Kristal Berdarah - 35
BAB 34

Matahari sudah lama terbit. Suhaili masih lagi membaca lembaran tulisan Salimah. Ramlan sedang tidur di dalam khemahnya. badannya dibasahi peluh. Salman sedang bersedia untuk ke bangunan putih itu lagi. Saoud... entah ke mana!

bangunan itu disinari cahaya pagi. Salman bergerak pantas ke bilik Mira. Mira tiada di situ. Salman tetap sa bar menunggu.

Dia sudah terlalu lama menunggu dan duduk tanpa berbuat apaapa melainkan menanti. Kebosanan memburu hatinya. akhirnya Salman mengambil keputusan untuk ber jalan keluar berjalan di koridor. Dia memandang ke kiri dan ke kanan.

akhirnya, Salman membulatkan tekad untuk mencari Mira. Dia tidak mahu terus menanti seperti menanti buah yang tidak gugur. Dia sudah tidak sabar menantikan kebenaran tilikan Mira.

Penghujung tangga yang diperbuat daripada batu itu bagaikan menuju ke suatu alam yang gelap memekat. Salman cuba menjangkau pandangannya sejauh yang bol eh tetapi pandangannya begitu terhad. Pun begitu, dia sedar, betapa langkahnya harus diteruskan tanpa mengira sama ada di hadapannya kegelapan menanti untuk mene lan nya atau pun seekor raksasa bersembunyi di sebalik kelam gelap itu.

Dia mendaki tangga batu, setapak demi setapak. Me mandang sekeliling dengan penuh rasa cuak. Terasa setiap batang anak tangga batu itu bagaikan sebuah mulut yang dipenuhi gigigigi tajam dan berbisa. Kei nginan untuk mengetahui semakin kuat. Mira mungkin berada di biliknya.

Pelbagai gambaran indah sudah pun bermainmain di ingatannya. Salman semakin tidak sabar untuk bertemu dengan gadis jelita itu. Dia tahu dia akan mendapat apa yang diidamidamkannya. bahkan dia juga tahu, gadis itu akan menyerah. Dan seandainya Mira tidak mahu mel akukan seperti apa yang dikehendakinya, dia sudah bersedia untuk berkeras.

Salman berpusing ke belakang dan bergerak ke arah di mana dia bermula tadi. Dia duduk di atas lantai ber ham piran pintu bilik. Dia masih sabar menantikan ke munculan kekasihnya. Sesekali dia memandang seke liling dengan penuh cuak. Dia tidak mahu ada sesiapa pun yang menghuni bangunan putih tersebut menyedari keha dirannya walaupun Mira.

Penantiannya bagaikan berakhir apabila orang yang ditunggutunggu menampakkan diri.Mira masuk dan menutup pintu bilik yang ternganga. Tanpa sebarang perasaan cuak, dia bergerak ke almari dan menanggalkan pakaiannya.

Salman tersenyum. Masanya sudah tiba. Perlahanlahan dia keluar dari tempat persembunyiannya. Mira ma sih dalam duniannya yang tersendiri. biar aku tolong lucutkan.

Mira terkejut dan hampir melompat.

Oh Tuhan! aku tak tahu kau ada di sini. Mira men dakap keduadua belah pipi dengan telapak tangan nya. Pandangannya tajam menikam wajah Salman.

Kau tak dapat alamat yang aku akan ke sini Salman bangun sambil mengipaskan debu yang melekat di seluarnya.

Jangan perolokkan aku. aku ada lebih daripada yang kau tahu. air muka Mira berubah.

Ya! Tapi... maksud aku... Salman cuba membetulkan katakatanya. Mira didekati.

Kau tak sepatutnya datang macam musang, Salman. Kau tahu kan, aku sememangnya menantikan kedatangan kau.

Salman masih memandang sekeliling. Perasaan cuak wu jud juga di hatinya. Mira mungkin memasang perang kap.

Maafkan aku. Kalau kau tidak senang dengan keha diran aku di sini, aku boleh pergi, Salman bersuara li rih. Dia sudah bersedia untuk memulakan langkah.

Mira berpaling ke arahnya. Jangan cakap macam tu. Kita akan bersama malam ni dan aku mahu ianya indah.

Ya... aku... Salman terhenti. apa kau kata

aku kata... Mira mengulanginya perlahan. Kita akan bersama malam ini.

