JAI mengelamun di balkoni biliknya. Pandangannya dilemparkan ke arah laman rumah yang cantik dihias dengan bunga ros merah. Rumah yang dibeli ayah sepuluh tahun dulu untuk sesiapa yang jadi pengurus syarikat DeSutera Sdn Bhd. Siap dengan tukang kebun sekali. Patutlah kemas dan segar je pokok bunga di situ.
Emmdah jelas Koci datang nak jumpa Salina. Kalau dia nak jumpa aku, mesti dia dah ke pejabat aku. Jai putar semula kejadian di kafeteria pagi tadi.
Dia menapak semula ke katil. Jam di dinding dilihat sekilas. Hampir maghrib. Tuala dari dalam almari dicapai segera. Sejak pindah di kawasan perumahan tu, baru dua kali dia sempat singgah solat berjemaah di masjid yang hanya terletak satu kilometer dari rumahnya. Esok tak kerja. Jadi bolehlah dia luangkan masa beriktikaf di masjid.
SAMPAI di masjid, dah ramai jemaah yang mula memasuki ruang solat. Azan maghrib baru habis berkumandang. Jai mencelah di saf depan.
Err..maaf pakcik. Jai pandang seorang lelaki tua yang agak berumur. Tadi bahunya terkena siku lelaki tu.
Tak apa.. Pakcik tu senyum.
Jai duduk di masjid sampai waktu isyak. Usai solat, Jai duduk di penjuru masjid. Dia capai Quran dan mula membelek. Dia bagi ruang kepada pakcik tadi duduk sekali di sebelah.
Err..anak ni dari mana Tak nampak sebelum ni
Saya baru pindah sini pakcik.. Jai senyum.
Oh.. Pakcik tu angguk-angguk.
Jai meneruskan membaca kalimah Allah. Habis empat mukasurat. Quran ditutup perlahan.
Sedap anak ni baca. Boleh jadi imam ni!
Jai mendongak. Erk! Pakcik tu masih di sebelahnya.
Saya tak layak pakcik. Setakat baca macam ni, ramai yang pandai. Pakcik tinggal sini jugak ke Jai mula bersembang.
Pakcik tu angguk lagi. Dah sepuluh tahun..
Jai angguk-angguk. Jadi..sama umur rumah yang ayah aku beli. Agaknya pakcik ni perintis penduduk di sini la agaknya.
Lama jugak tu..
Anak ni dah kahwin
Jai geleng. Dah memang orang tua bila jumpa orang muda, mesti soalan tu yang akan ditanya.
Kenapa Belum jumpa calon yang sesuai
Jai jeling pakcik tu. Ramah pulak pakcik ni. Aku jawab karang..mesti ada lagi soalan menyusul.
Jai geleng lagi sambil tersenyum.
Nak cari pasangan hidup ni kena hati-hati. Kita bukan nak hidup sehari dua tapi biarlah sampai ke syurga. Anak muda zaman sekarang ni lebih pentingkan rupa paras. Agama belakang cerita. Kalau dah bercinta tu, tak ingat agama. Tak salah nak kenal bakal isteri tapi biarlah mengikut syariat. Jaga batas pergaulan. Banyak kes perceraian sekarang ni disebabkan benda macam ni la. Ilmu agama tak cukup. Bila dah tak suka dan tak serasi lagi, bercerai. Pakcik tak nafikan pilih perempuan yang cantik tu bagus demi keturunan yang cantik-cantik tapi nak buat apa kalau sikap dan perangai tak baik.
Jai masih tunduk. Telinganya menadah syarahan pakcik tadi. Panjang pakcik tu bersyarah.
Jai masih diam. Menghadam apa yang dikatakan oleh pakcik tadi. Memang semuanya betul. Bernikah bukan untuk sehari dua tapi sampai ke syurga!
Jodoh tu di tangan tuhan. Urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Kita hanya perlu berusaha mencari. Jodoh kena cari dan pandai memilih. Menjadi orang yang baik, insya-Allah kita akan mendapat jodoh yang baik juga. Atau terimalah jodoh dari pilihan orang yang baik, insya-Allah kita akan mendapat pasangan hidup yang baik. Kerana pilihan orang yang baik selalunya yang baik-baik. Pakcik tu pandang Jai yang masih tunduk.
