tembus.
Sha, marilah masuk. Natasha mempelawa lantas bangun dari kerusi. Sambil tersenyum lebar dia menghampiriku. Lenganku diraihnya dan tanpa kujangka dia memelukku.
Aku hanya mampu terkebil-kebil sambil memandang Niel dan Datuk Darius silih berganti. Kenapa dengan semua orang ni Aku mengigau ke
Natasha meleraikan pelukannya dan masih tersenyum manis ke arahku. Tanganku ditariknya ke salah satu kerusi kosong. Niel turut ikut dan mengambil tempat di kerusi sebelahku. Aku kaku berdiri. Masih buntu dengan situasi sekarang.
Duduklah Shaqina. Jangan takut dengan kami. Suara Datuk Darius pula kedengaran.
Aku pandang wajahnya sesaat sebelum duduk. Tangan kugenggam erat di atas riba. Keadaanku sekarang persis seorang pesalah yang menanti hukuman tiba.
Shaqina apa khabar Soal Datuk Darius. Nadanya agak lembut kali ini. Aku angkat wajah namun tak berani memandang wajahnya.
Alhamdulillah sihat. Pendek sahaja jawapanku sebelum tunduk semula.
Saya nak minta maaf atas semua yang berlaku. Tak sepatutnya saya lukakan hati seorang gadis yang baik macam awak. Selama ni saya buta dalam mengenal permata tulen. Saya hanya fikir yang bukanbukan. Sampaikan semua kebaikan awak tu tertutup dari pandangan saya. Luahan Datuk Darius buatkan aku rasa kejung. Tiba-tiba beliau berubah. Peliknya!
Aku dongakkan kepala. Cuba mencari keikhlasan di wajah Datuk Darius. Yang kudapat ialah senyuman nipisnya. Sempat aku toleh Niel di sebelah. Dia sedang khusyuk merenung daddynya.
Tujuan kami nak jumpa Shaqina ni sebab nak bincangkan sesuatu yang penting. Kalau Shaqina tak keberatan, boleh kami jumpa dengan keluarga Shaqina Lagi satu kenyataan Datuk Darius yang memang buat aku makin kejung. Dah kenapa semuanya secara tiba-tiba ni
Jumpa keluarga saya Tapi, masih terlalu awal. Saya tak sedia untuk apa-apa lagi. Niel tak bincang apa-apa pun dengan saya. Kelam-kabut dan agak berterabur ayatku.
Saya yang minta Niel jangan bagitahu Shaqina. Kalau boleh biarlah ianya keluar dari mulut saya sendiri. Bukannya kami nak jumpa untuk terus pinang Shaqina. Kami cuma nak berkenalan dulu dengan keluarga Shaqina.
Termalu sendiri aku saat Datuk Darius menjelaskan.
Nanti bila Shaqina balik kampung, bolehlah bagitahu keluarga tentang hasrat kami. Shaqina tak bagitahu lagi pada mereka tentang hubungan kamu berdua, kan Mungkin dah tiba masanya Shaqina bagitahu. Makin lembut suara Datuk Darius.
Sungguh mindaku bagai tengah maraton sekarang. Pelik dengan situasi ini. Baru tadi aku menangis bagai nak rak dan sekarang lain pula yang jadi.
Bukan saya tak mahu bagitahu Datuk, tapi hal ni agak sukar. Tersekat-sekat suaraku. Bimbang jika tersalah cakap.
Saya tahu awak risau dengan penerimaan keluarga awak. Yalah Niel pun masih belajar dan jauh lebih muda dari awak. Atas sebab itulah, saya dan Tasha nak berjumpa dengan keluarga Shaqina. Lebih elok kalau keluarga dahulu yang berkenalan. Urusan yang lebih serius macam pertunangan atau pernikahan tu boleh dibincangkan kemudian. Kami pun tak mahu paksa kamu berdua buat sebarang keputusan. Semua tu terpulang pada Shaqina dan Niel. Makin bergetar jantung hatiku saat tunang dan nikah disebut Datuk Darius.
Aku dan Niel pun tak pernah bincangkan hal ini.
Saya tak sangka Datuk akhirnya terima saya dengan ikhlas. Saya terkejut sangat. Bibir kuketap setelah ia diluahkan. Renunganku dipanah pada Natasha yang dari tadi hanya diam.
Tak perlulah panggil saya Datuk. Panggil pakcik atau uncle aje. Datuk Darius tergelak kecil.
