Tak perlu dicapai bulan wajah jernihmu menguasai semesta macam pesta.
2. Ini malam sunyi tak ada parti lampu kuning suram tak begitu cemerlang larut karam memori-memori semalam.
3. Ini malam kita orang asing.
4. Ini malam di telinga siapakah suara halus yang pernah menghilangkan resahku
mengucapkan selamat malam
dan kata-kata kasih sayang
5. Yang pasti suara halusmu tak kedengaran lagi di telinga kiri dan kananku ini.
Kerana ini malam tiada apa-apa di sini kecuali lagu-lagu sepi.
13 Mei 2015
SoHo 2, Damansara Perdana