CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 35
LEPAS ni kita pergi butik kawan Ika.

Nak buat apa

Ambil ukuran baju. Kalau ikutkan hati, Ika nak jahit sendiri. Tapi, Ika tak yakin boleh buat dan siapkan. Ika belum betul-betul mahir lagi. Nanti kalau baju pengantin kita senget sebelah, buat orang gelak aje. Ika tutup mulut. Menahan tawa hampir meletus apabila membayang perkara itu.

Idlan senyum. Lebih beruntung dirinya saat ini. Selain pandai menari, Ika juga pandai menjahit. Ika juga pandai masak. Masih dia ingat, Ika pernah bekalkan kek untuk dia makan dalam perjalanan. Sedap kek yang Ika buat hingga ke hari ni pun lidahnya masih terasa. Nampaknya jodoh dia kali ini benarbenar tepat.

Abang...

Ya...

Berkhayal lagilah tu.

Taklah.

Dah bosan ke abang layan Ika sehari suntuk

Kalau keluar dengan Ika, abang tak pernah bosan.

Ika banyak cakap.

Erm... tapi, kenapa entah Ika rasa abang macam tak ada mood.

Bukan tak ada mood. Abang diam sebab Ika tengah bercakap. Jadi abang kena dengar. Takkan abang nak buat tak tahu. Idlan tayang sengih.

Dari tadi Ika memang tak berhenti mengomel. Habis tu, bila masa dia nak menyampuk kalau semua Ika dah sapu bersih

Ingatan terhadap Irdiana boleh terbang jauh kerana mulut Ika tak pernah senyap. Kalau berhenti pun, Ika tarik nafas saja. Lepas tu, sambung balik bercakap tak sudah-sudah. Itulah, inilah. Tanya fasal pelaminlah, fasal menu kendurilah. Boleh dikatakan semuanya Ika nak buat sendiri padahal segalanya dah ditempah awal-awal.

Dalam hati Ika mengutuk diri sendiri. Suka sangat bersangka buruk pada bakal suami. Tak baik betul.

Abang berhenti kat depan tu. Kat sebelah Klinik

Gigi itulah butik pengantin kawan Ika punya. Idlan angguk terima arahan.

Ketika mereka melangkah masuk ke butik, seorang lelaki bangsa Siam menyambut mesra.

Hai Ika. Sawaddi krab... Sapa lelaki itu dengan gaya lembut. Kedua-dua tangan dirapat ke dada.

Idlan teguk liur. Ini ke kawan Ika Tak sangka Ika berkawan dengan orang begini. Nak kata lelaki, nampak macam bukan lelaki. Nak kata perempuan, tapi suaranya garau bukan main.

Sawaddi kha, Somchair... Balas Ika sambil memberi senyum. Juga merapat tangan ke dada sebagai membalas kemesraan.

Idlan hampir tergelak mendengar nama itu. Somchair Nama bukan main menunjuk kelelakian. Apa yang Idlan tahu, Somchair itu bermaksud jantan, tapi kenapa tuan punya nama tak nampak macam jantan pun

Idlan tutup mulut. Senyum ditahan-tahan. Nanti tak fasal-fasal kawan Ika perasan. Bagus juga, sekurang-kurangnya tak adalah dia fikirkan soal Irdiana lagi. Nasib baik dia bertemu dengan insan begini. Ada juga modalnya nak mengutuk dalam hati.

Som tengok Ika makin berseri-seri. Aura pengantin baru katakan, puji Somchair sambil tersenyum-senyum memandang Idlan yang berdiri sebelah Ika. Siapalah lelaki ni kacak sungguh.

Som, Ika datang nak tempah baju pengantin.

Somchair terbelalak. Reaksi terujanya bukan main lagi. Rasa macam nak melompat-lompat. Dia fikirkan Ika dah menempah di butik lain.

Mestilah boleh. Som ni kan orang berniaga. Takkan kalau Ika datang nak tempah baju, Som tak nak terima. Nanti Som bagi diskaun, tau!

Ika tergelak kecil melihat telatah Somchair. Dari dulu bekas rakan sekelasnya itu tak berubah. Makin lama makin lembut pula.

Somchair beralih pandang pada Idlan. Bakal suami Ika ke

Aah... nilah bakal suami Ika. Idlan nama dia.

Wahh... handsomelah, macam pelakon Aom Akkaphan Namart...

Ika tersenyum mendengar Idlan dipuji begitu. Hurmmm... kembanglah Idlan nanti.

Okeylah. Ika kahwin nanti nak guna tema warna apa untuk baju pengantin Soal Somchair sambil menarik dua buah kerusi untuk dua orang pelanggan istimewanya.

Terpulanglah pada Som. Ika tak tahu sangatlah.

Kalau macam tu, Som cadangkan see khiaw agak sesuai dengan Ika.

