MY SWEET ARISSA - 35
SAYANG nak masak apa ni Erat Hakimi memeluk pinggang Arissa sambil mengucup leher isteri kesayangannya.

Terasa begitu lain perasaannya kini. Rasa yang tidak pernah dirasainya. Bahagia, cinta, sayang, kasih, rindu dan macam-macam rasa yang berada di dalam perasaannya. Inikah tentang erti cinta. Sengihnya sendiri dengan apa yang di fikirkan.

Abang rasa tak puaslah! rengek Hakimi.

Memang dia berasa tak puas nak peluk-peluk, nak cium-cium dan sebagainya pada Arissa. Yalah, itu pertama kali dia melakukannya. Rasa seperti tidak mahu bangun dari katil tadi. Kalau tidak disebabkan solat itu wajib memang sudah berlingkar dia di dalam selimut je. Mereka berjemaah untuk solat subuh sekejap tadi.

Tak ada apa. Nak buat air je, jelas Arissa yang sedang meletak serbuk milo ke dalam dua biji muk.

Kita nak makan apa nanti.

Hakimi terus mengetatkan pelukan di pinggang ramping isterinya. Rambut Arissa yang masih lembap dikucupnya beberapa kali. Semerbak wangian syampu yang dipakai oleh isterinya.

Kita pergi makan kat luar je ya Arissa membuat cadangan.

Laa... abang nak isteri abang masak. Nasi goreng pedas berapi yang macam sayang selalu masak kat rumah sana, rengek Hakimi.

Terliur pula dia bila mengingatkan nasi goreng dan makan bergoreng lain yang sering dimasak oleh Arissa untuk dia dan Badrul. Setakat ini masakan Arissalah paling sedap dan kena dengan selera tekaknya.

Dalam peti sejuk tak ada seekor ikan pun. Bawang pun tak ada. Nak masak macam mana Arissa terus mengacau milo panas yang dibuatnya.

Ya ke terkejut Hakimi. Habis, dua tiga hari ni macam mana sayang makan soal Hakimi sambil melepaskan pelukan dari pinggang isterinya.

Keluar menapak ke bawah sanalah. Tapi pagi semalam Shima datang, bawa sarapan dan makan tengah hari dan malam, jelas Arissa.

Shima ada datang Lama Hakimi tidak bertemu dengan teman baik isterinya. Gadis itu banyak membantu mereka ketika majlis nikah mereka dahulu.

Aah.

Tapi, kat bawah ni ada kedai runcit, kan Dia ada melihatnya semalam semasa melalui kawasan di bahagian hadapan pangsapuri itu.

Ada, tapi barang tak banyak dan tak ada pilihan, jelas Arissa.

Hakimi senyap sambil mengangguk-angguk.

Arissa memandang Hakimi. Abang tak nak balik ke Kesian Walid.

Asyik kesian kat Walid je. Abang ni macam mana Sayang tak kesian dengan abang jeling Hakimi bengang.

Bukan apa... Walid tu masih tak sihat.

Ya, abang tahu. Walid tu lebih perlukan isteri abang dari anak dia tau! Sekarang ni semua dia makan, tak berpantang-pantang langsung. Umi pula tak mahu langsung tolong, keluhnya. Memang dia tidak faham dengan sikap Puan Hanim.

Umi tu suka marah-marah kan walidlah. Kesian dengan Walid. Tambah dia sekarang sakit. Patutnya Umi kena layan Walid elok-elok. Takut nanti menyesal. Itulah pandangannya terhadap Puan Hanim. Kasihan dia melihat bapa mentuanya.

Hakimi senyum.

Jadi sayang kenalah layan abang elok-elok. Layanan kenalah first class kan usik Hakimi dengan senyuman lebar.

Dah ke situ pula Hakimi ni.

Abang sakit ke apa jeling Arissa sambil membawa dua muk berisi milo panas ke ruang tamu.

Macam-macam sakit ada kat abang ni tau sayang! Hakimi mula merengek.

Mengada-ada betul Hakimi ni.

Nah minum milo, nanti abang jadi sihat dan kuat. Tak ada sakit-sakit. Dia menghulurkan muk milo yang masih panas kepada Hakimi.

Hakimi ketawa menyambut muk dari tangan isterinya.

Duduklah kat abang ni. Dia menepuk tempat duduk di sebelahnya.

Arissa senyap. Tak tahu kenapa dadanya masih tidak berhenti berdebar-debar sejak perkara semalam terjadi. Walaupun sudah beberapa jam berlalu, rasa sukar pula dia nak lupa. Aduh!

