seketika kemudian dia keluar bersama segugus kunci.
Mana satu ni Fakrul belek kunci.
Cubalah satu-satu.
Hampir satu gugus kunci dicuba. Akhirnya berjaya juga Fakrul membuka pintu.
Sha! Kenapa ni Fakrul segera mendekati Felisha yang masih menangis di kepala katil sambil memeluk bantal.
Tak..tak ada apa.. Felisha mengesat air mata.
Kalau tak ada apa-apa, mengapa menangis macam ni Ada orang ceroboh rumah sewa Sha lagi ke Fakrul teringat Felisha baru balik dari rumah sewanya tadi.
Felisha geleng.
Habis tu Fakrul dah geram.
Sha nak bersendiri. Felisha tarik selimut sehingga menutupi mukanya.
Abangdah la. Biarlah Sha tu. Beri dia masa. Malam nanti boleh tanya. Arini pujuk Fakrul. Mereka berdua beredar dari bilik Felisha.
USAI solat maghrib, Felisha menghabiskan ayat suci al Quran di halaman yang sudah ditanda. Air mata masih menitis laju membasahi telekung yang dipakai. Dia berpaling ke kiri. Bunyi deringan dari telefon bimbitnya cukup kuat.
Perlahan dia mencapai telefon dan melihat skrin. Dia hempas telefon di atas katil. Quran diletakkan atas meja.
Ya Allahujian apakah yang aku hadapi sekarang ni Felisha menekup muka.
Sekali lagi telefonnya berdering kuat. Melalak lagu Afgan.
Ya! Awak nak apa Jerkah Felisha.
Suara Tajdid di hujung talian tidak dihiraukan. Dia letak telefonnya atas katil semula. Bunyi talian putus jelas di telinganya.
Lama Felisha berteleku di sejadah. Perlahan dia bangun dan melipat telekung. Dia duduk di birai katil memandang ke luar tingkap. Angin malam itu seperti hujan ribut akan berlaku bila-bila masa.
Tak sangka..patutlah aku tengok dia dengan perempuan tu hari tu. Felisha mengesat sisa-sisa air mata.
Dia capai album pertunangannya dengan Tajdid. Seolah seperti mimpi. Semuanya begitu cepat berlaku.
Aku kena bersemuka dengan perempuan tu. Mungkin dia hanya nak uji aku. Kalau betul apa yang dia cakap, aku sedia undur diri. Felisha letak semula album. Dia menapak ke ruang tamu.
Shamari sini kejap. Mama nak cakap. Puan Bainun tepuk-tepuk sofa di sebelahnya, beri isyarat supaya Felisha duduk di sebelahnya.
Felisha melabuhkan punggung. Tunduk.
Sha..tadi Fakrul beritahu mama, Sha balik dari rumah sewa menangis-nangis. Beritahu mama, apa yang telah terjadi sebenarnya Puan Bainun renung Felisha yang sudah tunduk.
Tak ada apa la mama. Sha sedih je. Tadi Najwa merayu supaya Sha tinggal kat rumah tu. Kesian jugak dia tinggal sorang Felisha berdalih.
Ah, apa-apalah Felisha. Janji kau dapat rahsiakan apa yang terjadi tadi. Belum jelas siapa perempuan yang mengaku isteri Tajdid tadi.
Laaingatkan apalah tadi. Sha kena faham, papa dan mama buat macam tu untuk keselamatan Sha juga. Mama tak nak apa-apa berlaku pada Sha nanti. Mama tak sanggup kehilangan Sha. Puan Bainun peluk Felisha.
Shaabang tak percaya. Kalau sebab tu je, takkan Sha menangis beria tadi. Tentu ada sesuatu yang Sha sorokkan dari kami. Fakrul tidak puas hati.
Memang tak ada apa bang. Betul! Felisha mendongak. Dia menelan liur.
Sha jangan nak sorokkan dari abang. Cuba cakap dengan abang. Fakrul mula mendesak.
Nantilah Sha cerita. Felisha capai suratkhabar atas meja sofa. Dia belek-belek halaman surat khabar. Mata saja menala ke tajuk berita tapi otak dah sarat dengan persoalan tadi.
Shakalau Sha tak suka kat Tajdid tu, kenapa Sha terima Fakrul mula berterus terang.
Felisha masih diam. Ish abang aku ni! Macam tahu je aku tengah fikir pasal mamat tu!
Fakrulmama yang suruh Sha ni setuju. Apa kurangnya Tajdid tu Lulusan agama, baik, sopanbila dah ada orang yang baik dan beragama masuk meminang, elok kita terima. Puan Bainun pertahankan hubungan Felisha dan Tajdid.
