tetapi anak Kakak dia yang dah meninggal dan Elzaara belum pernah berkahwin. Saya pernah berjumpa dengan Haziq beberapa kali dan Haziq juga pernah berjumpa dengan Mummy dan Daddy saya sewaktu dia mengikut Lisa berkunjung ke rumah saya baru-baru ni. Saya juga tahu kisah yang berlaku dalam hidup Elzaara dan Haziq sebelum ni.
Encik Yusuf agak terkejut apabila dia diberitahu bahawa Haziq pernah berkunjung ke rumah Brian dan itu sememangnya berada di luar pengetahuannya. Tapi, itu tidak menjadikan Encik Yusuf sudah berpuas hati dengan anak muda di hadapannya itu. Dia masih lagi ingin mengorek rahsia hati dari pemuda itu.
Kamu tahu kisah silam Elzaara
Tahu uncle.
Kamu tak kisah ke Kesucian dia hampir-hampir diragut. Kamu tak malu ke kalau orang tahu soal ni Provok Encik Yusuf. Matanya dicerlung tepat ke arah Brian yang masih lagi beriak tenang.
Kisah silam adalah perkara yang sudah lepas. Sepatutnya tak menjadi masalah sebabnya perkara itu sudah pun berlalu, kecuali hal tersebut dapat diputarkan kembali dengan masa barulah kita boleh memikirkan dengan serius. Bagi saya mudah. Tak perlu ambil pusing dengan apa yang orang perkatakan. Saya tak ada hak untuk menutup mulut orang lain dan biarkan mereka nak berkata apa-apa pun yang penting saya tahu perkara sebenar. Tapi, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga aib dan maruah isteri saya selain menjaga aurat dia. Ringkas tetapi padat jawapan yang diberi.
Encik Yusuf amat berpuas hati dengan setiap jawapan yang diberikan oleh Brian. Dia mula yakin dengan Brian. Tapi, dia tidak boleh membuat kesimpulan dan keputusan terlalu cepat. Dia masih belum lagi mengenali Brian sepenuhnya. Tiada apa-apa maklumat berkaitan Brian yang dia tahu. Kepalanya ligat berfikir soalan untuk meneruskan misi penyiasatan terhadap bakal menantunya ini.
Kamu kerja di mana Sebagai apa Tinggal di mana Solat pernah tinggal Kalau uncle suruh kamu imamkan solat, kamu boleh Berdas-das soalan meluru keluar bagaikan bertih jagung yang sudah masak saja lagaknya!
Saya kerja di Danau Kota, tapi saya tinggal di Setapak. Saya ada bisnes kafe saya sendiri. Rumah keluarga saya di Bukit Damansara. Setakat ni Alhamdulillah saya belum pernah tinggal solat lagi cuma kadang-kadang tu saya adalah terlewat sedikit menunaikan solat, tapi saya akan pastikan yang saya takkan tinggal solat. Insya-Allah saya boleh jadi imam dalam solat kalau uncle inginkan saya untuk mengimamkan solat.
Alhamdulillah! Baguslah kalau macam tu. Solat
tu tak boleh tinggal, kalau tak macam mana kita nak pimpin isteri dan anak-anak Berat sebenarnya nak pikul tanggungjawab mendidik isteri dan juga anakanak ni. Ilmu kena cukup kalau tak sia-sia je kita kahwin sebabnya tak ada sebarang pengisian ilmu ukhrawi dalam dada. Uncle minta maaflah sebab uncle berkasar dengan kamu tadi. Uncle bukannya apa, uncle cuma nakkan yang terbaik untuk Elzaara sebab dia seorang je anak yang uncle ada. Uncle nak tengok dia bahagia. Maafkan uncle ya Encik Yusuf menepuk bahu Brian. Sempat juga Encik Yusuf membuka kitab syarahan pendek menyebabkan yang lain teranggukangguk bersetuju dengan pendapatnya.
Eh, tak apalah uncle. Saya faham. Uncle jangan risau.
Bagi pihak saya, tiada halangan langsung. Saya amat berpuas hati dengan Bunyamin ni. Saya yakin dia mampu menjaga anak dan cucu saya dengan baik. Memang pada mulanya kami ni macam keberatan juga sebab tak kenal, tapi dah berkenalan ni, rasanya tak ada masalah kot. Saya yakin yang Bunyamin ni datang daripada keluarga yang baik-baik. Cuma sebelum tu kena tanya ibu dia dulu kot ada apa-apa nak tanya.. Ayu, awak macam mana Okey ke Ada apa-apa awak nak tanya sebelum kita buat keputusan Encik Yusuf menoleh dan melihat Puan Rahayu terpinga-pinga.
Hah Saya Tak ada apa nak tanya. Saya ikut keputusan Abang je. Cuma saya nak tanya sikitlah yang Bunyamin dengan Lisa ni tak ada apa-apa ke. Saya takut kalau-kalau mereka ni ada simpan perasaan, tapi tak terluah. Kalau ada baik cakap sekarang, Mak Long tak nak nanti jadi macam-macam perkara di belakang hari. Risau pula kalau ada timbul sebarang masalah di kemudian hari nanti. Puan Rahayu melahirkan kegusarannya.
