EPILOG KITA - 35
HANI menggaru tengkuknya yang dilapisi kain tudung bawal berwarna hijau. Sedari tadi, bulu romanya seakan menegang. Terasa diri diperhatikan, tapi bila dia berpusing. Kosong! Tiada siapa-siapa melainkan hanya angin yang menampar sepoi-sepoi bahasa.

Malas menghiraukan perasaan sendiri, kaki dilajukan ke arah keretanya yang diletak di parking bawah di pusat membeli belah. Kawasan sekeliling pula sunyi masa tu, lagi la hatinya tak henti-henti berdegup.

Saat kakinya berada selang dua buah kereta darinya, deruman enjin di belakang buat dia tersentak. Bingkas badannya dipusingkan dan kali ini dia terkaku dan tergamam. Seluruh tubuhnya seakan mati saat sebuah kereta laju menuju ke arahnya. Kaki cuba digerakkan, tapi seperti ada magnet yang membuat dia statik di situ.

Sedar tak sedar kereta itu semakin laju meluru ke arahnya. Serta-merta detak jantungnya naik sehingga peluh mula merintik. Saat itu dia terasa bagai berada di awangan. Bila kereta itu semakin menghampiri, Hani pejamkan matanya seerat-eratnya. Semakin kuat bunyi deruman enjin, semakin erat dia pejamkan mata. Hanya sesaat, tiba-tiba dia terasa tubuhnya melayang dan kakinya seakan tidak mencecah lantai. Saat terasa tubuhnya terhempas di atas lantai, dan jeritannya bergema.

Arghhh!!!

Shit!

Di sebalik tubuhnya yang kesakitan, jelas terdengar satu suara memaki keras. Dia ingin membuka mata namun dia tak berani. Kesakitan yang membalun tubuhnya buat dia menyeringai tidak henti-henti. Sungguh sakit dan ngilu.

Hani, buka mata. Kau tak apa-apa ke

Ryan Hani yang masih pejamkan mata, terkedu. Dia kenal suara itu kerana suara itu sudah sebati dengan jiwa dan raganya.

Buka mata Hani. Hani buka mata kau! kali ini suara itu datang sekali dengan tepukan kuat di pipinya.

Ryan! Dia pasti itu Ryan. Tapi, benarkah Ryan Tak kan Ryan tiba-tiba muncul. Dalam kesakitan yang mencucuk seluruh tubuhnya, Hani perlahanlahan membuka kelopak matanya.

Ryan... setitis air matanya menitis tiba-tiba.

Ryan bingkas meraup wajahnya takkala mata Hani terbuka. Belum sempat Hani membuka kata, tubuh itu terus dirangkul kejap ke dadanya.

Ya Allah, nasib aku sempat datang. Nasib aku sempat.

Bingung Hani dibuatnya saat mendengar keluhan penuh kelegaan dari bibir Ryan. Wajahnya yang melekat di dada itu, diangkat perlahan. Merenung mata Ryan yang nampak begitu lega namun bercampur risau.

Kau okey tak Ada luka mana-mana pelukan terlerai dan Ryan membelek tubuh Hani. Terpancar kerisauan di wajahnya.

Hani bangkit perlahan-lahan dan menilik tubuhnya. Melihat tubuhnya masih elok tanpa disimbahi darah, dia bersyukur. Nasib Ryan datang menarik dirinya kalau tidak, dia tak tahu apa akan jadi padanya.

Ryan... Hani cuba membetulkan duduknya namun bahunya terasa sengal. Kesakitan mencucuk-cucuk bahagian itu hingga dia menyeringai perlahan.

Ryan pandang Hani sebelum satu kucupan berlabuh di dahi itu. Terkejung Hani dibuatnya. Pertama kali dalam hidupnya dicium oleh seorang lelaki. Ryan pula tu! Rasa hangat mula menyelubungi dirinya.

Ryan tak tahu apa yang patut dia lakukan untuk menunjukkan betapa leganya melihat Hani tidak tercedera teruk. Hanya kucupan penuh kasih yang mampu diberi. Tadi, saat melihat kereta Vios berwarna putih itu meluncur laju ke arah Hani, hanya Allah saja yang tahu perasaannya. Dia teringatkan Riana yang terkorban dalam kemalangan. Dia tak sanggup kehilangan gadis yang bernama Hani pula.

Macam mana awak ada dekat sini tanya Hani serak.

Belum sempat Ryan menjawab, telefonnya berbunyi. Pantas dia menyambut panggilan.

Mana Kau orang terus kejar dia. Jangan biar dia terlepas. Aku datang sekarang! bersungguhsungguh Ryan memberi arahan sebelum mematikan talian.

