KITAB XX - 30 Langkah Memikat Lelaki - 35
Sekali-sekala, kamu boleh bertanyakan khabarnya. Dengan cara ini, si dia akan berasa seperti seorang yang penting dalam hidupmu.

Bertanya khabar juga akan merapatkan tali silaturrahim yang sedang kamu bina dengannya.

Kamu akan kelihatan sebagai seorang gadis yang mengambil berat pada matanya. Sikap kamu yang begini membuka ruang yang sangat luas supaya dia menjadi temanmu.

Si dia akan lebih mudah disentuh hatinya apabila ada yang mengambil berat akan kesihatannya, makan minumnya dan apa-apa sahaja. Perasaan sayang akan tercetus dengan mudahnya melalui cara ini.