SEMBANG TEPI JALAN - 35
Selepas album Iru Padang...Aku di Situ dan Aku dan Bulan, dan atas sebab kesibukan dengan permasalahan dan pentadbiran hidup, aku sunyi tanpa album sejak 2004, jadi tahun 2007 ini album aku bertajuk YangTerlintas di Fikiran sudah sempurna dibuat dan kini berada di pasaran.

YangTerlintas di Fikiran secara jujurnya ditaja Persatuan Music Komoditi iaitu Troboudour. Kos percetakan ditanggung peneraju utama komuditi ini; Tan Sei Hon, Jerome Kugan dan Azmyl Yunor.

Mengenai lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini, ianya banyak berkisar tentang kehidupan, cinta dan Tuhan dalam konteks kefahaman yang subjektif. Ini bermakna semuanya bergantung pada tafsiran individu.

Aku akan rasa bahagia kalau pendengar boleh berkongsi dan mendapat sesuatu dari album ini. Apa yang penting agar ianya boleh membuatkan kita lebih berfikir tentang kehidupan sebab ilmu dan muzik itu salah satu cabang ibadah asal tidak mendatangkan khayal dan ghairah dalam menghayatinya.

Lirik yang dinukilkan untuk album ini tidaklali komplikated. Semuanya biasa sahaja. Terdapat 11 lagu yang terkandung;

1. Dapur Hatiku yang Rawan - lagu ini tentang hidup dan betapa kita perlu menghargai makna hidup itu walau dalam keadaan yang seadanya kita.

2. Yang Terlintas di Fikiran - kadang-kadang aku merasakan sebuah lukisan itu hanyalah sekadar lukisan yang menarik, yang menyentuh jiwa walau dalam tempoh masa yang pendek; bukan untuk dimiliki melainkan dihargai keindahan dan uniknya lakaran. Kesannya bagai bulan yang sentiasa menyinar dan masih menyentiih kalbu tatkala kira meinandangnya.

3. Kalaulah Bukan Kerana Dia - lagu tentang betapa walau dada sesiapa pun di dunia ini, kita masih punyaTuhan tempat untuk mengadu. Bukankah itu satu subjek wajib kita hargai. Fitrahnya kita ini manusia asal diwujudkan ke mukabumi ini. Tahulah kita mencari makan melalui susu ibu. Kita akap menangis dan sang ibu akan menyusukan sungguhpun akal masih belum sempurna. Bagi aku ia rahmat melalui sifat Rahman dan Rahimnya.. Sclagi hidup, kita wujud atas kewujudannya.

4. Ruang Ini Sempit - tentang permasalahan jiwa vang perlu lepas dari sangkar sempit dan terbatas untuk ke ruang yang lebih selesa .

5. Sehari yang Panjang - lagu ini tentang fitrahnya sebuah kebebasan yang hakiki.

6. Sehabis Buku yang Kaubaca - tentang sebuah perjalanan yang telah tercatat di langit.

7. Teori Cinta - tentang cinta.

8. Tidur - sajak yang ditulis kawan baik, Rahmat Harun. Aku tributkan lagu ini untuk dedikasinya tentang makna sebuah kehidupan.

9. Perihal Kita - tentang keputusan dalam cinta yang mencapai tahap kritikal. Nasib baik ada Tuhan.

10. Rasa - tentang makna secebis rasa dalam konteks yang subjektif.

Aku berhasrat untuk mendermakan sebahagian hasil untuk fakir. Alai serahkan amanah ini kepada saudara Dome.