SUASANA di ruang tamu sunyi sepi. Masing-masing diam membisu menantikan siapa yang akan memulakan bicara. Felisha pandang Tajdid yang sudah berubah rona. Agak pucat. Matanya beralih pula pada Sakinah yang duduk di sebelah Puan Akma. Semalam dia mengajak Sakinah datang ke rumahnya bersemuka dengan keluarga Tajdid sendiri. Abang Fakrul dan kak Arini pula sudah pulang ke rumah orang tua Arini di Kedah.
Puan Bainun dan Encik Zainuddin masing-masing tidak bersuara.
Err...maaf kalau kedatangan saya ni mengganggu kehidupan keluarga ni. Saya hanya nak menuntut hak saya sebagai isteri. Saya tahu, saya mungkin datang pada masa yang salah. Sakinah memulakan bicara, memecah keheningan suasana.
Taj..kenapa Taj rahsiakan dari mama dan papa Puan Akma sebak. Tak sangka Tajdid membelakangi mereka dalam hal ni.
Tajdid masih diam. Tunduk memandang lantai. Dia jeling Sakinah yang juga tunduk. Kenapalah dia ni datang masa ni
Mama, papa..Taj bukan nak rahsiakan dari papa dan mama tapi Taj tak ada sedikit pun rasa teruja masa tu. Ayah angkat Taj yang beria nak jodohkan Taj dengan Sakinah ni. Taj terpaksa sebab Taj terhutang budi dengan keluarga Sakinah. Taj tak ada pilihan. Tajdid meluahkan perasaannya yang sekian lama dipendam.
Sakinah menelan liur. Terkedu mendengar kata-kata Tajdid. Jadi benarlah, selama ni aku saja yang ada hati kat dia ni.
Kalau Taj tak cintakan Sakinah ni, kenapa terima dia Encik Munawir pula mencelah. Geram dengan sikap Tajdid.
Maaf papa. Taj terpaksa terima. Taj tak nak lukakan hati ayah Sakinah yang terlalu mengharap.
Dah berapa lama nikah Tanya Encik Munawir lagi.
Dah lebih empat tahun.. Tajdid tunduk.
MasyaAllahjadi selama empat tahun ni Taj jadi suami orang Kenapa tipu mama dan papa bila kami nak tunangkan dengan Felisha ni Puan Akma pula menyoal. Rasa nak cekik budak ni!
Taj tak pernah cintakan Sakinah. Pertama kali Taj pandang Felisha, Taj dah suka. Salah ke Taj nak cari kebahagiaan untuk Taj sendiri Tajdid mula meninggikan suara.
Tak salah! Yang salahnya, Taj rahsiakan pernikahan Taj dengan Sakinah. Itu yang salah!! Taj ingat kami ni apa Encik Munawir turut menyinga.
Puan Bainun dan Encik Zainuddin masih diam. Tidak tahu apa yang patut diperkatakan.
Sekarang ni macam mana Puan Akma merenung tajam Tajdid yang sudah kemerahan mukanya.
Macam mana apa lagi! Sakinah tu isteri dia yang sah. Papa nak Taj putus tunang dengan Felisha ni. Encik Munawir sudah tegas.
Pantas Tajdid memandang papa.Putus
Encik Zainuddin dan Puan Bainun, kami minta maaf. Kami malu dengan perbuatan Tajdid ni. Kami pun tak sangka benda macam ni berlaku.
Felisha tak seharusnya jadi isteri kedua Tajdid. Felisha berhak tentukan hidupnya sendiri. Puan Akma sebak. Air mata mula menitis ke pipi.
Puan Akma..semua ni bergantung pada Sha. Sha macam mana Puan Bainun menoleh ke arah anak gadisnya yang masih tunduk membisu. Dari tadi tidak mengangkat mukanya.
Sha tak sanggup nak rosakkan rumah tangga orang lain. Sha sedia undur diri. Felisha berkata lemah.
Sha..maafkan makcik ya. Makcik tak tahu pasal ni. Maafkan Tajdid juga. Puan Akma pegang lembut jemari Felisha yang tunduk. Siapa yang tidak kecewa bila tiba-tiba tunang sendiri adalah suami orang.
Tak apa makcik..Sha terima dengan hati terbuka. Felisha cuba mengukir senyum walaupun rasa hambar. Lega..
