AMY meletakkan bungkusan roti dan air mineral yang baru dibeli di tepi meja sebelah katil. Bolehlah Farizah jadikan alas perut sekiranya lapar pada waktu malam nanti. Farizah memilih untuk menjalani prosedur Dilation & Curettage (D&C). Empat jam yang lalu, Farizah telah pun sedar dari kesan ubat bius.
Kerusi ditarik dan dia duduk di sebelah Farizah yang tertidur. Hari ini, hidupnya cukup kelam-kabut. Hantar Farizah ke hospital.
Bersoal-jawab dengan jururawat yang bertugas. Kembali ke rumah untuk mengambil pakaian Farizah. Balik semula ke hospital.
Hura-hara dibuatnya. Tapi, kalau bukan dia, siapa lagi yang nak tolong Farizah
IzahAmy mengejutkan Farizah dengan perlahan. Beberapa kali dipanggil, mata Farizah terbuka. Amy senyum. Buat seketika, tiada sesiapa yang bersuara.
Macam mana kau rasa sekarangSoal Amy.
Farizah memberikan jawapan dengan senyum hambar. Ada air di tubir mata. Sudah tak terkira berapa banyak air matanya yang keluar.
Aku ada beli roti untuk kau, buat alas perut. Nak masak-masak untuk kau, aku tak sempat
Farizah cuba mengawal sebak.Amy
Tangan Amy dipegang. Terima kasih banyak-banyak sebab tolong aku Air mata Farizah tumpah lagi.
Amy membalas dengan mengeratkan genggaman. Rasa sesal dan sebal terus hilang dari hati.
Aku sayang kat kau Izah. Kau tahu tak Kita dah berkawan dari kecil sampai sekarang. Aku tak sampai hati tengok kau macam ni
Aku minta maaf. Aku memang banyak menyusahkan kau.
Jangan cakap macam tu. Kalau aku ada masalah, mesti kau tolong aku juga kan Balas Amy.
Farizah menarik nafas, melegakan rasa sebak. Cuba mengukir senyum tapi tak mampu.
Amyada satu lagi benda aku nak minta tolong. Tutur Farizah lagi.
Tolong apa
Kau tolong jangan beritahu keluarga aku pasal ni. Aku tak nak mak dengan kakak aku tahu. Jangan beritahu pada keluarga abah aku. Kalau dia orang tahu, mesti macam-macam lagi yang mak aku kena. Jangan beritahu pada sesiapa pun.
Amy angguk perlahan sebelum berkata.Kau tak nak beritahuAaron Dia patut tahu pasal ni, Izah.
Kau sepatutnya beritahu dia awal-awal lagi. Inikan Amy telan liur. Anak dia
Farizah geleng. Aku tak nak ada apa-apa lagi dengan dia, Amy. Aaron tak perlu tahu. Lagipun, dah tak ada apa yang aku nak terangkan pada dia. Baby pundah Farizah tahan esak. Baby dah tak ada. Anak aku dah tak ada Tangis terhambur lagi.
Izah. Sudahlah tu.Amy usap perlahan rambut Farizah. Sukar sekali untuk dia mengerti perasaan Farizah mahupun memahami, mengapa gadis itu tidak mahu melibatkan Aaron. Kalau benar Aaron sayangkan Farizah, dia pasti akan bertanggungjawab. Tapi Farizah berdegil. Aaron seperti tiada hak dalam soal ini.
Adakah Aaron mempunyai hak dalam soal ini Hak sebagai ayah biologi, tentu ada
Ah, malas sekali untuk dia berfikir tentang itu. Nanti-nanti boleh fikir. Kepenatan mula merenjat badan kerana menguruskan hal Farizah berseorangan. Dan baru dia sedar, dia sendiri belum sempat benar-benar menjamah makanan pada hari ini.
Amy menjeling jam tangan. Waktu maghrib bakal menjelang pada bila-bila masa. Ada baiknya dia juga pulang ke rumah.
Izahkalau tak ada apa-apa lagi, aku nak balik dulu.
Farizah mengangguk.
Doktor cakap, kalau tak ada apa-apa complication, esok kau boleh keluar.
Farizah mengangguk lagi.
