Jalil terkejut. Syarifah kelihatan tenang merenung wajahnya. Mata bertaut dan kisah silam antara mereka hadir menggugat perasaan.
Hai! Pendek saja jawapan yang terkeluar daripada mulutnya.
Tak boleh ke I datang melawat... bukan selalu, sekali-sekala saja! We are still friends, arent we"
Yeah... why not Jalil membetulkan easel yang sememangnya sudah pun betul. Dia agak panik de ngan kehadiran Syarifah tetapi dia tidak mampu bcrbuat apa-apa.
Malam sudah larut dan saat ini tiada siapa di studio. Para pekerja dan pelajamya telah lama pulang.
Jalil... can you do me a favour, for old time sake
Jalil membulat mata. You must tell me what is it you want first!"235
Ala... I nak minta you lukiskan gambar boleh tak
Okay... but not today... hari dah lewat malam ni!
Syarifah memuncung, merengek kecil. Ala... pleaselah Jalil, nanti hari lain you busy and I pun busy. Lukis sekaranglah!
Jalil ingin membuka mulut untuk membantah tetapi telunjuk Syarifah lebih dahulu menutup bibirnya. Jalil menarik nafas, mengangkat bahu dan menggeleng.
"Please!" Syarifah mendayukan suaranya.
Okey! Okey! Jalil mengalah.
Syarifah tersenyum dan terus melurutkan pakaiannya. Jalil terpempan namun segalanya sudah terlambat. Syarifah berdiri separuh bogel di hadapannya dan semakin mara....
DERUMAN enjin kereta menghampiri porch. Kemudian diikuti dengan bunyi pintu kereta ditutup. Bunyi tapak kaki menyusul, menghampiri pintu besar. Datin Nora sedia ada di ruang tamu sambil berehat. Dia masih asyik membelek majalah yang menyiarkan profil keluarganya.
Awak tak tidur lagi
Datin Nora menggeleng.
Hairan... ada nampak tak Ayu dan Ani
Di luar tu!
Hah... mereka nak ke studio Jalil.
Apa Terbeliak mata Datin Nora.
Betul! Datuk Megat mengangguk sambil berjalan menghampiri Datin Nora, lalu duduk di sebe-lahnya.
Hairan saya.... Datin Nora bersuara sambil mengerutkan mata.
Kenapa236
Yalah, siapa tak hairan, awak pun mesti kehaira nan melihat mereka berdua. Sebelum ini, tak pernah saya tengok Si Ani bertegur sapa dengan Ayu. Malam ni tiba-tiba saja baik. Tanya tentang Danial, tanya ten-tang Jalil dan apabila Jalil masih belum pulang... dia pelawa Ayu untuk menjenguk Jalil di studio!
Baguslah tu. Setidak-tidaknya, kemesraan antara mereka sudah terbina!
Datin Nora menjungkit bahu. Entahlah... tapi... saya rasa ada sesuatu yang tak kena!
Datuk Megat tidak mahu masuk campur, lalu ba ngun menghayun langkah sambil meleraikan dasi dan menuju ke atas.237