Sekarang ni, mama nak Taj kembali pada Sakinah. Dan mama nak buat majlis kesyukuran sebagai menyambut menantu. Puan Akma pandang Sakinah yang tidak bersalah.
Err..mama..terima kasih kerana terima saya sebagai menantu mama. Kalau abang Taj nak nikah dengan Felisha pun, saya izinkan. Saya tahu, dia inginkan zuriat sendiri. Saya masih tak mampu berinya zuriat Sakinah cepat-cepat mencelah.
Puan Akma terkedu. Dia pandang gadis yang bertudung litup itu dengan penuh kasih.
Sakinahmama tak nak Sakinah rasa tertekan nanti. Zuriat itu anugerah Allah. Allah yang merancang dan maha mengetahui. Bersabarlah. Puan Akma senyum. Nyata Sakinah seorang yang sopan dan berlapang dada.
Cik Sakinah lebih berhak ke atas Tajdid ni. Saya sedia undur diri. Felisha senyum.
MALAM itu, usai solat isyak, Felisha termenung di kepala katil. Keputusan telah diambil. Cincin tunang juga telah dikembalikan selesai saja perbincangan tadi. Sakinah lebih berhak memiliki Tajdid dan Tajdid sepatutnya tidak menduakan Sakinah.
Sha..boleh mama masuk
Felisha mendongak. Puan Bainun sudah tersenyum di muka pintu. Dia mengangguk.
Sha..sabarlah ya. Ini semua dugaan dari Allah. Allah nak tunjukkan kebenaran sebelum Sha selamat jadi isteri Tajdid. Mama pun tak sangka, Tajdid tu sudah lama bernikah. Cuma mama tak faham, kenapa dia rahsiakan pernikahan tu. Takkan sebab dia rasa terpaksa Puan Bainun melabuhkan punggung sebelah Felisha.
Entahlah mama..Sha dah bingung. Apa yang terjadi dalam hidup ni terasa macam dalam sebuah drama. Felisha peluk bantal.
Sha..tak baik kita menyalahkan takdir. Anggaplah itu semua ujian dari Allah. Terima dengan hati yang tenang. Mama percaya semua ni berlaku ada hikmahnya. Mungkin jodoh Sha dengan Fariz Puan Bainun senyum lebar.
Erk! Felisha pandang Puan Bainun yang sudah tersengih di sebelahnya. Fariz
Mama nidalam dunia ni, Fariz sorang je ke lelaki bujang yang adaFelisha mencebik. Dah la aku geram dengan mamat tu.
Mama tak kata macam tu. Puan Suraya tu, beria nak jadikan Sha ni menantu dia. Dia mengalah bila dapat tahu yang kakaknya sendiri nak jodohkan dengan Tajdid, sepupu Fariz. Dan sekarang ni, mama rasa semua ni ada hikmahnya. Maknanya jodoh Sha dengan Fariz tu semakin dekat. Puan Bainun senyum lagi. Semakin lebar.
Itu kata mama dan Puan Suraya. Fariz tak pernah sukakan Sha. Sha tak nak hidup dengan orang yang tak ada perasaan pada Sha. Biarlah Sha bujang macam ni. Lagipun dia nak ke Holland. Felisha berkata tanpa nada perasaan.
Holland Buat apaPuan Bainun berkerut kening.
Entah..kerja agaknya.. Felisha menjawab malas.
Puan Bainun termenung seketika. Puan Suraya tak ada pula beritahu apa-apa kat aku.
Sudahlah mama. Sha dah bosan dengan semua ni. Sha tak nak fikir hal ni lagi. Bagilah Sha masa nak berehat. Felisha menopang dagu.
Baiklah..Sha rehatlah. Puan Bainun mengusap lembut rambut Felisha yang panjang mengurai.
Felisha hanya melihat Puan Bainun menapak keluar dari biliknya. Mamamaafkan Sha. Sha dah serik dengan semua ni.
SEAWAL tujuh setengah pagi, Felisha sudah menuju ke kedai bunga. Kereta Honda Accord dipecut laju meninggalkan laman rumah.
Eh..ni macam kereta yang selalu mengekori aku dulu.. Felisha jeling melalui cermin pandang belakang. Sesekali dia melihat melalui cermin sisi. Memang sah!
Pedal minyak ditekan kuat. Meluncur laju membelah kesesakan jalanraya. Peluh mula menitik. Sesekali kereta hitam itu dijeling. Masih mengekorinya. Semakin dekat.