Aku telan air liur. Gulppp rasa manis semacam. Bagai ada bayu yang menyapa gelora di jiwa. Rasa lega sangat.
Dalam tak sedar, Shaqina dah sedarkan saya tentang sesuatu yang sangat penting. Betapa kasih sayang tu tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Betapa perhatian dan masa tu lebih utama dalam suatu hubungan dan bukannya harta yang bertimbun. Shaqina sedarkan saya yang selama ni saya dah abaikan Niel dalam banyak benda. Saya tak sangka orang yang baru kenal Niel, mampu sayangkan Niel seikhlas hati. Saya pula sebagai ayahnya dah banyak abaikan dia. Sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nak luangkan dengan dia, tanya tentang masalah dia. Tanpa kasih sayang Niel jadi sedikit tersasar. Tapi, lepas dia jumpa dengan umminya semula dan Shaqina, Alhamdulillah dia berubah ke arah yang lebih baik. Jauh lebih baik dari saya. Panjang lebar luahan Datuk Darius. Benar-benar tulus dari hatinya.
Daddy, jangan cakap macam tu. Niel menolak sopan sambil mencapai tangan ayahnya.
Kedua beranak itu berbalas senyuman. Ada talian kasih yang dapat kurasakan menjalar dalam renungan mereka. Ya Allah, hanya pada-Mu aku panjatkan kesyukuran. Akhirnya Niel beroleh kasih sayang dan bahagia punya seorang ayah. Biarkan segala kenangan pahitnya itu berlalu pergi. Niel layak untuk bahagia dan aku dapat lihat semua itu di hapadanku sekarang.
Entah kenapa terasa mataku mula berkaca. Aku cepat-cepat angkat tangan untuk menyeka permata jernih yang bakal gugur. Namun Natasha lebih pantas.
Sha, kenapa ni Sha okey Natasha bangun dan terus menggosok bahuku.
Hanya anggukkan mampu kuberi. Puas kutahan agar permata jernih ini duduk diam, namun makin nakal ia turun ke pipi. Apa yang pasti ia tanda syukur dan gembira.
RALIT mataku terarah pada Inayah dan Saifullah yang sedang sibuk dengan post wedding photoshoot mereka. Cukup menarik sekali dengan latarbelakang pokok buluh yang menghijau. Padang di Setia City Mall ini memang tempat terbaik untuk photoshoot.
Assalamualaikum.
Salam itu kubalas dengan senyuman yang cukup lebar. Overdose manis. Tak perlu lihat wajah pemberi salam pun.
Ehem. Dia berdehem pula. Sengaja bagi hint yang aku belum jawab salam agaknya.
Walaikumussalam, balasku.
Niel terus duduk di sebelahku, namun masih jauh. Milo ais dihulurkan padaku. Sengaja nak imbau kenangan lamalah tu.
Terima kasih, ucapku sambil menyambut hulurannya.
Lebarnya senyum. Niel akhirnya mengalah. Namun bibirnya masih mekar dengan senyuman. Aku tergelak kecil.
Kemudian renunganku beralih pada kaum kerabat serta sahabat Inayah dan Saifullah yang turut ada di padang ini. Memang kami datang beramai-ramai untuk photoshoot ini. Sahabat-sahabat Inayah semuanya ala-ala bridemaids dengan jubah sedondon warna Magenta dan sama corak. Pengiring lelaki pula hanya tiga orang iaitu Irfan dan dua orang sahabat Saifullah. Campur Niel, jadi empat orang. Habis majlis tadi dan semua orang sudah selesai solat Zuhur, kami terus ke sini. Tiga buah kereta berkonvoi.
Alhamdulillah. Tiba-tiba Niel matikan tembok bisu kami. Aku pandang Niel semula. Senyuman nipis yang kudapat.
Untuk Sengaja aku menyoal.
Untuk semuanya. Majlis Kak Inayah yang dah selesai. Jawapan Niel kubalas dengan anggukkan lemah. Bukan tak suka, tapi ingatkan ada sesuatu yang lebih penting dari ini.
Dan juga sebab daddy dah nyatakan persetujuan dia. Satu kerisauan kita dah selesai. Sekurangkurangnya kita tahu ada restu dari daddy. Walaupun mungkin pada awalnya daddy tak setuju, tapi akhirnya hati daddy lembut juga.