Insya Allah pakcik.. Jai bersuara sambil melemparkan senyuman kelat. Teringat plihan ayah dan mak. Dulu dia dijodohkan dengan Seri dan sekarang ni nak dijodohkan dengan Salina pula..mungkin itu jodoh yang baik untuk aku.
Kita kena ingat, apabila wanita yang telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita jaga dan bimbing menuju ke syurga. Dialah jodoh yang ditakdirkan untuk kita. Dengan dialah nasib dunia akhirat kita berkait rapat. Waktu itu, walau macam mana pun wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua. Jadi, ingatlah sentiasa hal tu. Jadikan diri kita orang yang baik atau lebih baik dari itu.
Jai tunduk semula. Kata-kata pakcik tu sangat tekesan di hati. Memang benar, hati dan perasaan pada perempuan bukan sekadar untuk suka-suka dan berseronok sebaliknya rasa itu adalah ujian untuk menilai diri sendiri.
Dulu pakcik pun lebih kepada paras rupa. Yalah masa tu kan masih muda remaja. Nak pilih yang lawa je tapi sebenarnya itu semua hanya luaran. Allah beri hati untuk kita menilai. Mana yang Allah ubah Wajah ke atau hati Hati memainkan peranan penting dalam kehidupan suami isteri. Kalau hati kita indah, kita akan nampak keindahan sebaliknya jika hati kita rosak, apa pun kita akan nampak keburukan. Mula merasa benci dan mudah bosan pada pasangan kita dan kita mula mencari lagi. Orang yang rosak hati akan lebihkan kecantikan luaran dan mula memburu ke arah itu yang hanya sementara. Pakcik senyum.
Jai pandang pakcik tu yang dah tersenyum lebar. Mungkin teringat kisah dolu-dolu la tu. Dia turut senyum.
Err..isteri pakcik mesti cantik kan Jai usik.
Alhamdulillah..kiranya pakcik ni bertuah la. Dapat isteri cantik dan penuh ilmu agama. Alhamdulillah.. Pakcik tu raup muka.
Saya ni sebenarnya masih mencari calon isteri. Macam yang pakcik kata tadi, saya pun masih menimba ilmu. Yalah..nak cari yang baik, sendiri pun mesti baik dulu. Betul tak pakcik Jai sengih. Aku ni sopan terlebih la pulak rasanya!
Pakcik tu angguk. Dia menepuk bahu Jai sambil tersenyum.
Tak nak cari yang cantik Pakcik usik Jai.
Siapa yang tak nak perempuan cantik pakcik. Tanyalah siapa saja tapi bagi saya, yang penting hati. Kalau hati dah suka, saya akan usahakan yang terbaik untuk menikahi perempuan tu. Kalau dia tu seorang yang solehah, itu satu bonus. Jai senyum lebar.
Pada pakcik, cantik tu relatif dan sangat subjektif. Kecantikan seorang wanita itu tidak sama pada tafsirannya. Pada orang yang beriman dan budiman, mereka akan menilai kecantikan wanita itu pada budi dan akhlak. Pada orang yang sukakan kecantikan pula, mereka akan menilai pada paras rupa dan daya tarikan seksual. Macam juga dari segi relatifnya, semua inginkan kecantikan tetapi buat apa. Cantik macam mana sekalipun sekiranya dia asyik membebel dan marah-marah akan nampak hodohnya dan membosankan. Cukuplah seorang wanita yang sederhana yang selalu tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami. Bila dah nikah nanti, jadilah seorang suami yang sentiasa membahagiakan isteri. Pakcik tu menambah.
Jai senyum. Dia tenung muka pakcik tu. Nampak biasa, pakai kopiah, baju Melayu dan kain pelekat tapi ilmu penuh di dada.
Emm..dah pukul sepuluh ni. Pakcik minta diri dulu. Pakcik tu bingkas bangun.