Ya Allah..siapa sebenarnya dia ni Jadi..mamat gila yang cuba merogol aku dulu tu..orang lain la Felisha menelan liur. Pucat.
Tiba di simpang tiga, keretanya membelok ke kiri. Kebetulan ada balai polis di situ. Keretanya diparkir di dalam kawasan balai. Terjenguk-jenguk dia melihat kelibat kereta hitam tadi yang berhenti di luar balai polis.
Adoi! Mengapa dia berhenti kat situ Takkan aku nak duduk sini sampai petang Aduih.. Felisha garu kepala. Dia cuba memerhati siapa lelaki yang masih dalam kereta hitam itu. Masih samar.
Tuk! Tuk! Tuk!
Felisha menoleh ke kanan dan mendongak sedikit. Seorang pegawai polis mengetuk cermin keretanya.
Cik buat apa kat sini Pegawai polis itu mula menegur.
Err..sa..saya tunggu kawan. Nak buat laporan sekali. Felisha cuba senyum.
Oh..kalau macam tu, cik kena park kat tempat sana ya. Pegawai polis itu menuding ke tempat letak kereta awam di sebelah kiri balai polis.
Felisha hanya mengangguk-angguk. Keretanya dipandu perlahan memasuki kawasan letak kereta awam.
Adoiya..tak pasal-pasal aku kena park kat sini. Felisha tepuk dahi. Matanya meliar melihat kelibat kereta hitam yang masih ada di luar balai polis.
Macam mana ni Apa aku nak buat ni Felisha sudah pening. Bingung dengan kehadiran kereta hitam yang nampaknya masih tak berganjak dari situ. Dia segera menghubungi Fakrul. Tiada jawapan.
Hish! Mana pulak abang aku ni Aduh! Lupa pulak dia di Kedah. Felisha tepuk dahi.
Siapa aku nak call ni Papa Oh..tidak. Bukan dia nak tolong, kena bambu adalah! Tak boleh, tak boleh. Baik aku call Alia. Hanim pulak dah sah-sah kerja time macam ni. Nombor Alia dihubungi segera. Dia tak berani menghubungi papa yang sudah memberinya amaran agar tidak ke kedai bunga lagi.
Hampir satu jam Felisha menunggu di situ. Sesekali dia memerhati lelaki yang masih berada dalam kereta hitam itu.
Tuk! Tuk! Tuk!
Felisha menoleh ke kanan. Alia sudah tercegat di situ. Dia segera buka pintu. Erk! Apa hal dia ni ada sekali
Kak Sha! Kenapa kak Alia terus bertanya. Muka Felisha sudah pucat.
Errtadi, ada orang ikut akak. Tu kereta dia! Felisha tuding ke arah kereta hitam yang masih ada di luar kawasan balai polis.
Alia menjenguk ke arah kereta hitam tadi. Memang kereta tu masih ada di situ.
Kenapa tak buat laporan Kan dah masuk balai polis ni. Fariz mula bersuara. Bengap betullah minah bunga ni. Dah masuk kawasan balai polis, buat jelah laporan! Itu pun nak kena ajar ke
Felisha asyik memandang kereta hitam itu.
Oi! Cik minah bunga! Aku tanya! Kenapa tak report polis Fariz meninggikan suara. Dah pekak badak agaknya minah ni! Eii!!
Err..saya tak pasti..orang tu orang jahat ke apa. Nanti tak pasal-pasal saya dituduh buat laporan palsu pulak. Felisha menelan liur. Dia masih memandang kereta hitam itu. Kata-kata kasar Fariz tadi sudah lali masuk ke lubang telinganya.
Aik! Tadi beria call Alia, kata ada orang jahat ikut. Sekarang ni dah tukar cerita pulak Fariz mengetap bibir.
Felisha menoleh ke arah Fariz yang sudah bercekak pinggang. Eii! Mamat poyo ni! Sesedap rasa je tuduh aku tukar cerita! Geram nak tonyoh mulut celupar Fariz dengan bunga ros yang dibawanya tadi.
Saya call Alia, bukan awak!! Felisha dah menyinga.
Sama la tu! Alia tu adik aku! Takkan aku nak biarkan dia datang seorang diri kat sini! Apa Itu pun nak kena jelaskan Belajar je masuk U jauh-jauh tapi otak letak kat lutut! Fariz sekali lagi mengetap bibir.