Hijau Tak naklah. Ika menolak.

See orn

Warna muda Nanti nampak pucat pula. Somchair garu kepala. Cerewet juga Ika ni.

Ermmm... see muang Ungu Soal Ika.

Somchair angguk. Ika beralih pandang pada Idlan. Meminta Idlan beri pendapat. Jangan jadi macam tadi sudahlah. Mengenai pembelian cincin tadi, Idlan serahkan saja padanya bulat-bulat. Sekarang, biar Idlan buka mulut walau sepatah.

Sayang, abang suka putih. Idlan menyampuk tanpa menunggu Ika bertanya. Kalau nak tunggu Somchair, asyik see kiaw see orn, see muang. Alamatnya, sampai minggu depan pun tak sudah.

Ika tunduk. Tersipu malu apabila Idlan memanggilnya begitu depan orang. Sejak akhir-akhir ini, kerap benar Idlan memanggilnya sayang. Praktis nak jadi suami mithali ke apa.

Putih Somchair senyum lebar. Memang warna itu amat sesuai untuk pakaian pengantin.

Putihlah, Som. Ika buat keputusan serta-merta. Menghormati kesukaan Idlan.

Kalau ikut hati, dia nak warna turqoise. Tapi, dia tak mahu pentingkan diri. Kalau Idlan suka putih, maka putihlah. Tak nak dibantah-bantah. Dia mahu Idlan bahagia dan dia nak lelaki itu gembira ketika bersamanya. Itulah tekad dipasang sejak bersetuju memenuhi permintaan Che Jah.

Okey, putih. Sesuai sangat! Balas Somchair. Tali inci segera diambil.

Som ambil ukuran dia dululah. Ika tarik tangan Idlan.

Somchair hanya mengangguk. Bestnya dapat ambil ukuran badan lelaki kacak. Hati nakalnya berbisik.

Ika memerhati sahabatnya mengambil ukuran Idlan. Sesekali terdengar Somchair menyebut nombor dalam Bahasa Siam. Tapi, ada satu perkara tak sedap dipandang. Somchair itu menggedik benar. Sakit pula mata melihat.

Untungnya Ika dapat lelaki macam ni. Tinggi, badan tegap, handsome. Sesuai jadi model, puji Somchair tak henti-henti.

Ika mencebik. Gatal betul Som ni. Walaupun lelaki sama lelaki, tapi dia rasa tak senang dengan pujian melebih-lebih. Ish, dah pandai cemburu pula dia sekarang.

Idlan nampak tak selesa dengan layanan terlebih mesra lelaki lembut itu. Berkali-kali dia garu kepala. Nasib baik Ika perasan dan lekas-lekas mendekatinya. Errr.. Som. Biar Ika yang ambil ukuran, boleh

Somchair garu dahi. Seolah-olah tahu Ika dapat menangkap reaksinya ketika mengambil ukuran Idlan.

Ermmm.. dai.. dai.. (boleh) Tali inci dihulurkan dan dia berganjak ke tepi.

Khob khun kha... (terima kasih) Ucap Ika. Senyum diberi mengharap Somchair tak berkecil hati.

Pandai bakal isteri abang cemburu, bisik Idlan di tepi telinga Ika.

Cemburu tanda apa Tanda sayang, kan Ika meletak tali inci di bahu Idlan.

Perasaan ingin tahu kenapa Idlan ceraikan Irdiana, masih menebal. Mahu saja dia bertanya hal itu sekarang, tapi bimbang kalau rosakkan mood Idlan yang tengah happy. Macamlah baru pertama kali Idlan nak kahwin. Seronok lain macam nampaknya.

Idlan perasan perubahan Ika. Nampak ada sesuatu nak disoal Ika padanya.

Ika ada nak tanya apa-apa pada abang

Ika tak pedulikan pertanyaan Idlan. Tangan masih bekerja mengambil ukuran.

Serta-merta Idlan menangkap tangan Ika yang leka meletak tali inci di merata badannya. Ika buat tak peduli saja. Dia memang tak boleh kalau Ika diam tak nak bercakap. Dia jadi resah kalau Ika tak bersuara walau seminit.

Ika menarik tangan yang kemas dipegang. Malas dia nak cakap apa-apa. Kalau dia tanya sekali lagi, nak ke Idlan jawab

Abang dah lupa apa ayah Ika pesan Jangan pegang-pegang. Sengaja Ika ubah topik.

Buat sementara waktu, biar soalannya tergantung tiada jawapan. Dia pun tak mahu rosakkan suasana ceria antara mereka.

Tadi Ika pun pegang abang. Kening Idlan terjongket sebelah.