Perlahan-lahan Arissa menghampiri Hakimi.

Macam takut-takut je. Jangan risau harimau ni cuma cari mangsanya di malam hari, sakat Hakimi dengan ketawa kuat.

Terhenti langkah Arissa. Ris duduk sini jelah.

Arissa sudah melabuhkan punggungnya di atas stool tidak jauh dari Hakimi. Lelaki ini benar-benar buat dia gerun. Tiba-tiba dia merasa amat takut dengan Hakimi.

Laa... abang gurau jelah, sayang, kata Hakimi melihat reaksi Arissa. Lebar senyumannya. Suka dia dapat menyakat isterinya.

Arissa senyap.

Kita balik petang ni ya. Sekali lagi Hakimi memujuk.

Arissa tidak segera menjawab. Lelah menjawab soalan yang sama. Sudah diberi jawapannya semalam tetapi disoal lagi. Agak-agaknya jawapan yang bagaimana Hakimi mahu

Tengok macam mana dulu. Akhirnya dia memberi jawapan sebegitu. Dah tak tahu apakah jawapan untuk soalan Hakimi.

Sekali lagi abang minta maaf bagi pihak Umi, hmm... pinta Hakimi lembut.

Bukan apa... Ris tak mahu hidup abang sekeluarga kacau bilau disebabkan oleh Ris. Tambah-tambah Walid masih lagi dalam rawatan. Dia tak boleh stress, jelas Arissa.

Hakimi faham dengan maksud Arissa. Isterinya itu masih cenderung agar mereka berpisah. Namun itu tidak akan terjadi. Dia bangun dan duduk di stool yang di duduki oleh Arissa. Tangan isteri dipegang.

Abang minta, sayang banyak-banyak bersabar ya. Insya-Allah, abang akan sentiasa sokong isteri abang. Semua ini akan berlalu, tak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan, pujuk Hakimi.

Arissa senyap.

Tolong sayang, ya. Sayang hanya perlu ingat satu je... Hakimi menunjuk jari telunjuknya. ...kerana sayang adalah cinta abang. Jadi tolong bertahan untuk abang, hmm... Abang akan sentiasa ada untuk isteri abang. Sayang tak keseorangan. Sambung Hakimi dan untuk kesekian kali dia memujuk isterinya.

Lama Arissa memandang Hakimi. Begitu dalam maksud ungkapan lelaki itu. Nafas ditarik dalamdalam sebagai menahan air mata dari keluar. Dia kini mempunyai seseorang dan sudah dipunyai oleh seseorang. Seseorang tempatnya bersandar dan meluah pelbagai rasa.

Akhirnya Arissa mengangguk.

Hakimi senyum.

Terima kasih sayang. Spontan Hakimi meletak ciuman di bibir Arissa.

Terkejut Arissa.

Hmm... perasa milo! Hakimi ketawa nakal.

WALID nak datang. Nak makan tengah hari di sini!

Itulah yang diberitahu oleh Hakimi

apabila Encik Razali menelefon lelaki itu. Kalutlah Arissa dan Hakimi ke Tesco membeli segala jenis barang-barang untuk dimasak makan tengah hari mereka bersama Encik Razali.

Itu tandanya Walid dah rindu sangat nak makan masakan sayang abanglah tu, kata Hakimi yang turut membantu Arissa memotong sayur sawi untuk ditUmis sahaja.

Tak ada maknanya rindu dia. Semua menu untuk Walid, Ris dah letak dekat peti sejuk tu. Siap dengan resepinya sekali, jelas Arissa yang sedang mengacau kari ayam di dalam kuali.

Sebelum dia meninggalkan rumah Hakimi dan pulang ke pangsapurinya, Arissa sudah menyiap apa yang perlu dan sudah dipesan kepada Mak Cik Ruhaya tentang diet Encik Razali. Rasanya tiada masalah sebab segala-gala bahan masakan sudah dibeli dan disediakan sebagai memudahkan Mak Cik Ruhaya untuk memasak ketika dia tiada.

Tak sama dengan masakan isteri abang. Hakimi memandang Arissa di sebelahnya.

Janji boleh di makan. Dan diet Walid masih teratur. Itu yang penting untuk seorang pesakit jantung.

Assalammualaikum!

Kedua mereka berpandangan sebaik mendengar suara Encik Razali di luar pintu rumah.