Esok, aku datang lagi. Kau rehat ya Jangan fikir banyak sangat. Benda dah jadi Itu saja yang mampu Amy ucapkan.
Amy terima kasih banyak-banyak. Dari dulu, kau yang banyak tolong aku, jaga aku.
Kita dah kawan lama, Izah. Kau pun dah macam keluarga aku sendiri. Cuma aku harap, lepas ni kau berubahlah. Aku tahu, aku pun bukanlah sempurna sangat nak nasihatkan kau tapiAmy tarik nafas.
Aku faham maksud kau AmyFarizah menangis lagi.
Shhh.sudah. Jangan nangis.Badan Farizah dipeluk. Setelah Farizah kembali tenang, barulah Amy melepaskan pelukan.
Aku balik dulu, ekAmy meminta diri.
Farizah mengangguk.
Assalamualaikum.
Waalaikumussalam.
Amy bangun dan beredar dari situ.
DARI arah surau, Zack melewati kawasan lobi hospital untuk kembali ke kawasan parkir motorsikalnya. Tiada apa yang perlu dia risau tentang Kate. Keadaan bertambah baik dan mungkin Kate boleh keluar dari hospital esok atau lusa, bergantung kepada keadaan. Matanya tertancap pada seseorang yang dia rasa macam kenal. Lama dia perhatikan. Dia yakin itu adalah Amy. Tapi apa yang Amy buat di hospital
Serta-merta prasangka kurang baik muncul dalam kepala. Wajah Farid, teman lelaki Amy yang psiko itu muncul dalam minda. Amy hospital Farid Rasa bimbang pula menerjah. Adakah Amy cedera akibat penangan Farid hingga memerlukan rawatan di hospital Ini tak boleh jadi!
Zack menghayun langkah pantas mengejar Amy yang sudahpun berjalan laju tanpa menyedari akan kehadirannya di situ.
KakPanggil Zack tapi Amy tak menoleh.
Kak!Suara semakin kuat. Beberapa orang kakak menoleh tapi bukan Amy.
Amylea!
Kali ini, barulah Amy berpaling. Langkahnya terhenti. Tergamam sedikit melihat kehadiran Zack di sini.
Zack menghampiri Amy. Muka Amy diteliti. Tiada yang cedera. Mungkinkah di bahagian badan lain yang dia tak nampak
Kak, kau buat apa kat siniSoal Zack.
Kau buat apa kat siniAmy menyoal balas.
Kan aku tanya kau dulu, apa yang kau buat kat sini
Kau tu, buat apa kat sini
Antara mereka berdua, tiada siapa yang pernah mahu mengalah bila bertikam lidah. Zack mula meradang.
Aku jengah kawan. Dia masuk hospital. Sekarang ni, boleh tak kau jawab soalan aku Tak payahlah nak ulang soalan aku balikSuara Zack agak tinggi.
Adalah hal sikit Amy jawab acuh tak acuh.
Hal apa
Yang kau sibuk, kenapa
Aku memang suka menyibuk hal kau, takkan kau tak tahuAda nada perli dalam suara Zack.
Amy buat muka.
Senyap seketika.
Kak. Apa kau buat kat siniNada suara Zack bertukar, tidak lagi tinggi seperti tadi. Lebih kepada prihatin.
Amy menarik nafas dan dihembus perlahan. Terfikir-fikir apa yang perlu dijawab. Teragak-agak mahu membuka aib sahabat sendiri.
Kakaku tanya ni. Kau buat apa kat sini Zack mula mendesak. Radangnya naik kembali.
IzahBeberapa lama terdiam, Amy akhirnya bersuara.
Izah Kenapa dengan dia
Dia sakit.
Sakit apa
Amy diam lagi. Muka Zack yang penuh tanda-tanya dipandang dengan rasa serba-salah. Tak tahu bagaimana hendak menerangkannya pada Zack.
Kak
Zackkalau aku beritahu pasal ni, boleh tak kau janji, jangan beritahu pada orang lainAmy membuat permintaan.
Kening Zack berkerut. Kemudian, dia angguk.
Izahpagi tadi. DiaAmy tarik nafas. Izahgugur.
Perkataan gugur disebut seperlahan mungkin.
Muka Zack berubah riak. Benar-benar terkejut.