Hanya sekilas matanya melekap pada wajah isterinya sebelum dia berdiri. Pinggangnya terasa kebas dek terjatuh menghempas lantai tadi namun dia berusaha menahan rasa sakit.

Awak tak apa-apa ke Ryan Hani mula bimbang bila wajah Ryan berkeriuk menahan sakit.

Aku okey. Kita kena pergi sekarang juga. ujar Ryan sambil membantu Hani bangun.

Pergi mana jelas riak pelik mengisi muka gadis itu.

Kau ikut je aku dulu. Lepas ni aku janji yang aku akan jelaskan semuanya. perlahan-lahan Ryan menarik tangan Hani. Risau jika terlebih tarik, bahu Hani yang sakit bertambah sakit.

Keanehan menguasai diri Hani, tapi dia mengikut juga langkah Ryan. Nasib kakinya tak tergeliat cuma ada rasa sakit dek terseret pada lantai tadi. Namun disebalik semua itu dia asyik tertanya-tanya macam mana Ryan boleh tiba-tiba muncul

HANI pandang Ryan di sebelahnya dan dua orang pemuda yang berada berdekatan dengan sebuah kereta. Tak silap dia itu kereta yang cuba melanggarnya tadi. Dengan muka tak faham, dia memandang Ryan dengan harapan jejaka itu akan menerangkan semuanya.

Jom. Kita keluar dulu. Im promise, i will tell you everything.

Kerana janji itu, Hani keluar juga dari keretanya. Mengikut langkah Ryan yang mula menghampiri dua lelaki yang membelakangi mereka. Namun ada satu tubuh yang buat Hani rasa tak sedap hati.

Perempuan!

Siapa perempuan yang dipegang oleh dua orang lelaki tu Dan apa kena mengena Ryan dengan mereka

Kenapa kau buat macam ni, Nisa soal Ryan saat mereka berdua betul-betul berada di belakang dua pemuda yang masih memegang tangan seorang gadis. Lagaknya seperti menghalang gadis itu melarikan diri.

Nisa Spontan Hani kalihkan wajah pada Ryan sebelum dia berpusing menghadap tiga tubuh yang turut berpusing. Kali ini mulutnya terasa bagai digam supaya tidak mengeluarkan bunyi yang mengatakan betapa terkejutnya dia.

Nisa Mula la hati Hani tak senang. Bertambah tak senang bila melihat kereta putih yang berada di tepi jalan. Milik Nisa kah Kalau milik Nisa tak kan gadis tu tadi... Matanya membulat besar.

Ryan... baguslah awak ada dekat sini. Tolong saya Ryan. Saya tak kenal dia orang ni. Nisa terjerit lega dengan tangan cuba ditarik. Melepaskan lengannya yang dicengkam erat oleh dua lelaki yang tak dikenali.

Kecil besar saja Ryan pandang Nisa. Dia tak sangka, Nisa sanggup nak langgar Hani. Apa motif gadis tu sebenarnya Dia memberi isyarat pada dua orang suruhannya supaya melepaskan Nisa. Bila pergelangan tangannya dilepaskan, laju Nisa berlari ke arah Ryan. Tubuh itu dipeluk.

Hani Apa lagi Bulat mata macam nak jatuh bersepai atas jalan raya. Suami kena peluk dengan orang lain depan mata sendiri. Melampau! Baru tadi Ryan peluk dia sekarang suaminya dah dipeluk gadis lain. Kalau dia cakap dia tak naik angin, nampak sangat menipunya.

Stop it, Nisa! Ryan tolak kuat tubuh Nisa. Terdorong gadis itu dalam kejutan.

Ryan! Nisa terjerit kecil. Hampir saja dia terlentang dek tolakan yang kuat.

Hani yang tadinya sakit hati dah mampu tersenyum. Ini baru la suami mithali. Jangan tergoda dengan perempuan lain, tergoda dengan aku tak apa!

Zam, Han, kau orang dah buat apa aku suruh tadi soalan itu ditujukan khas buat dua orang suruhannya.

Dah bos. Pihak polis dalam perjalanan ke sini. jawab lelaki yang dipanggil Zam itu.

Polis!!! sekali lagi Nisa terjerit dek terkejut. Saat itu kakinya terasa menggeletar hebat. Ryan, apa ni Kenapa awak panggil polis Awak kenal dia orang ni. Siapa dia orang ni Ryan sambung Nisa dengan suara tergagap-gagap.

Ryan yang cuba mengawal kemarahannya tiba-tiba rasa panas menyerang seluruh tubuhnya. Dia boleh sabar kalau Nisa diam, tapi kalau Nisa berpura begini, memang dia tak boleh diam. Sebab Nisa, Hani dalam bahaya!