Panjang umur Walid. Arissa sengih.

Awalnya! keluh Hakimi.

Segera dia mencuci tangannya dan kemudian mengelap di kain pengelap yang tergantung. Hakimi keluar dan melangkah menuju ke pintu rumah.

Arissa memperlahankan api dapur dan segera melangkah masuk ke dalam bilik untuk mencari tudung. Dia pasti Badrul ada sama dengan Encik Razali. Masakan lelaki itu menunggu di bawah sahaja.

Ya Allah, sedapnya bau! Kuat suara Encik Razali dan sudah menjenguk ke dapur. Namun tidak kelihatan menantunya di situ.

Walid, tegur Arissa di belakangnya yang sudah bertudung.

Encik Razali menoleh dan sengih sambil menyambut tangan menantunya.

Dah masak Walid lapar ni. Kami cuma makan roti canai sekeping dengan kuah dal tadi Bad tak bagi Walid makan banyak-banyak. Laju lelaki itu menyoal menantunya.

Badrul sengih sebaik mendengar namanya disebut oleh lelaki itu.

Hari ni saya masak special Ikan Siakap Kukus Halia untuk Walid, kata Arissa dengan senyumannya. Walid duduk dululah ya, suruhnya lalu kembali semula ke dapur untuk menyambung kerja memasaknya.

Sengih Encik Razali sambil melangkah ke ruang tamu kecil Arissa. Badrul sudah pun duduk di meja makan. Pinggan-pinggan di atas meja sudah diatur begitu juga dengan gelas dan jug airnya. Biasalah kalau orang yang bekerja di hotel, meja makan di rumah pun lebih kurang sama macam di hotel. Tambah-tambah jenis yang sedikit cerewet seperti Arissa.

Kenapa Umi tak datang sama Dia ke mana soal Hakimi mengiringi Encik Razali yang sudah duduk di sofa.

Bukan Kimi tak faham dengan Umi tu. Susah Walid nak cakap, keluh Encik Razali sambil merenung ke luar pada pintu gelangsar yang terbuka. Ya Allah, sedapnya angin menderu-deru masuk melalui pintu itu. Tak perlu pasang kipas pun tak apa, bisiknya sendiri.

Habis tu... Umi ke mana soal Hakimi ingin tahu.

Kami hantar dia ke QB. Biar dia shopping sampai lebam, kan Badrul Encik Razali ketawa dengan katakatanya sendiri.

Begitu juga dengan Badrul yang mendengar katakata lelaki itu.

Hakimi tersengih. Sabar jelah. Macam kena buli pula Puan Hanim. Dia tahu wanita itu tidak akan jejak ke pangsapuri isterinya. Tidak tahu mengapa Uminya sungguh-sungguh tidak suka pada isterinya.

Walid nak air ke Hakimi bangun.

Tentulah nak. Tanya-tanya pula, keluh lelaki itu bengang. Air kosong je... karang air manis-manis marah pula nurse-nurse Walid ni, usiknya sambil menjeling kepada Badrul yang tersengih dari tadi.

Hakimi sengih dan melangkah ke dapur.

Dah siap soal Hakimi yang sedang mencapai sebotol air mineral yang dibelinya tadi dan sebji gelas.

Dah... sekejap lagi boleh makan. Nanti tolong senduk kari ni dalam mangkuk tu. Ikan masin dan ikan goreng tu abang bawa ke meja makan nanti, pinta Arissa yang sedang menumis sayur.

Yalah, kejap abang nak hantar air untuk Walid dan Bad.

Hakimi melangkah keluar dari dapur dan segera mendapatkan Badrul. Botol air dihulurkan kepada lelaki itu yang sedang asyik menelek gajetnya.

Main games tak sudah-sudah, tegurnya.

Badrul hanya sengih.

Walid ini airnya. Hakimi meletak botol air mineral dan gelas di atas meja kopi sambil memandang kepada Encik Razali yang sedang memegang bingkai gambar Arissa.

Ini... Encik Razali menunjuk bingkai gambar sambil memandang Hakimi. Kelu lidahnya untuk bersuara. Benarlah Ya Allah, desisnya sendiri. Dadanya kembali mencucuk-cucuk seperti ditikam dengan tombak. Sakit sangat-sangat. Tangannya sudah menggigil memegang bingkai gambar itu.

Hakimi segera menghampiri lelaki itu sebaik melihat wajah lelaki itu agak pucat.