Tapi mama, mama tak pernah ambil kisah hati Sha. Malah mama bagi tempoh untuk Sha cari calon suami. Mana adil mama Fakrul sandar di sofa.
Fakrul..mama tak paksa. Sha yang setuju. Encik Zainuddin mula menyampuk. Fakrul seperti tidak setuju dengan pertunangan Felisha dan Tajdid.
Macam mana kes Sha hari tu Dah tahu siapa dalang Tambah Encik Zainuddin. Cuba mengalih topik perbualan. Lama-lama nanti boleh bertekak pasal Felisha dan Tajdid.
Belum lagi papa. Polis sedang siasat. Fakrul rendahkan suara.
Semalam, Jazman, kawan Sha, inspektor polis dari Bukit Aman ada call Sha. Surat ugutan yang Sha terima tu, mungkin dari orang yang sama nak rogol Sha dulu. Felisha teringat perbualannya dengan Jazman di telefon.
Surat ugut Serentak Fakrul dan Encik Zainuddin bertanya.
Felisha angguk.
Siapa pulak yang nak ugut Sha ni Sha ada musuh ke Puan Bainun mula resah.
Entahlah mama. Cara dia tulis dalam surat tu sama macam orang gila yang nak merogol Sha cakap dulu. Felisha tunduk. Turut bingung dengan apa yang terjadi padanya.
Ni dah kes serius! Sejak bila Sha terima surat tu Encik Zainuddin berkerut kening.
Dah lama papa.. Felisha menelan liur. Tunduk, papa sudah merenung tajam.
Dia hantar alamat mana Arini pula mencelah.
Alamat kedai bunga Sha..
Kenapa Sha diam kan je Benda macam ni tak boleh buat endah tak endah. Encik Zainuddin marahkan Felisha.
Maaf papaSha ingat benda ni tak berpanjangan tapi tak sangka pulak jadi macam ni. Suara Felisha sudah tersekat-sekat. Memang kalau papa dah menyinga, mahu kecut perut aku dibuatnya.
Surat tu mana Fakrul pula mengetap bibir.
Semuanya Sha dah serahkan pada JazmanFelisha semakin tunduk. Takut kena bambu.
Bunyi deringan telefon kuat kedengaran di sudut kanan ruang tamu. Puan Bainun bergegas mengangkat gagang telefon.
Mama, siapa mama Felisha terus bertanya. Muka Puan Bainun sudah berubah.
Puan Akma..dia nak jumpa mama.Puan Bainun kembali duduk di sebelah Felisha.
Kenapa Felisha mula rasa tak sedap hati.
Entah..
Ni, balik soal tadi. Papa nak Sha tinggal kat rumah ni. Dan kalau boleh papa nak Sha kerja dengan papa. Tutup kedai! Encik Zainuddin sudah tegas.
Felisha pantas mendongak. Terbeliak.
Tutup kedai Takkan sampai macam tu papa Felisha tak puas hati. Nak kena tutup kedai bagai!
Jangan bantah cakap papa. Dari dulu lagi, papa nak Sha kerja dengan syarikat papa. Suara Encik Zainuddin sudah naik satu oktaf.
Felisha tunduk.
Sha..apa yang papa cakap tu adalah untuk kebaikan Sha jugak. Sha tu perempuan. Apa-apa jadi, papa bertanggungjawab. Sha belum jadi isteri orang. Fakrul menambah.
Sha..apa yang abang Fakrul cakap tu memang betul. Tambah sekarang ni banyak benda yang tak baik berlaku pada Sha. Arini turut mencelah.
Felisha diam. Memang selama ini banyak benda yang tak disangka berlaku dalam hidupnya.
Dah, tak payah fikir lagi. Kedai bunga tu gajikan orang jaga. Papa nak Sha kerja dengan papa. Titik! Encik Zainuddin bingkas bangun dan menapak ke bilik.
Papa! Felisha turut bingkas bangun.
Dah! Fakrul tarik tangan Felisha. Terduduk Felisha di sofa semula.
FELISHA berkurung dalam bilik. Semuanya dirasakan sudah berserabut. Di benaknya sarat dengan segala kejadian yang menimpanya satu demi satu. Surat ugut, cubaan merogol dan sekarang ni..kena ikut kata papa bekerja di syarikatnya.
Telefon bimbitnya berdering kuat. Felisha hanya jeling. Dibiarkan saja melalak sampai putus talian.
Malas nak jawab. Otak aku ni dah berserabut! Eiii!!! Felisha hempas tubuhnya atas katil.