Wei! Mulut awak tu lebih busuk dari longkang tahu tak Awak tu yang bongek sangat! Dengar ambik bidang engineering. Patutlah otak pun fikir macam mesin! Tekan suis je, jalan! Felisha tidak mahu mengalah.
Dah la tu abang. Kita datang sini nak tolong kak Sha ni. Alia cuba meleraikan pertengkaran.
Maaf! Apa semua ni Sha, kau okey
Tiga kepala berpusing ke arah kanan. Seorang pegawai polis lengkap dengan pakaian seragam berpangkat inspektor sudah tercegat di situ.
Jazman! Kau kerja kat balai ni ke Felisha berkerut kening. Setahunya Jazman ditugaskan di bahagian jenayah Bukit Aman.
Tak..saja singgah sini. Ada hal nak uruskan. Dari pintu balai tadi, aku tengok kau bertekak dengan dia ni, ada masalah ke Jazman jeling Fariz yang sudah mengalih pandangannya ke arah lain.
Tak ada apa. Salah faham je. Err.dah tahu siapa yang hantar surat ugut tu Felisha mengalih topik.
Hampir 90 peratus. Kami syak ada sesuatu yang tak kena dengan surat tu. Dari siasatan, surat tu mungkin dari seorang perempuan. Jazman mula menerangkan kes siasatannya.
Surat ugut Fariz pula menoleh pada Jazman.
Err..apa hubungan awak dengan Felisha Jazman ragu-ragu menjawab soalan Fariz.
Kawan.. Fariz menjawab ringkas.
Oh.maaf, ni kes polis. Hanya keluarga saja yang akan diberitahu. Jazman senyum.
Encik Jazman, abang saya ni bakal suami kak Sha ni. Jadi tak salah kalau dia nak tahu pasal kes ni. Boleh kan Alia mencelah.
Felisha dan Fariz serentak berpaling. Bulat mata memandang Alia yang dah tersengih.
Bakal suami Tapibukan ke kau dah bertunang dengan Tajdid Jazman pandang Felisha tak berkelip.
Dah putusLemah suara Felisha.
Putus Kenapa Jazman masih keliru.
Fariz turut berkerut kening. Putus Bila masa dia putus tunang Dia jeling Jazman. Menyibuk pulak mamat polis ni.
Jadi sekarang ni..solo la Jazman senyum.
Felisha diam. Haihapalah nasib aku ni. Jumpa lelaki semuanya nak menggatal. Sorang tu je yang hati batu! Dia jeling Fariz yang tidak berkelip memandang Jazman.
Kak! Dia dah pergi! Alia tuding ke arah kereta hitam.
Pantas Felisha menoleh. Memang betul, kereta hitam itu sudah blah!
Siapa Jazman turut menoleh.
Encik Jazman, tadi ada orang ikut kereta kak Sha ni. Kak Sha belok masuk kawasan balai ni. Kereta tu pulak park kat luar tu. Alia menjelaskan perkara sebenar.
Laaakenapa tak buat laporan polis je Jazman pandang Felisha yang kelihatan buntu.
Dah bengap, macam tu la Fariz menggumam.
Apa awak cakap Felisha julingkan mata ke arah Fariz.
Tak apa..kalau kau takut, aku boleh temankan kau balik. Jazman menawarkan diri.
Fariz jeling Jazman. Teman keambil kesempatan
Alia, balik! Buang masa je datang sini. Fariz tarik tangan Alia.
Felisha jeling Fariz. Aik! Cemburu ke mamat ni
Baiklah.. Felisha sengaja setuju dengan cadangan Jazman. Muka Fariz sudah berubah rona.
Fariz dan Alia sudah meninggalkan kawasan balai polis. Jazman pula menaiki kereta Felisha.
SEPANJANG perjalanan ke kedai bunga, Jazman lebih banyak bercakap. Felisha pula rasa tidak selesa bila direnung Jazman.
Adoih.apa hal la dia ni asyik tenung aku je.. Felisha menggumam.
Shaaku tanya sikit boleh Jazman mula serius.
Apa dia Felisha masih memandang ke depan.
Siapa lelaki tadi Betul ke dia tu bakal suami kau Jazman tak alihkan pandangannya pada Felisha.
Errya..ya..Felisha tergagap-gagap. Kalau aku cakap bukan karang, mahunya dia ni nak masuk meminang aku.
Oh..melepaslah aku lagi nampaknya. Apasal kau tak beritahu aku awal-awal yang kau dah putus tunang Senanglah aku masuk meminang. Jazman kenyit mata.
