CINTA RIMAU - 35
Sebastian dan Dorothy yang ditakdirkan tidak mempunyai zuriat sesungguhnya menjadi rahmat buat Hasya. Bukan sahaja dia menjadi penawar bagi mengisi kekosongan hidup kedua ibu bapa angkatnya itu malah turut menjadi buah hati pengarang jantung; satu-satunya cucu Miryam yang ditatang bagai minyak yang penuh. Lourdes yang menjadi sebahagian daripada nama panjang Hasya setelah diambil sebagai anak angkat: Hasya Leela Lourdes tidak lain sekadar bertujuan sebagai perlambangan antara namanya dengan cucunya itu.

Sejarah Lourdes, tempat ibadah umat Katolik dari seluruh dunia yang terletak di selatan Perancis bermula apabila seorang anak petani bernama Bernadette

Soubirous terlihat refleksi Virgin Mary di gua berhampiran Massabielle. Agak keterlaluan jika menamakan kawasan suci yang baru diterokai itu sebagai Virgin Mary, justeru nama yang membawa erti kemuliaan yang setara dengannya iaitu Lourdes menjadi pilihan. Nama Mary yang berasal dari Miriam mengikut fahaman Hebrew atau Mariam dalam Bahasa Arab pula secara tidak langsung menempatkannya di bawah maksud yang serupa dan atas kapasiti itulah, Miryam Jones mahu mengabadikan Lourdes sebagaimana abadinya dia dalam ingatan Hasya

Ternyata niat yang tertanam di hatinya tidak siasia kalau bukan kerana sayang, masakan Hasya mahu bertemankan abu dari jasad Miryam Jones sepanjang malam Sejak hari pertama Hasya tinggal bersamanya lagi, Miryam sentiasa melatih dan mengingatkan Hasya supaya berdiri sebagai individu dan bukan hanya terikutikut dengan rentak orang sekeliling secara membuta tuli demi memuaskan hati mereka sendiri. Never afraid to be yourself, kata azimatnya yang dingat Hasya sampai mati.

Dan gara-gara pesanan itu jugalah, Hasya hampir dibuang sekolah! Semuanya berpunca daripada seorang budak gemuk, Lobo, jolokan diberi berikutan tubuhnya yang berisi, sering menjadikan Hasya sebagai sasaran buli. Menurut kata kawan sekelasnya Elisda, lelaki yang sering menyakitkan hati seseorang wanita bermakna dia sebenarnya menaruh hati kepada wanita itu. Tapi kalau benarlah teori itu, apa perlunya mencuri karipap pula

Satu hari, ketika Hasya sedang menikmati karipap yang baru dibelinya di kantin sekolah, Lobo tiba-tiba berlari melulu ke arahnya lantas merampas karipapnya tanpa segan silu! Apa lagi, Hasya dengan sekuat hati berlari mengejar Lobo untuk merampas kembali karipap miliknya itu. Kata-kata neneknya never afraid to be yourself yang berkumandang di telinganya menaikkan lagi semangat Hasya dalam merampas kembali haknya walau hanya berupa sebiji karipap!

Pergelutan di antara Hasya dan Lobo dalam merebut karipap itu yang disaksikan murid-murid Sekolah Seri Chempaka yang turut berada di kantin dan padang

sekolah berhampiran sewaktu kejadian berlaku, rupanya permulaan bagi pergaduhan yang lebih besar apabila Lobo tertampar pipi Hasya di sebelah kiri.

Dengan merujuk kepada pesanan Jesus Christ yang didengarinya sewaktu di gereja menemani neneknya yang berbunyi: When someone slaps you on one cheek, then offer him the other cheek, Hasya meminta Lobo menampar pipi sebelah kanannya pula. Dan dengan tidak disangkasangka, Lobo menampar Hasya dengan kuat sekali; melebihi tamparan yang tidak disengajakan sebelum ini.

Tindakan Lobo itu menjadikan Hasya naik darah lantas menyerang Lobo bertubi-tubi. Dengan kedudukan Lobo yang terlentang di tengah padang; Hasya menghempap badannya ke atas Lobo sambil meluku kepalanya, menampar mukanya dan hanya tinggal beberapa inci sahaja lagi; di saat sedang membuka kuda-kuda sebelum kakinya naik ke perut Lobo yang gendut itu, guru disiplin sekolah, Mr. Vishnu tiba di tempat kejadian. Maka terselamatlah Lobo daripada tendangan Hasya. Rentetan daripada insiden itu, ibunya Dorothy dipanggil ke sekolah, Sebastian kebingungan; kepada Miryam Jones diserahkan kuasa pemulihan.

Apa halnya kamu ni, Leela Mommy dengar kamu bergaduh dengan budak jantan kat sekolah cuba molek sikit perangai tu!

