DARI TANJUNG MALIM KE KLCC - 35
Lebih kurang dua bulan yang lepas, aku ada beritahu korang syarikat Bus Mara Liner Tanjong Malim KL terpaksa tutup kedai sebab disantau oleh kedai-kedai bas bersebelahan. Sampai sekarang, penyantau berkenaan masih menyembunyikan diri. Polis cari pun tak pernah jumpa.

Mula mula aku rasa sedih juga, namun selang beberapa hari selepas itu aku dipertemukan dengan syarikat bas lagi satu, juga menawarkan khidmat pengangkutan Tanjong Malim KL, bernama Bas 626. Masa mula-mula jumpa, perasaan malu tu ada juga berkeledak dalam hati. Tapi bila sudah dua tiga kali aku menikmati servis Bas 626, aku perhatikan budi bahasa Bas 626 jauh lebih kurang ajar kalau nak dibandingkan dengan Bas Mara Liner yang aku naik dulu.

Bas 626 ni, susunan tempat duduk dia macam jahanam. Tempat duduk terpelanting sana sini. Belah kiri ada 20 biji tempat duduk, semua buat perangai suka menconteng sesama sendiri. Satu kerja pulak aku nak baca looking for felda girl 012089865 hari-hari. Belah kanan pun ada 20 biji tempat duduk. Aku kira-kira ada 18 biji tempat duduk yang kalau korang duduk rasa macam nak bunuh diri. Span-span dia ibarat batu jalanan. Bila nak adjust sudut melintang terus lu terlentang atas lantai. Selalunya kalau aku naik, aku akan duduk belah kiri driver bernama Manov, tempat co-pilot. Itu saja tempat yang boleh masuk akal. Lapik suratkhabar sikit, selesai!

Bas 626 ni, aku syak Manov dah beli dia punya share. Ada 6 biji Bas 626, 5 bas baru, 1 bas yang aku tengah cerita ni berasal dari zaman retro. Bas yang aku tengah cerita ni lah yang Manov bawa hari-hari tanpa sedikit pun ada sesalan di hati. Bas beliau memulakan operasi pada tahun 1978. Pegawai muzium dari Kuala Lumpur sudah beberapa kali menghantar surat supaya bas Manov tersebut dijadikan bahan artifak untuk pameran budak-budak sekolah. Namun Manov buat tak tahu. Itu tak masuk lagi kes beberapa tauke besi buruk yang sanggup bayar dua juta demi mendapatkan besi bas berkenaan yang dianggap berkualiti tinggi. Juga Manov tak ambil pusing. Paling rare aku pernah tengok masa Manov buka tempat enjin. Dia punya timing belt ikat pakai tali rafia saja. Tak payah pening kepala. Aku tanya Manov boleh kawtim ka itu macam Manov jawab selamba sudah dua tahun ikat ini tali tarak apa. Aku geleng kepala. Kalaulah jurutera mekanikal tahu hal ni mesti dia duduk bertahiyyat akhir sambil menangis!

Ok, sedikit tentang Manov. Tua terkutuk ini sekarang umur dia 62 tahun. Tapi tenaga macam brader main gym umur 25 tahun. Bawa bas besi buruk dia punyalah laju mencecah 60km/j setiap kali masuk lebuhraya. Pagi-pagi aku kena bertahan duduk dalam neraka bas beliau sebab bas itu saja yang jalan ikut jadual aku iaitu pada pukul 7.30 pagi. Dalam Malaysia, tak ada seorang pun driver bas yang berani bawak bas yang Manov bawa. Pernah Thiva, seorang lagi driver cuba pandu sebab bas dia masuk workshop. Sekali jalan terus dia melepak tepi simpang Bukit Beruntung tunggu mekanik. Yang lagi misteri, lepas kejadian membawa bas besi buruk Manov, Thiva meracau sorang-sorang sampailah sekarang. Ini cerita empat tahun lepas. Baru-baru ni hal yang sama jadi pada Pak Haron, tapi mujur Pak Haron orang ada pakai ilmu sikit-sikit. Dia cuma demam saja tak

Story Bas 626: Versi Ugly

sampai meracau macam Thiva. Lepas baik demam, Pak Haron tak payah cakap banyak terus berenti kerja. Aku dengar dia bela ayam sekarang.

