MELANKOLIA BISU - 35
Di sebelah kita selalu ada bunga, berdiri, dah tentu sebab ada yang bagi, kan

Tau kita buta, tutup sebelah mata, dan anggap bunga ni cuma titik buta, fantasi berat sebelah yang dihidupkan oleh mata sendiri, sebab

kadang-kadang cinta berbisik dan bergaung dalam setiap hari dan ruang,

kita tutup dalam-dalam,

pura-pura anggap bahawa kesakitan tu tak pernah wujud, kemudian kita mengaku ada luka, akibatnya sunyi dan keseorangan.

Tak,

bukan kita tak pandai nak terima cinta, cuma belum bersedia terima tetamu macam tu, maka jangan tutupkan dengan denial dan kebohongan suci, cakap saja kita tak reti, mana tahu bila diketuk berkali-kali,

akhirnya kita akan bukak pintu dan cakap,

Hai, saya ada kat rumah, sila lah masuk.