Dahberapa bulan
Tujuh minggu
Zack terdiam. Fakta yang baru diterima cuba dihadam. Tujuh minggu. Minggu lepas, dia keluar dengan Farizah dan Farizah cuba
Zackkau okeyAmy bertanya perlahan apabila melihat wajah Zack benar-benar berubah.
Tanpa berkata apa-apa, Amy ditinggalkan. Zack berjalan perlahan ke arah kerusi berdekatan lalu duduk. Berfikir panjang.
Amy yang serba-salah, turut mengikut lalu duduk di sebelah Zack.
Zack
Memang Izah tahu yang dia dah mengandung, atau dia sendiri pun baru tahuZack menembak soalan.
Awal-awal lagi, dia dah tahu tapi dia tak cakap pada orang lain. Aku tahu pun sebab pagi tadi Izah bleeding. Aku yang hantar dia pergi hospital. Jawab Amy.
Zack kembali membatukan diri. Beberapa perkara bermain dalam fikiran. Dia sedang mengaitkan sikap Farizah pada malam mereka keluar berdua dengan fakta bahawa Farizah sudah hamil tujuh minggu. Teka-teki cuba diselesaikan dalam kepala. Takkanlah.Izah sengaja...
Zackkau okeyAmy melontar lagi soalan yang sama.
Zack diam, menolak rambutnya ke atas. Dia sudah membuat kesimpulan sendiri tapi biarlah perkara itu disimpan saja dalam otaknya.
Amy turut diam akhirnya, membiarkan Zack melayan perasaan sendiri. Sedikit sebanyak, dia memahami, pasti Zack kecewa mendengar berita ini. Iyalah, bukankah Zack memang ada hati pada Farizah, sejak dulu lagi
Zackkau nak ikut akuAmy memecah sunyi setelah mereka mendiamkan diri agak lama.
Pergi mana
Makan. Aku laparlah. Satu hari aku tak makan ni
Zack senyum sumbing. Jomlah.Entah mengapa, dengan senang hati dia menerima ajakan Amy.
RESTORAN makanan segera menjadi pilihan Amy. Alasannya, dia mahukan tempat yang ada penyaman udara sebab panas. Zack hanya mengikut. Lalu mereka pergi secara berasingan ke McDonald yang terletak di sebelah Shell, Jalan Cheras. Amy menaiki keretanya manakala Zack memacu motorsikal.
Kala ini, restoran makanan segera itu tidak ramai orang maka tak perlu beratur terlalu lama. Zack menyuruh Amy memilih tempat duduk manakala dia beratur membeli makanan. Amy meminta Zack membeli apa saja. Dia tak kisah. Yang penting, aiskrim Sundae coklat kegemarannya tidak dilupakan.
Setelah membeli makanan, Zack berjalan ke arah Amy lalu mengambil tempat duduk berhadapan.
Set Double Cheeseburger beserta Sundae perisa coklat diletakkan di atas meja, serba dua semuanya.
Amy memandang Zack yang sudah kembali seperti sediakala. Tidak lagi diam gamam seperti di hospital tadi. Mungkin Zack sudah dapat menerima kenyataan sebenar tentang Farizah.
Kak Panggil Zack.
Ya
Siapa yangerrr.Izah tu..anak siapa...yang Zack mematikan ayat. Tak terungkap kata-kata yang hendak diucap.
Aaron.
Mak aihhh. Nama tak nak kalah. Aaron mana Aaron Aziz
Banyaklah kau punya Aaron Aziz!Tempelak Amy.
Zack sengih.
Memang nama mamat tu Aaron. Aaron Low. Anak tauke balak kat Sabah...
Oohh Zack terangguk-angguk. Terus diam.
Kau frust ke Zack
Frust Tak adalah.Jawab Zack.
Kecewa, memang tak ada. Lebih kepada sakit hati dan cuba dibuang sehabis daya. Agenda sebenar Farizah pada malam itu dapat diagak. Namun, oleh kerana dia sendiri tiada kepastian, perkara itu disimpan sahaja. Lagipun, dia tak tahu bagaimana hendak diterangkan kepada Amy. Segan pun ada.
Betul Amy menduga.
Betullah. Kenapa kau tanya macam tu
Yalah. Izah tu, bukan ke cinta hati kau sejak kita form threeAmy senyum mengusik.