Ya Allah..siapa la sibuk call aku malam-malam ni Felisha capai telefonnya semula. Tajdid
Awak nak apa Tengking Felisha.
Nak jumpa BilaFelisha lempar telefon bimbitnya atas katil. Tak habis-habis nak jumpa! Dah buat salah, ada hati nak jumpa aku lagi!
Dia segera ke bilik air. Isyak masih belum ditunaikan lagi.
PAGI lagi Felisha sudah menuju ke kedai bunganya. Kata-kata papa malam tadi memang cukup merisaukannya. Semalaman matanya tak boleh lelap. Terkilan dengan keputusan papa. Kedai yang selama ini diusahakan sendiri terpaksa dilepaskan pada orang lain.
Kak Sha!
Felisha mendongak. Ainul sudah tersenyum di muka pintu kedai.
Ada apa Ainul Felisha mendekati Ainul yang sudah sarat. Mungkin bulan depan dia akan mula bercuti panjang.
Kak..ni! Ainul hulur sekeping sampul surat kepada Felisha.
Apa ni Surat ugut lagi keFelisha berkerut kening.
Ainul jongket bahu.
Sampul berwarna kuning itu dibuka perlahan. Terbeliak Felisha melihat apa yang berada di dalam sampul itu.
Kenapa kak Ainul turut tercengang melihat Felisha sudah berubah rona wajahnya. Matanya menala pada tangan Felisha yang terketar-ketar.
Kak Ainul pegang bahu Felisha.
Hah Tak..tak ada apa. Akak masuk pejabat dulu. Felisha tergesa-gesa ke biliknya.
Ainul masih berdiri di muka pintu. Memerhati tingkah Felisha yang sudah menggelabah. Surat ugut lagi ke Dia menapak masuk dan mula mengemas bunga dan pasu yang diterima semalam. Masih bersepah di lantai.
Felisha termangu di meja. Apakah betul Tajdid sudah mempunyai isteri Kalau betul, kenapa dia nak bernikah dengan aku Kenapa selama ini Puan Akma berdiam diri
Assalamualaikum..
Felisha mendongak. Tajdid sudah tercegat di depannya. Baru teringat malam tadi Tajdid menghubunginya ingin berjumpa di kedai bunga.
Waalaikumussalam.. Felisa tunduk semula. Malas nak pandang muka Tajdid.
Dah sarapan
Belum.
Jom!
Dah kenyang.. Felisha menjawab malas.
Tadi kata belum sarapan Awak makan apa sampai dah kenyangTajdid masih berdiri di situ.
Makan hati! Felisha muncung.
Eh, awak ni kenapa Tajdid mula duduk. Dia rapatkan kerusi ke meja.
Ni! Felisha lempar sampul tadi ke arah Tajdid.
Perlahan Tajdid mengambil sampul kuning. Apa ni
Bukalah! Felisha buka komputer. Sikitpun dia tak pandang Tajdid. Matanya merenung skrin komputer.
Perlahan sampul kuning tu dibuka. Tajdid menelan liur. Diamati isi kandungan sampul tadi.
Segak awak dalam gambar tu Orang di sebelah pun cantik. Sama padan! Pantas Felisha bertanya.
Tajdid diam.
Jadi awak tipu saya selama ni. Kenapa Titis jernih mula menitis dari kelopak mata Felisha.
Mana awak dapat gambar ni Tajdid bingung.
Mana saya dapat, itu tak penting. Nampaknya ada orang yang inginkan saya tahu kebenaran. Felisha ketap bibir. Masih tak nak mengaku mamat ni. Geram betul!
Tapi..Sha, saya.. Tajdid tak terkata. Segala-galanya musnah. Harapannya turut terkubur.
Sanggup awak menipu saya, mama dan papa awak! Felisha tidak dapat menahan air mata.
Sha..dengar dulu penjelasan saya. Tajdid letak gambar di atas meja.
Nak jelas apa lagi Gambar tu jawapannya. Felisha bingkas bangun. Dia menapak ke arah Ainul.
Tajdid turut membuntuti Felisha.
Sha! Dengarlah dulu apa yang saya nak cakap! Tajdid tarik lengan Felisha.
Pantas Felisha menoleh. Tangannya direntap kuat.
Lepaskan tangan saya. Saya ada kerja nak buat. Felisha terus ke bilik air.
Tajdid masih terkebil-kebil di situ. Terpaksa dia mengalah.
Ainul hanya pandang Tajdid menapak keluar dari kedai. Wajah Tajdid sudah berubah rona. Jelas ada riak kesal di wajah putih bersih lelaki itu.