Salman menelan air liur berkalikali. Sememangnya dia tidak percaya dengan penyerahan yang sebegitu mudah dilakukan oleh Mira.

Mira mengirai rambutnya yang hitam lebat ke bela kang. Sekaranglah masanya. Kan ini yang kau tunggu

Salman masih merenung tanpa sebarang perkataan terluncur dari mulutnya.

Mira masih menyikat rambutnya yang bersinar disim bah cahaya.

Kau sungguh cantik, Mira. Salman sekadar meren ung dari jauh.

Diamlah. Mari ke sini.

Salman mengikut arahan itu. Memeluknya. Mira, aku cintakan kau.

Ketika mereka mula mengecap keindahan neraka, Mira mula menggigil tetapi Salman terlalu sibuk untuk memer hati dan menyedarinya.

bilik itu terasa panas. Kepanasan terus menyelubungi mereka berdua. Mira semakin kuat menggigil sedangkan Salman semakin berpeluh. Secara tibatiba Salman me nyed ari apa yang sedang berlaku di bawah badannya. Sesuatu yang benarbenar ganjil. Dia memandang ke arah Mira. Menyedari cara tindak balas yang ditunjukkan oleh Mira terhadapnya, Salman lantas melompat dan berdiri di tepi birai katil.

Oh! Salman... jangan hentikan... Mira masih mampu bersuara normal biarpun keadaannya jauh dari pada normal.

Tubuh Mira menggeletar dan bergerak ke sana ke mari. Tangannya terkulai di sudut katil. buih putih mula keluar daripada bibirnya yang terbuka. biji matanya sudah ber tukar. Tiada lagi warna hitam yang membulat di ten gahnya. Luka mula terbuka dan darah merenek dari liang roma di tangan dan badannya.

Luka menganga panjang di betisnya. Di kepalanya ada lubanglubang kecil. Setiap satu daripadanya, mengeluarkan titisan cecair berwarna jahang dan mengen tal. Malah sebahagian daripada tubuh Salman turut dibas ahi darah.

Darah Mira menitis ke lantai. badannya semakin kuat menggigil. Jumlah darah yang keluar dari tubuhnya, mem buatkan Salman sukar hendak mempercayainya.

Mira! Hanya bisikan itu sahaja yang mampu dibuat oleh Salman.

Dia tidak tahu apakah yang telah dilakukannya se hingga Mira mengalami kecederaan sebegitu rupa. Se dang kan dia langsung tidak membawa sebarang senjata. Tidak ada niat langsung untuknya melakukan sebarang jena yah terhadap Mira. bahkan dia tidak mungkin mem bunuh seorang gadis yang sebegitu jelita dan sudah bersedia untuk menyerahkan seluruh jiwa raga kepadanya.

Di luar bilik, suara wanita yang ada di bangunan itu semakin menghampiri. Salman mesti berlindung sebelum mereka masuk ke bilik itu. Dia merenung tingkap yang terbuka. Pakaiannya pantas disarung. Dan bertindak se perti seekor tupai, Salman melompat keluar dengan cekap.

Dia berlari ke tempat persembunyian Mira. Dia harus membersihkan dirinya daripada percikan darah Mira yang se makin kental dan berbau hamis. Dia mengharapkan agar ikanikan yang ada di kolam itu tidak mati kerana warna air semakin merah.

Tangga yang sebelum ini tidak pernah diketahui kewu judannya, apatah lagi didaki, direnung. Dia terfikir se jenak. Kegelapan yang ada di hujungnya, menyeramkan. Tetapi kegelapan itu barangkali dapat menyembunyikan dirinya.

Di bilik, Mira masih tidak sedar. Oh Salman! Salman!

ibunya sedang berdiri di sebelah, memerhati dan mendengar segala pertuturan yang keluar dari mulut anak nya. Fatimah mengambil sebatang kayu dan menyengkang rahang Mira. Khadijah berjalan ke pintu, memandang ruang lingkup sekitar bangunan yang bertebingkan batu gunung hitam.

apa yang aku takuti, akhirnya berlaku juga. benar seperti kata orang tua buta pembawa ular itu. aku tidak mung kin memahami apa yang berlaku tetapi aku tahu, se mua ini adalah bencana yang perlu aku hadapi setelah hi dupku bergelumang dengan Kristal berdarah, kata nya, perlahan.

Dia mesti mendapatkannya. Dia mesti mencari pemuda itu. Pemuda itu perlu dikorbankan untuk Kristal berdarah. Dan pemuda itu perlu dikorbankan untuk me ngelakkan lebih banyak masalah menimpa mereka semua.

