TAKAFULMAN - 35
Kata setengah orang, berniaga Takaful ni ibarat melontar 100 biji batu ke satu titik sasaran. Lontarlah dengan ilmu dan pengetahuan.

Kalau tak kena ke semua 100 pun, akan kena juga sebahagian, mungkin 90, 50, 30, 10 atau 1 saja yang mengena.

Dan kalau kesemua 100 lontaran itu tidak mengena, maka lontarlah 1000 biji batu pula, pastinya akan mengena sebahagian atau salah satunya.

Maka di sini lah letaknya kasih sayang Tuhan, yang menyuruh kita berusaha, jangan penat dengan 100, jangan penat dengan 200, buatlah seberapa banyak sampai terlihat hasilnya.

Sungguhpun begitu, aku di sini tidak melontar hatta sebiji batu pun kepada kalian, kerana batu itu nescaya menyakitkan.

Yang aku lontar tidak lain adalah 1001 peluru kebahagiaan, kasih sayang dan kesejahteraan, lalu nikmat Tuhan apa lagi yang hendak didustakan