Marah betul bunyinya nada Akmar Aini dari Guang Zhou yang didengari Hasya melalui corong telefon setelah berita pergaduhannya dengan rakan sekolah gara-gara seketul karipap itu dikhabarkan Dorothy. Kalaulah Akmar Aini berada di Malaysia ketika itu, pasti telinganya merah dipiat-piat! Hasya terperosok di dinding; terkebil-kebil selepas dimarahi ibu angkatnya itu.

Selang beberapa hari kemudian apabila keadaan kembali reda, Miryam Jones dengan lembut bertanya Hasya tentang di mana relevannya dia mengesyorkan Lobo menamparnya buat kali kedua hanya untuk menyerangnya kembali selepas itu. Jawab Hasya, There is no third cheek, granny. So i told Lobo that Jesuss rule is fulfilled. Now Ill teach you a good lesson. Now Im going to kick your ass!

Maka atas dasar itulah Lobo dikerjakannya cukupcukup!

This child has wisdom beyond her years, Miryam Jones menyedari akan potensi diri Hasya itu. Dan kerana bimbang interpretasi Hasya terhadap sermon yang didengar terus diadaptasi mengikut pemahamannya sendiri bisa memudaratkan dirinya di kemudian hari nanti, maka bertitik-tolak daripada peristiwa itulah, Miryam Jones tidak lagi membawa cucunya itu menemaninya ke gereja lagi.

Selain Miryam Jones yang banyak mencorak pemikirannya untuk berfikir di luar kotak, berbapakan seorang peguam tersohor turut mempengaruhi Hasya agar tidak gentar melontarkan buah pandangan walau risiko yang menanti berupa halangan yang harus didepani. Pernah satu hari, di saat akhir hayat Miryam, Hasya bertanya kepadanya tentang definisi Virgin Mary: Apa mungkin perkataan virgin itu boleh juga diibaratkan sebagai metafora yakni maksud sebenarnya lebih menjurus kepada perubahan diri seseorang yang sudah kembali ke pangkal jalan; sedar akan keagungan Tuhannya bersih, tidak tercemar, putih seperti kapas Virgin yang mencerminkan keaslian

Mata Miryam terbuka luas mendengar Hasya serta hujah-hujah yang dibentangkannya. Sambil tertawa kecil, dengan tubuhnya yang renek, Miryam kelihatan comel sekali apabila meletakkan jari telunjuk ke bibirnya diikuti isyarat supaya Hasya zip mulut! Namun sebagai seorang yang berfikiran terbuka dan matang, persoalan bom jangka yang diutarakan Hasya tidak sedikit pun membuat Miryam Jones meradang jauh sekali membalas dengan hujah menentang. Ia, secara jujur membuatkannya terfikir-fikir akan seribu satu kemungkinan yang mungkin ada kebenarannya.

Satu lagi perkara yang menarik perhatian Miryam Jones ialah apabila isu tentang pemilihan salib yang menjadi lambang keagungan agama Kristian itu yang disifatkan Hasya sebagai signifikan. Garisan yang melintang atau horizontal line yang mewakili sebahagian besar manusia di dunia ini yang hanya meletakkan seks, kekayaan, kesenangan, pangkat dan darjat semata-mata sebagai matlamat hidup menurut Hasya lagi, tiada nilainya di sisi Tuhan. Manakala vertical line pada salib; garisan yang menegak ke atas pula menggambarkan potensi yang ada dalam diri setiap manusia, dalam menuju ke darjat tertinggi dari sudut kerohanian yang berupa hak mutakhir setiap insan tanpa mengira kedudukan.

Thats a very good point, Lourdes, akui Miryam Jones penuh bangga melihat cucunya yang dewasa sebagai seorang yang tidak tertutup pemikirannya; satu sikap yang bisa menjadi batu penghalang dalam mencari kebenaran hakiki.

The readiness to take something from where it is available is the sign of intelligence.

Ketika itu, granny Miryam sudah mula sakit-sakit. Naluri Hasya dapat merasakan bahawa hayatnya yang tinggal tidak lama, justeru tidur di sisi neneknya setiap malam menjadi prioriti; mengharukan perasaan Sebastian dan Dorothy. Kini, mendiang Miryam Jones sudah tiada lagi yang tinggal hanya abunya di dalam casket kecil yang diletakkan di dadanya saat merindu, bersama memori sepi yang selamanya akan terus bersemadi

Meski ada yang mempertikaikan tindakannya ini yang dianggap keterlaluan dari beberapa segi, namun bagi Hasya sendiri, segalanya tergantung pada hati. Abu ini tidak lebih dari sekadar satu perlambangan akan betapa rendahnya nilai jasad yag kita huni ini, tatkala roh sudah berlalu pergi.

Whatsoever is created, is perished