SAAT AKU BERPALING - 35
NADHIRAH duduk sendirian di dalam sebuah bilik yang ditempahnya di Evelyn Golf and

Country Resort. Dia sengaja memilih lokasi ini kerana ia terletak di kawasan pendalaman.

Ada satu pertemuan rahsia telah diatur olehnya pada malam ini. Ada seseorang yang perlu ditemuinya dalam usahanya untuk membalas dendam. Dia sudah tekad untuk tidak lagi mempedulikan sesiapa. Malah wang hasil usahanya menguruskan perniagaan Mamanya yang tidak pernah disentuh selama ini sudah tersedia untuk digunakannya.

Hurm, kenapa nak jumpa aku. Sapa Ammar tanpa adab sebaik sahaja pekerja resort yang mengiringinya meninggalkan mereka berdua.

Saja. Nad nak tengok muka abang. Dah lama tak tengok. Duduklah dulu, kita minum-minum.

Jangan nak main-main. Aku tak suka. Banyak lagi kerja aku nak buat selain dari buang masa jumpa budak hingusan macam kau ni.

Saya tak main-main. Saya memang nak jumpa abang pun. Duduklah dulu. Ada benda penting saya nak bincang dengan abang. Nadhirah mempelawa buat kali kedua pada abangnya yang kelihatan sedikit tidak terurus penampilannya.

Apanya Ammar kelihatan seperti kurang selesa untuk berbual ketika ini. Dia kelihatan seperti sedang ketagihan. Hidung dan matanya memerah dan berair.

Saya nak beli saham abang dalam Emerald Group. Abang cakap je berapa abang nak. Saya boleh bagi.

Hurmaku memang dah jangka dah. Aidid, Adelia, Mama dan kau sama je. Semua dekat dengan aku sebab nak aku sokong dia orang, tak pun nak beli saham aku. Kau orang ingat aku ni tak guna sangat ke

Tak, saya tak cakap macam tu, saya cuma nak tolong abang.

Tolong apa Aku tak perlu pertolongan semua.

Abang dah berhenti ke ambil barang Nadhirah separuh berbisik. Dia mencuba cara lain bagi memujuk Ammar.

Aku ambil ke berhenti ke, kau peduli apa Hal aku, aku uruskan sendiri. Tak payah nak sibuk.

Nad ada hadiah nak bagi abang. Sebuah kotak kecil sebesar kotak mancis dihulurkan kepada Ammar.

Ambillah. Nadhirah berterusan mempelawa apabila Ammar kelihatan ragu-ragu untuk menerima pemberiannya.

Kalau abang sudi jualkan saham abang pada Nad, Nad janji, yang abang akan dapat duit yang cukup banyak. Nadhirah membuat tawaran pada Ammar. Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk menggelapkan mata Ammar.

Dia tersenyum memerhati gelagat Ammar yang terkocoh-kocoh menyembunyikan kotak berisi dadah ke dalam poket seluarnya. Memang itulah yang diperlukannya sekarang. Dia sedang ketagihan. Apa maksud kau

Saham abang. Nad akan bayar berapa banyak pun yang abang nak. Apa sahaja yang abang nak, Nad akan bagi. Nadhirah tahu yang Ammar sudah pun mula terpikat dengan umpannya.

Kau boleh ke bagi bekalan barang dekat aku

Nad tak tahu mana nak cari semua tu dengan jumlah yang banyak. Nad tak pandai sangat, tapi kalau abang setuju untuk bagi apa yang Nad minta, hidup abang akan senang. Nad akan bayar setimpalnya. Terpulang pada abang nak gunakan duit tu macam mana pun. Nadhirah cuba meyakinkan Ammar.

Boleh percaya ke dengan apa yang kau cakap ni Kau mampu ke nak bayar berapa aku nak

Saya rasa lebih baik abang percayakan saya daripada abang Aidid dan Adelia. Abang ingat abang Aidid dengan Adelia, benarkan abang tinggal dengan dia orang sebab sayang ke Nadhirah terus menghasut.

Ammar senyum sinis. Dia bukan bodoh.