Diam Nisa! jerkah Ryan kuat. Hani disebelah telan air liur. Alamak! Ryan naik angin. Perlahanlahan dia cuba berginjak ke tepi namun belum sempat dia menjauh, tubuhnya terasa ditarik. Terhumban dia ke arah bahu Ryan.

Apa salah dia hah Kenapa kau nak bunuh dia tanya Ryan baran.

Nisa tersentak hebat!

Bu... bunuh.. Apa yang awak cakap ni Ryan Nisa telan air liur. Terasa kakinya seperti tidak memijak tanah saat ini. Pertama kali dia melihat muka Ryan segarang itu padanya dan bahasa yang digunakan Ryan, cukup buat hatinya sentap.

Berhenti pura-pura Nisa. Aku dah tahu semuanya! Kau tahu siapa dia orang ni jari Ryan terhala pada orang suruhannya.

Dia orang ni orang suruhan aku! bongkar Ryan penuh geram.

Orang suruhan Nisa ketawa kecil seperti tak percaya. Sampai hati awak Ryan. Kenapa awak buat saya macam ni! suara Nisa yang kendur tadi tiba-tiba bertukar hiba.

Sinis Ryan pandang wajah Nisa. Nisa masih tak mahu mengaku. Menggunakan taktik dengan wajahnya yang sedih. Jauh disudut hati lelakinya, ada sedih melihat Nisa, tapi memikirkan apa yang telah Nisa buat, dia tak mampu berkompromi!

Kenapa aku buat kau macam ni Kau patut tanya diri kau tu sendiri. Kenapa kau buat aku macam ni Kenapa kau nak bunuh isteri aku!

Isteri Nisa pandang Hani dengan bibir diketap. Tiba-tiba saja riak wajahnya berubah. Jadi betul la yang awak dah kahwin. Saya ingat cuma khabar angin.

No! Dia ni isteri aku dan sekarang ni aku tak nak cakap banyak dengan kau. Aku cuma nak tahu kenapa kau nak bunuh dia Kenapa kau nak bunuh isteri aku

Tak Ryan. Saya tak nak bunuh isteri awak. Saya tak nak bunuh dia.

Kau upah orang ikut isteri aku. Kau cuba langgar isteri aku, itu kau cakap tak nak membunuh Kenapa Nisa Kenapa kau buat macam ni Kau tahu apa akan terjadi kalau aku lambat sampai tadi Isteri aku mungkin mati dilanggar oleh kau! ujar Ryan penuh amarah.

Hani dapat dengar dengan jelas degupan jantung Ryan yang kencang kerana menahan marah dalam nada suaranya. Dia pandang Nisa yang asyik menggeleng dengan muka tak bersalah. Dia tak tahu apa yang dia patut rasa sekarang niorang yang ikut dia hari tu, diupah oleh Nisa. Maknanya Nisa memang berniat untuk apa-apakan dia Tapi, kenapa

Tak... Saya tak nak bunuh dia Ryan. Saya cuma nak hantar dia jauh. Jauh dari kehidupan kita berdua. Saya tak nak dia kacau hubungan kita. balas Nisa dengan muka sedih. Sekali tengok macam hilang akal pun ada.

Sejak bila kita ada hubungan Apa kau cakap, nak hantar dia jauh dari kita Sama macam kau hantar Riana jauh dari hidup aku dengan kau terbelalak biji mata Ryan saat ayat terakhir muncul dari ulas bibirnya.

Hani tersentak. Terkejip-kejip dia pandang Ryan yang menyebut nama Riana.

Memang! Memang saya hantar dia jauh-jauh biar dia tak ganggu kita. Tapi, awak jahat! Saya pergi sekejap je, kenapa awak kahwin dengan perempuan ni Awak patut kahwin dengan saya. Hanya saya saja yang layak jadi isteri awak. Bukan Riana dan bukan perempuan ni. Nisa tiba-tiba meluru ke arah Ryan hingga pelukan Ryan di bahu Hani terlerai.

Lepaskan aku lah! Ryan rentap lengannya sebelum memberi isyarat pada orang suruhannya supaya menarik Nisa.

Terjerit Nisa saat tubuhnya ditarik ke belakang. Sentuhannya pada Ryan terlerai begitu saja.

Hei! Lepaslah. Biar aku pergi dekat kekasih aku. Lepaskan aku! meronta-ronta Nisa jadinya.

Jadi betul la kau yang bunuh Riana kali ni mata Ryan nampak sedikit berkaca-kaca. Ucapan Nisa tadi seolah-olah membenarkan curiga yang bersarang di dalam Hani dan dirinya. Syak wasangka isterinya memang tepat!

Saya tak bunuh dia. Saya cuma langgar dia.

