Abstrak Cinta Aku & Dia - 35
BAB 35

MUNGKIN perkara ini berlaku kerana Tuhan masih sayangkan dia. Mungkin juga, Tuhan mahu menutup aibnya. Mungkin sebagai peringatan untuknya agar segera bertaubat.

Entah mana satu, Farizah tak tahu. Saat ini, otaknya terlalu sesak untuk mencerna setiap perkara yang berlaku.

Rasa nyeri yang menyucuk-nyucuk bawah perut semakin memuncak. Seperti senggugut, cuma yang ini, peratusan sakitnya lebih lagi. Dia berpeluh seorang diri walaupun ketika ini, penyaman udara dalam biliknya terpasang.

Buntu, tak tahu apa yang perlu dilakukan. Amy. Nama itu terdetik di benak. Betapa dia berharap Amy belum lagi keluar meninggalkan rumah untuk pergi kerja. Hendak menjerit memanggil nama Amy, dia sudah tak mampu. Sakit yang ditahan sejak malam tadi, rupanya memberi petanda. Petanda bahawa bayi yang dia kandung ini takkan dapat menghirup udara bumi.

Sedih Dia tak tahu. Perlukah bersedih sedangkan dia bukan benar-benar mahukan bayi ini

Keliru Pun ada. Sedih dan lega dalam waktu yang sama. Kejamkah dia

Perkara itu boleh difikirkan kemudian. Yang penting sekarang, apa yang dia perlu buat

AmySuara yang keluar dari kerongkong terlalu perlahan. Lalu, telefon bimbit di bawah bantal dicapai. Jam menunjukkan pukul lapan suku pagi.

Nombor telefon milik Amy dicari pantas. Butang ditekan saat nama Amy muncul di skrin.Menunggu seketika dengan harapan Amy masih berada dalam kawasan sekitar.

AmyTalian bersambung setelah tiga deringan.

Izahada apaSuara Amy kedengaran biasa saja.

Amytolong aku.

Izah, kenapa niSuara tenang Amy mula berubah.

Amy...aku sakit. Tolong aku.

IzahIzah!

Farizah tak mampu menahan tangis lalu terus teresak-esak.

Izahkau okey tak Aku patah balik sekarang. Suara Amy semakin bimbang.

Okey

Talian terus mati. Farizah baring mengerekot. Tangan memegang perut. Terasa cadar tilamnya mula basah.Maafkan aku Ya Allah. Aku minta ampun.

Matanya terpejam. Air mata terus mengalir.

ENTAH seminit, entah 15 minit, setengah jam, sejamFarizah tak tahu. Terdengar ketukan bertalu-talu di pintu bilik sambil suara Amy menjerit kuat memanggil namanya.

Izah!

Amy Suaranya antara keluar dengan tidak.

Tiga saat kemudian, pintu biliknya terbuka. Amy muncul di muka pintu dengan wajah penuh tanda tanya.

Izahkau kenapa niAmy menerpa.

Amy, tolongaku. Aku tak tahu. nak buat apa...

KenapaKau sakit apa Amy menerpa Farizah. Bimbang dan simpati teradun jadi satu. Farizah tetap teresak, tak mampu menjawab.

Jom, aku bawa kau pergi klinik.Amy menyelak selimut Farizah dan terus tergamam. Cadar itu basah. Bertompok merah. Dia tahu, ini bukan darah haid yang biasa. Dia terkebil-kebil seketika memandang Farizah.

IzahGamamnya cuba dikawal. Panik yang melanda diusir dengan tarikan nafas panjang. Kesal bertamu. Amarah Boleh ditolak tepi dahulu. Nanti-nanti boleh marah. Lagipun, tak guna nak berkata apa-apa ketika ini, apatah lagi bersoal-jawab.

Kita pergi hospital.Amy pantas membantu Farizah untuk bangkit.

Nampaknya, demi sahabat, terpaksa dia mengambil cuti kecemasan hari ini.

ZACK resah. Dari tadi dia melihat jam, mengira detik mencongak waktu. Fokusnya pada kerja sudah hilang. Panggilan telefon yang diterima tengahari tadi membuatkan dia tak keruan.

Skrin di hadapannya direnung walaupun fikirannya tidak di situ. Dia mahu segera keluar dari sini. Dia mahu segera ke hospital.

Zack. Job request untuk function minggu depan, aku dah print.

Suara Joe Zulkifli mematikan lamunan.

Zack berpaling tetapi tidak berkata apa-apa kepada Joe Zulkifli. Kertas di tangan lelaki itu diambil dan diletakkan di atas meja.

Kau dah kenapa Soal Joe Zulkifli.