Bila masa Ika pegang

Tadi laa.. masa kawan Ika nak ambil ukuran. Bukan ke Ika heret tangan abang Idlan tayang sengih panjang. Buat-buat lupa ke atau memang lupa betulbetul ni

Ika tunduk dan tersenyum. Dia malu sendiri. Macam mana dia boleh lupa Ish, teruk betul dia. Wajah diangkat semula sambil menyambung kerja.

Tapi, abang pakai kemeja lengan panjang. Ika tak sentuh kulit abang pun. Jadi abang jangan nak perasan lebih-lebih, ya...

Idlan tergelak kecil sebelum mereka ditegur Somchair yang sejak tadi melihat kemesraan mereka.

Ika hulurkan tali inci pada Somchair supaya lelaki itu mengambil ukurannya pula. Som boleh siapkan dalam masa sebulan tak

Somchair terbelalak. Tak pernah orang tempah dengannya baju pengantin nak suruh siap dalam masa 30 hari. Kalau di butik lain dia tak pasti.

Arai (apa) Sebulan Liur ditelan laju.

Ika mengangguk. Mengharapkan masa sebulan cukup untuk Somchair siapkan.

Ma dai... ma dai.. (tak boleh) Somchair tergelenggeleng. Kedua-dua tangan dikibas-kibas ke muka.

Amboi... panas benar.

Kenapa tak boleh Soal Ika.

Kau orang berdua ni nak kahwin koboi ke apa, Hah Bersungguh-sungguh Somchair menyoal Ika. Hailaaa... macam dia pula yang nak kahwin!

Idlan hanya memerhati. Kening digaru-garu. Adoilaaa... apa masalah pula dengan lelaki lembut ni

Bukan kahwin koboi. Kita orang kahwin beradatlah. Tak mainlah koboi-koboi ni. Ingat apa Tahun gajah ke Marah Ika.

Berdecit-decit mulutnya menahan geram. Dalam masa sebulan, takkan tak boleh siap Dia pun tukang jahit juga. Cuma belum diiktiraf sepenuhnya lagi sebab belum sedia ambil tempahan. Jadi dia tahulah berapa lama baju pengantin boleh disiapkan kalau si tukang jahit hanya memberi fokus pada sehelai pakaian.

Melihat Ika berwajah masam, Somchair kelihatan serba salah. Berulang kali dia melepas keluhan.

Alaaa... Ika janganlah marahkan Som. Bukan Som tak nak jahit, tapi Som takut tak sempat siap. Som banyak terima tempahan lain juga. Kalau tak siap, nanti kesian kat Ika.

Idlan berdeham. Cuba mencampuri urusan yang bukan dalam bidang.

Nanti saya bayar dua kali ganda asalkan baju pengantin kami siap pada masanya.

Abang, membazirlah. Buang duit aje. Ika menegur dengan muka tak puas hati. Sukalah Somchair tu kalau dapat upah lebih.

Tak apalah. Sekali seumur hidup abang nak kahwin dengan Ika. Abang nak buat yang terbaik untuk perkahwinan abang kali ni.

Som rasa bersalahlah kalau nak ambil upah mahal-mahal ni. Ermmm... korang sewa ajelah mana-mana baju pengantin yang ada kat butik Som ni, nak Som bagi harga murah sekali dengan pakej perkahwinan. Okey tak

Masalahnya kami dah ambil pakej kat tempat lain. Kalau Ika tak fikir Som ni kawan Ika dari dulu, Ika tak datang sini nak tempah baju kat Som, tau. Orang nak bagi rezeki kat dia, dia banyak cerewet pula. Takut tak sempat siaplah, itulah, inilah. Heee... Ika tunjuk reaksi tak puas hati.

Idlan garu kepala dengan aksi kedua-duanya.

Ika... tak elok cakap macam tu, sayang. Apa dia cakap tu betul. Kalau tak sempat siap, macam mana Kita sewa ajelah, ya Idlan memujuk. Garang juga Ika ni kalau dah naik marah.

Ika gigit hujung jari. Mula berfikir-fikir. Som, tak payah sewalah. Bagi free, boleh Dia tersengih. Saja nak bergurau.

Alaaa... janganlah macam tu, Ika. Som ni berniaga. Tak bolehlah bagi free. Ika kenalah sewa juga. Nanti Som bagi separuh harga.

Ika gurau ajelah. Hurmmm... okeylah. Ika setuju, jawab Ika dengan separuh senyum.

Dah letih nak berlama-lama dengan urusan persiapan perkahwinan. Malas nak berlebih-lebih dalam soal begini pun ye juga. Tak perlu nak beria-ia sangat Ika oi. Kau nak kahwin dengan duda aje pun. Bukan dengan lelaki bujang. Dia menyedapkan hati sendiri. Dalam tak sengaja, mengutuk pula bakal suami. Duda Kalau Idlan dengar ni, kecil hati tak dia Alah, duda pun tak apa asalkan hatinya baik, sedar dengan tanggungjawab, cukuplah.