FELISHA masih dalam bilik air. Sengaja dia masuk ke dalam tu. Tak nak berdepan dan mengadap muka Tajdid. Tak sangka Tajdid yang dilihat baik tingkah laku sebenarnya sudah menjadi suami orang.
Perlahan dia buka pintu bilik air. Menjenguk ke luar. Kelibat Tajdid sudah tiada.
Kak..kenapa kak Ainul mendekati Felisha yang sudah menapak semula ke bilik pejabat.
Tak ada apa Felisha duduk bersandar di kerusi. Termenung seketika memikirkan kehidupannya yang penuh berliku. Dulu hidupnya penuh ceria.
Kak Sha, ada orang nak jumpa. Ainul jenguk di muka pintu.
Siapa
Entah..dia ada kat luar tu. Ainul tuding ke arah pintu keluar.
Felisha menapak malas ke luar dari kedai. Dia menjenguk ke arah seseorang yang memakai baju kurung dan bertudung labuh sehingga ke paras pinggang.
Ya cik Felisha menegur. Perempuan itu membelakanginya.
Erk! Felisha terkejut sebaik perempuan itu menoleh ke arahnya. Tersenyum kepadanya.
Assalamualaikum..
Waalaikumussalam..Felisha masih berdiri kaku di situ. Tepat memandang perempuan yang menegurnya tadi.
Ni cik Felisha kan
Felisha angguk.
Saya Sakinah..
Felisha masih terkedu. Awak..isteri Tajdid
Sakinah mengangguk.
Errada apa awak datang sini Suara Felisha sudah tersekat-sekat.
Saya nak berbincang dengan cik Felisha. Err..boleh kita berbincang di tempat lain Sakinah melihat sekitar kedai.
Boleh..kita ke restoran hujung tu. Felisha beri cadangan.
Mereka bersama menuju ke restoran Selera Kampung.
FELISHA mula rasa serba salah. Renungan mata Sakinah cukup menusuk. Tembus ke anak mata.
Err..cik Sakinah nak bincang apa Felisha memulakan bicara. Dari tadi Sakinah diam membisu. Hanya mata saja yang berbicara.
Maaf kalau kedatangan saya yang tiba-tiba ni mengganggu ketenteraman cik Felisha. Saya terpaksa. Lemah suara Sakinah.
Oh..tak apa. Felisha cuba mengukir senyum. Hambar.
Saya tahu tentu cik Felisha tertanya-tanya. Saya masih isteri dia. Kami bernikah masa kami sama-sama menuntut di Jordan dulu. Saya dan famili tinggal di Jordan. Walid saya orang sana. Masa tu, Tajdid jadi anak angkat famili saya. Walid sukakan Tajdid dan ingin jodohkan saya dengan Tajdid. Tajdid setuju bernikah dengan saya masa kami masih pada tahun satu. Selepas tamat pengajian, Tajdid minta izin pulang ke Malaysia untuk memberitahu keluarganya tentang pernikahan kami dan kemudian mengatur majlis menyambut menantu. Tapi.. Sakinah mengesat air mata.
Felisha sabar menunggu cerita seterusnya dari Sakinah.
Tajdid tidak pernah hubungi saya lagi selepas dia pulang ke Malaysia. Saya ada hubungi dia tapi tak pernah dia jawab. Saya bingung. Saya minta izin walid nak balik Malaysia cari Tajdid. Saya kecewa bila saya dapat tahu dia sudah bertunang sedangkan saya masih isteri dia yang sah. Sakinah sekali lagi mengesat air mata.
Felisha masih diam membisu. Tidak tahu apa yang harus dikatakan. Terkedu mendengar pengakuan Sakinah. Betul ke
Maaf..saya tahu lelaki boleh bernikah sampai empat tapi saya nak tahu kenapa dia buat macam ni pada saya. Bila saya jumpa awak, baru saya tahu, awak jauh lebih cantik dari saya. Saya sedar siapa sayatidak cantik dan tidak pandai bergaya.
Sakinahawak seorang perempuan yang cantik di mata saya. Seindah nama awak. Malah awak lebih bertuah kalau dibandingkan dengan saya. Saya masih tercari-cari jati diri. Masih mencari ketenangan. Dulu, saya suka pakai sendat-sendat. Sekarang ni, baru saya sedar, saya terlalu ikut kata hati bila berpakaian. Danmaafkan saya juga. Saya memang tak tahu yang Tajdid tu sudah mempunyai isteri secantik awak.