Cik Reen ada dalam ofisZack menjawab soalan Joe Zulkifli dengan soalan juga.

Ada.

Aku nak pergi jumpa dia.Zack terus bangun. Joe Zulkifli tidak diendahkan. Dia berjalan pantas menuju ke bilik pejabat Zareen.

Zack mengetuk pintu bilik yang terbuka.

Zareen yang sedang fokus menaip sesuatu terus menoleh.

YesZackSeperti biasa, senyum manis terukir di bibir Zareen.

Namun saat ini, biarlah senyum manis macam madu sekalipun, Zack tak peduli. Jam di tangan direling seketika. Hampir ke pukul empat petang.

Cik Reen, saya nak minta izin balik awal hari ini. Zack pantas menyatakan niat.

Kenapa

Ada hal sikit.

That is not a strong excuse, Zack. Awak patut tahu

Alah! Tak payahlah kau nak main soal jawab time ni. Zack menghembus nafas kasar. Saya ada hal Cik Reen. Personal problem. Cik Reen boleh potong cuti saya hari nior whatever. Saya nak

Saya tak kata awak tak boleh pergi.Zareen memotong pantas dengan kening terangkat. Saya nak sebab, kenapa awak kena pergi. Kalau HR tanya ke, Mr.K tanya ke, saya nak jawab apa

Zack tarik nafas. Tujuannya meminta kebenaran untuk meninggalkan pejabat lebih awal diterangkan secara ringkas.

Zareen diam. Muka Zack dipandang seketika. Menimbang-tara untuk membuat keputusan.

Okey. Pergilah. Saya bagi kebenaran. Harap-harap, keadaan dia taklah teruk sangatZareen bersuara, beberapa saat kemudian.

Thanks Cik Reen.Zack menarik nafas lega. Berpaling dan terus melangkah pergi.

Zareen hanya memandang Zack sehingga hilang dari pandangan. Ada sedikit rasa membuku dalam hati. Satu keluhan kecil dilepaskan. Kemudian dia kembali menyambung kerja.

ZACK memarkirkan motorsikalnya di kawasan parkir motorsikal di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Topi keledar ditanggalkan dari kepala. Dia menyeluk poket sebelah kanan lalu mengeluarkan telefon bimbit. Mesej WhatsApp diteliti. Mencari bilik dan nombor wad. Setelah itu, dia berjalan pantas. Dalam masa yang sama, nombor telefon didail.Kali kedua mencuba, barulah talian bersambung.

Hello...Audrey

HeyZack. Suara Audrey kedengaran biasa-biasa saja. Tiada panik mahupun bimbang.

Im here, in the hospital. Hows Kate Boleh ke nak pergi tengok dia sekarangSoal Zack.

Shes fine. Pergilah. Ill finished my duty around six. Join you later.

Okey

Talian dimatikan. Sambil berjalan, fikiran Zack melayang. Tengahari tadi, Audrey memberitahu yang Kate telah dimasukkan ke hospital. Puncanya adalah disebabkan oleh lelah. Bila masa Kate ada penyakit lelah, dia pun tak tahu. Kata Audrey, ada sesuatu yang telah menyebabkan Kate diserang lelah secara mengejut. Macam-macam hal.

Lif dinaiki hingga ke tingkat tujuh. Sekali lagi, mesej yang diterima dari Audrey diteliti.

Room 12A, Seventh Floor, Private Wing.

Mata Zack melilau mencari nombor bilik sambil mendail pula nombor telefon Kate. Dia mengeluh apabila 'gadis peti suara yang menjawab panggilannya.

Setelah berjumpa bilik yang dicari, pintu diketuk. Kenalah ketuk dulu kan Bukannya dia tahu, Kate sedang buat apa dalam tu. Dibuatnya sedang menyalin baju ke, apa ke, tak ke naya. Dia juga yang untung.Chaaaiitttt!

Tiada sahutan walaupun pintu diketuk berkali-kali. Masuk ajelahkot. Zack tolak pintu bilik secara perlahan, kekal di muka pintu. Kedengaran bunyi dari televisyen yang terpasang. Kate....

Terdengar namanya dipanggil, Kate menoleh ke arah pintu. Lantas tersenyum apabila ternampak Zack yang tercegat di situ. Jarinya pantas menggapai alat kawalan jauh televisyen dan memperlahankan bunyi. HeyZack.

Zack senyum dengan kening terangkat.

Come in.