Khadijah menekup muka dan berlutut di sisi anaknya. Fatimah menggosok belakangnya sambil cuba mene nang kan dia. Khadijah menangis dan seluruh penghuni ba ngunan itu berduka.

Ya Tuhan! biarkanlah mereka pergi! biarkan mereka pergi! Jauhkan mereka dari tempat ini!

Dia menangis di situ dalam jangka masa yang lama. Ter lalu lama sehingga seluruh penghuni di situ mening galkannya menuju ke dewan utama untuk menghabiskan kerja mereka. apabila dia sudah kembali tenang, dia bangun pelahanlahan. cahaya matahari pagi yang menerobos ma suk, mencerahkan bilik Mira.

Dia teringatkan sesuatu. Kehadiran tetamutetamu yang tidak dikehendaki itu sudah pasti ada kaitan dengan Kristal berdarah.

Mereka tidak perlu tahu rahsia yang aku lindungkan selama ini. Mereka akan dapat apa yang mereka inginkan. Tetapi kalau rahsia aku bocor, bermakna mereka akan terus terperangkap di lembah terpencil ini. bibirnya diketap kuat. berbekas putih sehingga ham pir mengalirkan darah. Kegeraman membungai hatinya.

Khadijah mengatur langkah ke biliknya pantas. Daun pintu ditolak. Tidak seperti selalu, hawa di biliknya terasa meng ghairahkan. Dia menjenguk ke bawah katil. bung kusanbungkusan di situ sudah beralih kedudukan.

Darahnya berderau. buku itu telah tiada!

Tidak! Oh Tuhan!

Ratapnya terus menggila. Sedangkan matahari sema kin bersinar ceria!

Setiap kali aku ke sini, setiap kali itulah aku kagum dengan tempat ini. Ramlan berpakaian seperti biasa. Briefcasenya tidak lekang dari tangan.

Salimah... atau Khadijah... memandangnya.

Ramlan tidak mampu bersuara seperti selalu. bahkan hatinya sentiasa dilanda kebimbangan yang teramat sangat. apatah lagi, dia sedar, wanita yang berada di ha dapannya itu telah membunuh beberapa orang lelaki dan wan ita yang ada kaitan dengan pencarian Kristal berdarah.

Dia cuba berlagak biasa. cuba mengingati semula se galagala yang telah dibaca. Dan cuba mengingati semula, segalagala yang telah dirancang. Salimah atau Khadijah walau apa pun namanya tidak sewajarnya tahu bahawa manuskrip tulisannya telah dicuri dan dibaca oleh orang lain.

Kenapa kau panggil aku ke sini

aku rasa, kita perlu bercakap. itu saja.

Oh! Ramlan menunggu supaya Khadijah menerus kan katakatanya namun hajatnya tidak kesampaian. Tentang apa

Kau tahu tentang legenda kristal darah Syeikh arbah

Darah

Darah seorang wali yang telah bertukar menjadi

kristal.

Uh... ya.... Ramlan mengharapkan topik perbinca ngan itu bertukar. Jauh di sudut hatinya, dia bagaikan da pat meneka, Khadijah cuba memerangkapnya. aku ingat kan kau akan bercakap tentang surat wasiat tu.

Wasiat apa aku, kau atau Tuhan

arwah ayah kau.... Dia tiada masa untuk bergurau dengan wanita seganjil Khadijah. Wanita yang mem punyai dua nama... mengelirukan.

ayah atau bapa aku Tidak! aku tak mahu.

bendabenda tu tidak penting.

Kami tak boleh duduk di sini lebih lama lagi. Suhaili dah tak sabar.

Suhaili memang macam tu. Khadijah menjuihkan bibirnya.

Ramlan tersenyum. Dengar baikbaik! ini soal wang yang jumlahnya cukup besar. Sebahagian daripada duit itu adalah kepunyaan Suhaili manakala sebahagian lagi ada lah kepunyaan kau. Kau tak boleh lagi terusterusan ber dolakdalik. Jawapan yang kau ada hanyalah ya atau pun tidak. Sama ada kau terima bahagian kau atau kau serahkan semuanya kepada

Suhaili.

Tak ada apa yang boleh aku buat masa sekarang. aku nak jumpa Suhaili dulu.

berbincang tentang wasiat itu Ramlan cuba ter se nyum tetapi entah mengapa, bibirnya tibatiba sahaja menjadi keras.

