Tiada Tajuk - 35
Bab 35

"Anom okey... mana ada marah pun. Kenapa Han cakap Anom marah"

"Yalah tiba-tiba Anom senyap je..."

"Bukanlah. Anom cuma terkhayal sekejap. Bila Han tanya pasal masalah Anom tu, Anom pun teringat la dekat peristiwa-peristiwa dulu."

"Maksudnya sekarang Anom dah tak nampak la benda-benda tu semua"

"Nampak lagi. Cuma Anom dah tak kisah sekarang ni. Anom buat tak tau je...."

"Baguslah..." luah Azhan dalam intonasi yang begitu ketara kelegaannya.

"Hmm... okeylah Anom. Han balik dulu ya. Dah nak senja ni..." sambungnya.

Baru selangkah Azhan menuruni tangga, Anom menyeru namanya dengan lembut.

"Han..."

"Ya"

"Terima kasih..."

Azhan senyum. Hatinya merasa lucu. Sebab baginya Anom tak perlu mengucapkan terima kasih. Sebaliknya dia yang berterima kasih kepada Anom. Kerana menghiasi hidupnya sejak dulu.

Sejurus selepas itu, Anom ke bilik air untuk membersihkan diri. Waktu senja memang waktu kegemarannya untuk mandi. Satu tabiat buruk yang sudah berkali-kali ditegah ibunya. Tapi Anom tetap berdegil.

Anom masuk ke dalam bilik air berdinding zink yang sudah begitu uzur itu. Berlubang sana-sini. Macam biasa, Anom akan perhatikan sekeliling dahulu. Dia hendak memastikan tak ada mata-mata liar yang sedang memerhati melalui lubang-lubang itu.

Semasa sedang menilik sekitar bilik air, mata Anom dikejutkan dengan kehadiran sesuatu yang tak sepatutnya ada di situ. Sehelai kain batik biru. Ianya tersangkut pada dahan Pohon Jati yang merentangi bahagian atas bilik air itu yang terbuka. Anom mendekati kain batik berkenaan, lalu mencapainya. Mengamatinya. Membelai permukaan kain batik itu dengan jari jemarinya. Mengusap juraian motif bunga lawang yang indah. Tanahnya biru tua, bercorak hijau dan perang dengan kuntuman bunga warna merah tua yang berterabur jarang-jarang. Anom berkenan. Cukup-cukup berkenan pada kain itu. Lalu tanpa berfikir panjang, dia pun melilitkan batik sentung biru itu di dada untuk dibuat kain basahan.

Semasa hendak keluar dari perkarangan rumah Anom tadi, Azhan perasan ada sebuah van hitam sedang berhenti di tepi jalan berhampiran situ. Van itu semua tingkapnya telah digelapkan. Jadi Azhan tidak dapat melihat siapa yang ada di dalam. Menambah kemusykilan Azhan terhadap van hitam itu yang memang sudah kelihatan mencurigakan. Lebih-lebih lagi kerana ianya sudah berada di situ sejak Azhan sampai ke rumah Anom tadi hampir sejam yang lepas.

Dek kerana sifat ingin tahu yang menebal, Azhan cuba mendekati van tersebut. Tapi sebaik Azhan menghalakan langkahnya ke arah van berkenaan, pemandunya terus menghidupkan enjin lalu memecut pergi.

Azhan kembali ke rumah Anom lalu memanggil Anom keluar semula. Anom pun kelam-kabut membuka pintu. Langsung terlupa akan keadaan dirinya ketika itu.

"Ada apa Han Ingat balik dah..."

"Memang Han nak balik dah tadi. Tapi..." suara Azhan tersekat-sekat. Kepalanya pula tertunduk segan. Hujung kakinya menguis-nguis tanah di bawah.

"Dah kenapa pulak ni Han nak cakap apa dekat Anom Kenapa duk tenung kaki tu"

"Errr... memang ada benda Han nak bagi tau. Tapi... boleh tak Anom cover dulu. Tak pasal-pasal Han yang kena dengan Mak Yah nanti..."

Anom tunduk ke bawah dan melihat tubuhnya sendiri.

"Astaghfirullahaladzim! Sorry Han... Anom tak perasan," kata Anom sambil cepat-cepat menyembunyikan dirinya di sebalik pintu rumah. Kelam kabut sangat keluar bila Azhan memanggil tadi, sampaikan Anom tak perasan bahawa tubuhnya hanya berbalut kain batik biru waktu itu.

"Tak apa.... Tak payah mintak maaf. Bagi Han tengok preview sekali sekala apa salahnya kan..." sakat Azhan.

"Amboi...! Tak ada maknanya nak bagi preview eh.... Anom berkemban sebab nak pergi mandi ni. Bukan sebab nak tayang kat Han!" gerutu Anom.

"Eheheh gurau jelah.... Tak, Han nak pesan ni. Anom dengan Mak Yah hati-hati sikit. Jangan lupa kunci pintu tingkap. Tadi Han nampak ada van hitam duk berhenti dekat depan tu lama. Entah apa dia orang nak pun tak tau..."

"Oh ye ke Sebenarnya Anom perasan jugak. Dari minggu lepas lagi Anom nampak van hitam tu duk berhenti dekat situ. Tapi Anom rasa tak ada apa-apa kut. Mungkin dia orang tu ada datang rumah siapa-siapa dekat sini."

"Tak kisah la. Yang penting kita berhati-hati je. Orang jahat ada kat mana-mana je Anom..."

"Okey Han.... Terima kasih ya...."

"Sama-sama. Dah, pergi mandi. Nanti dah senja sangat tak elok duduk dalam bilik air..." pesan Azhan yang terakhir sebelum pulang.

Anom pun berlari semula ke bilik air. Dia mencapai gayung lalu menceduk air kolah yang sudah dingin dirasuk angin senja. Anom melalukan air itu dari atas kepalanya. Turun meleleh ke serata tubuhnya sampai ke hujung kaki.

bersambung

Bab akan datang:

Siapakah yang berada di dlam van hitam itu Apakah tujuan van itu berada di kawasan berdekatan rumah Anom