Zack melangkah masuk. Memandang lama ke wajah Kate. Kelihatan seperti biasa saja, tak ada rupa orang sakit walaupun pucat. Tapi Kate memang senantiasa pucat kalau tidak bersolek jadi ketika ini, sukar untuknya meneka berapa serius keadaan Kate. Minah ni sakit betul ke, sakit main-main

I guess, it must be Audrey who told you about me

Siapa lagiZack menjwab sambil senyum apabila Kate dihampiri.

How are you feeling Zack bertanya khabar.

I'm good....Zack. Doing...good...Kate menghela nafas panjang. Wajahnya bertukar riak sedikit namun segera dikaburi dengan senyuman.

You sorang aje ke Zack menyoal.

Yup.

Zack berkerut kening. Hati diterjah rasa berang. Mana lelaki yang bernama Kevin itu Bukankah dia dah kembali Kate sedang sakit dan sepatutnya Kevin berada di sini menemani Kate, bukan

Dia menghembus nafas kasar. Tak perlu rasanya bersangka buruk. Mungkin Kevin telah datang awal-awal tadi. Mungkin Kevin pulang sebentar ke rumah dan akan kembali semula nanti.

Walau dicuba, dia tak tahu kenapa dia masih belum dapat membuang rasa bengang pada Kevin. Sepatutnya, lelaki itu kekal menghilangkan diri saja. Buat apa kembali Tak perlu rasanya hati Kate disakiti lagi. Kate layak mendapat orang yang lebih baik dari Kevin.

Ahkenapa dia pula yang perlu sibuk-sibuk Kalau Kate boleh terima, siapa dia hendak menafikan

Hei...kenapa diam saja Kate menyoal.

Tak ada apa-apalah. Zack berdalih.

Come on, tell mewhat is it

Zack merenung Kate seketika sebelum berkata. A day before, you told me that Kevins back .Mana dia Takkan dia tak datang teman youSoal Zack. Nada suara kurang senang tak mampu disembunyikan walau dicuba.

OhKevin.Kate diam sebentar. Kevin he is Kate menarik nafas. Dead.

DeadMata Zack membulat.

Dead. Gone with the wind. Mati. Whatever. I dont care Suara Kate agak meninggi.

Ceh! Ingatkan dah betul-betul mati kena bunuh. Zack menarik nafas. Topi keledar dan beg diletakkan di tepi meja kecil sebelah katil. Perlahan-lahan kerusi ditarik dan dia duduk.

Wanna talk about it

Kate terdiam sebentar dan kemudian mengangkat muka memandang Zack. Tersenyum kelat.

You know how I always wish him to come back

Yup.

Well, my wishfinally came true. He's back in town, for good. I thought Ill be happy to see him again but God. I am so wrong.

Zack angkat kening.

The minute I saw him, you know what I did

Apa you buat

I tampar muka dia.

Serius

Kate angguk. Tergelak sedikit. Puas hati I...

Zack senyum.

Then, I told him to just leave. Dont come back anymore. I dont need a jerk like him in my life. Setelah berkata begitu, Kate mendiamkan diri. Nafasnya dihela berkali-kali.

Kate Zack memecah sunyi.

Yes

Are you okay

I am.

Sure Betul-betul punya okey

Kate merenung Zack dengan mata berkaca.I did it Zack. I dumped him. Kevinis out of my life, forever. No more Kevin. I'm finally.move on.

Zack mengangguk tanpa suara. Dia tahu, Kate masih ingin meluahkan rasa.

I dont know why it takes me so long to realize. I dont know why I keep holding on. I should have done this long time ago. Bodohkan I niKate senyum tetapi air matanya turun perlahan-lahan.

Zack kekal diam. Membiarkan saja Kate melayan perasaan seketika.

Im such an idiot. Kate mengesat air mata.

Siapa yang tak pernah jadi bodoh, Kate Semua orang pernah. Bezanya, sama ada you nak belajar sesuatu atau terus jadi bodoh selamanya

Kate tidak membalas apa-apa. Sesekali dia tunduk. Sesekali bermain dengan jari. Sesekali dia memandang Zack sambil tersenyum kelat.

Kate

Yeah

Im not sure what to say to you.

Its okay. I feel much better now, after I let it all out. Kate senyum, agak hambar.

Be strongKate. Itu saja yang I mampu beritahu. And please remember this. You dengan I, kita kawan. Sebagai kawan, I akan sentiasa ada untuk you. In rain, or shine.

That isAyat Kate terhenti seketika.

Thanks Zack.Kate tersenyum, lebih manis kali ini. Thanks for being my kawan.

No need to thank me for that, Kate. I ikhlas berkawan dengan you.

Kate angguk beberapa kali.

Dont worry. You will be fine, alright

I know I will. Balas Kate.

Zack senyum.