Dia orang cuma nak sokongan abang. Kalau kedudukan abang Aidid terancam nanti, sokongan abanglah yang dia orang akan tagih sebab itulah dia orang bagi abang ruang di rumah agam tu. Kalau tak, sampai kiamat pun abang kena tinggal di pusat pemulihan. Dia orang tu cuma nakkan undi dan sokongan abang je. Nadhirah menyedut sedikit jus kiwi yang sudah terhidang di atas meja.

Kau ingat aku ni bodoh sangat ke sampai tak sedar yang dia orang gunakan aku Aku dah lama tahu dah.

Baguslah kalau abang dah tahu. Dan Nad nak abang tahu juga yang abang Aidid sedang memastikan sokongan Ahli Lembaga Pengarah padanya melebihi 50 peratus, jika abang Aidid berjaya, dia orang akan pinggirkan abang macam selalu. Tak mustahil juga yang suatu hari nanti, abang akan dihantar semula ke tempat asal abang sebelum ni

Mana kau tahu

Tindakan abang Aidid senang dibacalah. Eh, Nad juga dapat tahu yang abang Aidid bakal bekukan akaun dan elaun abang sebab tak mahu abang beli barang. Tapi, Nad tak macam tu. Senyuman nipis terukir dibibir Nadhirah.

Kau ni biar betul Elok je akaun aku hingga semalam.

Dia orang sekarang dah mula adakan perbincangan dengan peguam dan Jabatan Kewangan Syarikat. Mama pun dah setuju dengan semua ni. Tinggal abang aja yang tak tahu. Nadhirah memperbodohkan Ammar.

Kurang ajar betul! Ammar jadi berang. Habislah dia kalau akaunnya dibekukan dan elaunnya diberhentikan.

Itulah Nad nak abang fikir betul-betul. Kalau abang jual saham abang pada Nad, Nad akan pastikan abang ada tempat tinggal lain selepas ni, ada rumah sendiri, ada duit sendiri. Tak payah kerja teruk-teruk, tak payah nak sembah Aidid dan Adelia. Nad akan bayar dengan kadar yang tinggi kalau abang sanggup jual saham tu pada Nad.

Aku nak barang, itu yang penting. Kau boleh ke bekalkan barang dekat aku Kau kenal ke kaki-kaki yang ada benda ni semua Ammar mempamerkan wajah sangsi.

Nad tak tahu benda-benda macam ni, tapi Nad kenal Richard. Barang yang abang baru letak dalam poket tadi, Nad dapatkan dari dialah. Nadhirah mula berkeyakinan dengan rancangannya.

Ammar jungkit kening. Nadhirah kenal Richard Boleh tahan juga adik tirinya ini. Jangan nak tipulah,

Nadhirah! Perempuan macam kau ni tahu ke bendabenda macam ni Entah-entah kau jual je nama Richard tu... Ammar nampaknya sudah semakin terpujuk.

Nad tahu dia orang dah berhenti supply barang pada abang sebab abang tak bayar deposit untuk tahun ni. Nak join group tu bukan senang. Abang nak kena guna banyak duit yang sememangnya abang langsung tak ada sekarang.

Kau ingat aku ni sengkek sangat ke Nadhirah Aku ada duitlah. Lagipun aku pun dapat juga harta dari Papa macam kau orang.

Abang ingat senang sangat ke dapat semua tu. Paling cepat pun ia akan ambil masa berbulan-bulan. Lambat lagi abang kena tunggu kalau abang nak jual aset yang Papa serahkan pada abang. Nak tukar hak milik bukannya cepat.

Nadhirah cuba menyedarkan Ammar akan hakikat sebenar. Proses penukaran hak milik bukan semudah membeli ikan dipasar. Banyak benda perlu disediakan, banyak dokumen perlu diisi dan banyak masa perlu diambil.

Tapi, abang boleh masuk kumpulan tu balik kalau abang setuju dengan tawaran Nad. Sekurang-kuranya abang ada duit untuk dapatkan bekalan.

