CARTA HATI - 35
AWAL pagi Zainura sudah datang awal ke pejabat. Wajahnya berbeza seperti dua hari yang lepas. Kelihatan ceria sahaja.

Nura, kau okey tak

Okeylah. Kan aku senyum je dari tadi.

Syakila mengerutkan dahinya, Itulah aku pelik.

Telefon kau dah okey ke

Belum. Tapi, dia orang janji hari ni.

Ooo, padanlah happy semacam aje.

Lepas ni hidup aku dah tak bosan. Aku boleh layari seberapa banyak lama web untuk mengetahui perkembangan terkini artis-artis yang aku minati! Serentak itu Zainura ketawa besar.

Kereta diberhentikan dilobi bangunan tempat Syakila bekerja. Mujurlah dah sampai. Kalau tidak, mahu pecah gegendang telinganya mendengar ketawa besar Zainura tu sepanjang jalan.

Eh... petang ni aku balik dengan teksi.

Laaaa... kau tak nak temankan aku ambil telefon bimbit aku tu ke

Aku banyak kerjalah nak kena selesaikan. Sorry Nura. Aku harap telefon kau baik-baik sahaja ya ucapnya sebelum menutup pintu kereta.

Zainura menurunkan tingkap, Haruslah baik-baik sahaja. Kalau tak, aku bakar kedai telefon tu!

Menggeleng kepala Syakila mendengar kata-kata Zainura. Sahabatnya itu kalau pasal telefon bimbit, sanggup buat apa sahaja!

PETANG itu, pulang sahaja dari pejabat, cepatcepat Zainura memandu ke kedai telefon untuk mengambil telefon kesayangannya. Setelah membayar harga perkhidmatan membaiki, dia terus sahaja bergerak ke kereta. Tujuannya hanya satu. Pulang ke rumah supaya dia boleh melayari laman web artis tanpa sebarang gangguan!

Tiba saja di apartment, Zainura merebahkan tubuhnya ke atas sofa. Telefon bimbitnya dibuka dan serentak itu berderet notifikasi yang masuk. Bibirnya mengukir senyum. Bunyi yang dirindui selama beberapa hari ini.

Dia menyentuh aplikasi Facebook. Kemudian menuju ke bahagian carian dan menaip sesuatu di situ sebelum menekan butang GO pada papan kekunci. Kelihatan fanpage Opss Media. Pantas Zainura mencari gosip berkenaan Zairis.

ZAIRIS DAN SYAKILA SUDAH BERTUNANG

Tersentak Zainura membaca tajuk yang tertera. Dadanya mula diserbu dengan perasaan yang kurang senang. Matanya membulat, bagaikan tidak percaya dengan tajuk yang dibaca.

Zairis dengan Syak dah bertunang Biar betul! Dia berteka-teki sendirian sambil menggelengkan kepala. Sukar untuk mempercayai artikel itu. Meskipun dia mula meragui hubungan Zairis dan kawannya, tetapi takkan sampai dah bertunang Mustahil!

Tak boleh jadi, dia kena baca untuk tahu kebenaran artikel ini. Nafasnya dihela sebelum dia menekan link read more... pada artikel itu.

Tiba-tiba satu mesej Whatsapp diterima olehnya. Dia terus melihat mesej tersebut. Daripada Syakila!

Syakila: Nura, aku tak balik malam ni. Aku tidur kat rumah kawan aku. Esok aku cuti sebab nak pergi ke Bougainvillea Tunne kat Taman Botani, Putrajaya. Lepas pergi tempat tu, aku terus balik okey

Zainura menghela nafas. Untuk apa Syakila pergi ke Bougainvillea Tunne Sekejap bukan ke kawasan tu adalah kawasan pertama Zairis dan Syakila bertemu Adakah ebab Syakila mahu mengenang kembali ke kenangannya dengan Zairis

Walaupun hatinya meninggalkan banyak persoalan, tetapi mesej tersebut tetap dibalas.

Zainura: Okey.