Siapa suruh dia mati lepas kena langgar. Saya tak salah. Nisa menggeleng seakan budak kecil sedang membela diri. Tapi, bagus juga dia mati. Awak tak jadi kahwin dengan dia. Saya suka. Saya bahagia bila dia tak ada. sambung Nisa kali ini berserta gelak ketawa.

Lemah terus tubuh Ryan saat mendengar kebenaran yang terucap dari bibir tipis Nisa. Mulutnya terbuka melepaskan desahan tak percaya. Hani di sisi sempat memegang Ryan yang terundur setapak ke belakang. Wajah Nisa dipandang. Mimik wajah Nisa seolah soronok membuka pekung dirinya sendiri.

Bos, saya rasa dia perempuan ni dah gila. Zam yang memegang Nisa mula bersuara.

Siapa gila Aku tak gila Doktor kata aku dah sembuh. Kau siapa nak kata aku gila Kau doktor ke Aku tak gila dah. Aku tak gila. sampuk Nisa penuh amarah.

Terkejut Ryan dan Hani mendengar marah Nisa. Dah sembuh Doktor Ryan pandang dalamdalam wajah Nisa sebelum rahangnya bergerakgerak tegang.

You are sick, Nisa!

Tak Ryan. Saya tak gila. Saya tak gila. Isteri awak tu yang gila. Awak kena ceraikan dia. Kita kahwin ye.

Terketap gigi Hani mendengar bicara Nisa. Amboi! Sedap je perempuan gila ni nak suruh Ryan ceraikan dia. Ada juga orang kena hempuk dekat sini nanti.

Kau! muncung Nisa terhala pada Hani.

Terkejut Hani dibuatnya.

Kau pun sama gila! Kau berambus dari hidup Ryan. Ryan tu hak aku! Hak aku!jerit Nisa penuh perasaan.

Gila tak gila, Hani mula bengang. Setapak dia melangkah ke depan.

Siapa kata dia hak kau Dia bukan hak kau! Ada ke cop cakap dia hak kau hah tanya Hani berani.

Ryan yang masih terkejut dengan kebenaran di sebalik kematian Riana, hanya mampu menggeleng. Lantas ditarik tubuh Hani ke belakang. Pandangan tajam dihalakan pada isterinya tanda dia tak mahu Hani bersoal jawab. Perempuan gila macam Nisa tak patut dilayan!

Kau memang melampau Nisa. Riana tu kakak kau. Kenapa kau bunuh dia Dia sayangkan kau, tapi sanggup kau khianati dia. Tak cukup dengan dia, isteri aku pun kau nak bunuh. Aku tak sangka perangai kau macam ni! ujar Ryan dengan suara yang luluh.

Dia bukan kakak saya. Dia kakak tiri saya. Awak nak tahu, dia tu jahat! Ibu, papa semua sayangkan dia. Dia rampas ibu dan papa dari saya. Dan...dan... suara Nisa bertukar sedih tiba-tiba. Dia rampas awak dari saya. Saya cintakan awak, tapi dia goda awak sampai awak pilih dia. Saya yang cintakan awak dulu, tapi awak nak dia Ryan. Dia jahat Ryan. Dia jahat! Dia rampas semuanya dari saya. tambah Nisa pilu.

Riana bukan macam kau sangka. Dia sayangkan kau Nisa, tapi kau... kau sanggup bunuh dia. Sanggup kau biarkan dia mati. Kau kejam Nisa. Kau kejam!

Saya tak kejam. Saya buat semua ni untuk awak. Untuk kita. Supaya awak dan saya boleh bersama tanpa gangguan dia. Saya cintakan awak Ryan. Saya cintakan awak.

Ryan mengeluh perlahan. Dia penat! Penat melayan Nisa yang asyik mengulang-ulang kata-katanya. Kepala disentuh lembut. Riana meninggal kerananya. Riana dibunuh adik sendiri semata-mata kerana dirinya. Diakah yang bersalah di atas kematian Riana

Awak tak salah. Tolong jangan salahkan diri sendiri. bagai tahu apa yang sedang Ryan fikirkan, Hani pantas bersuara.

Ryan angkat wajah memandang Hani. Ada senyuman lemah meniti di bibirnya. Kata-kata Hani benar, tapi rasa bersalah seakan menyerang dirinya bertubi-tubi. Saat dia memandang isterinya, saat itu siren polis kedengaran kuat di telinga mereka.

Semua mata terhala pada kereta pihak polis yang baru tiba kecuali Nisa yang tiba-tiba meracau supaya dilepaskan. Ryan pandang pedih pada wajah gadis yang dianggap sahabatnya. Tak sangka Nisa mampu bertindak sekejam itu.