Tak juga. aku nak jumpa dia kerana dia adalah sau dara aku. Sudah terlalu lama kami tak berjumpa. Mungkin dia ada cerita baru yang ingin disampaikan kepada aku. Khadijah tersenyum lebar. biasanya, dia tidak sabarsabar untuk bermegahmegah dengan aku.

Ramlan bangun sambil mencapai briefcasenya. bila aku boleh bawa dia ke sini

Kenapa tak sekarang

Tentu dia ingin bersiapsiap dulu.

Kalau macam tu... malam ni sajalah. aku akan siap kan makan malam untuk kita berempat.

berempat

Kau, Suhaili dan anak lelakinya... Salman.

Darah Ramlan berderau. Wajah wanita itu ditenung tajam. adakah Khadijah telah mengetahui tentang Salman yang sering datang ke situ dan menemui Mira. Dan adakah Khadijah telah mencium hubungan terlarang yang ter jalin antara Salman dan Mira

Dia cuba berlagak tenang.

Mestikah aku bawa Salman sekali

aku tak tahu bagaimana nak aku terangkan yang aku teringin sangat nak berjumpa dengan dia.

Mungkin dia tidak pandai menyesuaikan diri dengan suasana formal. Ramlan cuba berdalih.

Siapa kata pertemuan kita malam nanti akan berlang sung dalam keadaan formal

nantilah aku tanyakan Salman. Selalunya anak lelaki Suhaili itu kurang gemar menghadiri majlis makan ma lam. apatah lagi yang melibatkan keluarga.

aku tak fikir, dia akan melepaskan peluang sebegini. Mungkin inilah yang dia tunggutunggu sejak sekian lama.

Kalaulah perbincangan itu adalah perbicaraan di mah ka mah, sudah pasti keputusan hakim dan juri tidak ber pihak kepadanya.

Mestikah kami berpakaian...

Kalau kau suka berbogel

Tidak! Maksud aku...

Pakailah apa saja. Dia bangun dan tersenyum. Ja ngan lupa. Pukul lapan malam

baiklah. Ramlan juga berdiri. Mereka berjalan ke luar dari bilik itu.

Satu lagi... tolong pulangkan catatan aku yang kau am bil semasa datang nanti. catatan itu tidak memberikan sebarang erti kepada kau orang tetapi amat bernilai kepada aku.

Ramlan tersentak. Dia tidak tahu apa yang harus diper katakan tentang hal tersebut. Dia cuba untuk tidak meno leh ke arah wanita ganjil yang berjalan di sebelahnya. Seiring.

Suhaili dan Saoud masih berada di dalam jip. Mereka sedang berbincang sesuatu yang penting tanpa melibatkan Ramlan. Ramlan berjalan terus dari arah kepala jambatan yang digeruninya ke arah mereka.

Suhaili! Kita telah dijemput oleh Salimah untuk ma kan malam. Ramlan memberitahu sebaikbaik sahaja sam pai ke khemah Suhaili.

Ya baguslah! Suhaili tersenyum.

Saoud mengecilkan matanya. cuba membayangkan kengerian melalui riak dan kerutan pada dahinya. Mahu sahaja Ramlan bertanya kepada Saoud apakah yang mendorongnya sehingga dia mengerutkan keningnya sebegitu rupa. Malangnya segala pertanyaan bagaikan tidak terluah.

Dua hari lalu, aku benarbenar ingin berjumpa de ngan nya. aku nak tengok macam mana rupa dia sekarang. aku dah baca segala catatannya. Kau betul... dia memang dah gila.

Dan satu lagi yang kau tak boleh lupakan, dia juga bahaya. Lebih daripada itu, dia memiliki separuh

daripada hartaharta kau.

Wajah Suhaili berubah.

Dia menunggu kita.

Suhaili menghela nafas panjang. aku tak rasa aku akan mengikut kau.

ini adalah peluang kau untuk memujuknya.

Tapi itu juga adalah kerja kau. Kalau aku yang perlu lakukan segalagalanya, untuk apa kau dilantik sebagai peguam aku

Sebabnya, aku dah buat segalagalanya. aku menggad ai kan nyawa setiap kali aku gunakan jambatan gantung tu untuk ke seberang sana. Kau tahu tak, tak ada peguam yang sanggup menggadaikan nyawanya dan mengikut pel ang gannya jauh ke dalam hutan seperti yang aku lakuk an.

imbalan yang bakal kau terima cukup besar.

