Albania ini dari segi geografinya hanya dipisahkan oleh Laut Adriatik sahaja dengan Semenanjung Itali. Raja Victor Emmanuel sebenarnya mahu meng-Itali-kan Albania. Sementara kerajaan Albania mahu naungan dari
Itali, untuk kemandirian dan survival negara nya juga dalam menahan asakan lain-lain kuasa besar di Eropah. Setidak-tidaknya jika berlaku konflik, mereka ada abang besar yang bisa bantu. Mereka tidak mahu episod pembunuhan beramai-ramai tahun 1912-1913 kembali berulang.
Selepas tamat Perang Dunia Kedua, ada usaha yang dijalankan untuk mewujudkan sebuah negara dikenali sebagai Persekutuan Balkan, meliputi Yugoslavia, Albania, Greece, Romania dan Bulgaria. Namun hasrat itu tidak terlaksana. Greece, Romania dan Romania terus mahu berkerajaan sendiri, begitu juga lah Albania. Kesatuan Yugoslavia sekadar meliputi rantau Balkan, terdiri daripada wilayah Serbia, Bosnia, Croatia, Macedonia, Kosovo dan Slovenia. Albania berkerajaan sendiri berciri komunis.
Bermakna, memang Albania tak pernah berselingkuh dalam Kesatuan Yugoslavia yang turut terdiri daripada negara Serbia. Meskipun tidak bergabung dengan Serbia dalam satu persekutuan, Albania yang berfahaman komunis telah korbankan satu aspek penting dalam kehidupan mereka, iaitu agama Islam.
Era komunis yang lama di Albania menyaksikan begitu banyak pemisahan elemen Islam dalam kehidupan rakyat Albania. Kini Islam di kalangan warga Muslim Albania sekadar agama budaya. Sangat sedikit warganya yang mengamalkan Islam sebenar meskipun lebih separuh dari populasi Albania adalah beragama Islam.
Waktu penghujung tahun 1980an, semasa satu-persatu Blok Komunis di Timur Eropah, rantau Balkan turut sama menerima tempias. Wilayah-wilayah berciri etnik mulai menuntut kemerdekaan.
Pertelingkahan Albania-Serbia kian memuncak, apabila semasa Perang Yugoslavia, sekitar Jun 1991, Menteri Luar Albania, Mehmet Kapllani telah melawat wilayah Croatia. Serbia tambah marah, apabila Presiden Albania, Ramiz Alia telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan para pemimpin wilayah Kosovo. Julai tahun yang sama, Serbia putuskan hubungan diplomatik dengan Albania.
Kosovo ini letaknya betul-betul di tengah-tengah antara perbatasan sempadan Serbia dan Albania. Dan majoritinya daripada penduduknya adalah beragama Islam dari kalangan etnik Albania.
Dekat dunia waktu itu, ada dua negara sahaja yang amat prihatin dengan nasib umat Islam di Kosovo dan Bosnia. Pertama Malaysia, keduanya Albania.
Albania lah yang membuka pintu sempadannya tatkala pelarian Kosovo cuba melarikan diri dari kekejaman bangsa Serb. Pembersihan etnik oleh bangsa Serb memang tidak berperikemanusiaan. Dan Albania lah, negara yang begitu murah hati memberi perlindungan. Albania lah yang salur persenjataan, makanan, ubatan, dan pakaian kepada warga Kosovo.
Tahun 2008, saat Kosovo umumkan kemerdekaannya, Albania juga lah negara pertama yang memberi pengiktirafan.
Justeru, persengketaan antara Serbia dan Albania itu bukan baharu, ia sudah tertanam sejak sekian lama.
Kalau kita sejauh Malaysia ini pun tidak pernah lupa kekejaman puak Serb ke atas etnik Muslim Bosnia, mana mungkin etnik Albania boleh lupa kekejaman puak Serb ke atas bangsa mereka sendiri.