Jai turut bangun dan bersalam dengan pakcik.
Terima kasih pakcik atas ilmu yang pakcik bagi tadi. InsyaAllah saya akan gunakan ia sebagai panduan untuk saya memilih calon isteri. Jai senyum malu.
Baguslah. Muka kacak macam anak ni mudah nak dapat jodoh. Tambah lagi dengan ilmu yang anak ni ada. Kalau pakcik ada anak perempuan yang belum kahwin, pakcik pun teringin nak jadikan anak ni menantu pakcik.
Jai menelan liur. Ke situ pulak pakcik ni..malu la aku.
Saya ni biasa saja pakcik.banyak lagi kena belajar. Jai senyum kelat.
Manusia mana yang sempurna tapi kita kena belajar ke arah kesempurnaan. Pakcik minta diri dulu..errnama anak siapa Lupa pulak tadi. Borak dah panjang dah..
Jai..
Oh..pakcik minta diri dulu la ya Jai.
Err..pakcik datang dengan apa
Pakcik tu tuding ke arah motosikal Honda Cup 70 yang dah agak usang.
Jai turut angguk. Dia juga menapak ke keretanya di depan masjid.
BALIK dari masjid, Jai terus ke rumah. Dia sandar malas di sofa. Ruang tamu yang luas diperhati seketika. Sunyi. Sepi. Kalau rumah bujang lama dulu, boleh jugak dia borak dengan Koci dan Acik. Sekarang rumah besar dua tingkat ni, hanya aku sorang je yang duduk sini.
Apa yang pakcik tu cakap tadi semuanya betul. Bukan senang nak nikah. Hmm..sebut pasal ni..mengapa Koci jumpa Salina Jai usap dagu.
Dia jeling telefon bimbit yang berdering kuat. Koci Panjang umur kau! Lama Jai berborak.
Emmada hal penting apa Koci nak jumpa aku ni Jai letak telefon bimbit atas meja di sebelah sofa. Dia pandang pada bunga ros dalam pasu bunga di situ yang sentiasa berganti.
Berapa la ayah aku bayar kat makcik Kiah. Datang mengemas rumah dan hias sekali macam ni..kalaulah aku ada isteri, kan senang. Jai sengih. Dah terbayang di benaknya isteri tercinta mengemas dan memasak untuknya. Ah! Gila ke apa aku ni
Mengapa muka Seri yang ada dalam otak aku ni
Jai menapak malas ke bilik tidur. Esok dah janji dengan Koci akan berjoging sekali di tasik taman Jaya.
TASIK Taman Jaya yang menjadi tempat lepak direnung lama. Air kehijauan beralun bergerak di permukaan. Angin pagi bertiup sepoi. Sejuk bila menyentuh pipi.
Jai!
Jai menoleh. Koci segak dengan baju sukan jenama Adidas.
Acik tak ikut
Tak..dia balik rumah orang tua dia la hujung minggu macam ni. Sejak kau pindah ni, rumah tu macam rumah tumpangan je aku rasa. Hari kerja, aku dan Acik balik lambat. Hujung minggu, Acik blah rumah mak ayah dia. Aku..macam ni la. Koci duduk sebelah Jai di atas rumput dekat dengan tebing tasik.
Tunang kau Jai lempar batu kerikil ke tengah tasik.
Entah la..aku datang ni nak bincang hal ni la. Kau dah joging Koci betulkan tali kasut Adidas.
Jai menoleh. Nak bincang apa lagi Koci ni pun satu la. Seri dah sah tunang dia. Aku pun tak faham dengan Koci ni..takkan nak bagi kat aku Seri tu
Kau nak joging ke tak nak ni Sekali lagi Koci tanya.
Jai bingkas bangun. Dia sapu rumput yang melekat di seluar.
Lets go!
Koci turut mengejar Jai yang dah mula berlari anak mengelilingi tasik. Habis dua pusingan, mereka lepak di tebing tasik semula. Kaki dilunjur terjuntai ke tepi tasik.
Kocikau nak bincang apa Jai angkat kedua lututnya ke atas.