Kami ditunangkan atas pilihan keluarga masing-masing. Felisha memegang lembut tangan Sakinah.
Jadi cik Felisha bertunang dengan Tajdid atas pilihan keluarga Sakinah mula berkerut kening.
Felisha mengangguk lemah.
Cik Felisha cintakan Tajdid
Felisha mendongak. Nak kena jawab ke ni
Errsebenarnya saya hanya anggap Tajdid tu macam kawan saja. Tak lebih dari tu. Saya terima dia sebagai tunang saya sebab saya tak nak lukakan hati mama dan ibu Tajdid sendiri. Saya beranggapan mungkin lepas nikah perasaan itu akan hadir. Giliran Felisha pula berterus terang.
Maknanya..cik Felisha terpaksa terima Tajdid
Sekali lagi Felisha mengangguk.
Maafboleh saya dapatkan bukti pernikahan cik Sakinah dengan Tajdid. Bukan apasaya hanya nak pastikan pernikahan itu benar-benar wujud. Saya akan undur diri kalau benar pernikahan itu wujud. Saya tak sanggup jadi batu penghalang keharmonian rumah tangga orang.
Felisha tunduk. Rasa bersalah pada Sakinah.
Ni Sakinah menghulurkan beberapa keping gambar pernikahannya dengan Tajdid semasa di Jordan dulu.
Ibu Tajdid tahu ke tentang ni Felisha masih bingung memikirkan semua tu.
Walid pernah beritahu Tajdid supaya beritahu keluarganya di Malaysia. Saya ingat dia dah beritahu. Rupanya sampai sekarang ibu Tajdid tak pernah tahu tentang pernikahan kami. Semalam, saya jumpa ibu mertua saya. Dia pun terkejut dengan apa yang saya sampaikan. Saya tunjuk semua gambar-gambar pernikahan saya dengan Tajdid. Sakinah meneguk milo panas perlahan-lahan.
Jadi..Puan Akma pun dah tahu Felisha berkerut kening. Sakinah dipandang tepat.
Ya..saya bukan nak menagih simpati. Saya hanya nak beritahu hal sebenar. Saya tahu, itu hak Tajdid untuk bernikah lain. Sakinah turut tunduk.
Err..anak Felisha menelan liur. Kisah ni sudah semakin rumit.
Belum ada rezeki. Selama hampir lima tahun kami bernikah, saya masih belum hamil. Mungkin juga atas sebab tu, dia nak bernikah lagi..entahlah.. Suara Sakinah semakin lemah.
Dah jumpa Tajdid sendiri Sengaja Felisha tanya soalan seperti itu. Dulu dia pernah nampak Tajdid bersama seorang perempuan memasuki sebuah restoran di Bangsar.
Dah..kami cuba berbincang tapi dia macam tak suka saya ambil tahu hal dia. Malah dia suruh saya pulang ke Jordan semula. Tidak pernah nak kenalkan dengan ahli keluarganya di sini. Saya nak juga merasa tinggal dengan ibu mertua tapi dia menghalang. Ujar Sakinah dengan nada sebak.
Felisha turut merasa sebak. Tak sangka sampai begitu sekali Tajdid melayan isterinya sendiri yang datang jauh dari Jordan semata-mata nak jumpa dengan suami sendiri.
Di sini, cik Sakinah tinggal di mana Felisha pandang Sakinah yang sudah berair matanya.
Saya tinggal dengan nenek, ibu ummi yang tinggal di KL ni. Sakinah mengesat air mata yang bergenang tadi.
Macam nilah. Cik Sakinah jangan bimbang. Tahulah apa saya nak buat nanti. Saya bukan jenis yang suka merampas hak orang lain. Felisha peluk Sakinah seketika. Simpati dengan nasib perempuan itu.
Terima kasih..saya nak pengiktirafan saya sebagai isteri. Saya bukan nak cik Felisha memutuskan tali pertunangan. Saya tak pernah menghalang pertunangan ni. Sakinah pegang tangan Felisha. Mata bundar Felisha ditatap lama.
Cik Sakinahsaya pun tak kisah kalau saya putus tunang. Saya tak ada perasaan apa-apa pada Tajdid. Felisha memujuk Sakinah yang rasa bersalah.
Maaf..saya banyak menyusahkan cik Felisha. Kalau Tajdid masih macam ni, saya mungkin akan pulang ke Jordan dan tak akan kembali lagi ke sini. Sakinah menutur lemah.
Cik Sakinah janganlah risau. Saya akan pastikan Tajdid tu akan pulang ke pangkuan cik Sakinah. Tangan Sakinah dipegang lembut.