Zack senyum sumbing.
Itu cerita lama. Sekarang, taklah kot. Lagipun, aku tak mampulah nak sara awek high maintenance macam tu. Harga handbag yang dia pakai pun, dah cecah sebulan gaji aku. Itu baru handbag, belum masuk kasut, baju, alat make up bagai.
Elehsudahlah Zack. Tak payah nak merendah diri depan akulah. Kau ingat, aku tak tahu yang side income kau ribu-riban sebulan
Design kad kahwinlah...buat printing itu, ini
Zack senyum segan. Tak adalah sampai ribu-riban sebulan. Kau ni pun
Amy senyum sumbing. Terniat di hati untuk bercerita pada Zack, bagaimana caranya Farizah mampu bermewah namun segera dipadamkan. Cukup-cukuplah aib Farizah yang terbuka hari ini. Tak perlulah menambah cerita lagi.
Sebenarnya kak, aku tak sangka yang Izah boleh berubah sampai macam tu sekali. Zack berkata perlahan.
Banyak yang dah berubah pada dia, Zack. Sejak Izah putus dengan Shah, dia macam hilang punca.
Shah
Ex-boyfriend dialah. Cinta maut katanya. Sampai sekarang, Izah tak boleh lupakan Shah tu.
Kenapa Shah tinggalkan dia
Shah bagi alasan, dah bosan. Lepas tu, dia tinggalkan Izah macam tu aje...
Zack geleng.
Mereka makan sambil terus berbual panjang. Kisah Farizah dan Shah, Farizah dan Aaron. Kisah Amy dan Farid turut terselit sama. Tak lupa juga, perkembangan diri masing-masing. Mereka bersembang rancak. Pelbagai benda yang dibualkan seolah-olah selama ini mereka tidak pernah langsung bertengkar. Sepertinya, perang yang melanda telah berakhir. Gencatan senjata telah berlaku. Sengketa bertahun lamanya bagai terpadam malam ini.
Kak, kau tak rasa pelik keSoal Zack setelah mengesat mulutnya dengan tisu.
PelikApa yang pelikAmy bertanya kembali.
Kitalah
Kenapa
Aku rasa peliklah, tiba-tiba berbaik dengan kau
Amy gelak besar.
Zack sengih.
Inikalau dia orang tahu ni, mesti jadi bahan ni Sambung Zack. 'Dia orang' bermaksud saudara-mara mereka. Ahli keluarga Tok Ahmad.
Zackjom kita selfie. Lepas tu, letak kat group.Amy memberi cadangan lalu mengangkat kening dua tiga kali.
Zack sengih, juga dengan kening terangkat.
Cepatlah.
Zack menurut. Dia bangun lalu duduk di sebelah Amy. Dengan menggunakan telefon bimbit, Amy mengambil gambar mereka berdua sebelah-menyebelah. Setelah itu, pantas jari Amy menaip sesuatu.
Ada sesapa nak join kitorang makan Mekdi
Amy memuat-naik gambar dia dan Zack dalam Group WhatsApp Keluarga Tok Ahmad. Tidak sampai lima saat, telefon bimbit mereka berbunyi tanpa henti.
(Sham Karim)
Woit! Ini sudah lebih. Kau duduk jauh sikit Zack.
(Shafiq Ali)
Sejak bila korang bercinta ni
(Kerol Roslan)
Zack! Sampi hati kau! Aku baru nak usha Amy. Putus sedara ah macam ni!!!
Amy tergelak besar.
(Zack Iskandar)
Bising ah korang! Bila gaduh, suruh berbaik. Bila berbaik, banyak pulak komplen. Apa pun tak boleh!
(Aini Hashim)
Hahaha. Aku rasa, Mak Uda dengan Pak Uda kena buat kenduri kesyukuran ni. Anak dia orang dah jadi adik-beradik.
(Sham Karim)
AiniAini jangan jeles tau. Abang Sham kan ada.
(Aini Karim)
Eeeeeee!
(Shida Zainal)
Hahahahha.
(Zali Nordin)
Kahkahkah
Dan pelbagai lagi mesej yang menggelikan hati. Zack dan Amy tergelak memandang satu sama lain sambil melayan borak di WhatsApp.