Lisa ketawa dan Brian pula hanya tersenyum lebar. Puan Rahimah dan Puan Rahayu memandang pelik kepada mereka berdua.
Hesy, Lisa dengan Brian ni kawan baik je. Kami memang rapat cuma perasaan cinta tak wujud antara kami. Hubungan Lisa dengan Brian ni dah macam adikberadik pun ya juga. Mummy dan Daddy Brian ni Mak ayah angkat Lisa masa dekat London ni dulu sebab tu Lisa berani nak kenalkan Brian. Kami memang tak ada perasaan antara satu sama lain. Lisa pun dah ada buah hati sebenarnya.
Aunty Faridah dan uncle Will yang sedari tadi berdiam diri mengangguk tanda mengiakan kenyataan
Lisa.
Aah, Lisa ni anak angkat kami masa dia belajar di London dulu sebab kami pun tak ada anak perempuan. Kami dah anggap Lisa ni macam anak perempuan kami. Mereka berdua ni memang rapat dan kami pun tahu tentang hubungan cinta Lisa dengan kekasihnya.
Patut pun rapat semacam. Mak Long bukannya apa, cuma Mak Long risau je kot-kotlah Lisa ni bercinta dengan Bunyamin ni, tak adalah Mak Long dengan Pak Long buat keputusan yang salah. Lisa faham kan maksud Mak Long tadi
Eh, Mak Long jangan risaulah. Lisa sendiri yang merestui hubungan Brian dengan El dan tolong Brian untuk dekati Elzaara. Brian sendiri cakap dia sayangkan El, dia nak masuk meminang El.
Lisa, Lisa... Bertuah betul anak dara seorang ni. Bukan nak bercerita dengan orang tua dulu, boleh pula dia buat perancangan sendiri. Mujur kamu buat perkara yang baik kalau tak... Puan Rahimah membebel mengenangkan perihal anak sulungnya yang membuat perancangan tanpa berbincang terlebih dahulu. Lisa hanya tergelak manakala yang lain hanya tersenyum.
Tergeleng-geleng kepala Puan Rahayu.
Kalau bolehlah kami nak tahu, boleh ke pihak kami ni nak masuk meminang Elzaara untuk anak kami Bunyamin ni aunty Faridah tiba-tiba bersuara.
Macam saya cakap tadi, pihak keluarga saya tiada halangan. Kami terima Bunyamin dan Elzaara ni disatukan. Pasal Elzaara tu Encik dan Puan jangan risau, saya akan uruskan. Ya kan Ayu, Imah.
Alhamdulillah!
Uncle Will dan aunty Faridah serentak meraup muka mereka dan mengucapkan syukur apabila mendengarkan jawapan Encik Yusuf mengenai peminangan mereka.
Alhamdulillah!
Brian mengucapkan rasa syukurnya yang tak terhingga di dalam hati dan hatinya kini mulai lapang apabila niat baiknya sudah direstui dan diterima tanpa sebarang syarat.
Ya. kiranya pihak kami dah terima lamaran ni. Lepas ni bolehlah kita teruskan dengan majlis bertunang, tak perlu nak datang meminang apa bagai lagi. Ni pun dah kira merisik dan meminang sekali. Senang, tak payah nak buat dua tiga kali kerja. Lepas ni kita boleh fokuskan untuk majlis bertunang jelah. Putus Encik Yusuf.
Alhamdulillah! Syukur! Lega hati kami kalau macam tu. Mudah macam tu. Tapi, maaflah sebab kami datang merisik ni tak ikut adat pula. Rasa segan pula kami, yelah dahlah datang macam ni je, apa pun tak bawa. Ucap uncle Will.
Allah! Tak ada apalah Encik Wafri. Apa yang ada je pun. Lagipun semua tu adat je. Yang penting niat kita nak satukan budak-budak berdua ni. Saya ni jenis simple je. Mana yang boleh diringkaskan, kita ringkaskan aje.
Senyuman Brian kini sudah melebar sehingga ke telinga. Lisa yang berhampiran dengan mengucapkan tahniah kepada Brian.
Congratulations, Brian.
Thank you, Lisa!
Setelah semuanya selesai, mereka mula berbincang mengenai majlis pertunangan Brian dan Elzaara. Puan Rahimah yang cekap dalam hal-hal begini mula memberikan cadangan. Rancak kedua-dua belah keluarga berbincang untuk majlis pertunangan.
B
RIAN DAN Lisa menjauhkan diri mereka daripada perbincangan keluarga mereka.
Mereka berdua melangkah keluar melepak di gazebo di halaman rumah.
Lisa, thanks a lot. You dah banyak tolong I. I tak tahu nak balas budi you macam mana. You memang kawan baik I yang paling baik. I terhutang budi sangat dengan you.
Thanks je! Amboi! Senang betul. I nak upah! Penat tau I jadi orang tengah ni.