Nadhirah tahu selama ini Ammar mendapatkan bekalan dadah berkualiti tinggi daripada kumpulan yang dikenali sebagai Blue Shark. Kumpulan ini menawarkan dadah mahal buatan luar negara, perlindungan terhadap ahli-ahlinya daripada dicekup polis atau wartawan dan sebagainya adalah setimpal dengan kadar bayaran yang amat tinggi.

Boleh dikatakan kebanyakan ahli kumpulan ini terdiri daripada anak-anak orang kaya yang tidak mahu keadaan mereka sebagai penagih didedahkan pada dunia. Bukan susah pun bagi Nadhirah nak siasat semua tu. Ada duit semua jalan.

If you grab my offer, abang boleh guna duit yang Nad bagi dan bayar pada Richard hari ni juga. Dia takkan teragak-agak untuk bekalkan terus barang yang abang nak tanpa banyak soal.

Richard, budak Blue Shark Kau pasti Macam mana kau kenal dia orang Ammar terlopong.

Hairan benar dia dengan apa yang diperkatakan Nadhirah. Bagaimana perempuan seperti Nadhirah boleh mengenali dan berurusan dengan ahli kumpulan samseng yang membekalkan dadah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Nad amat pasti. Bukan susah nak dapatkan maklumat. Well, I have the money that you dont. Jangan sampai Nad tarik balik tawaran ni. Abang juga yang melopong nanti. Lagipun tawaran Nad lebih menarik berbanding tawaran Aidid dan Adelia. Abang boleh enjoy dengan duit yang abang dapat daripada Nad.

Nadhirah menabur janji. Jika Ammar setuju dengan permintaannya, dia akan menunaikan segala permintaan Ammar. Duit bukan isu besar bagi Nadhirah, segala permintaan Ammar akan dia penuhi.

Ingat abang, kalau tak kerana abang ada share saham dalam Emerald Group, Aidid dan Adelia akan hantar abang tinggal dekat pusat pemulihan macam selalu, tapi bukan Nad. Nad akan pastikan abang dapat semua yang abang nak. Nad akan bayar duit yang cukup banyak untuk abang belanja kalau abang sanggup bagi saham tu pada Nad.

Betul ke kau ada duit sebanyak tu

Sebanyak mana abang nak. Nad ada duit tu. Itulah kelebihan Nadhirah.

Duit yang selama ini diperolehi daripada elaun yang diberikan Tan Sri Malik, disimpan dengan cermat. Hari ini akan dilaburkan semula ke dalam Emerald Group. Nadhirah akan pastikan yang segala-gala yang dirancangnya berjalan baik bagi memuaskan hatinya.

Dia punya duit untuk digunakan bagi membantunya membalas dendam. Aidid dan Adelia langsung tidak mengetahui akan kemampuan Nadhirah yang satu ini. Oleh itu Nadhirah bertekad yang dia akan menggunakan segala-galanya bagi melunaskan dendamnya. Saat adik-beradik tirinya leka dengan angan-angan, dia akan pastikan dia punya cukup wang dan masa untuk membeli saham-saham yang lain.

Kalau aku setuju macam mana

Kita jumpa lagi esok. Kita ke pejabat peguam.

Sahkan segala prosedur di sana. Abang setuju

Berapa kau nak bayar aku

Berapa yang abang nak minta

Banyak sangat ke duit kau, sampai kau berani sangat nak beli saham aku tu.

Nad dah cakap, Nad akan bayar sebanyak mana yang abang nak. Tapi, kalau abang letak harga yang mengarut sangat, Nad akan batalkan semuanya dan Abang Ammar boleh terus tinggal dengan Abang Aidid dalam keadaan pokai, ketagih dan tak ada sesiapa nak tolong. Abang pilihlah yang mana satu. Nadhirah memberi sedikit tips buat abangnya yang kelihatan masih gagal membuat pertimbangan bijak.

Anggukan Ammar disambut dengan sorakan gembira di dalam hati oleh Nadhirah. Ammar merupakan pemegang saham pertama yang bersetuju menjualkan sahamnya dan kini Nadhirah sudah ada lima belas peratus saham tanpa disedari Ahli Lembaga Pengarah yang lain. Dia hampir pasti yang Emerald Group bakal menjadi miliknya tidak lama lagi.