Penumpang yang naik bas Manov setiap pagi tak ramai. Ada sorang saja iaitu aku. Penumpang-penumpang lain bila tahu bas Manov yang jalan, terus melencong pergi klinik ambik MC. Perangai macam gampang! Aku dan Manov dah macam sepupu tak seagama, kamceng sangat! Tapi yang aku jadi hairan, bila Manov bawa bas muka dia gembira macam tengah bawa kapal terbang.

Lagi satu sikap biadab Bas 626 Manov yang aku kena cerita pada korang ialah pada aircond-nya. Aircond dalam bas ni mengamalkan konsep cukup sekadar nampak lubang aircond. Sebagai contoh, kalau aku rasa panas, secara auto aku akan cakap harap lubang aircond saja besar. Sejurus mengesan getaran frekuensi suara aku, Manov akan balas bagi pihak aircond, ini tingkap kan aku sudah buka separuh, sambil menghembus asap rokok keluar. Pernah juga aku berusaha pusing-pusing corong aircond padahal masa tu memang aku dah tahu aircond dalam bas Manov sudah tiga tahun jahanam. Untuk pengetahuan korang, tak ada langsung alatan dalam bas Manov yang berguna untuk meningkatkan taraf hidup penumpang macam aku.

Ok, walaupun cerita aku mengenai Bas 626 Manov semuanya nampak lahanat, namun ada satu perkara lain dalam bas beliau yang buat aku impress. Hal yang aku maksudkan ialah berkenaan radio transistor yang boleh berfungsi. Radio transistor ini tak ada tempat kaset, tempat main CD lagilah jauh di mata. Agak malang kerana siaran yang boleh dilayan hanyalah siaran dalam bahasa ibunda Manov. Siaran seperti Era, Hitz.fm, Hot Fm dan lain-lain tidak dapat dikesan oleh radio transistor tersebut tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Kelmarin, macam pagi-pagi sebelumnya, aku duduk tempat co-pilot lapik suratkhabar Metro gambar Fasha Sandha. Manov buka tingkap separuh lalu nyalakan rokok. Pemanduan beliau sangat laju ketika itu. Hampir-hampir motor EX5 sebelah tak dapat nak potong. Macam pagi-pagi sebelumnya juga, Manov tekan radio transistor di hadapan beliau maka berbunyilah pertuturan bahasa ibunda beliau. Dalam hati, aku salahkan zaman persekolahan sebab tak mengajar aku bahasa ibunda Manov. Entah macam mana, aku teringin nak tanya Manov satu perkara, lalu aku tanya:

Manov, sudah dua bulan ini bas hari-hari aku sorang saja yang naik, kompeni tarak rugi ka

Duit kita tarak cerita tambi. Ini bas banyak sayang sama saya. Manov bagi jawapan sentimental sambil tangan kiri menukar ke gear rendah.

Lu sudah tua Manov. Ini bas selalu rosak, ekon pun tarak, kerusi tak payah cakaplah. Pergi pun perlahan, naik bukit selalu semput. Badan lagi macam besi tutup longkang, penumpang pun tarak! Aku cuba sedarkan Manov yang aku syak dah kena tipu dengan syarikat 626 yang dia kerja. Manov relax saja mendengar provokasi aku. Dia macam berfikir-fikir sesuatu.

Lu sorang saja suka naik ini bas, lu banyak baiklah tambi!

Bukan aku baik. Aku terpaksa naik. Kalau tak naik macam mana aku mau pergi kerja. Takkan nak ambil MC hari-hari pula. Aku perbetulkan persepsi Manov yang terbabas jauh.

Story Bas 626: Versi Ugly

Dey tambi! Mari sini saya tunjuk, lu mesti suka! Manov menggamit supaya aku tengok apa yang dia nak tunjuk. Aku macam orang bodoh ikut saja cakap Manov. Manov tekan radio transistor beliau. Tiba-tiba terpacul suara bergema dari radio transistor. Tiada lagi bahasa ibunda yang sakit telinga macam selalu selalu aku dengar. Manov, malam ni teman aku jumpa Megan Fox!

Badan aku terkejang, aku sempat menyoal.

Itu..Itu..Itu macam suara Optimus Prime! Manov, bas ni boleh trans!

Lalu aku jatuh pengsan. Manov sengeh macam cilaka!