Senyuman kembali terhias di bibirku. Tapi, andainya Niel tahu tentang cek yang ditawarkan, mesti Niel terkejut. Aku harus simpan kukuh-kukuh rahsia itu. Cukup aku, Datuk Darius dan Natasha yang tahu.
Saya harap keluarga Liya juga mampu terima saya seadanya, sambung Niel.
Tiba-tiba aku rasa bersalah dengan mama dan abah. Tiada sekelumit pun niat di hati untuk belakangkan mereka. Tapi, Datuk Darius lebih pantas bertindak.
Saya gembira sangat tengok Iz dan Datuk dah makin rapat. Akhirnya aku bersuara kembali.
Alhamdulillah. Dalam sebulan dua ni saya nampak daddy cuba nak dekat dengan saya. Selalu ajak berbual. Liya ada cakap apa-apa dekat daddy Bila daddy cakap Liya dah sedarkan dia tentang sesuatu yang penting tu saya macam pelik sikit. Daddy ada jumpa Liya Renungan Niel terkandung rasa ingin tahu.
Aku tersengih bagi menutup rasa gusarku.
Tak adalah. Mungkin Datuk memang betul-betul dah sedar. Hatinya dah terdetik. Iz dengan Tasha pula macam mana Sengaja aku alihkan perhatian Niel pada isu lain. Tak mahu Niel menyoal lebih-lebih.
Aku bukannya pandai sangat menipu.
Masih dalam proses. Saya akan cuba terima dia perlahan-lahan. Jawapan Niel melegakan aku.
Tentang pertemuan tadi, memang dah dirancang
Dua hari lepas daddy suarakan hasrat nak jumpa Liya. Saya terkejut juga sebab tak sangka daddy tahu yang kita masih berhubung. Macam biasalah, ruparupanya daddy intip kita. Niel gelengkan kepala. Awalnya saya tak bagi, tapi daddy betul-betul buatkan saya percaya yang daddy dah ikhlas terima Liya.
Rasa bersalah kembali mengetuk jantung hatiku. Niel terlalu jujur. Tapi, aku pula rahsiakan sesuatu yang sangat besar darinya. Rahsia ini untuk kepentingannya juga jadi tak perlu aku rasa bersalah kan.
Apa yang penting sekarang ni hubungan Iz dengan Datuk dah elok. Saya bersyukur sangat. Senyuman manis kuberi.
Sebab tu ke Liya nangis tadi Soalan Niel buatku tersentak.
Aku diam aje, tak tahu hendak bagi jawapan apa. Milo ais kusedut perlahan.
Macam mana pula dengan kes menyorok macam tikus dari saya kemudian lari masuk dalam surau Spontan Niel menyoal dan aku apa lagi terus tersembur sedikit Milo ais. Mujur bukan tengah menghadap Niel. Jika tak, memang dapat semburan percumalah.
Sorry, sorry. Saya tak sengaja. Liya okey Kelam kabut Niel menyoal sambil hulurkan sapu tangan putih berpetak kelabu.
Aku ambil dan terus sapu kesan milo ais yang terkena lengan jubahku. Sambil itu sempat aku mengangguk tanda okey. Terdengar tawa kecil Niel. Bukan tawa mengejek, tapi macam geli hati dengan caraku.
Jujurnya, kadang-kadang saya rasa Liya ni cute sangat. Suka buat perkara yang comel dan agak clumsy. Dari mula saya kenal Liya, walaupun Liya suka bebel macam mak cik, tapi Liya masih terserlah dengan sifat childish. Pandai pula Niel mengkaji sifatku.
Aku bagi renungan tajam padanya, Iz nampak saya dekat tiang tadi dan nampak saya lari ke surau Masa dekat tiang tu, saya tak nampak tapi saya boleh rasa ada orang dekat sebelah saya. Ada aura kut. Bila saya toleh ke tiang memang saya tak nampak Liya, tapi saya rasa Liya ada dekat sebalik tiang. Saya sengaja buat-buat berjalan. Kemudian saya toleh belakang, nampak Liya tengah lari ke surau. Niel akhiri ceritanya dengan gelakan kecil.
Penat-penat aje saya menyorok. Aku mendengus perlahan. Wajah kukelatkan sedikit.
Saya ganggu Liya ke masa suruh Atikah bagi telefon tu Soal Niel dan aku cepat-cepat senyum. Tak mahu dia rasa bersalah.