Walid okey ke Dipegang tangan Encik Razali. Bingkai gambar di tangan lelaki itu diletak di atas kabinet TV dan membawa Encik Razali duduk semula di sofa.

Melihat situasi itu, Badrul bangun dan segera mendapatkan Encik Razali dan Hakimi.

Ubat Walid soal Hakimi.

Badrul segera ke meja makan di mana beg ubat Encik Razali dibawa bersama sebelum itu dia ke dapur memanggil Arissa. Dia tidak pasti ubat yang mana satu patut di makan oleh Encik Razali dalam keadaan seperti itu.

Bergegas Arissa mendapatkan mereka di ruang dapur. Lalu mengambil ubat di dalam beg yang dibawa oleh Badrul. Setelah menelan ubat yang diberi oleh Arissa bersama air, Encik Razali mula tenang dan dapat bernafas dengan lebih baik dan teratur.

Bawa Walid dalam bilik sebelah. Biar dia berehat dululah, suruh Arissa kepada Hakimi dan Badrul.

Hakimi dan Badrul segera memimpin Encik Razali ke dalam bilik bersebelahan bilik utama yang mempunyai sebuah katil bujang. Hakimi sengaja membiarkan pintunya terbuka.

Sebelum tadi, Walid buat apa soal Arissa ingin tahu.

Dia berdiri dekat kabinet TV tu dan pegang bingkai gambar. Hakimi menunjuk kepada bingkai gambar yang sudah terbaring bersebelah TV LCD bersaiz 21 inci.

Arissa menoleh kemudian mengangguk-angguk. Sakit macam ni nak datang tak boleh nak jangka, bisiknya sendiri.

Tak apalah... biar Walid berehat dulu. Abang dengan Bad nak makan boleh makan dululah, kata Arissa lalu kembali melangkah masuk ke dapur semula untuk menyambung kembali tugas yang tergendala.

Bad soal Hakimi.

Badrul mengangguk-anggukkan kepala.

Boleh juga. Lapar dah ni. Dia sengih

Stand by jelah kalau-kalau Umi call. Walid, kami bawa balik lepas dia okey nanti. Hakimi membuat rancangannya.

Ya. Badrul tidak membantah.

Selepas menyiapkan hidangan untuk Badrul dan Hakimi, Arissa masuk ke bilik untuk menjenguk Encik Razali yang sedang tidur. Kemudian melangkah keluar dan menghampiri kabinet TV. Kelihatan bingkai gambar yang terletak di situ terbaring.

Lama dia memandang gambar lama itu. Gambar itu diambil ketika dia berusia 5 tahun bersama kedua orang tuanya di sebuah kedai gambar di Kangar suatu masa dahulu. Hanya itulah kenangan yang dia ada dan masih disimpannya. Diletak kembali bingkai bersebelahan TV dan bersama-sama hiasan lain yang ada di situ.

SEPANJANG perjalanan pulang ke rumah Hakimi, Encik Razali tidak banyak bercakap walaupun

Hakimi cuba untuk berbual dan bergurau dengannya.

Umi dan Bad belum sampai lagi. Encik Razali bersuara sebaik pintu pagar rumah terbuka.

Aah, jawab Hakimi. Dia terus memasukkan kereta dan di parkir di tempat biasa.

Seketika ketiga-tiga mereka turun dan masuk ke dalam sebaik pintu rumah dibuka oleh Hakimi.

Walid nak berehat kat bilik, beritahu Encik Razali setelah berada di hadapan tangga.

Saya ada buat pengat. Walid tak nak makan ke soal Arissa ingin tahu.

Lelaki itu makan amat sedikit tengah hari tadi. Walhal, kari ayam itu atas permintaan Encik Razali sendiri. Tak apalah, akan dihidang untuk makan malam mereka nanti.

Tak apalah... Walid berehat dulu. Nanti Kimi bawa naik atas pengatnya ya. Ia sebagai tidak mahu mengecewakan isterinya yang sudah penat memasak apatah ia atas permintaan Encik Razali sebelumnya.

Ya, terima kasih. Walid minta maaf Arissa... badan ni rasa semacam je. Itu Walid ingat nak berehat dulu, jelas Encik Razali. Rasa bersalah pula dengan menantunya yang sanggup memasak itu dan ini. Dia hanya makan sedikit sahaja tadi.

Tak apa. Pengat ni boleh letak dalam peti sejuk... kalau nak makan nanti saya panas kan je, kata Arissa dengan senyuman.

