Namun pasti ada sesuatu yang kita belajar dari tragedi tersebut. Pastinya Allah menjadikan sesuatu kejadian supaya ada yang mendapat pembalasan dan ada yang mendapat pengajaran dan iktibar.
Aceh yang kaya dengan minyak merupakan pelabuhan yang sibuk dan terkenal selepas kejatuhan Melaka, Belanda telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai Aceh. Akhirnya Aceh menjadi negeri terakhir yang dijajah.
Walaupun Aceh kaya dengan sumber asli tetapi ia gagal dibangunkan. Daripada zaman Sukarno yang menyisihkan Aceh hingga zaman Suharto hingga kini di mana konflik Gerakan Aceh Merdeka (Gam) terus bergolak dan penduduknya mendapat sengsara.
Puket yang berasal dari perkataan bukit juga merupakan wilayah yang sebahagian dari selatan Thailand dan majoriti penduduknya beragama Islam satu ketika dahulu. Tetapi kini ia di huni oleh majorti bukan Islam dan berbagai maksiat kesan dari aktiviti pekerjaan di daerah itu. Somalia yang kaya dengan bahan asli juga masih bergelut dengan perang saudara. Koflik antara saudara Islam masih tiada kesudahan.
Kedudukan Islam di Sri Lanka juga tersepit antara pemerintahan kerajaan Drmagmiti Sunhala dengan pemisah Tamil Ealam. Kedudukan Islam di India juga tidak begitu baik kerana sering berlaku penindasan Umat Islam di Myamar juga tersisih. Malaysia masih baik agamanya tapi ketinggalan.
Siapa yang hendak selamatkan umat Islam yang tersepit ini.
Tragedi tersebut amat menyedihkan kerana ramai saudara segama kita yang maut dalam sekelip mata. Ada sesuatu yang kita pelajari atau tersentak dari kealpaan. Hari Kiamat semakin hampir dan ia pasti akan datang. Terlalu banyak petunjuk yang telah Allah berikan sebagai satu peringatan agar umat manusia bersiap sedia. Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di robah menjadi makhluk lain. .
Tragedi tsunami ada kebaikannya. Sepertimana Allah janjikan setiap sesuatu itu Dia tidak jadikan dengan sia-sia dan tidak pula main-main. Tragedi tersebut mengajak kita kembali kepada kehidupan beragama. Kembali pada landasan serta mensyukuri nikmat Allah.
Hari ini kita banyak menerima dan kurang memberi. Ramai yang bermewah-mewah hingga lupa pada saudara seagama yang miskin. Bila berlaku tragedi mereka kata Tuhan zalim, tak sayang dan lain-lain. Tapi mereka gagal melihat perkara sebaliknya.(Beyond the beyond). Bangunlah dan berjuanglah di jalan Allah kerana yang lebih kekal adalah di akhirat. Wasiat Rasulullah S.A.W. perlu di beri perhatian.
Tragedi tsunami mengingat kita pada kematian, setiap jiwa akan merasai kematian. Proses kematian adalah adalah proses menegakkan keadilan. Keadilan terasa selepas mati akan dihidupkan sekali lagi buat selama-lamanya untuk diselesaikan segala hutang kesalahan kita terhadap Allah S.W.T. Keadilan juga dilaksanakan dengan ganjaran kebaikan yang disempurnakan kepada orang yang melakukan kebaikan.
Itulah hakikat kematian, iaitu satu sempadan singkat yang memisahkan dari Akhirat dan Dunia. Tidak ada sesiapa berada di dunia ini melainkan terpaksa melalui sempada tersebut sebelum menuju ke akhirat. Di sanalah segala-galanya akan tersingkap.
Kematian akan menjemput kita dalam keadaan tiba-tiba dan tidak di ketahui bila masanya walaupun kebiasaanya orang tuan yang terlebih dahulu akan mati. Namun Allah berkuasa memastikan seseorang pada usia bayi, remaja, belia dan pemuda.
Mengingat mati bukanlah bertujuan untuk melemahkan semangat dan berputus asa, bahkan boleh menambah kekuatan semangat. Persiapan terbaik sebelum menghadapinya agar kita memperolehi kebahagian yang hakiki.
Kita menyedari kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja ibarat seorang musafir yang berhenti di sesuatu destinasi persinggahan untuk mencari bekalan bagi meneruskan perjalanan yang jauh. Orang yang beriman yang sentiasa mengingati mati akan menghadapinya dengan penuh harapan dan tabah jiwanya dalam menghadapi segala ketentuan Allah S.W.T. yang telah ditetapkan kepadanya.
Sesungguhnya kita melihat ramai dikalangan manusia yang sering melupakan detik dan saat kematian yang bakal datang menemuinya kerana mereka telah dilalaikan dengan nikmat kesenangan, keindahan dan kelazatan hidup di dunia yang sementara ini. Mereka memburu kesenangan duniawi ini bagaikan memburu bayangan uang bergerak sehinggakan kehabisan umur dan kematian pun tiba, akhirnya terkejut besarlah mereka apabila Malaikan Izrail datang mencabut nyawanya.
Demikiannya orang yang tidak mengingati itu senantiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang tertidur lena, dia akan terkejut ketika kematian itu tiba secara mendadak. Orang yang melupakan kematian adalah orang yang bodoh kerana dia yakin terhadap ajal mautnya tetapi melupakannya dengan bersuka ria tanpa bersiap sedia dengan bekalan ketaqwaan.
Menyedari bahawa kita semua akan merasai saat kematian dan berhadapan dengan sakaratulmaut, maka kita perlu membuat persediaan untuk menemui Allah S.W.T. dan menerima balasan daripadaNya di atas segala amalan kita. Awasilah tipu daya dunia yang serba indah dan mengasyikkan ini.
Buatlah kerja dibidang masing-masing dengan penuh amanah, jujur, ikhlas, dedikasi dan bertanggungjawab kerana semua pekerjaan yang dilakukan akan dinilai oleh Allah S.W.T.Apa yang kita lakukan semuanya dicatat oleh malaikat dan kelak kita akan menerima balasan dari Tuhan yang Maha Adil atas perbuatan tersebut.
Akhirnya marilah kita merenung sabda Rasulullah S.A.W.:Orang yang paling cerdik ialah yang paling banyak ingatannya kepada kematian serta bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi kealam baqa dengan membawa kemuliaan dunia dan kemuliaan Akhirat.