Taklah. Masa tu saya dah siap solat. Lagipun memang patut pun Iz bagi SMS tadi. Macam tak sopan sangat saya lari macam tu aje dari majlis, luahku sedikit kesal.
Saya minta maaf sebab terpaksa gunakan ummi dan Kak Inayah untuk buat Liya keluar. Hati aku jadi sebu bila Niel asyik minta maaf. Niel macam mahu topup maaf-maaf sebelum ini yang tak pernah terungkap semasa dia masih si bad boy nakal agaknya.
Tak apalah. Yang penting dah selesai. Tak kisah macam mana permulaannya, yang penting pengakhirannya. Cukup sopan aku luahkan.
Senyum lagi Niel. Aish, mula dah jantungku maraton. Kawal diri sendiri, jangan lalai. Tapi, sesungguhnya kurasakan senyuman Niel terlalu manis. Macam sejuta lollipop candy. Pipinya yang agak naik apabila tersenyum menambahkan tahap gula di wajahnya. Andai dulu aku boleh kena darah tinggi kerana sifatnya, saat ini rasanya aku boleh kena diabetes pula.
Ehem. Kali kedua dia berdehem. Termalu sendiri aku dibuatnya. Terus tertunduk. Khusyuk benar mengkaji gula dekat bibirnya tadi.
Erm, Iz ambil course apa ya Dah semester berapa Kononnya hendak tutup malu. Tapi, elok juga aku tanya soalan yang sudah lama bersarang dalam kepala ni.
Niel ketawa perlahan sebelum menjawab. Sah, dia ketawakan aku.
Diploma in Business Management. Sekarang semester lima. Patutnya tinggal satu semester lagi. Tapi, sebab saya nakal, jadi kena extend satu semester. Jujur sahaja Niel denganku.
Aku bagi senyuman nipis sambil mengangguk.
Mesti Liya kecewa, kan Soal Niel dengan kening terangkat sedikit.
Taklah. Tak penting pun Iz yang dulu, yang lebih utama Daniel Izdihar yang sekarang. Janji dengan saya Iz akan belajar rajin-rajin dan habiskan final year dengan keputusan cemerlang. Cover semula pointer yang sebelum ni. Dapatkan CGPA yang baik. Boleh, kan Kali ini nasihatku persis seorang kakak.
Niel tersenyum manis sambil mengangguk.
Habis diploma ni nak terus sambung degree atau kerja dulu Aku menyoal lagi.
Ikutkan daddy nak saya sambung dulu. Lepas dapat degree terus kerja dengan daddy, jawab Niel dengan pandangan dihalakan ke depan.
Bagus juga macam tu. Kumpulkan sebanyak mungkin ilmu akademik dulu, kemudian baru praktikkan dalam kerjaya, balasku sambil turut memandang ke arah yang sama.
Tapi, Liya tak kisah tunggu saya habis belajar Lambat lagi tu. Sengaja Niel bagi soalan jerat. Wajahnya dipaling menghadapku semula.
Mana-mana pun boleh. Saya ikut aje percaturan jodoh kita. Opss, aku tersasul. Terus pipi rasa kebas. Boleh pula tercakap soal jodoh. Wajahku ditundukkan 90 darjah.
Tiba-tiba muncul satu kotak kecil merah di bawah mukaku. Spontan aku dongakkan kepala. Niel sedang merenungku sambil buat isyarat supaya aku sambut hulurannya. Kotak kuambil dan dengan gerak perlahan aku membukanya. Mataku bulat melihat isinya. Kemudian, renungan kuhala pada Niel.
Yang kesembilan dan kesepuluh Soalku walau sudah tahu jawapannya.
Niel mengangguk sambil tersenyum nipis. Aku balas senyumannya semanis mungkin. Rasa pipi kebas tadi beransur lenyap. Dua charm berbentuk love sempat kubelek sebelum Atikah memanggil kami untuk sesi bergambar.
TASHA, saya betul-betul minta maaf sebab dah salah anggap dengan Tasha.
Sebenarnya lepas aje pertemuan kita pasal cek tu, saya terus anggap Tasha mainkan saya. Tasha tak ikhlas datang rumah dan kata nak tolong saya. Saya rasa bersalah sangat. Jujur aku meluahkan. Natasha tersenyum nipis.
Tak ada apalah. Maksudnya lakonan saya menjadilah, balas Natasha sebelum menyedut jus oren yang masih belum luak.