Sebesar mana pun, mustahil ada peguam lain yang mampu melakukan seperti mana yang aku lakukan. Dan seandainya tali jambatan gantung tu putus, imbalan paling besar yang aku akan perolehi adalah maut. Ramlan se ngaja mengeraskan suaranya.

Suhaili terdiam.

Dan satu lagi, Khadijah atau Salimah dah tahu ten tang manuskripnya yang Salman curi tu.

Oh! Suhaili memandang sekeliling. baiklah. Kita masih ada masa untuk menghiaskan diri

walaupun agak terhad.

Dia juga mahu Salman ikut sekali.

Pelik betullah Salimah tu!

Dia tahu kita curi barangnya dan dia juga tahu anak kau naik ke atas sana menemui anaknya. Kita harus ber hatihati. Dia mungkin nak membalas dendam.

Kau berdua memang pelik.

Mmm... atau barangkali juga dia ingin merampas kau dari tangan aku Suhaili ketawa kecil.

Ramlan mengerutkan keningnya. Dia tidak berasa lucu dengan jenaka Suhaili.

aku pun sebenarnya teringin nak tengok mukanya sekarang. Semakin tuakah dia atau barangkali juga sudah nyanyuk. Suhaili menyudahkan katakatanya dengan ketawa.

Ramlan menarik nafas panjang. Dia sebenarnya berasa lega kerana Suhaili akhirn ya memberikan persetujuan untuk bertemu Khadijah. Sebahagian daripada tugasnya telah hampir selesai dan waj ah Kuala Lumpur bagaikan tertayangtayang di hadapan mukanya.

ah, dia takkan berani buat macam tu. Lagipun, kita bukannya nak bunuh dia. Kita hanya perlukan tanda ta ngann ya untuk menyelesaikan wasiat itu.

Tandatangannya untuk surat wasiat itu adalah salah satu daripada masalah yang kita hadapi.

Sekarang ini, masalah semakin bertambah parah. Kau akan mendapat seorang lagi anggota baru dalam keluarga kau.

Maksud kau

anak Suhaili.

aku tak faham.

Salman tak ceritakan apaapa tentang Mira kepada kau Tak ceritakan, betapa setiap malam dia ke bangunan putih itu untuk bertemu gadis bernama Mira

Tak. Dia tak pernah pun sebut nama Mira. Siapa Mira

aku dah beberapa kali bagitahu kau, Salman buat gila di sini tapi kau tak nak dengar.

Jangan membebel. cakap sajalah, siapa Mira tu Mira... anak Salimah... anak saudara kau sendiri. Suhaili tersentak.

Tepat pukul lapan malam, mereka sampai ke pekara ngan bangunan itu. Fatimah menyambut kehadiran me reka dan terus membawa mereka ke dewan makan. Salimah atau Khadijah sedang menunggu dengan senyu man yang tidak lekang dari bibirnya.

baguslah kau semua dapat datang ke sini.

Seronok rasanya dapat berjumpa kakak aku.

Khadijah tidak mempedulikan katakata Suhaili itu.

Kau tentu Salman

Dia memandang ke atas dan ke bawah. Salman ter senyum.

aku adalah ibu saudara kau. Orang yang sering di benci oleh keluarga kita. bila aku tengok kau, aku tahu apa yang aku dengar sebelum ni, benar belaka.

apa yang mak cik dah dengar

Semua yang buruk tentang kau. Khadijah cuba berkelakar. Ramlan

Sorry... aku tak boleh campur. ini hal keluarga kau. aku hanya peguam Suhaili. Khadijah tersenyum.

Kenapa kita tak duduk dan berkenalan antara satu sama lain Khadijah mengambil tempat duduk berten ta ngan dengan Suhaili.

Salah seorang daripada penghuni bangunan itu mem bawa makanan buat mereka.

Di sini semuanya layan diri. aku harap kau semua tak kisah.

apa yang nak dikisahkan Salimah. Suhaili meme nuh kan nasi ke dalam pinggan di hadapannya. Lagipun aku sememangnya tak menantikan layanan super V.i.P di tempattempat terpencil macam ni.