Koci masih menahan mengah. Dia jeling Jai yang tak penat sikit pun. Badan besi ke apa mamat ni Aku satu pusingan dah nak pengsan!
Sekejappenat berlari tak habis lagi ni.. Koci mengelap peluh dengan tuala kecil.
Jai diam. Matanya menala ke arah tengah tasik.
Kau jadi ke bertunang
Jai cepat-cepat menoleh. Kenapa
Saja aku nak tahudengan siapa Koci pandang ke tengah tasik.
Salina Perlahan suara Jai menutur. Ah..biarlah Koci tahu. Lagipun Koci dah ada Seri.
Salina
Jai menoleh. Muka Koci dah pucat. Apa kena mamat ni Macam nampak hantu air je Nak kata malam..matahari dah terpacak kat atas tu.
Kenapa
Maksud kau Salina Hashim Koci menelan liur. Kalau betul Salina Hashimbermakna apa yang aku dan Acik rancang akan musnah.
Yang kau terkejut macam nampak hantu ni kenapa Jai jeling Koci di sebelah.
A..aku..sebenarnya suka pada Salina tu.. Koci tunduk.
What Nada Jai dah tinggi. Dah la kau rampas Seri dari aku, kali ni nak rampas Salina pulak Apa yang aku dapat, kau pun nak jugak Ni betul-betul dah tamak!!
Aku belum habis cakap lagi ni Koci luku kepala Jai.
Wait! Kau dah ada Seri. Kau jangan nak buat onar pulak Koci! Seri tu kau nak buat apa Spare part Jai menyinga.
Aku nak kau bertunang dengan Seri!! Oktaf Koci sudah naik. Geram betul Jai ni..aku belum habis cakap dia dah potong cakap aku!
Kau dah gila ke
Aku tak gila.
Habis kau nak putus tunang
Koci angguk lemah.
Tapi kenapa
Sebab Seri cintakan kau!
Jai menelan liur. Dia pandang Koci tak berkelip. Mana mamat ni tahu Seri cintakan aku
Kau jangan nak buat lawak boleh tak Kalau dia cintakan aku, kenapa dia terima pinangan kau Jai berpura-pura. Memang selama ni pun Acik banyak kali beritahu tentang hal tu. Aku je yang buat bodoh!! Sebabnya, Koci adalah sahabat aku sendiri.
Salina macam mana Jai tak puas hati.
Maksud kau
Dia cintakan kau ke
Koci angkat bahu.
Kau dah tanya dia sendiri
Koci geleng.
Habis tu Yang kau sibuk nak putus tunang dengan Seri tu kenapa Jai merengus.
Aku tak akan bahagia dengan dia. Dah jelas dia tak suka aku. Dia terima aku sebab dia kecewa dengan kau. Koci tunduk.
Rumput dikuis dengan ranting kayu kecil.
Mana kau tahu Jai dah kendur suaranya.
Acik yang bagi tahu aku. Aku dah tahu semuanya. Dia pun serba salah. Koci berterus terang.
Jai diam. Jadi memang betullah apa yang Acik beritahu aku dulu. Seri separuh jiwa cintakan aku!
Kenapa kau diam
Aku tak nak kecewakan kau. Kau kawan baik aku sejak sekolah. Bila aku dengar mak kau merisik Seri, aku jauhkan diri dari Seri. Beri laluan pada kau. Jai mengeluh.
Jadiselama ni kau pun ada hati dengan Seri Kenapa kau tak beritahu aku Kenapa kau biarkan aku bertunang jugak dengan Seri Koci tak puas hati. Jai dipandang tajam.
Aku tengok wajah kau berseri-seri bila kau dapat tahu mak kau pinang Seri. Jadi aku pun tak nak la kacau kau. Dan pasal Seri tu..aku pun tak tahu yang dia tu adik Acik. Jai luahkan apa yang terbuku selama ni. Dia tunduk.
Koci turut tunduk. Fikiran dah kusut dengan segala masalah. Aku cintakan Salina. Salina pulak nak ditunangkan dengan Jai. Seri pulak cintakan Jai. Dah bersegi-segi! Aduh! Pening!!