Erk! Memang aku dah agak dah. Felisha senyum kelat.
Oh ya, pasal siasatan tu, surat tu ada kaitan tak dengan lelaki yang ditangkap hari tu Felisha cepat-cepat ubah tajuk.
Tak ada kaitan langsung. Lelaki tu sudah mengaku. Dia diupah seseorang untuk jatuhkan maruah kau, Sha. Jazman menjelaskan kes siasatan.
Siapa Felisha menoleh seketika ke arah Jazman.
Melissa..dia nak kau rosak. Dengan cara tu, lelaki tak akan ambil kau sebagai isteri.
Apa Jadi semua ni kerja Melissa Felisha menelan liur. Jadi, Melissa berdendam dengan aku
Siapa Melissa tu sebenarnya
Dia tu sukakan Fariz tapi Fariz tak layan. Dia juga senior aku masa kat universiti. Kau pasti ke dia yang suruh Felisha sekali lagi pandang Jazman sebelum memandang ke depan semula.
Siapa Fariz Jazman mula berkerut kening.
Mamat poyo tadi tu, yang bertekak dengan aku! Nada Felisha sudah berubah. Menyampah bila berbicara soal Fariz.
Ohmaknanya mamat poyo tu suka kau la Sebab tu Melissa tu nak balas dendam Jazman sengih.
Hish! Tak ada maknanya dia suka aku. Felisha membelok ke kawasan deretan kedai.
Habis tu, tadi kau kata dia tu bakal suami kau Aku tak faham.. Jazman mula keliru.
Memang la. Dia tu depan aku cakap macam nak telan bagai tapi belakang aku, jiwang karat. Felisha terpaksa berbohong. Terpaksa menyebelahi Fariz.
Ya Orang lelaki ni bila bersikap macam tu sebenarnya dia suka. Saja tak nak tunjuk. Nak kawal macho! Jazman gelak.
Felisha jeling Jazman yang sudah ketawa mengekek. Macholah sangat! Poyo ada la!
Jadi Melissa tu macam mana Kena tangkap jugak ke Felisha pandang Jazman.
Belum. Kami masih mencari bukti kukuh. Bukan senang nak tahan orang tanpa bukti yang kukuh. Jazman turut pandang Felisha. Manis seperti dulu.
Oh.. Felisha senyum hambar.
Kenapa Kau nak Melissa tu masuk penjara ke Jazman mula serius.
Eh! Taklah! Kalau betul sekali pun dia yang jadi tali barut semua ni, aku tak sampai hati nak buat dia macam tu. Pada aku, dia dah insaf tu, dah cukup bagi aku. Felisha senyum.
Jazman diam. Dia pandang gadis di sebelahnya yang asyik melihat ke arah jalan depan. Sungguh mulia hati kau Sha..
Okey dah sampai. Kau nak singgah tak Felisha letak kereta di kawasan letak kereta di depan kedainya.
Tak kut..sekejap lagi kawan aku ambil. Jalan elok-elok. Apa-apa perkembangan nanti, aku update kau. Jazman senyum.
Felisha hanya angguk. Dia menapak ke dalam kedai setelah Jazman menaiki kereta kawannya yang datang sepuluh minit kemudian.
Lama Felisha termenung di kerusi. Tak sangka Melissa yang menjadi dalang kes cubaan merogolnya dulu.
Telefonnya berdering kuat.
Sha!!
Cepat-cepat Felisha jauhkan telefonnya dari cuping telinga. Suara kuat Hanim di hujung talian sudah berdesing di gegendang telinga. Apa kena minah ni
Kau kenapa ni Mana salam kau wei! Felisha sengih.
Beb! Akhirnya aku dilamar!!
Sekali lagi Felisha tercengang. Dilamar Siapa yang melamar Hanim
Err..siapa Tanya Felisha.
Guess who
Mana aku tahu
Aqif!!!
Sekali lagi telefon dijauhkan dari cuping telinga. Suara nyaring Hanim sudah tembus ke lubang telinga.
What Seriously Felisha turut teruja.
Jumpa kau nanti! Kat kedai bunga kau!! Okey beb! Aku nak cepat ni.
Talian putus.
Felisha senyum. Tak sangka Aqif melamar Hanim. Macam mana mereka boleh bercinta eik Tapi tak semestinya kena bercinta dulu baru nikah kan Itu hanya undang-undang manusia!