Ramlan sekadar mengerutkan kening. Dia tidak faham, mengapa Suhaili sengaja menyusahkan keadaan. Sepatutnya Suhaili tidak terlalu menurutkan perasaan. bukankah lebih mudah seandainya Suhaili mengikut ren tak Khadijah. Sekurangkurangnya apabila mereka te lah memp erolehi tandatangannya, mereka boleh mening galkan tempat itu.

nama aku sekarang adalah Khadijah. Tak ada orang yang memanggil aku Salimah lagi sejak puluhan tahun dulu.

Walau apa pun nama yang kau gunakan, pada aku kau tetap kakak aku yang bernama Salimah.

Khadijah tersandar di kerusinya dan tersenyum me man dang Suhaili. Ramlan kata, kau dah kahwin

betul. aku memang dah berkahwin. Tapi

sekarang aku dah jadi janda... lebih tepat lagi, balu. baguslah.

Ramlan tidak faham mengapa Khadijah memperlihat kan riak gembira. Sedangkan Suhaili pula, terus menyuap nasi tanpa menunjukkan sebarang reaksi tersinggung dengan pertanyaan Khadijah.

Sebagai seorang peguam, Ramlan tahu, pertanyaan Khadijah itu adalah satu provokasi. Tujuannya adalah untuk mempersendakan Suhaili. atau barangkali juga untuk mengelakkan Suhaili daripada memperkatakan tentang harta warisan yang hendak dikongsi.

Dan mujurlah Suhaili tidak membalas provokasi itu.

Khadijah tetap merenung wajah dan gerakgeri Suhaili dengan pandangan yang sungguh tajam.

aku tak sangka, kau akan ke mari setelah bergelar balu, kata Khadijah lagi.

Suhaili tidak jadi menyuap nasi. Sebaliknya merenung wajah Khadijah dengan tajam. barangkali tersinggung dengan katakata Khadijah itu.

Kalau bukan kerana surat wasiat itu, aku takkan men jejakkan kaki aku ke mari. Tempat ini terlalu jauh darip ada manusia.

Ramlan semakin tidak selesa dengan keadaan itu.

Dah lama kau tukar nama kau daripada Salimah ke pada Khadijah

agak lama juga. aku tak ingat tarikh sebenarnya. Khadijah masih memperlihatkan ketenangan.

Kenapa Kau pun teringin nak tukar nama juga ke

Setiap orang yang tinggal di sini perlu menukar nama asal mereka

itu tradisi tempat ini. Menukar nama bukanlah satu kemestian tetapi apabila kami berada di sini, secara tidak lang sung, kami cuba membuang segala kenangan atau kehi dupan silam. Dan satu lagi, tiada tempat lain seperti ini kecuali satu di dunia ini.

Tak ada lagi Segaris senyuman mengejek tertera jelas pada bibir Suhaili.

Tolong Suhaili... Hentikan! ini bukanlah masanya un tuk bertekak. Kita ada kerja lain yang lebih penting un tuk diselesaikan.

Suasana menjadi sunyi seketika. Salman bagaikan ti dak peduli tentang perbalahan antara Suhaili dan Khadijah. Dia terus menjamu selera bagaikan sudah lama tidak menjamah makanan.

Tempat ni dah jadi rumah aku sekarang. Mereka yang ada di sini adalah kakak dan adikadik aku. Khadijah tidak menghiraukan Ramlan.

Salimah! Kau tak boleh buang aku begitu saja. Suhaili kelihatan tersinggung.

aku boleh buat apa saja yang aku suka di sini. aku dah terlalu lama terpisah dari dunia luar semenjak aku ber mastautin di sini. Dan aku juga sentiasa berdoa agar kau semua tak datang ke sini. Malangnya, doa aku tak ter kabul.

Kenapa kau harus membuang diri dan menyisihkan keluarga kau sendiri Kau kan saudara aku yang tua Kita sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain, kata Suhaili sambil menyuapkan makanan.

Ramlan menarik nafas panjang. Suhaili ternyata cuba menenangkan keadaan. Dan dia mengharapkan agar keadaan itu berterusan sekaligus menyenangkan tugasnya.

Khadijah menyengih. Kalau kau kata aku lebih tua dari kau Suhaili, maknanya kau ni jenis yang tak sedarkan diri. Masa aku berumur 10 tahun, kau lebih tinggi dari aku.

Masa kau berumur sepuluh tahun, aku masih lagi merangkak. itu yang kau kata, aku lebih tua daripada kau

ah, kau memang tak pernah mengaku yang kau lebih tua daripada aku.