Ya, dia nak buat macam mana, tiba-tiba lelaki itu hilang seleranya. Dia tidak boleh paksa. Begitulah kalau orang dah sakit ya. Dan begitulah kalau dah berusia, sedikit demi sedikit Allah tarik kekuatan dan deria yang ada.

Encik Razali senyum. Perlahan-lahan dia melangkah mendaki tangga dengan dibantu oleh Hakimi. Arissa melangkah ke dapur dengan membawa mangkuk tingkat dan tupperware yang berisi pengat pisang.

Setelah diletak semuanya di dalam peti sejuk, dia melangkah naik ke tingkat atas. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik yang didiaminya bersama Hakimi sebelum mereka ada apa-apa. Apakah ada apa-apa tu ya

Aduh, mengingatkan kisah semalam terasa ngeri pula. Makanya, jangan diingat tetapi malam ni Aduh...

Okey, lupakan dulu. Apa-apa solat dulu, katanya sendiri lalu masuk ke dalam bilik persalinan untuk mencari baju yang sesuai untuk dipakai. Seketika dia keluar dan terkejut melihat Hakimi sudah berada di dalam bilik itu sambil menanggalkan bajunya.

Berpusing-pusing dia mencari tempat hendak menyorok. Tak tentu arah rasanya melihat lelaki itu sudah tidak berbaju. Dadanya sudah berdebar-debar.

Hakimi ketawa. Ditarik tangan Arissa rapat ke tubuhnya. Lawak dia melihat isterinya yang tidak menentu sebaik melihat dia menanggal baju tadi. Arissa, Arissa, keluhnya sendiri.

Kenapa ni Macam lipas kudung je. Hakimi sudah memeluk pinggang isteri.

Err... tak ada apa-apa. Terkejut je. Memang dia terkejut sangat-sangatlah tadi.

Hakimi senyum lalu mencium bibir Arissa sekilas, sengaja mahu membuat Arissa terkejut lagi.

Untuk kesekian kali Arissa terkejut dengan reaksi Hakimi yang spontan itu. Lelaki ni sengaja hendak menduganya. Dia berdehem.

Ris nak mandi.

Abang pun. Sekali lagi Hakimi mencium bibir Arissa sekilas.

Sekali lagi dia terkejut lalu memandang Hakimi. Dikemam bibirnya.

Nak bilik mandi yang mana satu. Ada bathtub atau yang boleh see thru soal Hakimi.

Hakimi ni sengaja nak menakutkan dia. Ris nak mandi sendiri.

Kita mandi berdua lagi bagus. Banyak aktiviti kita boleh buat berdua dalam bilik mandi tu tau! Hakimi terus mengusik dan menyakat isteri kesayangannya. Suka dia melihat kalau Arissa menggelabah tidak tentu pasal.

Gatal sungguhlah Hakimi ni! Geramnya dia. Karang kalau berlengah-lengah lama-lama terlepas pula solat asar. Kalau mandi berdua mesti lain akan terjadi. Dia pasti sangatlah. Kerat jari kelingking pun dia sanggup!

Dah pukul 6.00 lebih ni. Ris belum solat asar lagi. Abang nak apa-apa malam-malam nantilah ya. Terpaksa dia beralasan bodoh seperti itu agar dia dapat bersolat dahulu.

Hakimi sudah ketawa-ketawa. Lucu mendengar alasan si isteri. Aduh, Arissa, Arissa. Isterinya memang seorang yang lucu.

Okeylah. Malam ni abang tunggu tau. Jangan mengelat pula, seloroh Hakimi.

Arissa menelan air liurnya. Hmm... pandai lagi berjanji. Padan dengan muka!

Err... ya. Tak tahu macam mana bentuk senyumnya lagi. Dah tak reti nak senyum.

Hakimi melepaskan tangannya dari pinggang Arissa. Dia juga pun belum bersolat asar. Karang dah berdua dalam bilik mandi, mahu makan berjam pula. Habis hangus solat asarnya. Nak qada mesti rasa berjanggut.

Cepat-cepat Arissa masuk ke dalam bilik mandi. Lega sebaik berada di dalam ruang yang tidak sebesar mana. Tak apalah, untuk sementara waktu. Namun dadanya masih lagi berdebar-debar.

Okey... cool. Mandi, lepas tu solat. Hakimi tak akan kacau masa aku bersolat, katanya perlahan sebagai menguatkan sedikit hatinya yang sudah kecut dengan reaksi dan kata-kata Hakimi tadi.