You nak upah apa Kalau setakat belanja you makan I okey je. You datang kafe nanti I bagi you makan free.
Bersungguh-sungguh Brian menyuruh Lisa datang ke kafenya. Riak wajahnya sudah seakan-akan kanakkanak yang sedang blur tidak memahami butir bicara yang sedang dituturkan oleh Lisa.
I tak maulah makan free dekat kafe you. Muaklah. Lagipun dekat kafe you tak best!
Amboi! Ni dah kira mengutuk dah ni. Ha, dah tu you nak apa
I nak upah flight ticket to Singapore. Amacam
Lah, setakat nak pergi Singapura pergi dengan kereta pun boleh. Untuk you apa-apa pun boleh. Bila you nak pergi Singapura
Brian! I gurau jelah. You ni kan... Sejak bila you jadi blur ni. Sejak Elzaara depan mata ya Brian ketawa besar.
I tak nak apa-apa pun. I cuma nak tengok you dengan Elzaara bersanding, tu saja. Dapat rasa nasi minyak you pun I dah happy. Finally, kebahagiaan milik both of you. I mengharapkan you dengan El akan bahagia selamanya. I dah tak nak tengok Elzaara bersedih lagi, murung macam dulu. Dia tak sepatutnya rasa perkara pahit tu. Kini dah tiba masa untuk El rasa apa yang sepatutnya dia rasa. Its time for her to move on.
Alhamdulillah! Tulah I pun rasa bersyukur sangat-sangat. I akan pastikan dan I akan kembalikan senyuman yang dah lama mati di bibir Elzaara. I harap
I mampu buatkan Elzaara tersenyum. Lisa tersenyum.
So, apa perasaan you masa kena interview tadi I tengok you quite steady je masa Pak Long I interview you. Macam dah prepare.
Tadi masa kena interview dengan Pak Long you, kecut juga I rasa. Tough gila soalan-soalan tu. Memang I tak sangka betul I dapat soalan yang I tak pernah target. Tapi, nasib baiklah I dapat lepas tahap kritikal tu...
First time tau I tengok Pak Long I berperangai macam tu. Keluar habis karekter pengetua sekolah dia. Yang paling I tak sangka tu kaw-kaw Pak Long I kutuk anak dia. I rasa nak tergelak pun ada. Ada ke patut anak dia tu tak kahwin lagi dikatanya janda. Ni kalau El dengar mahu muncung 14 inci ni. Tapi I memang respek dan tabiklah dengan you. Pandai you tangkis peluru berpandu Pak Long I. Lisa menegakkan ibu jarinya.
See the leglah... Eh, dari mula I sampai kelibat El dengan Haziq tak ada pun. Mana mereka pergi Kalau ada boleh kenalkan El dengan Mummy dan Daddy I.
Brian tiba-tiba teringatkan Elzaara dan si kecil Haziq itu. Dia baru perasan bahawa bayang mereka berdua tiada di rumah itu sejak dia tiba di rumah itu.
Mak Long cakap dia orang pergi joli dekat Kidzania dengan Lyn. Haziq nak pergi main dekat situ. Tu yang sunyi je rumah ni, kalau tak, mahunya runtuh rumah Pak Long I ni tak pun retak dinding dengan suara riuh rendah mereka berdua tu.
Sebut sahaja soal Elzaara, hatinya berbungabunga. Dia sendiri sudah lama tidak berjumpa dengan pengarang jantungnya itu.
Alhamdulillah semuanya dah settle. Lepas ni bolehlah buat persiapan.
Kedengaran suara aunty Faridah yang muncul di muka pintu utama. Nadanya yang gembira menandakan segala yang dirancangkan di dalam rumah tadi.
Lisa dan Brian serentak bangun dan mendekati keluarga mereka.
Tulah dia. Tak sangka semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah! Moga-moga jodoh anak-anak kita tu kuat. Rasa tak sabar pula rasanya nak tunggu majlis pertunangan tu. Sahut Puan Rahayu.
Nanti bolehlah kita jumpa dekat butik untuk uruskan apa yang patut macam yang kita bincangkan tadi. Rasanya esok pun dah boleh mula buat persiapan. Puan Rahimah juga yang berasa teruja mengingatkan akan rancangan mereka.
Encik Yusuf dan uncle Will hanya tersenyum lebar. Siapa sangka bahawa kedatangan uncle Will sekeluarga yang hanya untuk berkenalan tiba-tiba bertukar menjadi acara merisik Elzaara. Mungkin juga kerana sifat kejujuran dan kerendahan hati mereka sekeluarga terserlah dan Brian bersungguh-sungguh menyakinkan Encik Yusuf sekeluarga. Jika tidak, masakan Lisa boleh berada selesa dalam keluarga Brian. Sewaktu perbincangan mereka dua keluarga di dalam, Encik Yusuf juga membuka cerita apa yang terjadi pada Elzaara enam tahun lepas kepada uncle Will dan aunty Faridah untuk penjelasan kepada mereka berdua.