Aku tersenyum lega. Pertemuan hari ini memang dirancang Natasha. Semalam dia menelefonku dan aku terus setuju untuk berjumpanya. Biarlah pertemuan ini menjadi medium luahan dari wanita ke wanita.
Sebenarnya apa yang berlaku Tentang cek semua tu memang dirancang ke Aku terus menyoal setelah kami makan beberapa suap.
Lepas pertemuan kita dekat rumah sewa Sha tu, memang saya asyik fikirkan cara macam mana nak buat abang sedar akan keikhlasan Sha. Mula-mula tu saya sekadar tanya-tanya pasal Sha dan masa tu abang agak melenting. Dia memang belum percayakan Sha. Bila saya yakin yang pujukan tak akan lembutkan hati abang, jadi saya terfikirkan cara lain. Sengaja saya bagitahu abang untuk uji Sha. Saya memang sengaja tak hubungi Sha dalam tempoh yang lama sebab tak mahu terkantoi dengan abang. Biarlah semuanya selesai dulu, baru saya nak jumpa Sha dan jelaskan semuanya. Agak panjang penjelasan Natasha.
Aku mendengar penuh teliti. Kemudian Natasha ceritakan dengan jelas apa yang telah dirancang.
Nafas panjang kuhela. Tak pernah terjangka itu yang berlaku di sebalik semua ini. Walau cara Natasha agak lapuk, tapi ianya cukup berkesan. Sungguh aku terhutang budi dengan Natasha. Lagi satu, tak kusangka dia cukup percayakan aku hingga sanggup perjudikan wang ringgit yang sangat banyak. Benar, Natasha pelakon yang sangat hebat. Namun, lakonannya membawa kebaikan pada semua orang.
Itulah maksud tersirat bila abang cakap yang you dah sedarkan dia betapa kasih sayang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Alhamdulillah. Terima kasih Tasha. Tak tahu macam mana saya nak balas jasa Tasha. Tak sangka saya yang Tasha begitu cepat percayakan saya. Andainya saya tiba-tiba jadi tamak dan terus ambil duit yang ditawarkan tu
Sebab saya yakin Shaqina bukan gadis macam tu. Biasanya firasat saya jarang salah. Natasha tergelak kecil sambil mencuit tanganku.
Aku balas dengan senyuman lebar.
Andainya Niel tahu tentang ni mesti dia rasa sangat terharu dengan Tasha. Luahanku benar-benar jujur.
Jangan! Kalau Niel tahu, pasti akan ada sikit rasa kesal dengan daddy dia. Biarlah apa yang saya dah lakukan ni jadi rahsia kita berdua aje. Yang penting saya lega tengok dia dah makin ceria dekat rumah. Hubungan dia dengan daddynya pun dah makin akrab. Selalu tengok dia orang main catur. Tentang hubungan saya dengan Niel, biarlah Niel perlahanlahan cuba. Saya pun tak mahu terus paksa. Sungguh aku tersentuh hati mendengar kata-kata Natasha.
Hakikatnya wanita di hadapanku ini seorang yang sangat baik. Sanggup berkorban untuk orang yang dia sayang. Niatnya sama denganku iaitu mahu menutup semua yang Datuk Darius lakukan padaku. Semuanya kerana ingin menjaga hubungan kedua beranak itu yang baru pulih.
Sha akan selalu doakan Niel terima Tasha sepenuhnya, luahku. Tangan Natasha kugenggam. Lama kami berbalas senyuman.
Cantik selendang, Sha. Tiba-tiba Natasha memuji.
Terima kasih. Aku membalas sambil tersengih.
Saya teringin nak pakai tudung satu hari nanti.
Nak pakai sekarang pun boleh, balasku sambil mengangguk.
Belum lagi kut. Insya-Allah dah sampai seru nanti saya pakai. Tapi, jujur Sha nampak cantik sangat berhijab. Lagi sekali Natasha memuji. Kembang semangkuk aku dibuatnya. Jika dibandingkan aku dengan Natasha, pastinya dia berganda-ganda lagi cantik dariku.
Semua orang akan nampak manis dan cantik bila berhijab. Tasha pun sama. Aku puji dia semula.
Insya-Allah. Saya bukan tak nak pakai sekarang, tapi Natasha terhenti seketika.
Perlahan-lahan dan ikhlaskan hati untuk berhijab. Insya-Allah, apabila hati kita terdetik untuk buat sesuatu yang baik, ianya akan dimudahkan. Satu senyuman manis aku hadiahkan buat Natasha.