Ramlan segera bertindak sebagai hakim. Dia sebenar nya sudah bosan dengan kerenah Suhaili dan Khadijah. Jangan jadi budak kecil. Kita ada perkara lain yang perlu diselesaikan. Simpan dulu perdebatan kau berdua.

Salimah dan Suhaili terdiam. Pandangan Khadijah ber alih ke balutan di tangan Salman.

Kenapa dengan tangan kau

Salman cuma tersenyum tanpa berkata apaapa.

Suasana senyap. Khadijah membetulkan kedudukannya. buat pertama kali dia merenung tepat ke mata Suhaili.

Suhaili, kalau bukan kerana kau adalah tetamu di tem pat ini, sudah pasti aku akan menghalau kau macam anjing kurap. Tetapi Ramlan kata ada perkara lain yang lebih penting, jadi aku terpaksa hormat.

bukan kerana kau tapi kerana dia.

Muka Suhaili merah padam. nasi yang dikepal, dile paskan kembali.

Ramlan menenangkan Suhaili. Suhaili akur.

begini sajalah. Macam mana kalau kau semua bere dar selepas makan malam ni. Dan aku mahu kau semua keluar dari tempat ini selewatlewatnya esok! Mereka saling berpandangan.

esok Ramlan menamatkan kebungkaman. aku rasa mustahil, Khadijah. Maksud aku, kami mempunyai banyak barang untuk dikemaskan dan rancangan yang nak dilakukan. Kami tak boleh...

Kau pastinya boleh dan kau akan pergi. aku mahu kau semua beredar dari sini.

Kemahuan kau... kau mahu... Suhaili ketawa per lahan. Kau selalu tamak, Salimah. Kau tinggalkan ru mah sebab ayah tak mahu bagi apa yang kau minta. Kau jenis perosak dan pentingkan diri... Suhaili mem biar kan katakatanya tergantung begitu sahaja.

Sial! Kau lupa di mana kau berada sekarang, Suhaili. ini adalah kawasan aku. bila aku perintahkan kau pergi, bermakna kau tak berhak berada di sini lagi.

Kawasan kau

Ya! ini adalah kawasan aku.

Ramlan, kau rasarasa kalau seseorang itu mengaku sesuatu tempat itu kepunyaannya, perlukah dia menun jukkan sebarang dokumen untuk menyokong atau mem buk tikan katakatanya

Khadijah tersenyum mendengar katakata Suhaili.

aku dah agak, kau akan bercakap macam tu, Suhaili. itu memang bakat semulajadi kau, kan bila Ramlan menyebut nama kau kepada aku pada hari pertama kami bertemu, aku dah boleh bayangkan kau akan datang ke sini untuk mentertawakan aku. Tuhan sajalah yang tahu macam mana aku bencikan kau.

Tiada siapa pun yang bergerak dari tempat duduk masingmasing. Tiada sesiapa pun yang berkatakata. Dua beradik yang tidak mahu mengaku sebagai saudara tua, saling berpandangan. Ramlan inginkan perdamaian atau sekurangkurangnya persefahaman antara mereka berdua untuk memudahkan kerjanya.

aku rasa kau ada bawa manuskrip aku yang Salman curi tu, kan tanya Khadijah kepada Ramlan.

Ramlan meneguk air liurnya sendiri.

Pulangkan semula.

Untuk menenangkan keadaan, Ramlan membuat ke putusan untuk menyerahkan kembali manuskrip tersebut ke pada Khadijah. Dia mengharapkan apabila manuskrip itu diserahkan, Khadijah akan meminta surat wasiat tersebut dan menurunkan tandatangannya.

Sebaikbaik sahaja manuskrip itu berada di tangannya, Khadijah terus membelek dan menelitinya seolaholah dia bimbang ada helaian yang telah dicarikkan.

bagaimana mak cik tahu tentang kehilangannya tanya Salman yang agak kehairanan.

Otak kau terlalu lembab. Sama macam ibu kau. Kan aku dah cakap, ini adalah kawasan aku. Jadi, segalagalanya adalah di bawah penguasaan aku. ada nada bangga pada pertuturan Khadijah.

Tapi...

Kau fikir, semua kejadian yang berlaku di sini aku tak tahu Kau fikir aku tak tahu kau membohongi anak aku

Salman terpegun dan pucat.

Kau terlalu memandang rendah terhadap kebolehan orang lain, Salman. barangkali kau terlalu banyak ber kepit di celah ketiak ibu kau.