Macam ni la..kau dan Seri dah ditakdirkan bersama. Aku doakan kau bahagia. Aku tahu, perempuan ni lama kelamaan akan sayang juga pada suaminya. Percayalah. Tak
macam lelaki, susah nak terima perempuan yang bukan pilihan hatinya. Ego tinggi. Jai pandang ke arah tasik.
Habis tu..kau boleh terima ke Salina Koci angkat muka. Muka Jai dah sugul.
Aku akan cuba..
Koci menelan liur. Kalaulah dia boleh putar masa. Kalaulah dia jumpa Salina terlebih dulu.
Apa yang aku nak tahu sekarang ni..apa perasaan Salina pada kau
Jai menoleh. Muka Koci pun dah berubah riak. Mungkin kecewa bila gadis yang selama ini jadi impian, berada dalam genggaman lelaki lain. Macam aku!
Aku pun tak tahu tapi yang pasti aku tak nak kau putus tunang dengan Seri tu. Cukuplah sekali dia.... Kata-kata Jai terhenti. Dia menelan liur. Perlukah aku beritahu rahsia ni
Kenapa Apa maksud kau
Jai dah menggelabah. Celupar mulutnya tadi. Apa aku nak jawab ni
Abang Jai!!
Serentak Koci dan Jai menoleh ke kiri.
Eii! Apa lagi la minah gedik tu nak Jai merengus.
Koci senyum nakal. Minah ni memang tak pernah putus asa kejar Jai. Aku yang macam mamat Hindustan ni pun tak dipandangnya.
Kau tengoklah tu! Tersengih-sengih. Dah la pakai ketat! Terliur lelaki tengok. Buat malu je. Jai mencebik.
Apa Kau terliur Koci ketawa mengekek.
Aku pun lelaki Koci. Kata kat aku..kau pun sama jugak! Jai turut ketawa. Memang buat dosa kering je pandang perempuan seksi macam tu!
Abang Jai! Lisa senyum. Selamba dia duduk sebelah Jai.
Koci senyum lebar. Kasanova macam aku ni pun..tak teringin aku nak beristerikan Lisa ni. Gediknya lain macam. Macam tak pernah jumpa lelaki!
Awak nak apa Jai jarakkan duduk. Dekat karang..silap hari bulan aku yang tergoda.
Tak sangka jumpa abang kat sini. Lisa selamba paut lengan Jai. Dia jeling Koci di sebelah Jai.
Jai rentap tangannya. Berapa kali aku cakap, jangan panggil aku abang! Geli! Nak muntah!!
Cik Lisa ni dari mana Koci mencelah. Nasib baik la Salina tak gedik macam ni.
Dari rumah la. Saja joging kat sini. Tak sangka jumpa buah hati. Sekali lagi Lisa paut lengan Jai.
Koci jeling Jai. Buah hati Hahaha..minah perasan ni betul la!
Boleh tak kalau bercakap tu, tangan tu jangan merayap Jai dah menyinga.
Lisa lepaskan tangan Jai perlahan. Dia senyum kelat. Alah..pegang tangan pun nak marah! Lainlah kalau aku cium ke hapa ke
Err..Jai aku blah dulu. Aku tak nak la kacau daun. Koci kenyit mata.
Wei! Tunggu la. Okey..aku mengaku, aku cintakan Seri! Jai bingkas bangun.
Apa kau cakap Koci berpaling. Terkedu.
Jai kenyit mata. Cuba beri isyarat pada Koci. Dia jeling Lisa yang masih duduk. Susah sangat ke Koci nak faham Aku nak minah gedik ni blah cepat!
Apa
Tiga kepala berpaling. Jai dan Koci dah pucat. Lisa bingkas bangun. Masing-masing diam. Senyap dan sunyi walau suasana sekitar tasik bising dengan orang ramai yang mula datang untuk beriadhah.
Jai tunduk. Dia meraup muka.
Koci pula menelan liur berkali-kali.
Lisa mengetap bibir. Dia ni lagi