Moga yang terbaik untuk sahabat baruku ini atau jika tak keterlaluan boleh kupanggil bakal ibu mentua tiriku.
CHUPP Munirah berhenti melangkah
sambil memegang lenganku.
Aku menoleh dan kening kuangkat.
Menanti ayat yang seterusnya.
Aku tertinggal charger telefon yang baru beli tadi. Mesti dekat kaunter restoran, jelas Munirah sambil memegang dahi.
Dah tu, jom pergi ambil. Macam mana entah boleh tertinggal. Sempat pula aku membebel siap gelengkan kepala lagi.
Kau tunggu dekat kereta ajelah. Jauh nak patah balik. Kita dahlah parking jauh. Munirah menolak tawaranku.
Bukannya susah pun teman. Aku sudah berpaling.
Kau tunggu dalam kereta aje. Aku nak pecut ni. Tengoklah kaki aku panjang mana. Munirah tersengih lebar sambil kenakan aku. Dengan hidung yang dikerutkan aku mengangguk.
Kemudian kami terus menuju ke destinasi berasingan. Ketika aku menapak turun dari anak tangga deretan kedai dan sudah hampir ke Irizku, Galaxy A elok menyanyi riang. Terus aku keluarkan dari dalam tas tangan. Eh, Daniel Izdihar Saya yang telefon. Opss, gediknya kenyataan aku.
Assalamualaikum.
Waalaikumussalam. Saya dah belikan tiket flight ke Kota Bharu untuk Liya. Seperti biasa, Niel terus ke tujuannya. Memang terkejut aku dibuatnya.
Apa Kenapa belikan Saya boleh beli sendirilah. Iz janganlah susahkan diri. Membazir duit aje. Bebelanku bermula.
Tak susah mana pun. Tekan tekan dah siap beli. Sengaja tak bagitahu Liya sebab dah agak Liya mesti tak setuju. Nanti bagi alamat emel Liya, saya emelkan itinerary. Arahan dari si bad boy, mana boleh ingkar.
Iz buat saya rasa serba-salah. Lain kali jangan buat ya. Terima kasih banyak-banyak. Saya nak bayar boleh, kan Aku sengaja mencuba walau tahu peluangnya tipis.
Tak perlu nak bayar. Anggap aje hadiah. Yang penting Liya sampai dengan selamat. Jangan lupa bagi alamat emel. Jawapan yang kujangka dari Niel.
Okey, apa-apa nanti saya bagitahu Iz. Kupilih untuk mengalah.
Okey. Assalamualaikum. Cepat benar Niel ingin tamatkan perbualan.
Waalaikumussalam. Aku balas juga.
Galaxy A aku alihkan dari telinga dan sepantas kilat sesuatu berlaku. Seorang lelaki tiba-tiba meragut tas tanganku. Galaxy A terlepas dari tangan dan jatuh ke atas jalan bertar.
Jangan! Jeritanku bergema sekuat mungkin sambil tangan cuba mempertahankan tas tanganku.
Dalam sekelip mata, muncul seorang lagi dan dia terus menarik lenganku. Gelang Pandora pula menjadi mangsa. Sungguh aku tak sanggup kehilangannya. Tas tangan aku lepaskan dan tangan kiri terus menggenggam Pandora yang masih belum berjaya ditarik peragut kedua.
Dengan tenaga yang kecil, aku sepak betis peragut kedua. Dia mengaduh sakit dan spontan melepaskan pegangannya di lenganku. Tidak sampai sesaat, dia menolak tubuhku dan aku terus terdorong ke belakang.
Arghhh, jeritku perlahan saat terasa sesuatu menghiris lenganku.
Tolong! Dalam keadaan yang terduduk aku menjerit sekuat hati. Entah kenapa tika ini wajah Niel terus berlegar di minda.
Ya Allah, aku benar-benar perlukan dia saat ini. Dia bagaikan pelindungku. Air mata sudah mula nakal meniti di bibir mata. Andainya sesuatu yang buruk berlaku padaku, aku belum sempat bertemu mama, abah dan Shauqi. Dua minggu lagi baru aku akan pulang ke Kota Bharu dan rancanganku itu entah kan berjaya atau tidak.
Ya Allah, berikan hamba-Mu ini kekuatan untuk menempuh apa jua yang bakal berlaku.