Ramlan dan Suhaili saling berpandangan. Keadaan menjadi terlalu sukar.

ah, mak cik bercakap ikut sedap mulut. Mak cik per nah tanya kepada Mira sama ada dia suka atau tidak ting gal di sini Mak cik pernah tanya pendapatnya tentang hidup terpencil daripada orang ramai

anak aku dah pilih cara hidupnya sendiri. Sekurangkurangnya apabila dia terus berada di sini, dia terselamat darip ada pembohongan manusia macam kau. Suara Khadijah semakin kasar.

Saya tak fikir yang dia mahukan kehidupan di sini. Salman menepuk permukaan meja. Saya tahu dia benci hidup di sini. Saya pasti dia mahu keluar bersama kami.

cakap biar berlapik sikit. anak aku tak akan tinggal kan tempat yang telah melindunginya.

Melindunginya berlindung dari apa

aku rasa kau tak akan faham. Tak apalah. Panda ngan Khadijah beralih kepada Suhaili. Mira ada menya ran kan supaya aku membenarkan Salman tinggal di sini. Kau mahu, Salman aku yakin kita bakal menghasilkan seni yang lebih baik. Dia tersenyum.

Tempat yang jauh dari pusat bandar ni Tempat yang dikelilingi hutan tebal dan tak bertamadun macam ni Oh! Tidak!

Jadi, kau tak mahu mengalah Sedangkan kau sendiri mahu Mira berubah dan mengalah dengan kehendak kau. Kerana itu, aku mahu kau semua

beredar dari tempat ini. Tapi wasiat...

Katakan yang kau telah jumpa kubur aku. beritahu mereka, aku dah mati.

Tak semudah macam yang kau cakapkan, Suhaili. Dia tetap berusaha untuk memujuk wanita itu keluar daripada keputusannya.

Suhaili menggelenggeleng. Senyuman tertuntas di bibirnya. namun cahaya pada matanya semakin pudar. Suhaili, wanita korporat yang sering mendabik dada kerana kejayaan syarikatnya, kini tidak ubah seperti burung tekukur yang terikat kakinya.

Wanita itu telah hilang segala kemegahannya. niat asalnya telah bertukar secara tibatiba. Harta pusaka yang sepatutnya dibolot, kini tergantung begitu sahaja.

Perbincangan itu berakhir tanpa sebarang keputusan. Untuk sesuatu sebab yang hanya diketahui oleh Khadijah, surat wasiat tersebut masih belum ditandatangani.

Mereka pulang ke khemah semula. Jemputan yang di buat oleh Khadijah hanyalah untuknya melepaskan segala yang terbuku di hati. Malah sewaktu mereka meniti jambatan gantung dengan deruman arus sungai yang menggila, Khadijah masih sempat menghamburkan caci nista.

Saoud menyambut kepulangan mereka. Seperti selalu, lelaki itu jarang menuturkan katakata. Hanya pandangan nya yang dilemparkan ke seberang jurang. entah apa yang bermain di fikirannya, tiada sesiapa pun dapat meneka.

Masalah Saoud... masalah.... entah bilalah masalan ini akan selesai. Dan entah bilalah aku boleh balik ke tempat aku semula, keluh Ramlan kepada Saoud.

Saoud sekadar mengangkat bahu.

Mereka bersalin pakaian. Pun begitu, masingmasing tidak mempunya keinginan untuk melelapkan mata. Peristiwa di bangunan putih itu tetap subur dalam ingatan, sekaligus membangkitkan kemarahan. Salman menghi dup kan api.

Salimah memang melampau, kata Suhaili dengan perasaan marah yang semakin membengkak. aku harap kita dapat berbuat sesuatu tentang anak gadisnya. Mung kin kalau kita berjaya menculik Mira, Salimah akan akur dengan kehendak kita.

Sudahlah! Hentikan semua kekarutan ni. Kita pasti tak akan berjaya. Lagipun Mira tak ada kenamengena dalam hal ini.

Tidak! Salman menjerit. aku akan kembali ke seberang sana. aku akan dapatkan Mira. aku akan bawa Mira keluar dari kepompong Mak cik Salimah yang gila.

Salman terus berlari, meninggalkan Suhaili dan Ramlan yang terpingapinga dengan tindakannya yang mendadak. Mereka tidak sempat berbuat apaapa. Salman terlalu pantas menghilang dalam kegelapan malam.